Assalamualaikum.. hai semua...
Baru lepas makan. Lepak tepi rumah ni ha.. Sambil2 scroll media sosial, rasa nak menulis pulak. Berkongsi tentang apa aku buat. Ianya tak semestinya betul. Pada aku, betul la kan.. hahahaha So, pada sesiapa yang baca, aku harap post ni, beri kebaikan buat korang. Mana tau ada yang terinspirasi. Mana tau ada yang ambik intipati. Ada yang ambik 20% pun dah cukup. Post ni aku tak kongsi di khalayak. Hanya rakan2 yang aku rasa memerlukan.

So, bila kau nak buat sesuatu, kau tak boleh harap benda tu, blinkkkk, siapppp!!! Tak boleh. Kau tak boleh nak order begitu sahaja, dan berharap agar semua siap mengikut kehendak kau. Ada beberapa perkara yang kau kena tahu, ataupun kau buat untuk pastikan kau dapat apa yang kau nak. So aku nak kongsi kat kau, apa perkara yang kau kena lakukan sebelum kau dapat hasil yang kau harapkan. Dalam banyak kes, kau da tahu benda ni semua, cuma kau belum amalkan. Aku pun mula2 agak payah nak amal, tapi lama2 aku amalkan jugak, sebab ianya sangat membantu. P-D-C-A. Kau pernah dengar? Macam mustahil kalau kau tak pernah dengar. Jujukan huruf ni sangat banyak kita dengar dan gunakan. P-D-C-A ni juga dinamakan kitaran Deming, sebab orang yang kenalkan benda ni ialah W.E Deming. Biasanya kita gunakan sebagai panduan untuk kerja buat kita. Plan - Do - Check - Action (PDCA). Kitaran ni biasanya digunakan sebagai salah satu alat untuk menyelesai masalah. Dalam konteks ni kau boleh guna untuk melaksanakan program
1. Plan (Rancang)
Apapun kau nak buat, kau kena rancang. Sama ada kau nak duduk semeja dengan orang lain, atau kau nak buat sorang terpulang dan ikut program yang kau nak buat. Tak semestinya program besar2. Program 30 minit yang kau nak buat pun kau kena rancang. There is no such thing semua benda ada dalam kepala. Kau jot down. Catat. Rangka. Lagi besar program lagi banyak benda kena rancang. Aku bagi tips, kau kena bayangkan pra - semasa - dan pasca program. Kau kena ada daya imaginasi untuk bayangkan perjalanan program. Kau tulis. Kau tengok. Apa yang perlu kau buat. Pra program, kau kena ambil kira, masa, tempat, keadaan tempat, kos, logistik, kebajikan pegawai, kebajikan peserta, dan lain2 lagi.

Lepas tu kau kena dapatkan kebenaran daripada majikan kau. Lulus ke tak? Atau kalau kau Guru Besar, kau bentangkan kat subordinat kau perkara ni. Kalau program kecik, kau bincang je lah dengan penyelaras yang akan laksanakan. Kalau besar sikit, kau buat meeting. Kau bentang apa kau nak. Kau kena ready dengan semua maklum balas dan pertanyaan, dan kau boleh juga ambil pertimbangan mana2 bahagian yang kau rancang tu tak berapa sesuai.
Kau kena ingat, kau kena bimbing orang2 kau, subordinat kau. Kau kena bagitau apa kau nak, kena pastikan yang subordinat kau buat apa yang telah dirancangkan. Pastikan diaorang tahu! Pastikan diaorg buat! Gerakkan mereka. Bimbing!! Dorong!! Haaaa ingat dua benda ni. Kau mesti bimbing dan dorong. Penuhkan mereka dengan maklumat. Pastikan kau sentiasa ada untuk membantu. Pastikan kau sentiasa ingatkan mereka. Jawab apa pertanyaan mereka, selesaikan apa masalah yang mereka hadapi. Ambil tindakan sewajarnya kalau ada yang tak nak. Jangan biarkan mereka tak nak.
2. Do (Buat/laksana)
Kemudian, fasa menjalankan program. Program berjalan dengan semua subordinat kau bekerja. Masa ni, kau ketua. Bukan kau yang buat. Kau tengok. Biar orang2 kau yang buat. Biar dia orang laksanakan apa yang kau nak. Kau da bekerja. Kau da buat bahagian kau iaitu merancang, membimbing dan mendorong. Tapi kau kena ada. Keberadaan dan keterlihatan kau tu sangat penting. Biar mereka tahu kau ambil tahu. Keberadaan kau diperlukan waktu itu untuk mewujudkan suasana kekitaan, kecaknaan, kerjasama dan lain2 lagi. Kau kena ada sebab apa2 permasalahan, kau kena buat keputusan penting. Teruskan kerja kau untuk membimbing dan mendorong. Bagi semangat. Betulkan segera kesilapan atau ketidaksempurnaan dengan hikmah. Kau kena ada sedikit sentuhan emosi. Ambil hati dan lain - lain lagi. Pastikan semua mengambil bahagian. Pastikan program berjalan seperti yang dirancang, seperti yang kau nak. Jangan ubah apa2 pada saat akhir.!! Kontigensi dan perubahan adalah dua benda berbeza.
3. Check (Semak/periksa)

4. Action (Tindakan)


So, formula atau kitaran P-D-C-A ni banyak membantu aku. Kau jujur dengan diri sendiri. Kau letakkan kegagalan itu pada diri kau dulu. Kau kaji balik. Tengok balik dalam2. Nanti kau jumpa lah sebabnya. Tenang2. Rilex. Chill. Kau kena ingat, kalaukau stress, marah, bengang, macamana kau nak bertindak. Kann.. Satu yang kita gagal sebenarnya ialah, kita gagal menggunakan potensi diri kita yang kita ada. Haaaaa.. tak sangka kan? Ye.. kita sebenarnya gagal menggunakan potensi diri kita. Tu yang berlaku. Kalau kita berjaya menggunakan potensi kita dengan betul dan sebaiknya, kau tengok lah, berapa ramai potensi orang lain yang kita bangunkan. So, aku dan kau kena sedar hal tu. Sekarang ni, kau kena sabar sikit. Kau kan pemimpin. Kau lebih tau, lebih baik, lebih ilmu dari orang bawahan kau. Cuma kau kena bersabar lebih sedikit untuk utilised kau punya potensi. Kegagalan, cabaran, halangan hari ni, akan buat kau lebih bersinar sedikit masa lagi.
Kau kan pemimpin.. kann 😊
Tiada ulasan:
Catat Ulasan