|
St John Ambulance MPKTBR 2000 - 2002 |
Maktab Perguruan Kuala Terengganu
(Sekarang IPG Dato' Razali Ismail), adalah institusi yang telah mengubah aku menjadi seseorang. Bukan hanya seorang guru, ianya lebih dari itu. Di bumi Darul Iman, pelbagai kisah suka duka yang aku alami. Ada yang aku rakam dalam gambar, penulisan, dan ada juga dalam ingatan. Ada antaranya yang aku cuba padamkan, namun kadang2 ia masih datang menjenguk dan menjentik kotak ingatan. Kisah2 persahabatan, kesetiaan, kehidupan tak kurang jugak soal perasaan. Namun, aku lebih suka berkongsi kisah bagaimana aku dibentuk menjadi seorang pendidik. Minat yang dipupuk, dan sebenarnya ketentuan yang menjadi pilihan. Haaaaaaa.. Rilek la.... Jangan le syahdu sangat.. Ni bukan cerita ditinggal kekasih..
(tu posting lain ok) Muqaddimah memang le macam tu. Ahahahhaha.
2000 - 2002 tempoh aku menjadi warga MPKTBR.. "Maktab Perguruan, Kuala Terengganu.. Di sini tempat kami, berkumpul dan bertemu, Megah tegap terbina, lahirkan pendidik bangsa, Tanpa bosan dan jemu, mencurah segala ilmu..." Bait - bait lirik lagu rasmi Maktab yang takkan aku lupa. Aku antara pelatih yang paling berusia dalam kalangan guru pelatih dalam batch aku. Dan ramai juga senior2 yang di bawah aku uisanya. Dalam minggu suai kenal, memang teruk la kena dengan senior2 ni. Huhuhu... Aku apa ada hal, bukan ni kali pertama jalani sesi suai kenal. Seminggu je, lepas tu kembali macam biasa.
|
Geng MT/PA 2000-2002 |
Aku dah janji dalam posting terdahulu untuk aku ceritakan siapa yang menjadi ketua panel penemuduga aku. Ye... dia adalah Timbalan Pengetua
(sekarang dipanggil Timbalan Pengarah). Tn Hj Mohd Kharuddin Zakaria. Opkos la beliau tak mengenali aku. Tapi aku takkan lupa wajah dia. Tanpa sedar, dia adalah orang yang bertanggungjawab memilih aku ke sini. Logikla kan, kalau aku penemuduga, aku tak pilih calon macam aku pada hari tersebut. Itu adalah antara alasan kenapa aku mula kendur. Aku tak lagi rasa memberontak tak nak jadi cikgu. Aku ikuti setiap program dengan baik. Dalam kelas, ramai adik2 yang muda2.. Freshie. Lepas SPM.. Ada la dua orang akak yang agak berumur, da ada anak. Ada 2-3 orang lagi sebaya dengan aku. Geng Joho tak ramai dalam kelas aku. Ada 3 orang. Seorang pompuan dan seorang lelaki. Seorang lelaki tu cabut balik rumah. Tak nak sambung.
|
Muka sedih dapat naib johan |
|
Lepas belasah MPB 7-0, hahah aku score 1 |
|
Meraikan team perempuan yang johan |
Aku terpilih untuk mewakili maktab dalam kumpulan teater/ drama melalui satu uji bakat. Dalam masa yang sama, aku juga terpilih untuk mewakili pasukan hoki maktab. Waktu tu aku masih semester satu. Baru dua bulan. Hoki, kalau berjaya akan ke peringkat kebangsaan di Keningau Sabah. Teater pula ke Batu Lintang, Sarawak. Masa tu dipanggil KAGUM menggantikan PESTARAMA. Sekarang aku tak pasti dipanggil apa. So, jadual aku time tu pagi pergi latihan hoki di Stadium Hoki Batu Buruk, balik jam 11:00 masuk kelas. Jam 2 aku berlatih teater, jam 5 aku ke padang hoki dan malam ke dewan besar untuk teater. Sebulan lebih time tu begitu. Nama aku cepat naik. Naik cepat dalam kalangan pelatih sebab orang tengok aku di pentas teater, naik dalam kalangan pensyarah sebab tak pernah masuk kelas.
Pengetua (sekarang dipanggil pengarah) aku ketika itu ialah Allahyarham Tn Hj Razali Ismail (Nama IPG sekarang diambil sempena nama Arwah). Hahahahaha... Arwah ni kalau aku nak cerita, memang berjilid la buku. Kagum betul aku dengan dia. Dia ni orang teater, orang akademik, ilmuan, penuh disiplin hidup, berpandangan jauh, sentiasa positif, dan banyak lagi nilai yang aku tak dapat nak tulis. Banyak sangat beb!! Aku sangat rapat dengan arwah. Arwah sentiasa memberi galakkan kepada aku untuk menjadi lebih daripada seorang pendidik. So.. sapa nak marah aku tak masuk kelas? Heheheheh.. Lagi satu, aku bela rambut panjang, sebab aku pegang watak utama, seorang pelukis. Sapa berani marah? Ahahahahah.. Korang jangan la salah faham.. bukan aku ambil kesempatan tau.
Di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, team hoki kami kalah. Hanya naib johan. Sedih. Tak dapat pergi Keningau. Hoki perempuan dan ping pong johan. Diaorang pergi. Tak pa lah. Aku akan buat lebih baik untuk team teater. Teater dan Tarian berlangsung di Maktab Perguruan Besut. Dan akhirnya, team teater kami muncul juara, manakala team tarian terkandas. Yeahhh aku pergi Sarawak!!! Kami bertanding di Sarawak. Di Sarawak, Pengetua datang dan jemput kami di Hotel Hilton, Riverside Kuching. Malam tu dia bawa kami jalan2 sekitar Riverside, dan minta kami buat rehearsal di tengah2 kesibukan bandar. Huaaaaaaaa.. gila la.. Pagi tu jam 3 aku terjaga, aku lihat Pengetua sedang membca. So, korang elaborate la sendiri peribadi dia macamana. Kami kalah, tapi sahabat aku dapat pelakon pembantu lelaki terbaik. Aku mohon maaf dengan pengetua, tapi dia cakap, Its just a new beginning. Dia tau aku akan lebih baik selepas ini. Aku diam. Tak pasti sebenarnya apa maksud dia.
Sejak itu, aku terus tak menoleh ke belakang sekali. Setiap awal semester aku akan menunggu, apakah pertandingan2 yang akan dilangsungkan. Aku akan turut serta. Aku akan pastikan aku lah yang mewakili maktab. Selain itu, keputusan aku setiap sem amat membanggakan. Aku biasanya antara yang teratas dalam kelas, cuma masih tak boleh kalahkan Si Kathy. Budak tu mmg awesome la. Korang nampak tak sebenarnya apa aku nak bagitau? Sebenarnya pada sem 2 tu, aku da mula settle down. Aku rasa seronok. Aku rasa aku beri yang terbaik pada Maktab aku. Aku rasa aku da tak kisah kalau aku jadi cikgu. Dan aku nekad, kalau aku jadi cikgu, aku akan jadi cikgu yang betul2 cikgu.
Aku teruskan kecemerlangan aku. Syarahan Maal Hijrah (Gaya, Sabah), Bercerita (Sandakan, Sabah), Bola Tampar (M4P, Penang), Puisirama (IBA, KL). Tu semua aku mewakili Maktab dan Zon Timur. Dan bila aku sem 6, sedang berpraktikal, aku dipanggil balik untuk mewakili bola baling. Tapi kandas di pusingan Zon.
|
Sepilok. Lepas habis KAGUM Bersecita di Sandakan |
|
Di lapangan terbang Sandakan |
|
Balik dari Penang, Bola tampar |
|
Stadium Darul Makmur, Lompat Kijang |
Itu adalah aktiviti KAGUM sahaja. Ada banyak lagi yang aku sertai. Kalau bab2 kebudayaan, kesenian, persembahan untuk apa2 program, Jabatan Bahasa akan cari aku. Penghormatan paling tinggi ialah bila aku bersama pensyarah idola aku YM Ungku Nooraien (Ummi Aien) mengacara majlis Apresiasi Kebudayaan yang menghimpunkan ramai seniman, Sutung Umar R.S, Lim Swee Tien dan ramai lagi nama besar. Aku juga mendapat anugerah Pelakon lelaki terbaik dalam Festival Teater Terengganu (dulu dikenali Pekan Teater). Aku juga muncul Pendeklamator yang berjaya menempatkan diri dalam 10 peserta akhir daripada 90 lebih orang peserta pada Deklamasi Puisi Kemerdekaan Negeri Terengganu. Ntah mana pergi keratan2 akhbar berkaitan. Aku lost somewhere.
Aku aktif dengan geng2 teater Terengganu. PELITA dan TETAMU. Beberapa kali bekerjasama dengan Eman Manan dan juga Wan Hanafi Su. Biasanya aku dijemput turut serta dalam Wacana2 dan juga Dialog serta pelbagai aktiviti berkaitan.
|
Sayembara menulis cerpen, Johan dan naib johan
Puisi Johan dan ketiga |
|
Johan kawad kaki |
|
Team X... hehehhe |
|
Geng2 makan |
|
Bako2 classmate |
|
Naib Johan Lompat Kijang |
|
Lelaki Melayu Terakhir... lepas tu semua bugis. ahahaha |
Dalam Maktab, aku memberi inspirasi kepada yang lain. Unit kami selalu memenangi pelbagai pertandingan dalaman. Kami Johan pertandingan mengajar, kami johan malam kebudayaan, Kami johan drama bahasa Inggeris, kami johan Minggu penghayatan Islam, dan kami top 3 Kejohanan balapan dan padang. Dan, kami hanyalah opsyen matematik. Banyak lagi yang tak dapat aku senaraikan.
|
Sebelum masuk mendeklamasi sajak dalam pertandingan
akhir Deklamasi Puisi Kemerdekaan Terengganu |
|
Anak2 SK Kg Bukit, Cendering aku latih kawad formasi sehingga ke peringkat
kebangsaan di Johor Baharu. |
|
Johan kawad formasi peringkat Negeri Terengganu |
|
Ntah kat mana budak2 ni sekarang |
|
Praktikum sem 4, SK Kg Bukit |
Hidup aku di maktab penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan. Penat. Tapi sangat membina karekter aku. Keyakinan. Pengalaman. Tapi, jujurnya aku terpaksa membayar harga yang mahal. Aku kehilangan cinta kerana tak di baja. (cukup kat situ heheh). Katika itu juga, pengetua dinaikkan pangkat menjadi Pengarah JPN Negeri. Aku kehilangan banyak sumber inspirasi. Kehilangan motivasi. Tapi, aku tetap terus ke hadapan.
|
Kelab Kebudayaan.. rehearsal nak perform malam kebudayaan |
|
Wacana Teater Pantai Timur |
|
Aku da lupa nama kakak ni |
|
@Ash_Savilara... Always jd my partner |
|
Aktiviti petang2 |
|
Ba'e... BFF ni.. dunia akhirat. |
Natijahnya, aku memperoleh Diploma Pendidikan dengan Pangkat Cemerlang. Aku juga adalah penerima Anugerah Ibnu Sina Terbaik Gerko. Mak bangga. Abah bangga. Family bangga. Tapi tak dapat menandingi kebanggaan aku sendiri. Anugerah disampaikan sendiri oleh Tn Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Dato Hj Razali Ismail. Haaaaaaaaaa... Masa tu, lama dia berbual atas pentas dengan aku. Aku ingat lagi kata2 arwah. Saya tahu awak akan berjaya dengan cemerlang. Dulu saya cakap baru permulaan. Sekarang saya ulang semula, ini juga baru permulaan. Perbualan itu turut didengari oleh Tn Pengetua. Tn Hj Mohd Kharuddin bin Zakaria (ketika tu da jadi pengetua) orang yang memilih aku masuk ke MPKTBR. Ayat2 arwah tu, aku rasa aku dapat fahami dengan baik.
|
Diploma Pendidikan Cemerlang
Anugerah Ibnu Sina Gerko Terbaik |
Korang nampak tak? Aku da tak peduli yang lain. Sebab, aku rasa aku telah ditentukan menjadi guru. Dan yang paling bermakna, akhirnya aku sendiri memilih untuk menjadi guru. Ketentuan atau pilihan? Aku tukar menjadi ketentuan dan pilihan. Bumi Darul Iman, memberi aku inspirasi untuk menjadi yang terbaik. Apa mungkin aku lupakan semua ini. Cerita ini sepatut aku garap dan persembahkan dengan lebih detail lagi, tapi tak apa lah. Niat aku ialah untuk aku tunjukkan bagaimana aku mula bersedia menjadi seorang guru.
|
Allahyarham Dato Hj Razali Ismail (berdiri tengah baju merah)
melawat kami di belakang pentas selepas selesai persembahan |
Alfatihah buat Dato Hj Razali Ismail, insan yang sentiasa di belakang aku. Beliau meninggal dunia ketika bermain badminton di IAB Genting Highland. Ketika itu beliau adalan Timbalan Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Terengganu. Orang2 hebat cepat benar perginya. Tuhan lebih sayang. Tak sempat aku nak tunjuk siapa aku sekarang. Tak sempat aku nak tutup ayat beliau "ini baru permulaan...."
Aku akan berkongsi lebih lanjut, bagaimana aku dilatih menjadi guru berkebolehan ketika aku dalam lapangan keguruan. Siapakah insan yang menjadikan aku sebegitu. Siapa yang mendidik aku dan memimpin aku. Insan2 hebat ini mungkin biasa pada orang lain, tetapi telah meletakkan aku adalam pelbagai acuan keguruan. Doakan aku sihat sentiasa dan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pemimpin yang sepatutnya. Aku akan berkongsi lagi. Rileks la... Hujan pun reti berhenti. hahahha
1 ulasan:
Assalamualaikum, saya Maisara pelajar dari UM yang sedang membuat tesis berkenaan Maktab Perguruan Batu Rakit ini. Boleh saya dapatkan emel untuk berurusan?
Catat Ulasan