Kebosanan melanda disebabkan anak-anak berkampung di kampung, maka aku melanggan Astro First. Pakej RM15 untuk Trilogi Rock. Cerita ni da banyak kali jugak aku tonton, cuma bila ada trilogi ni, aku pun tengok setiap ceritanya. Ntah kenapa, at the end, tak perasan.. kelopak mata aku basah. So.. sebelum terlupa, aku bukak laptop dan aku tulis apa yang terlintas kat hati malam ni.
Aku pernah cerita pasal UNITED Band ni dulu. Kau klik sini. 2018 tak salah. So, kali ni aku cuma nak cerita, kenapa aku sebak sangat bila aku tengok trilogi Rock ni.
Duit..!!
Bukan senang nak jadi UNITED Band. Ye.. Duit. Kau bayangkan, jamming satu jam RM20. Time tu baru aku sorang yang bekerja. Yang lain, kerja celup - celup. Sekali jamming 2 jam. Mula - mula dulu 3 jam. Sehari RM60. Pastu seminggu tu kadang - kadang 4 hari. Gila kan?
So... mana datang duit? Ye, yang lain ada gak hulur sikit2. Tapi kebanyakan masa, memang aku lah yang keluarkan duit. Bergaduh laki bini tu biasa. Duit tak cukup tu biasa. Tak cukup untuk kegunaan family. Anak kecik lagi masa tu. Sajidah baru 3-4 tahun. Gaji pun kecik lagi. Tapi dek kerana minat.
Pernah ketika, handset aku ni 5-6 kali jual. Jual handset mahal, ambik handset murah sikit. Dapat RM100 -200 kat tangan, pergi jamming. Pastu, tak da duit, jual handset tu, ambik lagi handset lagi murah. Tak sampai seminggu, jual lagi, ambik handset 2nd hand. Dapat duit pergi jamming. Sampai macam tu gilanya dulu.
Aku congak - congak, kira - kira, aku habis dekat RM16,000.00 untuk jamming sahaja. Nampak tak banyak, tapi tulah hakikatnya. Belum lagi aku beli gitar. Fender, Ibanez, Fender semula. Belum gadget. Belum lagi lain-lain. Ngeteh lepas jamm lagi. Duit minyak kereta?
So, kisah Rimba Bara ni sangat - sangat dekat dengan aku. Banyak babak dia yang buat aku teringat zaman tu. Tak pasti, aku sedih atau aku seronok bila ingat kisah - kisah tu.
Usaha..!!
Nak jadi macam UNITED Band dulu memang seksa. Ada masa, kawan - kawan tak ada kenderaan. Penuh satu kereta. Pernah sekali, dua orang kerja kat Jementah. Aku pergi jemput beb!! Pergi jemput kat Jementah sana, bawak balik IOI.. Lepas jamming, hantar balik Jementah. Nampak? Gila punya effort. Usaha tu.
Belum bab praktis. Kadang - kadang nak dapatkan satu - satu skill tu, sampai bermalam kat studio. Pukul 2-3 pagi masih peluk gitar lagi. Cari skill, cari lagu sampai dapat. Pergi ikut house band main kat rumah orang kawin. Bukan dapat duit. Tapi saja nak cari pengalaman. Belajar macamana nak main depan orang.
Alhamdulillah, lepas tu da pandai main sendiri. Dah boleh ambik function sendiri. Dapatlah seorang RM50. Join Battle of The Band, join 4 kali. Mula - mula join, kalah. Lepas tu mesti ada tempat. Naib johan 2 kali, ketiga sekali. Dapatlah duit. Adalah dalam seribu lebih.
Berbaloi ke? Kalau nak kira nisbah, langsung tak berbaloi. Peribadi, memang tak berbaloi langsung. Tapi rasa puas sangat. Puas ada kejayaan. Puas apa aku minat tu beri kejayaan. Tapi jauh sudut hati, apa aku korbankan, tinggal anak isteri malam - malam, duit jalan anak isteri, duit susu, langsung tak berbalas. Aku sedar tu semua. Sebab tu bila tengok cerita ni aku sebak.
Kenangan
Apapun, kenangan tu sangat mahal harganya. Terutama kenangan dengan anak sulung aku, Sajidah. Kebanyakkan malam, Sajidah dan wife aku sentiasa ada ikut. Pukul 1-2 baru balik rumah. Tidur diaorg kat dalam kereta. Sajidah baru nak membesar. Belum ada adik. Dialah anak yang selalu aku bawak ke mana - mana. Kena marah. Bergurau. Macam - macam lagi.
Rindu sangat Sajidah masa tu. Telatah dia. Rambut keriting dia. Menyanyi lagu yang sentiasa aku mainkan. Lagu Sweet Charity, Keliru, Batu tu dah biasa dia nyanyikan.
Lagu - lagu tu, lagu - lagu Sweet Charity banyak betul dalam 3 cerita tu. Teratai, Kamelia, Tersendiri, Batu... Ingatan aku memang lekat betul kat momen - momen tu semua. Tanpa sedar, memang kelopak mata aku basah.
Aku tak pasti, sebak? Sedih? Aku tak tau. Tak dapat jelaskan. Yang paling pasti, aku memang rindukan Sajidah. Rindu sangat. Rindu sebab, dia dah besar. Masa dah berlalu. Aku tak pasti bila aku dapat peluk dia macam masa dia kecik.
Sambil aku menulis, aku bukak youtube. Lagu Tersendiri. Ramli Sarip. Lagi bergenang air mata ni. Macam aku cakap, filem trilogi Rock ni memang menjentik hati aku ni. Cuma, tak pasti, ketika air mata ni bergenang, perasaan apa yang berperang. Sedih, sebak atau apa saja..
1 ulasan:
Dey ko buat aku xtido la.. Hahaha.. Biar pun semuanye telah berlalu tp kenangan tetap trpahat di ingatan..kalau bleh diulang fuhh betapa seronoknye,ramai yg menjadi saksi tatkala kte semua bersungguh-sungguh nk belajar n mendalami ilmu muzik..drpd xpndi main muzik smpi la kte bleh cipta lagu sendiri..fuh rse nostalgia plak.. Hahaha.. Terima kasih Sgt pd mak abah yg bg semangat, pd kak leha yg byk brkorban, aku mintak mf ye kak byk menyusahkn, pd family ioi studio yg byk mendorong n bg semangat kt kami, pd penyokong2 kami n kwn2 yg sllu support kami..terima kasih sgt2..
Catat Ulasan