Assalamualaikum...
Ada apa dengan lagu Berkolek Bersajak ni sampai aku angkat jadi modal posting kali ni? Berkolek Bersajak ini adalah sebuah puisi. Ditulis oleh Allahyarham J.M Aziz. J.M tu stand for Jiwa Merana. Pak Aziz ni soerang penyair Terengganu. Tinggal di Teluk Ketapang. Oleh kerana aku belajar di sana, maka karya2 arwah sangat dekat dengan aku. Kalau korang baca post lepas2, aku pernah cerita, kami pernah mengangkat puisi ini ke pentas teater pada tahun 200 dahulu.
Puisi Berkolek Bersajak ni juga, sebenarnya puisi paling dekat dengan Arwah Pak Aziz. Puisi yang menceritakan tentang diri arwah yang dikenali ramai di luar sana, melalui karya2 nya. Tetapi dipinggirkan oleh masyarakat setempat. Beliau yang turut menghidapi penyakit kusta, kurang diberi perhatian oleh penduduk setempat. Maka, keterasingan itu memberikan ilham untuk arwah Pak Aziz menghasilkan puisi ini.
Baru - baru ini, aku sempat merakam lagu puisi ini yang dipersembahkan oleh member aku, duo buskers dari Marang. Bro Mat dan Bro Imran. Cuma kali ini, Bro Mat tak cover guna violin. Kenangan 18 tahun lepas muncul kembali. Aku betul2 menjiwai watak dan lagu itu, pada waktu tu. Sebak dalam dada. Nak menitis air mata. Aku pun tak tau apa yang berhantu sangat lagu ni. Kalau korang dengar ia mungkin biasa - biasa. Bila dengar semula, hati tersentuh. Berbagai rasa ada. Mungkin jugak lagu ini tak mudah nak jumpa dalam arus perdana. Kalau korang search kat youtube, cuma ada OST Debu - Debu Kasih nyanyian Sham Visa. Ataupun rakaman amatur dari buskers2 lain.
Kesimpulannya, aku cuma nak bgtau bahawa lagu ni sangat bermakna bagi aku. Bagi aku, ia menimbulkan pelbagai rasa. Korang faham? Heheheheh aku je faham.
Alfatihah buat Arwah J.M Aziz

Tiada ulasan:
Catat Ulasan