Assalamualaikum guys..!!
Mana nak cari muka macam ni sekarang? Spesies pendidik taraf artis. Muka market, kah3.. |
Hari ni 30 Julai 2019. Cuti seluruh negara. Cuti sempena pertabalan Ke Bawah DYMM Yang Dipertuan Agong. Cuti tu maknanya tak kerja. Tak pergi pejabat. Tak ada klien. Hahahahaha... Tapi still ada aktiviti nak dibuat hari ni. Wife aku ajak gi melawat anak kat asrama. Makan2 ikan baung campur cepu. Tapi aku mintak maaf dan cakap elok2, ada program lain hari ni. Nak bersama FlyBoy, makan asam pedas kat Pantai Wawasan, @ Teluk Bakong, Batu Pahat. Program ni da lama rancang. FlyBoy berkurung, tak balik jumpa family sbb cuti satu hari.
Yang slim hadap sini, yang buncit hadap laut. |
Pantai Wawasan ni tak la asing sangat bagi aku. Dulu masa sambung belajar 2011-2015, memang aku menginap homestay kat area ni untuk ambik exam. Habis exam memang sini lah aku tuju. Kami sampai tepat jam 1. Cari meja. Pelanggan agak ramai. Meja penuh dan ada yang menunggu. Kami dapat satu meja tapi macam tak cukup selesa. Kami order kepala ikan jenahak dua, isi ikan merah 3, ekor ikan merah 2, air limau asam boi piau, sayur kangkong, sotong goreng, dan juga tahu goreng. Masing2 ambik gambar makanan, nak hantar report. Makan dengan peluh turun kat dahi macam baru lepas membajak sawah. Panas kot situ. Makanan kali ni kurang kick. Tak berapa nak jadi. Agaknya kami datang tu tepat jam 1, ntah berapa ramai yang da makan sejak jam 10 pagi kan.
Macamana gambar ni ada dalam handset aku? |
Kami minum dan solat di RnR Pagoh. Nak pulang, sempat lagi berteduh bawah pokok avokado. Ntah mula2 pokok belinjau. Lepas tu, tukar jadi avokado. hahahhahahah. Balik pun aku masih berdua dengan Fairus. Che Li selesa benar dalam kereta tukar fungsi tu. Akhirnya, sampai di Bukit Kepong, Che Li diturunkan, sebelum dicampak ke Sungai Bukit Kepong, tempat orang2 dulu menyorok masa serangan komunis di sana. Tak laaaaaaa... sebab kereta satu lagi nak tukar arah ke UiTM Segamat. So Che Li naik kereta kami untuk terus pulang. Aku turun di Paya Pulai semula. Diaorg pun terus pulang dan mengakhiri kembara kami yang tak seberapa hari ni.
Kenapa aku cerita benda2 ni kat blog ni? Ntah... Tiba2 rasa nak menulis. Aku hargai setiap saat dengan FlyBoy ni. Kalau korang rasa, kembara hari ni hanya sekadar berjalan makan angin, korang silap. Setiap minit tak lepas daripada perbualan yang berkisar tentang kerja. Tentang cara memperbaiki diri, menambah nilai, berkongsi idea dan macam2 perkara lagi. Aku menulis supaya aku ingat, insan2 ini pernah wujud dalam hidup ini. Supaya aku ingat nilai persahabatan yang kami jalinkan. Supaya aku sentiasa ingat, bahawa tuhan temukan kami mesti dengan sebab dan hikmah. Hidup ini terlalu singkat. Sentiasalah cari kebaikan. Andai kata suatu hari nanti, kami semua terpisah, tulisan inilah antara saksi kami bersama pada hari ini. Asam Pedas FlyBoy, cuma sekadar tajuk untuk aku ingat babak kali ni, antara satu dalam beratus lagi babak kami. Buat Bro Helmy, next time kita atur sekali lagi. Terima kasih sahabat. Terima kasih my brothers. Terima kasih FlyBoy.!!
p/s: Aku masih tak faham, kenapa diaorg tanam pokok avokado kat situ. hehehehehehehehe
2 ulasan:
Sekali lagi dengan rasa syukur atas apa nikmat yang diberikan.. Terima kasih jua buatmu sahabat yang sentiasa memahami dan memudahkan perjalanan sahabat sahabatmu... Mereka bertanya mengapa kita bersahabat kerana kita sentiasa menjaga prinsip perhubungan yang kita pegang.. bak kata prez... 4T dalam genggaman...
Best ada member sekepala.. 😂😂 Moga persahabatan gb & the gang kekal selamanya..
Catat Ulasan