SKGC Superb Family Fun Day: Its not an important thing, its everything!!

Ia bukan lah perkara penting, ia adalah segala2nya!


Assalamualaikum. Jam 1 petang, aku rehat. Macam biasa, jarang2 aku keluar makan. Duk berkurung dalam pejabat aku sambil selak2 handset. Nanti kalau ada sapa2 nak jumpa, ketuk je pintu aku, walaupun pukul 1:30. Inshaallah aku entertaint le diaorg2 tu. Sedang aku selak2 gambar kat gallery, nampak le gambar2 waktu kami berfamily fun day di De' Rhu Beach Resort, Kuantan Januari lepas. So, aku rasa, ada baiknya aku kongsikan cheritera di sana tu. Korang nak baca tak? Baca je la... heheheh

Aku yang pilih tempat ni. Aku mintak kali ini, semua dapat pergi. Sebelum ni aku dengar cerita, cuma 5-6 keluarga je yang selalu join. Aku cakap inilah peluang untuk kita sama2 berbonding. Haaaaaa... Sapa tak dapat pergi, ngadap aku kat office. So, akhirnya daripada 20 family, 5 family tak dapat join atas sebab dan alasan yang munasabah. What an achievement pada aku. So, aku mintak diaorg kutip satu family RM250. Ini termasuk bilik, makan malam, barbeque, hadiah, sarapan pagi, dan makan sepanjang pagi. Haaaaaa... Yang lain kami akan carikan sponsor. Aku cakap satu je, ni family day, memang ada sikit susah. kalau nak senang pergi holiday!

Berkumpul di Masjid Taman Yayasan. Ada yang menyusul kemudian.

Kami bertolak pagi 26 Januari 2018. Berkumpul di Masjid Taman Yayasan. Kemudian bergerak terus ke De Rhu Beach Resort. Tak payah konvoi2. Sapa laju jalan dulu, sapa perlahan duk belakang. Tak payah ko nak motong, dia nak motong.. Leceh. Yang pasti, apa2 hal roger. Kami sampai di De Rhu dan terus menuju ke wakaf  dekat belakang kolam. Antara kolam dengan pantai. Ketika Hameza (penyelaras) sibuk uruskan check in, kami urus tekak masing2. Haaaaaa bermacam jenis lauk pauk/ kuih muih/ yang ada. Bentang tikar, makan... apa ada hal..? Ko GB ke, Cikgu ke, kerani ke, makan je sesama kat situ. 
Haji Nazrie da tambah untuk kali ke4

Pilih2!! macam2 ada

Makan pun gaduh ke? Sorang pandang sana, sorang pandang sini. kekeke

Owhhh bukan gaduh, dia jaga anak kembar dia. Hahaha

Ustaz hencem!! Tu anak dia, korang tak payah usha boleh?

Sedap jugak makan tepi wakaf ni. Ada tong sampah lagi.. Huaaa
Makan ke ambik bau?

Selesai makan, kami diberikan bilik masing2. Buatlah apapun kat bilik tu, yang aku tau pukul 5 tajam, mesti ada kat pantai. Haaaaaaa... Pukul 5 tajam, semua da ada kat pantai. Kami bersukaneka dengan bersungguh2. Hahahaha.. Bab menipu, jangan sekali2 lawan gubesar. Mestila gubesar menang! Haaaaaa. Tapi tak puas hati betul, semua dapat hadiah.. Hehehehhe. Untuk korang, Hadiah ni da termasuk dalam collection RM250 tu tadi. Eh... Korang nampak tak baju biru tu? Cantik tak? Bukan sorang je ada tau, suami/ isteri pun pakai. Ehhh.. Anak2 pun pakai.. Laaa anak kecik pun pakai. Kalau korang nak tau, tu semua free.... Yeeeeee PERCUMA!! Tabik spring kat Hameza dan rakan2 yang berusaha keras. Hurmmmm design tu gubesar yang buat. Saja nak bgtau hahahahahaha

Sukan anak2... Tapi aku nampak org tua yang ramai dalam tu.. Melampau

Sweet leeee gituuuuu

Main bisik2 ke???

Apalahhhhh menganiayakan bebudak tu

Johan...

Johan lagi

Semua Johan derrrrrr

Selesai acara sukaneka, majlis penyampaian hadiah. Setiap keluarga dapat hamper. dan cenderamata daripa kelab bilik guru (hamper termasuk RM250, manakala cenderamata bilik guru adalah daripada bilik guru).Lepas tu, aktiviti main air di kolam. Kolam dia best. Besar. Ada supaa dupaa. Sesuai untuk semua peringkat umur. Sambil main air, masih lagi boleh makan makanan tadi di wakaf tu. Main air - makan - main air - makan. Haaaaaa tu jelah. Bapak2 duk melayan anak2 kat kolam. Mak2 duk melayan anak2 yang nak makan. Gubesor kerja ambik gambar. Hadoiiii...
Peace no war!!!

Alololololo Cuwiiiiittttttt

Eh... Macamana abang terapung, pelampung dalam baju ke? hahahah

Jangan le tutup muka budak tu.. Hahahaha

Nampak tak baju kiteorg? Lawo kan...Ko ado?

Asyik pegang anak je ustaz... kikikikikiki

Hua hua hua hua hua

Petang tu JK Barbeque da buat persiapan untuk majlis malam tu. Kami tak dibenarkan buat barbeque sendiri dalam resort tu. Itu memang kami sedia maklum. Kalau nak juga kena le bayar dengan pihak resort, which is mahallllllll. So, Hameza da pun booking tempat barbeque di sebelah resort, iaitu kawasa Majlis Perbandaran Kuantan. Dengan hanya RM380, Korang dapat 2 canopy, meja, kerusi tempat barbeque, lampu dan kemudahan toilet. Barbeque kitaorang da bawak sekali dari rumah. Haaaa ini pun termasuk dalam bajet yang bayar RM250 seorang tu. Barbeque saja ke? Takkkkk. Si Hameza ni da tempah juga nasi goreng dan air. Tempah dengan pembekal luar. Dia tempah sekali dengan sarapan pagi serta air untuk esok pagi. Dengar2 satu kepala RM5. Haaa ni juga da termasuk RM250 tu.

Kite bako... kite bako...

Tu Gubesar memang bako betul2 bukan pose tau

Mari lah mari... kita membawang

Kambing ada, ayam ada, sosej ada, sawi ada

Dinn... penuh mulut nak bercakap jugak?


Ramai yang penat main air, terutama anak2. So dalam jam 11 lebih, ramai yang bawak anak balik. Yang penting semua kenyang. Hahahha. Aku dan beberapa orang lagi bakar lagi untuk buat sarapan esok. Ada lebih, boleh makan lagi. Haaa

Jam 7:30 pagi hari kedua, geng mak2 da turun ke wakaf semalam. Kami bawa dapur gas  portable. Bukan masak apa pun. Goreng nugget, sosej je buat tambah2. Kang anak2 yang main air mesti lapar kan. So diaorg boleh makan banyak kali. So sarapan pagi, ada nasi lemak dan air panas yang telah kami order dengan pembekal malam tadi tu, ada barbeque malam tadi kami panaskan, dan ada nugget dan sosej yang geng mak2 goreng. Ni pun semua da masuk dalam bajet RM250 sefamily tu. Sambil2 tu aktiviti permainan air diteruskan. Korang mandi... kang lapar meh naik makan. hahahaahahahaa


Pembekal nugget dan sosej sarapan pagi

Waaaa untung meniaga bang!!!

ehhhhhh budak ijah ni.. gerammm tengok!

Silat dalam air

Lain macam dik peace ko


Pukul 11:00 pagi kami mula berkemas. Anak2 masih bermain air lagi. Kami akan checkout jam 12:00 tengahari. Macam biasa sesi gambar ramai2 tetap akan ada walaupun da muntah bergambar. Hahahaha... Jadi apa dapat dengan RM250 sefamily? Korang dapat bilik RM180, korang dapat BBQ, Korang dapat khemah dan yang lain. Korang dapat makan malam dan air serta sarapan pagi dan air. Korang dapat tambahan sarapan pagi, korang dapat hamper. Tak Ok ke?

Aku ucapkan setinggi2 syabas dan tahniah buat Cikgu Hameza, penyelaras program merangkap pengerusi kelab bilik guru. Apa sahaja 'perintah' aku, dia usahakan, dan taat. Tapi tak de lah aku tinggalkan perintah begitu sahaja. Aku turut permudahkan dia dengan beberapa cadangan dan juga bantuan. Selain Hameza, aku turut beri kredit kepada semua guru. Korang ingat mudah ke benda ni. Susah beb. Korang kena satu hati, korang kena sepasukan, korang kena willing.. ada hati nak buat. dan paling penting korang kena tau, apa jugak benda korang buat, yang memeriahkannya ialah korang sendiri. So, semuanya terletak di atas kehendak korang. Aku bangga dengan cecikgu aku. Aku bangga dengan staff aku. Dan aku turut bangga dengan suami/ isteri dan family diaorang...Tahniah dan syabas semua! Korang memang superb!

Whoaaa... Babai Kuantan

Its not an important thing, its everything!

Tunggu flight tak sampai

Tengah sarat betul ni...



P/s : Korang jangan bangga sangat.. Heheheheh Nasib korang lahhhh dapat GB macam ni 






Tiada ulasan:

Post lain