Assalamualaikum...
Ada kawan malam ni mengingatkan aku tentang Pekan Teater Terengganu 2000, kira2 19 tahun yang lepas. Tersenyum sendiri aku. Banyak sangat kenangan2 manis saat tu.Haahahahaha.. manis tu bukan sebab bercinta dengan ramai pasangan sekali gus... aku tak macam tu.. manis tu sebab kenangan2 sepanjang projek teater tu. Hahahha tulah korang... selalu judge aku yang bukan2..
Selepas kami mewakili zon timur ke KAGUM Drama peringkat kebangsaan di Batu Lintang Sarawak, dengan mengangkat naskhah 'Sang dewi', kami kembali dengan projek terbaharu, Pekan Teater Negeri Terengganu. Pekan Teater ni sekarang di panggil Festival Teater. Masa ni aku sem 2.
Kami angkat naskhah Puisi berat kali ni. Berkolek Bersajak, karya Allahyarham J.M Aziz. Pecah jugak kepala otak nak menterjemahkan karya puisi kepada teater. Alhamdulillah, kami berjaya hasilkan. Aku watak utama, penyair yang dipinggirkan, Sit Jenny (sekarang da convert muslim Aisyah Sit) sebagai mak Halim, Ash sebagai Tipah, Chot, Palie, Atok, Shimie jadi reporter. Dan krew yang dedikasi, atsani dan iskandar... mmg superb la diaorg.
Tq As.. Time ni tengah pecah kepala dengan dia nak terjemah naskhah puisi Pak J.M Aziz (Jiwa Merana) |
Masa KAGUM Teater Kebangsaan dulu, Atok menang pelakon pembantu lelaki terbaik. Aku? tak menang apa2. Tapi bukan anugerah yang aku kejar. Aku cuba perbaiki mutu lakonan. Macam aku cerita kat korang dulu Arwah Dato Razali Ismail yang banyak gilap aku. Tak lupa Cikgu Mubin juga yang byk bagi nasihat. Dan especiallylah kepada Eman Manan, group teater 'Pelita'..
Teater ni benar2 mencabar keupayaan aku. Banyak babak aku bermonolog. |
Salah satu babak antara Halim, Ibu dan juga Wartawan |
Malam tu aku betul2 menjiwai watak tu. Seorang penyair tempatan yang berpenyakit kusta, dibenci masyarakat. Dihina, dikeji, diperli2. Tak seorang pun ahli masyarakat yang menerimanya. Kecuali maknya dan adiknya, tipah. Walaubagaimanapun karya2 beliau ini menjadi perhatian masyarakat di luar sana. Cerita tu membuatkan aku menangis. bukan biasa2.. aku terbawa2 sehingga di belakang pentas. tak berhenti2. Bila aku diumumkan selaku Best Actor, aku ambil anugerah sambil menangis... hahahahahahaha......
Nampak aku tak? Haaa tu kat belakang, still menangis, terbawak2 dengan babak akhir. Krew2 dan semua group yang sempoi gila |
Ambik award best actor, masih meleleh2 air mata. |
Teater kami memenangi tempat ketiga.. dibelakang group teater otai 'PELITA' dan 'TETAMU'. Dapat le RM700. Aku best actor? RM300. Time tu besar beb hadiah tu.... ahahahahah.. Sabtu tu, masuk suratkhabar.. ahhh bangga btul.. Aku ada simpan keratan akhbar tu, tapi sayang ntah mana aku letak. Ahad tu pulak, Dato Razali berucap kat perhimpunan.. dan kebanyakkan ucapan arwah, menceritakan tentang aku.
Kenangan terindah beb.. buat member2 team teater ni.. aku rindu korang.. sweet tak? Tq @Ash_savilarra yang bagi aku memori balik. And guess what, finally aku jumpa balik Sit Jenny @ Aisyah sit. Lom jumpa lagi Kakak Sajidah comel yang baik hati. Kak, aku namakan anak aku sempena nama ko kak. Heheheh.. Alfatihah buat Tuan Pengetua, Allahyarham Dato Hj Razali Ismail.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan