Pulau Redang... Kepulanganku

Assalamualaikum. Salam semua. 🙏🏻



Teringin rasanya nak berkongsi cerita tentang trip Redang baru2 ni. Trip bersama rakan2 pentadbir ini yang ntah kali ke berapa. Sebelum ini, kami pernah bersama ke Tasik Kenyir, Lumut, Pulau Pangkor, dan pernah juga ke Pulau Redang 🏝! Maka, trip ini adalah trip kali kedua ke Pulau Redang. Untuk aku pula, ini bagaikan kepulangan semula 🏡 ke sini, memandangkan sewaktu aku menuntut di Terengganu ini (2000-2002) pernah juga menjejaki kaki ke sini.

Terengganu sebuah negeri yang memberi nilai sentimental tinggi pada aku. 3 tahun yang mendewasakan, memberikan pengalaman, mengajar aku banyak perkara (inshaallah aku tulis dalam posting lain) dan semestinya negeri yang telah menjadikan siapa aku 👨🏻‍🏫 pada hari ini. Kepulangan ke Terengganu kali ini memanglah aku nantikan. Hanya melewati beberapa tempat2 tertentu sahaja bisa membuatkan aku tersenyum 😊 sendirian.. Banyak kali jugak lah ketawa kecil 🤭... Ahahahahah..

Jeti Syahbandar

Geng2 baru yang join kali ni

House keeping sebelum check ini

Buai dengan seribu rahsia... ahahaha shhhhh
Kami menaiki feri dari Jeti Syahbandar bersebelahan dengan Pasar Payang yang terkenal tu. Huhuh.. Jeti pun sudah berubah wajah, lebih selesa dan kukuh. Cuma kena menapak jauh sikit la... Menyusuri kuala Duyong sebelum merentas dada Laut Cina Selatan, aku terpegun melihat sebuah jambatan dalam pembinaan. Jambatan dengan reka bentuk menarik itu adalah jambatan yang diideakan boleh diangkat untuk memberi laluan kapal besar melaluinya apabila siap kelak. Waaaaaaa hebat.. Pesat betul pembangunan Terengganu sekarang.

Kami menginap di Redang Lagoon Resort. Sebuah resort yang dimilikki anak melayu. Hairan juga, bukan waktu cuti sekolah, tetapi pengunjung pulau itu agak ramai di setiap resort dan chalet yang terdapat di sana. Jujurnya, aku tak berminat sangat dengan program2 di air. Aku jangkakan, macam nak mengelak je kalau pergi aktiviti di air. Aku, secara peribadinya, lebih selesa berada di tepi pantai. Menghirup udara segar, melihat pemandangan indah, tenang dan damai. Penghayatan kepada alam mendamaikan, pengamatan kepada alam menenangkan...

Gila tak damai kalau macm ni

Tenang

Hari pertama... snorkeling.. Tak pa lah..join je lah.. Esok malas.. Untuk hari ni, kami snorkeling di sekitar pulau berhampiran. Esok pagi ke Taman Negara, dan petang pula snorkel bersama penyu. Hah ye lah... aku gi sekali jelah.. hahaha




Balik dari snorkeling, cuci2 badan, mandi.. Sedar2 da maghrib. Astaga... ahahahaha.. Penat derr main air. Malam tu, geng2 candat sotong pergi mencandat. yang lain meronda sekitar pulau. Aku dan geng2 GB pergi menjarah pusat karaoke. Ahhhhhh gila la.. Sejam RM60???? Makkk aiiii.. Maknanya RM1 seminit.. Gila mahal lagu kat sini. Hahahha tu la satu2nya karaoke yang ada. Kami pun layan je la.. Tapi tak boleh blah jugak, lagu ntah apa2.. Last2 kami pun pendekkan daripada 3 jam jadi 2 jam. Tak lama lepas tu dapat berita geng2 candat bertolak balik ke pulau, sbb ribut sedang melanda. 

Semua muka bosan jek.. ntah apa2 karaoke dia

Daripada 3 jam, cut jadi 2 jam
Malam tu, kami bersembang di tepi pantai.. Macam2 perkara kami bual dan kongsikan. Aku ambil kesempatan berbaring di wakaf tepi pantai tu. deruan ombak sebagai halwa telinga seakan muzik yang dimainkan buat hiburan. Resort2 sekeliling penuh dengan pengunjung dalam dan luar negara. Muzik mereka yang kuat, dengan tarian liar para pengunjung sedikit pun tak dapat mengganggu temu janji aku dengan ombak. Lepas tu, geng2 jahat datang dan mengajak aku turut serta bermain terup.. Ahahahahhaa aktiviti wajib. Ko jangan salah sangka la.. ni bukan berjudi.. Cuma sapa paling banyak kalah, kena bahan jek... kikikiki.. tapi bab bahan tu ko kena hadap paling sekejap dua bulan... kihkihkih.

Pagi kedua.. Geng mancing da naik bot pergi mancing. Snorkeling di taman laut. Ive been there before. Tapi aku ikut sama. Cuma aku tak pergi sama. Duduk saja. Melihat gelagat rakan2 dan para pengunjung. Seronok juga lihat gelagat orang. Masa ni, kalau kau rajin, kau boleh catatkan pemerhatian kau untuk setiap personal yang kau lihat. Kau boleh catatkan sifat tubuh, attitude, cara ketawa, cara bercakap dan macam2 lagi. Dengan cara begini, kau boleh lebih mengenali sifat2 dan sikap manusia serta perwatakan mereka... Huh! Apsal serious sangat aku punya tulisan ni.. Jom balik ke resort!..

Tengahari tu kami makan dengan penuh selera. Lapar.. main air. Ada geng yang akan pergi snorkeling dan feed turtle. Wild turtle tapi jinak dan boleh bermain dengan kita. Teruja jugak.. Tapi tak boleh melawan keterujaan mata aku menemui kekasihnya, sang bantal. Letak je kepala... Aku rasa macam dah kat syurga firdaus. Hahaah.. Dalam pada aku tertidur, geng mancing bawak hasil yang agak lumayan. Diaorang mintak pihak resort masakkkan. Aku bangun.. nak join sekali.. Ko tau? Yang tinggal gambar kat Whats App je.. Kecik ati abam... huhuhuhu.

Bola Tampo!

Classmate
Berita gembira.. Tahniah Wan


Moreo Attack!!!

Petang tu, kami habiskan masa dengan bermain bola tampar. Macam2 skill keluar. Yang x keluar skill bola tampar je. Skill takraw, skill ragbi, skill snooker pun ada. Hahahhaah.. Korang faham ke tak ni? Aku pun tak faham.. Hantam saja... Lepas tu, kami melepak di kedai makan atau pun warung la lebih kurang. Minum coconut shake, kepok lekor... Bual2 santai. gelak ketawa. berkongsi rasa.

Jom minum

Minum jom
Malam tu kami makan bersama di cafe Redang Lagoon. Aku tengah sedih. Jam aku hilang. Aku da cari merata tak da juga. Sedih woi... Lama da jam tu dengan aku. Kalau kawin, da darjah satu anak kami. Malam tu jugak ada pemuzik datang dari Pulau Kapas. Seorang guitarist, seorang lagi main biola. Diaorg selalu perform kat Pulau Kapas. Tapi kebetulan diaorang teman tourist dari Spain nak ke Redang dari Kapas. Diaorg bawak instruments sekali dan mintak main kat cafe.

Kami makan dengan diiringi muzik live. Pehhh syahdu beb gesekkan biola tu. Lepas makan, kami semua tak berganjak. Pengunjung lain pun sama. Lama kelamaan geng2 kami da mula menggila. Nyanyi bersama. Request lagu.. Tapi, salute, brother berdua tu tetap layan. Apa lagu kami petik dia layan. Jam 11:30 diaorg berdua mintak izin untuk main lagu akhir. Member aku bagi RM10 untuk tambah 1 lagu last. Akibat dek hebatnya diorg main, PPD bagi RM100 utk main sampai jam 12. Hebat beb.. korang boleh follow ig brother ni @imisang. Brother tu cakap, geng2 Segamat ni gila. Tak pernah lagi ada orng nyanyi sama, sebab dia main instrumental. Hahahahaha.. Aku apa ada hal.


Elehhhh diaorg yang nak bergambar dengan aku.. hheeh Spanish

Malam tu belum berakhir lagi. Macam biasa, lepak, borak, minum...Terup.. Ngeee... Dalam jam 3 pagi, aku da tak larat, balik bilik la. Esok da nak balik.. Aku packing dulu siap2. Esok nak naik bukit depan Laguna Resort tu. Nak ambil gambar2. Jam 12 tengahari kami pun menaiki feri untuk ke tanah besar.





Sampai di Kuala Terengganu, letak barang dalam bas. Kemudian ke Pasar Payang untuk cari sedikit cenderamata. Aku beli la juga key chain untuk semua guru dan staf. Key chain pun jadilah sebagai tanda ingatan. Takkan aku nak beli patung turtle plak kan.. Ahahaha.. Bas bergerak pergi pusat jualan keropok lekor di kawasan Seberang Takir sebelum ke Teluk Ketapang (belakang lapangan terbang) untuk makan ICT. Aku tak membeli sebab aku ada tempat untuk aku beli. So, next time mungkin aku datang sendiri beli. Heheheheh.. Sebelum sampai di Segamat, kami sempat singgah di My Mama Nasi Kukus, Gambang. Tempat wajib pergi tu sebab orang sponsor.



Trip kali ni, lebih sentimental. Perasaan aku dijentik - jentik. Korang rujuklah perenggan pertama dan kedua tu. Apa pun, tak pernah tak rindu dengan negeri Darul Iman ni. Inshaallah, akan kembali semula ke Redang. Untill we met again.!

P/S: Jam aku da jumpa. Thakns yang bagi semangat malam tu dan yang tolong simpankan. Pada post ini ditulis, jam tu da putus talinya. Sedih lagi!

Tiada ulasan:

Post lain