Assalamualaikum...
Disclaimer : Pandangan dan pendapat peribadi aku sahaja.
Semalam aku ada kongsi sikit tentang Kitaran PDCA. Satu kitaran penyelesaian masalah yang boleh kau guna tak kira apa peringkat pimpinan kau. Kau boeh tengok balik kat sini. So, hari ni aku kecikkan skop sikit kepada pemimpin atas dan pemimpin pertengahan. Kalau kat sekolah, untuk guru besar dan juga sayap2nya, GPK2. Hari ni, zaman kita ni, kita memimpin dengan cara kreatif. Masalah2 yang ada dalam kelambu organisasi kita juga perlu kita selesaikan dengan kreatif. So, kau kena dapatkan satu panduan untuk membolehkan kau mengurus, memimpin, dan mentadbir dengan berkesan. Supaya kau mampu mendepani cabaran dengan baik. Dalam mengurus ni, kau kena ada prinsip pengurusan. So ada empat fungsi utama dalam prinsip pengurusan, iaitu Planning - Organizing - Leading - Controlling (P-O-L-C). Ia jugak boleh lah kau sebut sebagai Rangka kerja POLC. Bila kau sebut macam tu nampak la kau tu tau. Haaaaa.
1. Planning (Merancang)
Fungsi ni paling pentinglah. Semuanya bergantung kepada perancangan. Kat fasa ni, kau kena tetapkan matlamat, objektif dan kau kena tentukan apa tindakan kau untuk capai matlamat dan objektif tu. Biasanya kat sekolah, guru besar lah yang merancang. Tapi kau kena ingat, ada guru besar yang akan mendapatkan idea, pandangan, data, daripada sayap2nya iaitu GPK2. Jadi secara tak langsung kalau kau GPK, kau juga harus tahu dan terlibat sama dalam proses merancang ini.
Merancang ni ialah kerja meramal masa depan. Haaaaaa.. dah macam tukang tilik tau tak.. Cuma tak tengok pakai geluk yang ada air tu je. Kau kena sandarkan kepada analisis, data, kajian2 dan dapatan kajian kau. Kau kena berpandangan jauh, gali dalam2. Ada macam2 cara. Ada yang buat analisis SWOT, analisis persekitaran, analisis jurang, analisis keperluan, dan macam2 kaedah lah. Yang tu kau google lah. Kau baca lah. Kalau aku tulis semua, panjang pulak. Nanti kau suruh lukis.
Aku pendekkan lah. Merancang ni biasa akan melibatkan proses memilih misi, visi, dan objektif. Kemudian tetapkan matlamat dan objektif setiap sub-unit. Lepas tu kau tetapkan program atau projek atau tindakan untuk capai matlamat. Contoh, kau nak bawak sekolah kau pergi mana? Nak murid2 kau terlibat aktif dalam ko-kurikulum sehingga peringkat tertinggi, sekurang2nya 50%. Nanti, sub-unit kau sambut lah, Pengakap sambut, Puteri Islam sambut, Bola sepak sambut. dan lain2 lagi. Kau boleh tengok kat bawah ni aku letak jenis2 perancangan
2. Organizing (Mengurus)
Kau da rancang ataupun bos kau da rancang, apa kau kena buat? Kalau kau bos, kau urus lah. Kalau kau middle leader, kau urus bahagian kau. Kitaran mebgurus ni banyak jugak. Kau kena lah urus sumber2 yang ada, sumber manusia, sumber kewangan, sumber fizikal dan lain2 lagi. Senang citer, kau aturkan agihan tugas, kuasa, dan sumber. Aku ringkaskan lah.
Kau jangan biar macam tu. Kau kena kawal. Macamana nak kawal. Buatlah pemantauan. Kalau kau GPK HEM, kau pastikanlah semuanya berjalan baik. Kau tengok cikgu yang jaga RMT. Berjalan lancar tak program RMT kau. Kau tengok program2 amalan baik yang kau rancang untuk capai matlamat sifar salah laku tu. Berlaku tak seperti yang dirancang. Tu kawalan. Ambil tindakan perlu jika tidak berjalan seperti yang telah dirancang. Mengawal ni melibatkan ukuran prestasi lah. Pada matlamat, pada objektif, pada perancangan. Di sekolah, kau perlu ada fungsi ni, supaya, hala tuju yang telah dirancang tu dapat berjalan lancar. Kalau kau middle leader, kau jaga bahagian kau.
Empat fungsi ni, adalah panduan kau sebagai pentadbir dan pemimpin. Semalam kau da baca pasal PDCA yang membantu kau mengplikasi dalam menjalankan program kau. So POLC ni adalah lebih besar dalam urusan pentadbiran kau sepanjang tahun. Sepanjang kerjaya kau sebagai pemimpin dan pentadbir. Aku harap, sedikit sebanyak apa aku kongsi ni, akan menyerlahkan potensi yang ada dalam diri aku. Dan diri kau. Supaya potensi orang lain dapat kita bangunkan...
Kitakan pemimpin... kannn..

- Perancangan Strategik - kau analisis kekuatan dan kelemahan, peluang dan ancaman. Analisis SWOT la. Pilih strategi yang sesuai. Tetapkan matlamat, objektif, KPI, dan strategi yang sesuai. Rancangan ni jangka masa yang panjang 3-5 tahun. Biasa boss, ketua, pengurus yang buat. Guru Besar lah. Tapi macam aku cakap, kau kena tahu.
- Perancangan Taktikal - Rancangan ni rancangan tindakan kau bagi support perancangan strategik yang besar tu. Biasa nya jangka masa pendek. Contohnya, matlamat strategik nak pencapaian 100% menguasai subjek teras, maka kau datang dengan perancangan taktikal yang nakkan semua guru kau diberi latihan dalaman secukupnya. So kau masukkan lah dalam Perancangan taktikal. Biasa yang buat ni ialah pemimpin pertengahan seperti GPK atau ketua panitia.
- Perancangan Operasi - Senang citer program. Kau buat program berdasarkan Perancangan taktikal tu. Biasanya kurang dari setahun. Tadi nak meningkatkan kau punya kompetensi guru2, bagi mencapai matlamat strategik yang 100% menguasai tu kan. So kau buat program, program LDP untuk guru berkaitan meningkatkan kompetensi selama seminggu. Ni contoh lah.
2. Organizing (Mengurus)
Kau da rancang ataupun bos kau da rancang, apa kau kena buat? Kalau kau bos, kau urus lah. Kalau kau middle leader, kau urus bahagian kau. Kitaran mebgurus ni banyak jugak. Kau kena lah urus sumber2 yang ada, sumber manusia, sumber kewangan, sumber fizikal dan lain2 lagi. Senang citer, kau aturkan agihan tugas, kuasa, dan sumber. Aku ringkaskan lah.
- Struktur organisasi - Kau kena cipta atau buat rangka kerja, dan pastikan letakkan sumber manusia di situ. Alaaaa... kau ada carta organisasi? Haaa tu la maksud dia. Kalau kau GPK Kokurikulum, sapa su sukan, sapa penyelaras badan beruniform, sapa coach boal dan lain2 lagi. Haaaa senang cerita. Payah nak berbunga dan beristilah ni. Tapi awas... Kat sini lah pentingnya kau urus. Pilih yang sesuai. Letakkan sumber dan kekuatan ditempatnya. Supaya tak timbul masalah kemudian.
- Reka bentuk kerja - Kau kena nyatakan dan letakkan peranan mereka. Pastikan mereka tahu peranan dan tanggungjawab masing2. Apa SOP nya? Apa proses kerja mereka. Jangan kau harap diaorg tahu sendiri. Alaaa kau google je la fail meja, kau ubahsuai ikut kesesuaian sekolah kau.
Senang citer, pendek cerita, mengurus ni, kau agih tugas, kau beri input, kau tetapkan proses kerja, dan kau pandu mereka. Sampai tak maksud aku?
3. Leading (Memimpin)
Memimpin itu seni. Ianya sangat subjektif dan sangat sukar ditafsirkan. Untuk jadi pemimpin hebat dan berjaya, banyak faktor memainkan peranan. Memimpin adalah sebahagian daripada kerja pemimpin. Memimpin perlukan kau untuk mengarah, memotivasi, membimbing, memberi dorongan dan mempengaruhi orang lain. Kadang2 untuk memimpin kau perlu libatkan pengaruh sosial dan tidak formal untuk memberi inspirasi kepada orang lain. Dalam memimpin, keharmonian sangat penting untuk sama2 menuju ke arah organisasi. Ramai je orang buat kajian tentang tingkah laku. Ada sains tingkah laku lagi. Semua ni dibuat demi untuk memahami manusia, dan kau gunakan benda ni untuk mencapai hasrat organisasi kau.
Berbalik kepada persekitaran kau, kau kenalah ambil kira tentang human touch. Kau jangan biarkan orang lain. Kau arah mereka, dengan hikmah. Kau bimbing, kau dorong. Pastikan kau mendengar luahan, membantu menyelesaikan masalah, memudahkan urusan orang lain. Kebersamaan kau sangat penting. Keberadaan kau. Malah keterlihatan kau juga memainkan peranan. Kadang2, kau tak tahu, tap kau berusaha untuk tahu, seterusnya memberitahu. Kau kena kenal orang2 kau. Kau kena cari solusi untuk setiap individu yang bekerja di bawah kau. Cuma, ada masa kau perlu memimpin dengan tegas. Kalau perlu kau singkirkan orang yang menjadi virus.
4. Controlling (Mengawal)
Kau jangan biar macam tu. Kau kena kawal. Macamana nak kawal. Buatlah pemantauan. Kalau kau GPK HEM, kau pastikanlah semuanya berjalan baik. Kau tengok cikgu yang jaga RMT. Berjalan lancar tak program RMT kau. Kau tengok program2 amalan baik yang kau rancang untuk capai matlamat sifar salah laku tu. Berlaku tak seperti yang dirancang. Tu kawalan. Ambil tindakan perlu jika tidak berjalan seperti yang telah dirancang. Mengawal ni melibatkan ukuran prestasi lah. Pada matlamat, pada objektif, pada perancangan. Di sekolah, kau perlu ada fungsi ni, supaya, hala tuju yang telah dirancang tu dapat berjalan lancar. Kalau kau middle leader, kau jaga bahagian kau.
Empat fungsi ni, adalah panduan kau sebagai pentadbir dan pemimpin. Semalam kau da baca pasal PDCA yang membantu kau mengplikasi dalam menjalankan program kau. So POLC ni adalah lebih besar dalam urusan pentadbiran kau sepanjang tahun. Sepanjang kerjaya kau sebagai pemimpin dan pentadbir. Aku harap, sedikit sebanyak apa aku kongsi ni, akan menyerlahkan potensi yang ada dalam diri aku. Dan diri kau. Supaya potensi orang lain dapat kita bangunkan...
Kitakan pemimpin... kannn..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan