Hari ni 1.4.2020. Di halaman muka buku, ramai yang mengingatkan rakan - rakan lain untuk menyemak markah masing - masing. Macam - macam komen ada. Ada yang redha, bersyukur, sinis, dan tak kurang juga komen - komen negatif menyalahkn pelbagai pihak. So, hari ni aku nak berkongsi, apa hak kau sebagai pegawai yang dinilai. Aku kecikkan skop untuk rakan - rakan guru yang berada di sekolah.
Baik korang mengaku, bila dapat je markah automatik kau akan bandingkan dengan kawan - kawan kau kan? Samaada secara terang atau pun underground. Heheheh jangan tipu.. Ngaku je. Kadang - kadang, ko lebih 0.3 markah daripada kawan ko pun dah rasa bangga. Dan kalau kau kurang sikit daripada orang yang kau rasa tak patut dapat, kau akan rasa lain.
Sebagai manusia, itu normal. Sekejap je perasaan tu. Lepas tu kau akan ok balik. Betul tak apa aku cakap? So, meh aku kongsi sikit apa aku tau dan aku buat tentang PBPPP ni. Moga - moga boleh jadikan panduan untuk kau mengharungi hari - hari akan datang dalam perkhidmatan.
APA YANG KAU PERLU TAHU?
So, apa sebenarnya yang kau perlu tahu? Ok, aku terangkan serba sedikit, integriti yang perlu ada pada pegawai penilai (PP) korang. Pegawai penilai (PP) SEHARUSNYA tidak terpengaruh dengan prestasi kau pada tahun - tahun sebelum tu. Diaorang tak boleh begitu. Penilaian seharusnya pada tahun semasa. Contoh untuk tahun 2020 ni, mestilah diaorg nilai yang tahun ni. Seburuk mana prestasi kau pada 2019, tidak boleh dijadikan asas penilaian diorang pada kau.
Korang pun kena tahu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tak ada berikan sebarang sistem yang ada markah. Jadi, kalau PP kau tunjuk markah kau masa dia menilai tu, tu bukan lah dari KPM. Kiraan yang diaorang buat tidak semestinya tepat. So, jangan pulak PP kau tunjuk markah 95% korang dah berharap begitu. Tu mungkin cara anggaran PP kau dalam menilai kau.
3 Komponen PBPPP yang kau kena ambil tahu. |
OK seterusnya. Korang juga kena tahu, PP kena professional dan ada hubungan kerja dengan kau. Adalah lebih baik, kalau PP kau tu yang menyemak e-RPH/ RPH kau, dia juga yang mencerap, menyemak hasil kerja murid dan ada hubungan kerja. Itu lebih bagus.
Mereka juga perlu menilai kau mengikut komponen yang sebenar. Contoh, kau melawan cakap dia, atau kau bergaduh dengan dia, dia tak boleh bagi markah rendah sewenang - wenangnya. Mungkin markah bahagian generik kau kurang, sebab kau tak professional. tapi markah fungsional dan keberhasilan kau tak boleh lah dia bagi tak tentu hala kerana apa yang kau buat tak termasuk dalam komponen fungsional dan keberhasilan. TAPI kau kena ingat, kau juga boleh dikenakan tindakan tatatertib, haaaaaa. kena lah jaga yang tu.
Haaa ni biasa. Penilaian ni bukan dibuat masa dah saat akhir. Penilaian adalah sepanjang tahun. Bukan hujung tahun baru nak nilai. So, korang sepatutnya ada siri perbincangan antara PP dengan PYD. Dari mula menetapkan sasaran, siri bimbingan, menyemak semula sasaran dan juga siri penilaian. So PP kena sentiasa berbincang dengan PYD tentang prestasi. Prestasi ye, bukan markah. Penilaian juga adalah sulit. PP tidak seharusnya membincangkan penilaian kau pada pihak lain.
BAGAIMANA KAU DINILAI
Pembahagian dimensi dalam komponen PBPPP. |
Baik. Sekarang ni, korang dah tau, ada 3 komponen. Generik, fungsional dan keberhasilan. Meh aku kongsikan kat kau. Untuk komponen generik ni, semua penjawat awam sama je. Korang akan dinilai berdasarkan dimensi, elemen dan aspek. Hah. tu dia. So, dalam komponen Generik ni ada dua dimensi, iaitu dimensi Profesionalisme dan Penglibatan.
So, dalam dimensi Professional, markah yang diperuntukan ialah 30%. Kau akan dinilai dalam 5 elemen. iaitu Nilai Professional, Sahsiah, Potensi, Keilmuan dan Pengetahuan, dan Kesediaan dan kewibawaan. Jadi macam aku cakap tadi, kalau kau tak professional, melawan pentadbir kau dengan cara yang tidak sepatutnya, markah kau yang terjejas mungkin dalam dimensi Professionalisme, iaitu Elemen Nilai Professional dan sahsiah.
So, tak sepatutnya kau dapat markah yang rendah dalam dimensi dan elemen lain. Tapi tu lah... kau kena ready lah dengan tindakan lain seperti tunjuk sebab atau lebih teruk, tatatertib.
Untuk dimensi Penglibatan, markahnya cuma 10% sahaja. Nampak sikitkan? Tapi kau kena ingat, dengan hanya dua elemen sahaja, maka setiap elemen menyumbangkan 5%.
Banyak tau tu. Dua elemen itu ialah Hubungan luar dan Sumbangan. So, sebenarnya, korang boleh score kat dua elemen ni, supaya kau boleh dapat 10% dengan mudah.
Komponen seterusnya, ialah komponan Fungsional. Komponen ni sedikit berbeza mengikut pengetahuan dan kemahiran mengikut bidang masing - masing. Aku fokus kepada kita sebagai cikgu. Pentadbir berbeza, guru bimbingan kaunseling berbeza, dan kau sebagai guru juga berbeza. Dimensi Kemahiran ni ialah sebanyak 60%. Whattt?? haaaa... banyak ooo.
Sebagai guru dimensi kemahiran kau tak lain tak bukan ialah PDPC. So banyak markah ni datang dari kemahiran PDPC.
Dimensi 3 yang paling banyak markah iaitu 60% |
Jujur dengan aku, adakah kau dicerap? Kalau kau tak dicerap, bagaimanakah kau boleh peroleh markah dalam Dimensi 3 ni? Haaaaaaa.... Ataupun adakah kau menganggap, pencerapan itu sebagai satu perkara yang menyusahkan? Kau silap, itu adalah tanggungjawab PP kau terhadap kau.
Dan tanggungjawab kau yang paling besar seiring dengan markah yang paling tinggi adalah PdPc. So, kau rujuk lah elemen - elemen tu supaya kau lebih faham. Sesuaikan pula dengan Standard 4 SKPMg2 iaitu instrumen pencerapan. Kau kena ingat, kalau dengan sebesar 60% ini, kalau score kalau dalam setiap elemen tu banyak 3, banyak sebenarnya markah kau susut.
Dan akhir sekali, kesemua 3 dimensi ini, berjumlah 100% dan akan dijadikan sebanyak 90% sahaja. Kenapa? Kenapa 90% sahaja? Kerana, 10% lagi dari satu lagi komponen iaitu komponen Keberhasilan. So, keberhasilan ni, adalah pencapaian hasil kerja kau. Jangan risau, ia boleh ditambah, diubahsuai dan juga digugurkan. So, berbincanglah dengan PP kau.
APA HAK KAU SEBAGAI PYD
Sebagai PYD kau berhak untuk merancang penilaian bersama - sama PP kau. Rancang bagaimana sasaran kerja kau, KPI, instrumen dan kaedah penilaian yang akan digunakan pada kau. Kaedah - kaeda penilaian seperti temubual, pencerapan, pemerhatian, pemeriksaan eviden dan bahan, penyeliaan dan lain - lain lagi. Kau juga perlu tahu, kau boleh dinilai pada bila - bila masa, mengikut kesusaian sasaran kerja.
Bimbingan sentiasa berterusan untuk guru - guru |
Selain itu, kau juga berhak dibimbing, didorong dan dimotivasikan oleh PP. Kau perlu tahu, hak kau dibimbing oleh PP. Dalam apa juga dimensi dan elemen, kau berhak dibimbing. PP akan memberi bimbingan supaya apa juga KPI kau tercapai.
Contoh paling mudah, ada 3 kali pencerapan dalam setahun. Pencerapan pertama adalah pencerapan kendiri, kemudian dua lagi pencerapan oleh PP kau.
Seharusnya PP kau membimbing kau untuk menghasilkan PDPC yang baik. Kalau kau tidak dibimbing, kau boleh persoalkan dengan baik kepada PP kau. Seharusnya pencerapan akhir, markah kau akan lebih baik dari yang sebelumnya. Kau boleh baca juga perkongsian aku, bagaimana aku mencerap kat sini.
Kau juga berhak menerima salinan borang markah penilaian untuk penilaian pertama dan juga penilaian akhir. Perbincangan tentang prestasi, sebelum, semasa dan juga selepas penilaian bersama dengan PP. Ambil tindakan yang sewajarnya pada setiap teguran, nasihat dan bimbingan.
So, agak - agak kau dah clear? Faham tak agak2? Aku menulis dengan meletakkan diri aku diantara kedua2 PP dan juga PYD.
Nasihat aku, kita ni kena sentiasa berbincang, berkongsi idea, mencari penyelesaian. Sebagai PYD, kau jangan ego. Tak boleh ditegur, atau dibimbing. Ada caranya. Jumpalah dengan PP kau. Berbincang, bertanya, dan berdiskusi. Selesaikan. Bukannya kau mengadu di media sosial atau orang yang tidak berkenaan. Itu tidak wajar dan tidak akan menyelesaikan masalah kau. Bertindak secara matang. Kau ada hak, gunakan hak kau sebaiknya.
Sebagai PP, jangan gila kuasa. Gunakan kuasa dengan sebaiknya. Bimbinglah PYD. Mereka perlukan bimbingan. Arahan berserta bimbingan. Selitkan juga teguran dan nasihat. Dalam menegur, membimbing, menasihat, elemen kreativiti itu penting. Ingatlah, tidak semua orang suka dan menerima, tapi kau kena usaha.
Mari kita berlapang dada dan mengucap syukur dengan markah yang kita perolehi tahun lepas. Kita mulakan yang baru pada tahun 2020 ini. Hingga jumpa lagi. Stay at home. Patuhi PKP.
Mari kita berlapang dada dan mengucap syukur dengan markah yang kita perolehi tahun lepas. Kita mulakan yang baru pada tahun 2020 ini. Hingga jumpa lagi. Stay at home. Patuhi PKP.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan