Assalamualaikum..
Esok sekolah. Setelah seminggu guru2 bercuti. Termasuklah menyambut dan meraikan AidilAdha. Aku pulak, cukup bercuti sehari pada Hari Raya Qurban sahaja. Walaupun secara hakikinya, ini tahun kedua aku tidak bercuti seperti rakan2 guru yang lain (den da kojo opis hour), tapi sebenarnya sejak dulu lagi aku memang menghambakan diri di sekolah time2 cuti. Heheheheh.. Bergaduh dengan isteri tu biasa.. Masam muka tu selalu.. Tu belum lagi janji berjalan seminggu, tapi pendekkan jadi tiga hari je.. Lagi best bila da janji nak berjalan, tapi lupa, alih2 da sampai sekolah.. Tu belum citer gaduh asyik buat loan untuk setup team sekolah... Ada saja projek di sekolah waktu2 cuti tu. Ahahahaha.
Kelas 5 Sains 1 (1996) |
Hari ni, aku terpanggil untuk berkongsi dengan korang. Kenapa aku menjadi guru. Satu profession yang satu masa dulu paling aku benci.Paling aku nak elakkan. Mana lah tau, tiba2 ada yang mendapat inspirasi daripada cerita aku ni. Hehehehe tak ada lah best sangat. Kat mana aku nak mula ni? Hurmmm aku rasa biar aku mulakan dengan kenapa aku tak suka jadi cikgu. Kenapa aku benci jadi cikgu. Aku akan bawak korang dalam cerita aku ni melalui beberapa bahagian/ fasa. Fasa macamana aku boleh 'termasuk' Maktab Perguruan, Fasa aku di Maktab, dan Fasa aku mula jadi guru. Dalam setiap fasa ni ada beberapa individu yang aku highlight kan dan juga hide kan, kerana mereka ni semua penting dalam jatuh bangun aku menjadi guru.
Zaman persekolahan menengah, aku sentiasa bermasalah dengan Guru Disiplin/ HEM aku, Ustaz Zainal Abidin Sakiran (skrg Pengetua SMK Dato Bentara). Aku tak pasti kenapa. Tapi aku dapat rasakan, segala hukuman yang diberikan kepada aku tu bukanlah untuk mendidik, tapi lebih kepada dendam. Even sampai sekarang ni, sampai aku da jadi cikgu, pernah jadi cikgu disiplin, GPK HEM dan Guru Besar, aku masih tak dapat rasa, hukuman yang diberikan tu adalah untuk mendidik aku. Ramai je ustaz ustazah yang merotan aku, menghukum aku, tapi aku dapat rasa didikan dan keikhlasan diaorang tu. Aku nakal? hahahaha lain posting boleh?
2 watak penting zaman persekolahan, Ustaz Azmi dan Ustazah Normah |
Dari kiri : My dearest Ustazah Lailiyati (Guru Kelas/ Add Math) Ustazah Sarmi (fizik) Ustaz Zainal (Sejarah) Ustaz Azmi (Geog) |
Ustaz Azmi bin Sukiman (sekarang SIP+ di PPD), ada juga menghukum, tetapi aku rasa keikhlasan dia. Aku dijadikan ahli Forum Remaja, dan seorang Pemidato Piala Diraja sehingga ke peringkat Kebangsaan. Ustazah Laileyati (telah bersara Mei lalu) guru kelas aku sentiasa membazirkan air mata beliau kerana menyaksikan aku dihukum di pejabat Pengetua. Tapi tetap aku rasa keikhlasan beliau. Ustazah Normah Hitam (GKMP Bahasa SMKAS) tetap memberi aku ruang dan peluang untuk aku menjadi pengawas sumber setelah aku digugur dari pengawas sekolah. Ketika ramai guru tidak mempercayai aku, beliaulah orang yang sentiasa membina karekter aku.
Dari kiri : Ungku Zafzin, Nurul Azrin, Azhar Ismail, Raihan Harun, Aku (95) Forum Remaja 1995 |
Matrix UIA @Sheikh Daud Alfatani College (97) |
Dalam masa aku bekerja tu, Kakak aku dalam diam isi borang Maktab. Aku tak tau bila dia isi. Aku tak tau macamana dia sign borang tu. Sijil2 tu aku memang jaga, so, aku tau le dia ambik kat mana. Tiba2 aku dipanggil untuk duduk ujian INSAK.. rasanya macam tulah ejaannya. Aku pergi duduki ujian tu di Maktab Perguruan Batu Pahat dengan hati yang berat. Langsung tak ada persediaan. Malas. Cuma pergi sebab segan dengan mak. Mak sedih betul bila aku keluar dari UIA tu.
Roomate 97 |
Aku pergi dengan mak naik bas ekspress ke JB. Stay rumah Arwah Pak Ndak. Sijil2 satu pun aku tak bawak. Aku tak pakai kemeja bertali leher. Aku pakai baju raihan kotak2. Hahahaha... Nampak tak betapa aku memberontak time tu. Yang paling best, aku tak bawak IC. Mata mak berkaca2. Aku serba salah. Aku buat salinan IC di JB.
Masa temuduga tu, aku dikumpulkan dalam satu kumpulan berlima, diberi tajuk dan berbincang. Dalam perbincangan tu, aku bosan sangat. Seingat aku, tajuk perbincangan ialah gejala sosial. Tengah top time tu. What the hell yang diaorg sembang ni. Tak da isi langsung. Ntah macamana tiba2 aku yang menguasai perbincangan tu. Aku jadi pengerusi. Pengalaman aku sebagai ahli forum remaja dan pemidato, aku guna sebaiknya. Aku buat bukan sebab aku nak jadi cikgu tau. Aku buat sebab ntah apa - apa diaorg ni merepek. Hahahahahahahahah.
Selepas tu, aku dipanggil sesi individu. Ada tiga panel menemuduga. Soalan dia, "Kalau ikut umur ni, awak bukan baru lepas SPM, cuba awak cerita perjalanan awak?" Aikkkkk Apa punya soalan daaaaa.. Aku cam panel tu. Next aku akan bagitau siapa dia. Aku pun jawab.. Jawapan pertama yang keluar dari mulut aku ialah Saya tak suka jadi cikgu.. Seriously, aku ceritakan apa yang aku cerita kat korang kat atas tu. Termasuk kenapa aku pakai baju raihan kotak2 tu, dan juga IC report tu. Haaaaaaaaa.
Ustaz Amiruddin (Kimia), Pegawai Sains JPNJ |
Lepas tu aku pun keluar dan balik. Sedih aku. Aku tengok mak suka betul. Macam2 dia tanya. Excited betul. Mengharap betul aku jadi cikgu, jadi somebody. Pak Ndak Jemput dan hantar ke Larkin. Aku dengan mak balik naik bas. Dalam bas, aku rasa bersalah sangat kat mak. Kenapa lah aku buat macam tu. Tak palah.. aku pujuk hati sendiri. Nanti aku sambung belajar lah kat mana2. ITM ke, Politeknik ke.
Hujung November 1999, ketika orang sibuk dengan Y2K.. Ketika selesai pilihanraya 1999, ketika Terengganu jatuh ke tangan PAS, aku dapat surat tawaran ke Maktab Perguruan Kuala Terengganu. rambut aku panjang beb time tu. Adoiiii nak kena potong. Weihhhh Aku tak nak pergi la.. Aku tak nak jadi cikgu. Down betul time tu. Apalah aku nak buat kat sana. Boleh ke aku jadi cikgu. Macam2 aku fikir. Last sekali, aku pergi jugak. Pergi sebab? Ye.... aku pergi sebab Mak!
MPKTBR sekarang IPGDRI |
Begitulah ceritanya dalam fasa sebelum aku ke Maktab Perguruan. Time tu, hati aku masih lagi menolak. Tak suka gila. Pergi cuma nak jaga hati mak. Next, aku akan bawak korang ke fasa Maktab Perguruan. Ke negeri Darul Iman. Aku akn bgtau korang sapa yang menemuduga aku. Aku cerita bagaimana ada seorang individu yang mempengaruhi perkembangan aku di maktab tu nanti. Doakan aku sihat untuk terus berkongsi. Sampai kita ketemu lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan