Topik ni berat. Susah nak menulis. Mengundang kecaman sudah pasti. Tapi tak pa, aku bersedia mengabaikan kecaman, tapi aku alu-alukan pelbagai pendapat. Maklumlah aku baru menulis. Dan penulis perlulah bertanggungjawab atas penulisan mereka. Tulisan kali ini bukan kajian ilmiah. Tiada fakta aku sertakan. Aku cuma menulis secara bebas dan apa yang lahir dari pandangan peribadi sahaja. So, stail penulisan, stail yang biasa aku tulis. So, korang boleh le baca blog aku untuk tau stail penulisan aku. Hahahahah.. pancing
So, perlu ke UPSR ini dimansuhkan? Ye... pada aku perlu, dan sekarang masa yang sesuai. Apa hujah aku bahawa UPSR perlu dimansuhkan? Hahahahah aku malas berhujah. Kang panjang sangat pulak. Tulisan aku kali ni, aku cuma sandarkan kepada tiga perkara, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 (PPPM2013-2025), Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Naratif Baharu Amalan Pendidikan. Tiga benda ni je aku cuba kongsi supaya akhirnya aku nak rumuskan bahawa UPSR perlu dimansuhkan.
PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM 2013-2025)
Sebagai warga pendidik, kau tau tak apa sebenarnya PPPM 2013 - 2025 tu? Baik ngaku.. tau ke tak? Hahahahah... Bagus ni kalau buat challenge stay at home ni. Heheheheh... Ye aku tau kau mesti tau, ada 11 anjakan, ada 5 aspirasi sistem, 6 aspirasi murid dan lain - lain. Ok lah tu. Baguslah. Sekurang - kurangnya kita tau sikit kan. Tau banyak lagi bagus.
PPPM 2013 - 2025. Ehhh dah nak habis gelombang 2 rupanya |
Baik. Untuk pengetahuan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ada buat kajian pada Oktober 2011. Bukan kaleng - kaleng kajian. Input, sumber maklumat, sumbernya menyeluruh. UNESCO turut terlibat, begitu juga dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Bank Dunia pun turut serta. Begitu juga diperingkat akar umbi, ibu bapa, guru, pentadbir, masyarakat dan ramai lagi. Kajian ini besar dan menyeluruh.
So, lebih kurang setahun kajian dijalankan, hasilnya ialah satu pelan baharu selama 13 tahun untuk sistem pendidikan di Malaysia iaitu PPPM 2013 - 2025. Apa benda ni? Hahahaha.. Kau ni. Sabarlah. Ok, PPPM 2013 - 2025 ni satu visi, misi dan hala tuju untuk murid dan juga sistem pendidikan kita sendiri, dalam masa 13 tahun akan datang. Haaa... jadi kita ni, kena tau mana kita nak pergi lepas ni. Biar nampak jalan tu. Dalam pada ada hala tuju tu, PPPM 2013-2025 ni ada fokus dan tumpuannya. Bahagian mana nak diberi tumpuan. Celah mana nak difokuskan. Dan sudah pasti PPPM 2013 - 2025 juga ada menggariskan transformasi. Mestilah ada perubahan. Haaaaa...
Pendek cerita, PPPM 2013-2025 ni ada 3 gelombang. Dan tanpa kita sedar, kita berada di dalam tahun terakhir gelombang kedua, 2016 - 2020. Tak sedar kan? Nasib baik masa aku buat takwim Disember lepas aku tersedar. Hahahahah. Selain itu, ada 5 aspirasi untuk sistem pendidikan kita, dan ada 6 aspirasi untuk murid. Tadi aku ada sebut tentang transformasi kan? Jadi, PPPM 2013 - 2025 ni pula didatangkan dengan 11 anjakan. Haaaa ada 11 perubahan tau.!! Selebihnya korang bacalah sendiri. Dah lama dah benda ni. Korang kenalah tahu.
Akhirnya, kalau kau perhati betul - betul, ada dua perkara yang dihasratkan iaitu Sekolah Berkualiti dan Kemenjadian Murid. Dah tu? Apa kena mengena dengan mansuh UPSR. Sabarrrr... Nanti aku simpulkan semua. Boring le tu baca.
PBD DAN PBS
Korang yang posting sebelum 2011 mesti ingat lagi. Pada 2011, kita ada diperkenalkan dengan Pentaksiran Sekolah (PS). Ia adalah sebahagian daripada Program Transformasi Nasional. Masa tu kecoh lah, sistem pendidikan kita ni terlalu berorientasikan peperiksaan. Haaa masa tu juga dah ada ura - ura nak mansuh UPSR. Kemudian, pada tahun 2016, PS tu dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Macam tak kena je gambar ni dengan tajuk |
Dah tu apa benda pulak Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)? OK, PBS ni ialah pentaksiran yang holistik. Semua aspek kognitif, afektif dan psikomotor dinilai. Ada empat komponen, iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Haaa semua ni dikira PBS lah.
PBD pulak pentaksiran yang berlaku dalam bilik darjah. Sepanjang masa, sepanjang tahun. Semua mata pelajaran. Bukan nak tengok anak - anak tu nombor 1, 2 atau 35, tapi nak pastikan murid - murid capai kemajuan dalam pembelajaran dan kemahiran. Kesimpulannya, bukan banding - banding, tapi lebih kepada perkembangan murid - murid. Hah.. nampak? Dah nak masuk ni.. Dah mula nak masuk.
Maknanya, PBD tu adalah salah satu komponen dalam PBS. Begitu juga UPSR (PP) tu.. pun salah satu komponen dalam PBD. Tapi kenapa, UPSR je yang orang beri perhatian. Sampai ada kelas tambahan, kem, dan lain2? Kenapa tak da kelas tambahan Psikometrik? Kenapa tak ada kelas zumba sebab nak turunkan berat badan supaya BMI murid dalam PAJSK tu normal? Kenapa? Kenapa? Ok ok.. Sabar .. sabar.. Nanti dulu.. Emo pulak menulis. Hahahahaha
NARATIF BAHARU AMALAN PENDIDIKAN
Pada 2019, KPM ada melancarkan Naratif Baharu Amalan Pendidikan. Ia adalah satu gerak kerja yang digariskan oleh KPPM ketika itu. Amalan pendidikan ni, untuk kitalah. Warga pendidikan. Naratif ini jelas menunjukkan transformasi yang diharapkan iaitu naratif utamanya ialah pembelajaran berorientasikan peperiksaan kepada berorientasikan perkembangan. Selain itu ia disokong dengan 3 sub naratif iaitu Kepimpinan pendidikan (pengurusan), Guru (pembangunan kapasiti) dan Murid (Pedagogi).
Naratif Baharu Amalan Pendidikan |
Kepimpinan pendidikan telah berubah kepada perspektif bottom-up. Kalau dulu Top-down. Maknanya, sekolah diberi kuasa untuk melaksanakan penambahbaikan. Alahhh susah la. Gini, ikut suka sekolah lah nak memacu sekolah masing - masing, tetapi masih lagi mengikut ketetapan lah.
Contoh mudah, ko nak buat program apa pun suka hati lah. Haaa begitu. Nak tetapkan KPI kehadiran murid pun suka hati, tengok keadaan sekolah kau. Haaaa faham? Ada dialog prestasi, sebagai alat untuk mengesan kelemahan dan penambahbaikan. So, sebab tu ada SKPMg2. SKPMg2 tu alat untuk kita membuat penilaian pada sekolah kita.
Sub naratif dua, pembangunan kapasiti guru. Guru - guru diberikan sokongan secara professional untuk meningkatkan kompetensi dan juga kapasiti. Ada SIP+, ada SISC+, pemerkasaan PLC dan pelbagai medium sokongan secara berterusan dan professional. So benda - benda ni semua untuk meningkatkan kemahiran guru, kompetensi guru. Supaya kita dapat berkarya dengan lebih baik. Ada orang tolong. Ada pihak yang bantu. Hahahahah.. Tolong dan bantu tau, bukan cari kesalahan. Kalau dia cari kesalahan, sekeh kepala dia. Heheheheh
Manakala perubahan pedagogi kepada pembelajaran berpusatkan murid merupakan sub naratif ketiga. Macam - macamlah yang ni. PAK21 lah, didik hibur lah PBD lah. Semuanya untuk menjadikan pembelajaran tu tidak lagi sepanjang masa chalk and talk. Tidak lagi berpusatkan guru. Tidak lagi semata - mata mengejar silibus.
NAK MANSUH UPSR KE TAK NI?
Bila nak citer kenapa UPSR dimansuhkan? Ok ok. Nak citer lah ni. So, korang kena faham at least 3 benda yang aku cerita kat atas. Tak payah lah bayang dulu IR4.0. Yang tiga kat atas tu dulu. Benda ni bukan baru. 2010 lagi dah mula, sedikit demi sedikit.
PPPM 2013 - 2025 tu Pelan. Visi. Hala tuju. Hasrat. Semua dah ada dalam tu. Nak membantu negara menghasilkan sumber manusia yang macamana. Yang memenuhi keperluan akan datang. Zaman berubah cepat. Dalam masa 10 tahun je, segala - gala berubah. Itu kita kena faham. Tengok aspirasi murid je pun dah boleh faham apa hasratnya.
Lepas tu, kau tengok PBS tu. Holistik siot. Alamak.. Tercakap siot pulak. adehh Tak pa kan. Hehehe.. Iye holistik. Memang ikut betul Falsafah Pendidikan kita. Emosi rohani ada, Jasmani ada, Intelek ada, Sosial pun ada dalam PBS tu. Cuma kita ni yang masalah. Kita ada 4 komponen. Yang Pentaksiran Pusat tu jugak yang kita tekankan.
Akhirnya, tengok Naratif Baharu Amalan Pendidikan tu. Nampak tak? Pembelajaran berorientasikan perkembangan. Kata kunci kat situ, perkembangan. Usia mereka adalah usia untuk mengembangkan potensi, bakat dan kemahiran. Sampai lah masa pada usia 17 tahun nanti baru mereka diberikan peperiksaan. Dalam naratif baharu tu, itulah amalan yang sepatutnya kita buat. Yang kita praktikkan sekarang.
So, kita dah ada Pelan, kita ada PBS, kita ada Naratif Baharu. Kalau kita faham semua sekali, aku tak nampak mana masalahnya untuk kita mansuhkan UPSR ini. Kalau ada apa - apa pertanyaan, sila baca dan faham 3 benda tu. Masalahnya adalah kita sendiri warga pendidikan. Kita sendiri tidak jelas. Ada yang kabur, ada yang tak nampak langsung. Itu peranan setiap peringkat pendidikan untuk menjelaskannya. KPM, JPN, PPD, Pengetua Guru Besar, dan juga guru - guru.
Kalau kita semua jelas, maka tak da lah berlaku, kelas petang, kelas malam, kelas cuti untuk UPSR. Kalau kita faham, tak adalah kem kecemerlangan 2-3 hari tido di sekolah, tido dalam khemah, tido di hotel. Kalau kita tahu, tak da lah murid tahun 6 tidak dibenar keluar mewakili sekolah, isu tak boleh lebih satu sukan, isu tak boleh masuk kokurikulum, isu jadual anjal. Yang lebih membimbangkan, murid UPSR lebih dahsyat usahanya berbanding SPM.
Biar murid tu meneroka potensi dia. Biar dia asah kemahiran dia. Biar dia tau dan gilap bakat dia. Kau ingat semua orang boleh dapat A? Habis yang tak dapat A tu nak biar dia buat apa? So, nampakkan kenapa kena ada PBS? Maksud aku, yang tak berapa bagus dalam akademik, apa peluang dia. By the way, ramai kawan - kawan aku yang dulu tak da A dalam UPSR, masih berjaya dalam bidang masing - masing. Aku rasa kawan - kawan korang pun begitu. Kau tengok kawan - kawan yang dalam bidang insurans. Nampak tak kemahiran dia berkomunikasi. Dahsyat kan? Faham apa maksud aku? Kemahiran tu..
Ok. Sekarangkan PKP. Paling kurang sebulan duk rumah. UPSR bulan 9. Cikgu - cikgu dah gelabah. Mak ayah tak senang duduk. Apa lagi. Masa ni lah nak mansuhkan. Tengah - tengah kekalutan ni, Masa ni lah KPM nak buat keputusan. Jangan takut aku sokong. Hahahahah aku je. Yang lain tak tau.
Bukanlah mansuh macam tu. Pentaksiran pusat tetap ada. Buat macam PT3. Soalan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Pentaksiran pusat perlu, sebab nak mengimbangi PBD tadi. Barulah PBS kita dilaksanakan sebaiknya.
Cuma satu aku mintak. Manalah tau, tetiba ada orang KPM baca. Menteri ke. Kalau nak buat sesuatu, buatlah yang mudah dan senang. Jangan yang pelik - pelik. Ingat LINUS? LINUS tu sangat bagus. Tapi yang orang menyampah adalah pelaksanaan dia. Ada ke cara menanda pun nak jadikan isu. Kan pelik tu. Haaa... Lama jugak aku menulis. Takut orang salah faham.
Kesimpulannya, aku menyokong untuk UPSR dihapuskan. Dan sekarang adalah masanya!!
Apa pula pendapat korang?
Pembelajaran Berpusatkan Murid |

KENAPA MANSUH SEKARANG?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan