2013 - 2018... Dari SK Paya Besar ke SK Gelang Chinchin (Part 1)

Assalamualaikum... (hahaha beri salam untuk diri sendiri) 💗💕😃

Lama dah aku tinggalkan blog ni. Ntah kenapa tiba2 datang balik semangat menulis. Lama dah ni.. Dekat dah 6 tahun... Kerajaan pun dah bertukar baharu... Sekarang PH adalah kerajaan yang memerintah bukan lagi BN,  JDT da jadi Juara AFC Cup 2015, JDT juga Juara Liga Super 5 kali berturut-turut, 'bini' aku si cik putih pun dah aku ceraikan.. cahaya mata pun da bertambah seorang lagi.. aku da duduk rumah lain, meninggalkan kampung halaman.. bermastautin di pekan kecil... Ramai saudara mara yang telah pergi meninggalkan kami.. Banyak betul rasa yang tertinggal untuk diceritakan. 

Hari ni terpanggil nak menulis semula bukan sebab nama... Lagu tuuuu... Aku menulis bukan kerna nama.. Hahahhaha.. Tapi aku menulis untuk aku ingat perjalanan hidup ni... Terkadang kita terlupa, lebih-lebih lagi bila kita megah di atas, kita lupa siapa kita dahulu. Dan aku ni jenis suka berkongsi. Mana tahu ada orang yang tergerak nak baca dan termotivasi...
Hari Graduasi Kali Pertama SK Paya Besar

6 Tahun ni.. Aku diuji dengan pelbagai kejayaan.. Satu - satu kejayaan peribadi datang. Tuhan cuba uji aku mungkin nak tengok sejauh mana aku bertahan dan tidak terbuai dan lalai. 2014 tahun yang takkan pernah aku lupakan. SK Paya Besar meraih kejayaan besar dalam pelbagai bidang. UPSR terbaik daerah segamat dengan 1.40 GPS meletakkan kami nombor 1 di Segamat, dan no 2 dalam Negeri Johor. Pelbagai penghormatan datang dalam bentuk penganugerahan peringkat daerah dan negeri. 

Bidang kokurikulum pula, kami unggul dengan Johan hoki daerah lelaki dan perempuan. Buat pertama kali juga MSSJ Segamat menjadi Naib Johan P12 dan Ketiga L12. Sabahagian besar pemain adalah murid SKPB yang ciput tu. 2 daripadanya mewakili negeri dan mendapat tempat ke-4 MSSM. Zapin pula menjadi Johan peringkat kebangsaan di Perak. Kemuncaknya, SKPB dianugerahi New Deal dan berada dalam kedudukan ke 101 daripada 7000 lebih sekolah dalam SKPM. Ntah berapa banyak lagi yang aku lupa nak tulis dan nyatakan. Jadi apa sentimentalnya SKPB ni pada aku.?
Antara penganugerahan

Banyakkkkk sebenarnya. Tahun 2014 aku sebagai PGB Koko, SU Sukan, SU Peperiksaan, Guru Kelas Tahun 6 dan juga Penyelaras Program Tahun 6. Itu baru tugasan. Aku jugak rebranding banyak benda di sekolah ni. Aku cipta lagu sekolah "Ikrar SKPB". Aku rebranding Majlis Anugerah. Cipta Hall of fame sekolah. Rebranding alumni kepada 'Bestarians'. Kejohanan Balapan dan Padang yang sampai 45 acara, dan banyak lagi benda2 kecil yang buatkan aku tak dapat nak tulis. Ketika itu juga dah ada tagline sekolah SKPB HEBAT. Ketika tu aku bukan Guru Besar, bukan perancang visi dan misi. Tapi setiap perkara mesti ada master mind... Aku la tu.. Ahahahah.. 


Hall of Fame


Rebranding

Jodoh aku di SKPB bertahan setakat lebih kurang 7 tahun. (Aku  x dapat nak ceritakan dalam posting ni sahaja. Kalau rajin aku buatlah posting lain). Sampai masa untuk aku berubah angin. Mencari cabaran baharu. 31.12.2014 aku dipanggil interview di PPD Segamat. Dan pada 16.2.2015 aku ditempatkan di SK Paya Jakas sebagai GPK HEM... (paya lagiii)

Kepada kawan2 di SKPB, korang memang awesome... Aku tak dapat gambarkan betapa awesome nya korang.. yang pasti aku tak pernah jumpa lagi kekitaan dan kekeluargaan yang begitu hebat. Nama korang sentiasa ada dalam hidup aku untuk diceritakan kepada rakan2 dan anak2... Tanpa korang, aku tak da ditempat aku sekarang. Terima kasih sahabat. Sehingga post ni ditulis, aku da berada di sekolah yang ketiga selepas SKPB. Satu je aku nak cakap, SKPB di hati.





Bermulalah hidup baru di SK Paya Jakas. Korang klik 2013 - 2018... Dari SK Paya Besar ke SK Gelang Chinchin (Part 2) untuk teruskan baca. Heheheheheheheh. Kalau korang nak dengar lagu Ikrar SKPB yang aku cipta tu? Ko klik le sini. Cuma versi ni yang pertama. Ada versi kedua yang lebih bertenaga dengan video yang baharu. Jumpa lagi

Tiada ulasan:

Post lain