House Boat di Kenyir... Dekatnya Aku dengan Alam (Part 2)

Assalamualaikum....

Jumpa lagi semua... Jangan bosan ye.. Ahaks. Aku nak sambung sikit lagi tentang trip aku ke Kenyir dengan House boat.. Kat mana aku berhenti yek.. Owh.. Kani dalam perjalanan ke Air Terjun Lasir.. Boat kami berlabuh di tepi Pulau Lasir. House boat ni rekaannya bukan macam sampan tradisional atau pun kapal. Ia mirip dengan rekaan baj atau pontun. So, tak ada masalah lah nak park sampai tepi tebing. Haaaaa..


Air Terjun Lasir ni ada 7 tingkat. Tapi malas nak panjat sampai atas. Ni kalau member aku geng kaki manjat ikut, habis dijarahnya sampai atas.... So time ni, kami mandi sepuasnya. Kat Air Terjun ni juga kami diarahkan untuk sentiasa memakai life jacket kerana air terjun ini sangat la dalammmmmm.. Geng2 mancing darat pergi menyembat kat situ. Banyak juga diaorang dapat. Lebih kurang 100 ekor ikan2 kecik lebar 2-3 jari. Cantik.. Goreng pun sodap. Puas aku cari gambar dan video diaorng.. ntah mana tercampaknya..


pose lagi

geng hoki.. geng ppd

Bukan tak nak tunjuk 6 pax.. kena pakai life jacket

kiram sulu dan che man

Hah! org kuat

Mandi oiiii mandi
Selesai mandi jam 6:00 petang. Geng2 jahat masih mandi lagi.. Aku bukan apa, aku ni selain gayat, aku cepat sejuk.. heheheheh so aku naik dulu lah. Bersihkan badan. Geng mancing air terjun balik dengan tangkapan yang banyak (walaupun kecik2 cinonet).. sementara geng mancing tasik atas boat masih gagal menangkap sebarang ikan.. kekekekeke... Sementara menanti maghrib dan makan malam, masing2 membuat aktiviti bebas.. ada yang melepak, ada yang mandi bersihkan badan, ada gak ya tak putus2 asa godek handset... ahahahah
Bos besor

Bestttt

Tengah menikmati keindahan alam

Bang... tak ada line bang..

Malam tu selesai solat maghrib, kami makan berjamaah.. huh.. segar betul ikan2 tengas tu.. ikan air terjun beb, memang le.. Nak tunggu ikan hasil geng mancing tasik entah zaman bila... hahahahaha jangan marah korang ye. Port tak cantik tu.. kikikik.. Yang memancing meneruskan aktiviti mereka.. da mula berhasil.. Oooooo malam rupanya ikan2 tu makan umpan.. memilih betul. Ada yang bukak port dalam bilik main terup.. Aku??? hahahahha layan karaoke la apa lagi.



Lebih kurang jam 3 pagi semua da lepak... Aku nak masuk tidur. Geng mancing masih mancing lagi.. Pehhhh steady la diaorg... Tak da le aku nak gitu.. Apa pun aku salute dengan tahap kesabaran diaorang semua. Naik bilik aku dgar geng2 terup masih lagi terbahak2 ketawa.. Laaaaa tak habis lagi.. Ada la sorang dua yang asyik kena 'kocok' muka da macam ayam berak kapur... (Ayam2 jangan sebut eh!!!! heheheh) Pagi esok, pagii yang aku tunggu - tunggu.. Sebab kami nak gerak ke Sanctuari Kelah Sungai Petang!!! heheheh dengar2, lebih best dari Tagal Moroli di Ranau.. Oh esok, cepat sikit muncul. 


Kalau korang terlepas Part 1, elok la klik kat sini. Tapi kalau korang nak terus ke Part 3, klik yang ini. Hahhahahaha.. Jumpa lagi beb!








Tiada ulasan:

Post lain