Assalamualaikum...π·πΈπΉ
Kembali lagi... heheheh.. bila da gila menulis.. memang menulis je la.. Bukan susah pun, tulis je lah apa dalam kepala.. Tak perlu puitis, tak perlu magis, tak perlu meningtis.. apa daaaaaaa...
United Band... Sebuah nama yang aku pilih untuk band yang aku setup pada 2007. Bernaung di bawah label IOI Studio (pehhhh label tuuuuu )... Label tu tinggi sangat.. House band lebih sesuai kot. Ahahahha.. Sejarahnya sikit kelakar.. Macam tak percaya pun ada... Cerita United Band ni, bukan hanya tentang muzik... Ianya penuh nilai persahabatan, persaudaraan, cita-cita dan persefahaman...
Tahun 2007, satu rompakan berlaku kat kampung aku.. Kg Sri Dagang yang ceruk tu... Rumah jiran kena pecah masuk. Solution sementara, kami buat sentri.. So.. kat kampung tu, orang2 dewasa tak lah ramai sangat.. Jadi sentri tu ramai budak2 barunak up.. sekolah lagi.. lepas SPM dan baru nak kerja. Budak2 ni sambil2 menjaga keselamatan kampung x da buat benda lain. Time tu handset mana ada internet sangat. Haaaa..Handset pun nokia je lagi... daun, sabun, aku je advance ckit.. N95.. ahahahah ko ado?
So.. atas inisiatif aku sebagai naib ketua pemuda masa tu, aku belikan gitar.. bagi diaorg main.. Diaorg pun nampak minat.. ntah brp banyak buku kod yang diaorg beli agaknya. Sbb nak main.. Aku pun tak reti sangat main gitar ni.. setakat main zaman matriks je dulu.. kenal la jugak kod Am, Dm, E.. jadilah nak main lagu 60'an.. heheheh... Lama2 kami pergi ke IOI Studio.. konon2 nak main macam kumpulan rock laaaa ehehehe (pernah tgk citer ROCK?)
Kami pergi studio.. main ntah apa2.. kelentang... kelentung... main ikut suka.. sapa nak pukul, sapa nak solo, sapa nak nyanyi.. siap duduk kat lantai macam main kat pondok.. Pastu balik... bayar RM40 untuk dua jam.. esok datang lagi.. Masa atu aku tak join main lagi.. aku duk je kat luar layan rokok.. Rupa2nya owner kedai tu Kak Lela, pengasuh anak aku, Kasih Sajidah masa kecil.
Oleh kerana main tak dapat apa, aku jumpa abang Sham.. Abg Sham ni partner kak Lela.. Siang buat dan jual sabun, malam bukak karaoke.. Dia ni ex kumpulan Burnmark.. Aku jumpa dia, mintak dia train kami. Mula2 dia macam tak nak.. tp agaknya sbb aku asyik rasuah Salem 20 je masa tu.. cair jugak org tua tu..
Dua malam dapat job buat show... |
Pendek cerita, line up yang kekal masa tu Aku, Tedung, Ecak, Sokai, Sarip.. Ko bayangkan lah.. Aku sorang je yang da kerja.. yang dua org lagi tu masih sekolah.. dua org lagi tengah usha2 kerja.. Hari2 kami berlatih.. hari2 la jugak duit aku melayang.. tapi demi kepuasan, aku layankan.. Dalam masa 5 bulan tu, kami da mula ikut IOI pergi function rumah orang kahwin.. dapat peluang main 3-4 lagu.. bina keyakinan. Time tu kalau pergi Felda Kemelah memang havoc gileeee...
Lama2 United Band makin org kenal.. terutama lepas kami join Battle of the Band.. Daripada 5 battle yang kami join, 4 daripadanya ada podium.. so, orang luar, terutama band boy lain dan otai2 lain kenal United Band... hahahaha tapi diaorg tak panggil United Band, diorg panggil Budak Cikgu.. terbahak aku gelak.. sbb, kami just main untuk suka2..
Banyak perkembangan selepas tu... Kami mula main full function, kami mula main di acara2 utama, rasa jugalah jadi artis berbayar.. ahahhahahaha.. kami jatuh sekejap, anggota berpecah, balik semula, cipta 4 lagu dan macam2.. Stay tune..bila2 free, aku citer lagi...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan