Salam... jumpa lagi.. Sambung lagi.. hehehehe
Pagi2 dah bangun.. Semua excited nak pergi sanctuari kelah. Sebelum pergi trip ni, da google dulu. So, da nampak la serba sedikit gambarannya. Perjalanan dari Air Terjun Sungai Lasir ke Sanctuari Kelah Sungai Petang lebih kurang sejam setengah.. (tapi kalau naik kereta, sekejaaappppp shj) ahahahahahah... Naik House Boat beb.. mmg la lambat.. besar bagak ni. bukannya speed boat. Dalam perjalanan, kami menikmati sarapan. Ditemani deruan enjin boat yang kuat tu.. Masa sarapan ni, banyak juga kami berbincang secara serious tentang hal - hal pendidikan... Haaaaaa Bosan? tak pun... tulah kami... tulah cikgu..
Untuk sampai betul2 di Sungai Petang, dan bermain2 dengan ikan kelah, pengunjung harus menaiki bot laju lebih kurang 5 minit daripada kaunter masuk. Kemudian berjalan kaki 1.9 km untuk sampai ke sana. Yang bestnya, tengah2 perjalanan, kita akan melalui sebuah jambatan gantung.. Ahhhh Sudahhh... Aku gayat la weiiiii..
|
Macam Niyang Rapik koooo |
|
House boat sampai sini je.. |
|
Ramai2 tak gayat sangat |
|
Naik speed bot |
|
Aku Gayatttttttt |
|
Tu.. bawah tu kelah sedang beraksi |
Selepas melalui perjalanan yang memenatkan, mencemaskan.. menggayatkan opkos... heheh, akhirnya kami sampai juga ke pusat sanctuari kelah.. Sesampai nya di situ, keterujaan bertambah bila melihat group2 pelancong yang lebih awal sedang bermain dengan ikan kelah. Dasattt la ikan2 ni.. Pandai betul.. mesti gi sekolah ikan2 ni.. Ikan2 kat sini besar2 belaka.. Bagak.. Selebihnya korang tgk jelah gambar2 kat bawah tu.. Ada video sekali.
Trip kali ini benar2 menyegarkan diri dan membina kembali semangat yang kian hilang. Aku benar2 rasa isolated dari dunia luar, dari gadjet yang menyesakkan seharian. Di sini, dalam kelompok kami dan terasing, banyak sebenarnya yang aku perolehi. Terima kasih Kenyir. Terima kasih alam. Korang boleh je nak tengok balik
part 1 atau
part 2. Jumpa lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan