House Boat di Kenyir... Dekatnya Aku dengan Alam



Assalamualaikum... Jumpa lagi.

Pagi - pagi ni teringat pulak kenangan sewaktu ke Kenyir tahun lepas. Kalau tengok tajuk tu nampak betul nature nya kan?? Hahahahaha.. ye ye je kan... Apapun trip kali ni trip khas untuk melepaskan tekanan kerja dan penuh dengan aktiviti yang menghilangkan stress. 


Trip ni adalah trip bersama dengan rakan - rakan barisan pentadbir sekolah dan juga pegawai - pegawai di PPD Segamat. So aku  tak nak highlight kan sangat aktiviti - aktiviti lain. Kami sampai dan terus ke Sekolah Sukan Negeri Terengganu Bukit Nenas. Petang tu ada friendly match badminton dengan geng2 Terengganu. Malam tu pergi makan dekat sebuah restoran area Bukit Besar di sponsor oleh YB Kuala Terengganu. Lepas tu balik semula Ke SMK Bukit Nenas. Tidurrrrrrr

Mestilah kena rakam kat pintu masuk kan
Sambil tunggu geng2 naik bas, gambar dulu sepukul
Geng2 GB yang turut sama dalam trip ni.

Next day, pagi2 lagi kami da bertolak ke kenyir. Excited gilerr. Dalam bas, geng2 pemancing tegar da mula berkira2 nak setup alat2 memancing diaorg. Aku bukan geng memancing. Leceh la mancing. Biasa angkat jala tebar je.. Cepat sikit dapat hasil. Tapi kat tasik yang seluas sebuah negeri ni nak tebar apa. Hahhahahaha. Jadi dok mikir apa aktiviti malam nanti. Kali ni aku memang letak gambar banyak. Biar muntah korang tengok. Haaaaaaa....

Kat belakang tu le house boat yang kami sewa. 3 tingkat.

Ni kat tingkat 3. Tempat lepak dan juga tempat solat
Naik - naik je dok cari makanan..

House boat yang kami sewa ni antara yang terbesar di Tasik Kenyir. Ada 3 tingkat dengan 10 bilik. Satu bilik memuatkan 4 orang penumpang di tingkat 2. Tingkat bawah ialah ruangan karaoke. (tapi tak semestinya nak nyanyi je. boleh je nak buat aktiviti lain) dan juga dapur dan ruang makan. Tingkat 3 pula adalah ruangan melepak, meninjau, solat dan pelbagai aktiviti lain. 

Perjalanan kami teruskan dengan sajian keindahan pemandangan yang membuatkan kita rasa sangat dekat dengan alam. Sedikit demi sedikit, kekuatan talian telefon bimbit berkurangan. Masing - masing menghantar laporan ke rumah masing2 selagi ada talian. Lebih kurang sejam perjalanan, talian telefon hilang sepenuhnya. Saat tu, nampak betul muka masing2 hampa. Tapi, diaorg ni gila.. handset tak da line pun tetap digodeknya.. hahahahhaa janji pegang gadjet masing2. 

Akibat tak ada line, bilik karaoke mula dipenuhi geng2 yang da mula bosan. Satu persatu lagu dinyanyikan. Apa ada hal, kita - kita aje. Bukan ada orang lain. Lantak le sedap ke tak. hahahahaha.. Lagu pop, lagu rock kapak, lagu balada semua diaorang bedal. Lagu dangdut pun hantam sekali. Yang lain, ada yang melepak kat ruang makan, sambil layan kopi dan borak. Macam2 cerita la yang keluar. Kalau dibukukan, ntah berapa jilid agaknya.

Apa lagu pun kasi hantam
Masing - masing tunjuk bakat
Ngopi + borak = gelak besar

Perhentian pertama kami adalah Taman Herba Tasik Kenyir. Taman Herba ni terletak di salah satu pulau dalam banyak gugusan kepulauan yang terdapat di Tasik Kenyir ni. Di sini, pelbagai tumbuh - tumbuhan herba boleh kita dapati.Ada yang ditanam, dan ada tumbuh sendiri. Terdapat kedai untuk membeli cenderamata (aku usha awek yang jual tu je) dan ada juga pondok promosi untuk tujuan memberi info dan maklumat kepada pengunjung. Kami turut disajikan dengan air rebusan akr kayu istimewa iaitu tongkat ali dan kacip fatimah. Ko agak aku minum yang mana? hahahahahaha

😀

Mata Ayam

Senyum Kang Wahid menikmati tongkat ali pure

Tempat house boat berlabuh

Dekat betul dengan alam



Dekat betul dengan tulang rusuk.. hahahahaha 
Celaka Merah... betul celaka ni



Bukan diaorg tau pun gambar gelap... tau pose jek ahhahaha
Kami meninggalkan Taman Herba sekitar jam 2:00 petang. Naik je house boat, perut terasa lapar ya amat. Makanan pulak da siap, apalagi makan le dengan penuh dengan kesyahduan. Masa ni lah, boat sunyi sepi. Tak ada langsung suara. Menikmati keenakkan masakan atas house boat. Tak da gambar, semua sibuk makan... Pada ketika kami makan, kemudi bot diarahkan dalam laluan untuk ke Air Terjun Sungai Lasir, lebih kurang sejam lebih perjalanan daripada Taman Herba. Selesai makan, kami solat Zohor dan Asar berjamaah.. Beb.. ada sejam lagi ni perjalanan.. ko rasa? da kenyang, apa berlaku...? hahahahahahah membuta laaaaa... (Ceh.. ada lagi yang selak2 handset dengan harapan line ada... kikikiki ) 

Aku akan terus berkongsi lagi. Bagilah aku pergi breakfast dulu... Lapar ni. Hehehehe. Best tau kat Air Terjun Sungai Lasir tu.. Jumpa lagi.. Jap... korang nak baca part 2 ke? klik la sini

Tiada ulasan:

Post lain