Petang tadi, aku dapat satu pesanan whats app daripada seorang sahabat yang sedang dalam pengajian Master nya. Dia minta pandangan lebih kurang begini, "selama cikgu menerajui pucuk pimpinan di sekolah, apakah pandangan cikgu tentang sistem birokrasi yg diamalkan di sekolah, khususnya yg melibatkan pentadbiran sekolah?" Hahahahahaha.... Aku tergelak besar. Kenapa aku gelak?
Aku rasa macam ilmiah sangat soalan ni. Aku pulak jenis huha huha. Rasa macam tak layak la untuk menjawab. So, post ni memang aku tak publish la ke media sosial. Hahaha. Puas jugak duk mikir, apa cara terbaik aku nak menjawab. So, aku ada gak buat pencarian kat Google tadi, tapi aku tengok, ada satu blog tu, sebijik dia ambik kat Wikipedia. Maka, aku tulis je lah berdasarkan apa yang aku tau. Kira pure la daripada aku.
Siap nak ber blog bagai? Hahahaha... Yang bertanya bukan kaleng - kaleng. So kalau aku jawab kat blog, aku rasa mcm bebas sikit nak menjawab. Nak bercerita, pandai - pandai la dia cari point dia. Kihkihkih. Untuk menjawab soalan ni, aku sandarkan kepada Naratif Baharu Amalan Pendidikan, dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPMg2).
NARATIF BAHARU AMALAN PENDIDIKAN
Pada tahun 2019, satu Naratif Baharu Amalan Pendidikan telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ketika itu, yang menyaksikan naratif utamanya iaitu pembelajaran berasaskan perkembangan, telah disokong oleh 3 sub naratif. Salah satunya ialah kepimpinan pendidikan.
Satu transformasi berlaku, apabila, corak pengurusan kepimpinan pendidikan terkini ialah bersifat bottom - up. Selama ini, sepanjang aku berkhidmat, pengurusan pendidikan adalah dari atas ke bawah. Top - down. Apa maksudnya?.
Ini bermakna, sekolah diberi kuasa untuk menentukan apa saja perkara dan pelaksanaan mengikut acuan sendiri. Mengikut pertimbangan dan jugak perkiraan sekolah sendiri. Asalkan, masih lagi mengikut ketetapan utama yang digariskan kementerian.
Sekolah lah yang merancang setiap penambahbaikan yang perlu dilaksanakan. Ianya berdasarkan kepada semua kluster yang diperkenalkan dalam Dialog Prestasi. Ilmiah sangat ni. Adehh.. Gini, sekolah kau sekolah kampung, kenapa budak tak datang?
Kau cari punca, kau buat intervensi, kau selesaikan. Kau tetapkan KPI kehadiran murid kau sendiri. Tak payah ikut sekolah lain. Tak payah ikut KPI PPD ke JPN ke. Dah sekolah kau kat pulau, musim tegkujuh budak tak boleh datang. Yang gatal - gatal gi letak sampai 99% kenapa. Haaaa.. gitu le ibarat.
STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 2
Dalam pada itu, kau perlu guna juga SKPMg2 sebagai guideline untuk kau mengurus. Alat untuk menilai pengurusan sekolah. Nampak hubung kait dia? Kau diberi autoriti untuk mengurus sekolah, melaksanakan penambahbaikan, buat sistem pengurusan sendiri, intervensi sendiri, dan nilai sendiri menggunakan SKPMg2 sebagai alat untuk kau tentukan keberkesanan apa yang kau buat.
Bimbingan |
Standard 1 SKPMg2 adalah tentang kepimpinan. nak tak nak kena sentuh. Ada 3 aspek, iaitu, PGB sebagai peneraju, pembimbing, pendorong. Meneraju sekolah untuk mencapai matlamat dan objektif, membimbing subordinat untuk meningkatkan kecekapan dan kompetensi, dan mendorong warga sekolah dan meningkatkan motivasi dalam melaksanakan tugasan.
Sudah terang dan jelas, kau kepala sekolah. Kena buat lah benda - benda tu. Ni kau main arah je. Tau la kau tu ketua. Ntah mana bimbingnya, ntah mana dorongnya. Main order je. So, dalam banyak hal, kau amalkan lah sebanyak mana sentuhan kemanusiaan terhadap warga sekolah.
Iklim |
Kemudian, kau urus semua aset dan kewangan, supaya setiap yang dibelanjakan memberi pulangan yang optimum. Aset dijaga dengan baik. Urus sumber pendidikan, supaya dapat meningkatkan kualiti pendidikan dan memberikan kemenjadian murid yang sangat baik dalam pelbagai bidang.
Celah - celah tu pulak, kau kena pastikan iklimsekolah kau harmoni,persekitaran kondusif, dan membantu dalam memberikan kesejahteraan untuk warga sekolah. Wujudkan pemuafakatan strategik dengan pelbagai pihak, supaya kau dapat menggunakan kelebihan itu dalam memperkasakan kemenjadian murid kau. Dan paling penting, sebagai rakyat Malaysia, kau kena pupuk perpaduan sedari kecil lagi. Tu benda - benda yang kau kena uruskan dalam organisasi sekolah kau.
APA AKU BUAT?
Mana pandangannya? Hikhikhik. Ni lah aku nak cerita. Hishhh... Baik.. Berdasarkan 2 benda kat atas tu, aku akan ceritakan apa aku buat kat sekolah. Ada perkara yang aku kena ikut semua benda yang telah ditetapkan. Ada juga benda yang aku rasa, aku ikut kepala aku lah.
PBPPP, PBS, urusan pendaftaran dan pertukaran murid, pengurusan kewangan dan aset, dan beberapa perkara lagi (yang aku dah lupa), aku urus mengikut ketetapan yang telah diberikan. PBPPP contohnya, aku ikut setiap langkah dalam carta alir tu. Begitu juga dengan urusan pendaftaran dan pertukaran murid. Aku ikut prosedur dan langkah yang ditetapkan. Sistem sedia ada dah cekap. Ikut sahaja.
Pengurusan kewangan sama juga, aku beri taklimat, aku minta semua yang terlibat buat anggaran belanjawan mengurus, perlu ada nota minta, perlukan perbincangan dengan aku, kemudian dah dapat barang, kena semak, masuk stok. Tak ada masalah. Apa yang aku nak cerita sterusnya ialah, perkara - perkara lain yang aku buat, yang aku ubah suai, yang aku rasa, perlu mudahkan urusan, kurangkan kerenah.
SK POGOH 2020
Dengan kuasa yang aku ada, takwim dan perancangan sekolah dibuat oleh aku sendiri dengan sokongan para GPK aku. Seawal Disember aku biasanya dah siapkan. Aku tentukan tugas dan tanggungjawab setiap cikgu, berdasarkan kekuatan, dan perancangan masa depan. Tak banyak kerja tak semestinya ringan, dan berat tak semestinya banyak tugasan.
Semua ada dalam ni |
Begitu juga Sabtu kedua setiap bulan. Aku laksanakan LDP. Awal - awal mesyuarat lagi dah berlaku ketetapan. Pastikan semua maklum dan amil tindakan. Habis kalau Isnin tu tak ada apa - apa? Kalau Sabtu tak ada apa - apa? Hahahah kalau tak da tak apa lah. Kalau Isnin sy ada urusan? Aku bukan firaun. Meh datang jumpa aku, dan kita bincang. Selesai.
Aku hadiahkan semua orang buku catatan yang mengandungi takwim dan pengurusan sekolah. Semua berpandukan buku tu. Siapa kena menyelaras, rujuk bila kena laksana. Sekurang - kurangnya sebulan sebelum, dah siapkan kertas kerja dan berbincang dengan aku dan GPK. Banyak ruang untuk aku bimbing dan dorong.
Mulai 2020, semua GPK tak da setiausaha masing - masing, kecuali setiausaha sukan. Tak ada lagi setiausaha kurikulum, setiausaha Hem, setiausaha Kokurikulum. Dah kenapa tak ada? GPK 12 waktu je seminggu. So, waktu free, buat lah kerja. Takkan nak arah je. Haaa sebab tu standard 1 tu penting. GPK pun kena kerja lah. Takkan nak buat surat pun tak boleh. Kerja GPK ni merancang, membimbing, menyelia. Bukan mengarah semata - mata.
Semua di hujung jari |
Aku buat sites sekolah. So, banyak laporan - laporan aku letak kat situ. Cikgu isi dan boleh terus cetak. Boleh diakses melalui telefon bimbit. Dan boleh dijadikan home screen juga. Laporan guru bertugas mingguan, borang kebenaran keluar, rekod kehadiran mesyuarat, rekod harian RMT, minit curai dan macam - macam lagi.
So, tak ada lagi kisahbuku laporan hilang. Tak jumpa cari. Nak keluar, tak perlu ke pejabat lagi, just jumpa siapa yang perlu dan isi secara online, terus borang dijana. Pergi mesyuarat terus catat minit curai, automatik dijana, aku terus boleh baca masa tu juga.
Pengurusan bantuan. Guru kelas kutip borang dan proses, data GPK urus. So memang tak perlu setiausaha. Kalau tak tahu, meh sini gubesar tunjuk dan bimbing. PAJSK kepa mesti setiausaha kokurikulum yang isi? Pemimpin kelab persatuan lah yang isi. Diaorang yang kenal ahli - ahlinya. SEGAK, kenapa su sukan yang isi? Guru Pendidikan Jasmani lah yang isi. Mereka yang jalankan ujian.
SIKIT JE PENDAPATNYA, CERITA YANG LEBIH
Dah panjang sangat aku bercerita. Aku rasa macam tak sampai je jawapan aku. Hahahahahahaahhah... Tak apa lah kan..
Begini, aku berpendapat, sistem birokrasi di sekolah makin kurang kerenahnya. Tolak tepi, perkara yang datang terus dari KPM. Tapi kalau setakat di sekolah, ia adalah terpulang kepada pihak sekolah sendiri. Ikut acuan masing - masing. Naratif Baharu Amalan Pendidikan dengan jelas menerangkan danmembawa dimensi baharu dalam pengurusan. SKPMg2 sebagai 'pemandu' dan penilaian pengurusan sekolah yang terbaik.
Gabungan 2 perkara di atas dengan jelas membantu pengurusan mengurangkan kerenah birokrasi di sekolah. Dengan kreativiti, idea - idea baharu dan segar, serta sentuhan kemanusiaan, para pentadbir pasti dapat memacu sekolah dengan lebih licin dan lancar.
...Haah la.. macam tak sampai.
1 ulasan:
Assalamualaikum. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan, malah jutaan terima kasih di atas respon yang sarat dengan informasi dan yang paling istimewa adalah maklum balas berdasarkan situasi yang berlaku sendiri kpd cikgu dalam menerajui pentadbiran sekolah. Nampaknye, rezeki saya kali ini kerana meminta respon daripada seorang sahabat yang benar2 dan mendalami erti sebuah birokrasi dalam pentadbiran. Sebelum komentar ini ditaip lebih Panjang lagi (cehhh waahhh ada hati pulak nak menaip panjang lebar hihihihi), sy mohon keizinan mencedok beberapa ayat dari blog cikgu yea.(anggaplah cg dah izinkan...halalkan yea..) Sedikit perkongsian ilmiah drpd saya, birokrasi ini diperkenalkan oleh Max Weber yang dikenali sbgi Model Birokrasi Weber. Namun model itu telah mendapat kritikan oleh sesetengah pihak. 2 kritikan itu ada dalam penulisan cikgu di atas. sy copy ayatnye yea...yang pertama…."Mulai 2020, semua GPK tak da setiausaha masing - masing, kecuali setiausaha sukan. Tak ada lagi setiausaha kurikulum, setiausaha Hem, setiausaha Kokurikulum. Dah kenapa tak ada? GPK 12 waktu je seminggu. So, waktu free, buat lah kerja. Takkan nak arah je. Haaa sebab tu standard 1 tu penting. GPK pun kena kerja lah. Takkan nak buat surat pun tak boleh. Kerja GPK ni merancang, membimbing, menyelia. Bukan mengarah semata - mata." itu adalah kritikan yang keempat model tersebut iaitu birokrasi dilihat sebagai bentuk organisasi yang "mengembung" di mana org atasan yang ingin meramaikan org bawahan di bawah hieraki mereka… yang kedua " Cikgu isi dan boleh terus cetak. Boleh diakses melalui telefon bimbit" dan "Pergi mesyuarat terus catat minit curai, automatik dijana, aku terus boleh baca masa tu juga." merujuk kepada kritikan yang pertama iaitu disebut sebagai istilah "red tape"iaitu satu peraturan birokrasi yg sangat berlebihan sehingga menyebabkan kelewatan pd sesuatu urusan atau proses. contohnya system pencatatan menyebabkan proses perjalanan urusan dokumentasi menjadi lambat… hhmmmm...kalua cikgu jadi GB waktu Max Weber perkenalkan Model Birokrasi Weber, tentu cg salah seorang pengkritik model tersebut..oopppsss...hehehe. Tapi sy suka membaca perenggan kedua terakhir iaitu "Begini, aku berpendapat, sistem birokrasi di sekolah makin kurang kerenahnya. Tolak tepi, perkara yang datang terus dari KPM. Tapi kalau setakat di sekolah, ia adalah terpulang kepada pihak sekolah sendiri. Ikut acuan masing - masing. Naratif Baharu Amalan Pendidikan dengan jelas menerangkan danmembawa dimensi baharu dalam pengurusan. SKPMg2 sebagai 'pemandu' dan penilaian pengurusan sekolah yang terbaik.". Cikgu meneutralkan semula pandangan pada awalnye. di situ sy Nampak karekter cg melihat sesuatu itu dari sisi positif dan secara professional..Tahniah cg. dan terima kasih di atas perkongsian yang hebat ini. Saya memperolehi byk idea dan point di sini utk penulisan sy nanti...
Catat Ulasan