Assalamualaikum... Selamat Hari Malaysia!!!
Hari ni cuti sempena Hari Malaysia. 16 September 2019. Aku luangkan masa hari ni, bersama2 dengan rakan2 dan bekas guru SK Gelang Chinchin, menziarahi Cikgu Fauziah di rumahnya di Lake View Apartmen, Selayang. Cikgu Fauziah, bekas guru prasekolah SKGC_Superb, yang telah berpindah ke Selangor. Beliau berpindah atas faktor kesihatan pada 1 Januari 2019. Beliau disahkan mengidap kanser usus.
Kami berkumpul di Masjid Batu 6 seperti yang dijanjikan. So kami bertolak 3 kereta. Aku jadi drebar untuk Kak Kam, Bayu, Zanah dan Zalida. Ustaz Maksom sefamily satu kereta dan Ilman memandu kereta yang dinaiki Kak Miah, Kak Fazilah dan juga Zila.
Kami berkumpul di Masjid Batu 6 seperti yang dijanjikan. So kami bertolak 3 kereta. Aku jadi drebar untuk Kak Kam, Bayu, Zanah dan Zalida. Ustaz Maksom sefamily satu kereta dan Ilman memandu kereta yang dinaiki Kak Miah, Kak Fazilah dan juga Zila.
Sepanjang perjalanan, kereta aku riuh. Penuh imbasan saat2 manis bersama dahulu. Macam2 cerita keluar. Lagi2 bila penumpang belakang semuanya hyper aktif. Kekekekeek... Tak lupa juga citer pasal Cikgu Fauziah. Cerita Cikgu Fauziah yang kami kenal. Aku turut menumpang cerita.. Betapa riang dan cerianya insan bernama Fauziah ini. Hari guru 2017. Salah satu peristiwa yang sangat tak boleh aku lupakan. Manis sangat. Ceria dan gembira betul Cikgu Fauziah. Kat sekolah tu, dia je sorang yang panggil aku encik tatkala semua orang panggil aku cikgu. hahahaha
Beliau seorang guru yang sangat berdedikasi. Komited terhadap tugas, sentiasa membuat lebih daripada yang sepatutnya demi kepuasan dirinya terhadap kerja. Pernah sekali, kami selisih faham tentang satu kejadian. Beliau cukup marah kerana, P.A sistem tidak berfungsi dengan baik dan menjejaskan persembahan anak2 prasekolah.
Kau tau kenapa? Sebab dia dah curahkan sepenuh usaha melatih anak2 prasekolah untuk persembahan itu. Dia berpenat lelah menyiapkan anak2 untuk persembahan tersebut. Tiba2, persembahan itu tidak berjalan dengan baik disebabkan P.A sistem. Kecewakan. Sebagai ketua jabatan, aku cuba menenangkan beliau. Begitulah komited dan passion beliau terhadap kerja. Aku bangga...
Kami sampai di rumah Cikgu Fauziah pada pukul 10:45 pagi. Disambut baik oleh En Mizi, suami beliau. Anak2 beliau, Afiq dan Humairah demam. Tak dapat berbual lama dengan mereka. Kami masuk ke bilik Cikgu Fauziah berdua pada satu2 masa. Aku mintak izin daripada En Mizi untuk berjumpa Cikgu Fauziah. Diiringi Cikgu Zanah, aku jenguk dia.
"Jie.. Jie kuat. Tabah ye.. Jie mesti kuat. Macam dulu. Kena tabah.. Jie kena senyum selalu. Senyum ye Jie. Saya mohon maaf.. Jie rehat ye. Jangan lupa senyum ye." Cikgu Fauziah tak mampu bercakap. Bibirnya penuh ulser. Beliau lemah. Air matanya laju mengalir. Namun tetap cuba tersenyum waktu aku minta beliau senyum.
Kau tau? Beliau tau kami ingin menziarah, lantas beliau berkumur dengan listerin, agar ulser di mulut cepat pulih. Semata2 ingin berbual dengan kami. Beliau berpesan pada suami agar sediakan makanan, kerana rakan2 ingin ziarah. Kau rasa? Mana kau nak cari wanita secekal dan setabah ini?
Aku keluar. Beri peluang rakan lain. Aku tengok muka suami Cikgu Fauziah, En Mizi. Tabah betul insan ini. Kuat betul. Aku kagum. Belum tentu aku setabah ini jika diuji sebegini. Belum tentu aku redha dengan keadaan ini.
Jam 12, kami bergerak pulang. Tutup pintu kereta, cerita pun bermula. Cuma kali ni, frekuensinya kurang sikit. Suhunya pun rendah. Cerita berkisar tentang sekolah dan Cikgu Fauziah. Kak Kam pecah lubang. Diaorg pernah buat bubur durian di prasekolah dengan Cikgu Fauziah dan aku tak tau... Ooooooooo Jieeeeeeeeee... Kau tak ajak aku yeeeeeee... Ahahahahahahah.. dan macam2 lagilah cerita. Indahkan? Indah sangat.
Aku kongsi cerita ini di sini, supaya aku tak lupa. Supaya kau tak lupa. Kami semua bersahabat. Perjalanan hari ini demi ikatan persahabatan yang terjalin. Terpatri seperti satu keluarga. "SKGC Superb : Its not an important thing, its everything".
Aku tak rasa penat pun. Walaupun, aku bawak "budak-budak hyper aktif" ni. Nak kencinglah, lapar lah, jadi pokok lah, kucinglah, tikuslah. Tak. Aku tak penat. Sebab setiap saat yang berlalu tu, nilainya terlalu berharga.
Jie. Kuat ye. Jie tabah ye. Nanti Jie sihat datanglah ke Segamat. Jenguk kami. Buat bubur durian lagi. Tapi Jie kena kuatkan semangat. Jie kena tabahkan hati. Jie kena lawan. Allah bagi ujian kat Jie sebab Jie mampu. Boleh lawan bola sepak macam hari guru hari tu. Doa banyak2 ye Jie. Senyum2 selalu. Ceria2 selalu ye Jie. Jaga diri baik2. Saya doakan Jie. Kami doakan Jie. Cepat sembuh ye Jie.
5 ulasan:
setakat ni dia cgu prasekolah yg paling hebat dia hati sya..
terima ksih trip ni dpt jga sya bsua di vedio call..td.ðŸ˜..
Alhamdulilah jutaan terima kasih saya ucapan buat cikgu2 & rakan2 kakak sy Fauziah binti
Rahman yg sudi menziarahi & sentiasa mendoakn beliau...Hanya Allah yg dpt membalas segala kebaikan yg diberikn.....Semoga ada keajaiban utk kakak sy sembuh & kembali ceria
Terima kasih dgn videonya cg....Berlinangan air mata kami������
Video tu sewaktu Majlis Perpisahan Cikgu Fauziah di SK Gelang Chinchin... Beliau seorang yg sangat kuat dan tabah.. Seorang guru yg sangat komited dan banyak membantu saya dalam mengurus sekolah..
Catat Ulasan