Cuti - Cuti 101 Resort, Janda Baik (Part 1)

Assalamualaikum...

eksen betul gaya

Ntah bila tarikhnya, aku teringat, rupa2 nya dah lama aku tak bawa family kecil aku ni bercuti. Last kami bercuti bersama ialah pada tahun 2015. What?!! Ye beb.. 2015. Sejak aku mula menjawat jawatan GPK. Apatah lagi bila da bekerja waktu pejabat... Memang cerita bab bercuti ni, aku tak layan sangat.  So.. aku bercadang nak bawa family bercuti. Sedih pulak bila setiap kali cuti  muncul, anak2 bercerita ttg sepupu2 diaorg, kawan2 diorg bercuti.

Gambar paling tak hensem kena letak awal - awal.. kah3


Aku yang pilih Janda Baik ni. Kenapa? Sebab tinggi kot.. Ahahahah diamlah ko. Tau lah aku gayat. Takkkk.. Sebab nak lari daripada kebiasaan aku, pulau, pantai, taman tema. Lebih2 lagi aku baru je balik dari Pulau Langkawi dan Pulau Kapas. Kapas? Alaaaa entry tak siap lagi la.. Nantilah aku siapkan... Kami pergi pada 4 November. Selang 2 hari selepas tarikh lahir aku. Sepatutnya aku bercuti, tapi ada kes di tempat kerja yang memerlukan aku, maka aku tak jadi cuti. Mood swing. Tak da langsung motivasi. Tapi bila balik dan memandang wajah anak2. Aku gagahi juga. Dalam perjalanan itu jugalah kami baru mencari2 tempat untuk menginap. Makin jauh kami bergerak, semakin bermotivasi aku. Kami berhenti di RnR Seremban. Dan perjalanan selepas itu makin best!!! makin dekat makin lah bemotivasi. Hilang semua kekusutan.  Senyum... Tepukk.. Janda Baik aku datang.. ngeh3.

Tak lawa pulak sign board ni.

The other side.. kat area belakang.. memang kena mendaki

View malam dari bawah. Semi D

Ada balkoni. Semua kayu


Kami sampai jam 10 malam ke 101 Resort, formally known as D'Ark Resort. Resort ni biasa org buat shooting. Last sekali drama Kasihku Seru. Sbb da jam 10, tak nampak sangat apa yang ada. Tapi yang aku dengar deruan air sungai yang kuat. Hati teruja. Budak2 makin segar nampaknya. Come on guys. Kul 10 ni.. Tidur beb. Aku ambik bilik 4 katil single, double bath. Kena mendaki sikit la. Harga dlm 320++ ... Kena terima hakikatlah, bila da ada anak2, harga bilik da tak standard. Tu kot antara sbb  apsal da lama tak berjalan. Keh3.

Spa dan surau tingkat atas. Bawah tu dining hall

Chalet kat bawah. Tak mendaki.

Entrance nak gi Spa 

Dari surau


Damai beb


101 Resort @ D'Ark Resort ni tersorok sikit tempatnya. Dekat dengan SK Janda Baik. Sebelum Cheringin Resort yang terkenal. Jalan nak masuk mmg agak sempit. Sepanjang perjalanan, banyak juga resort2 kecil. Air sungai jernih menderu2 mengalir, Binaan resort ni penuh dengan kayu kayan. Berlatar belakang kan bukit yang memang menjadi signature Janda Baik ni, mendekatkan lagi diri aku khususnya, dengan alam. Hawa sejuk di sini melengkapkan lagi pencarian luar dari kebiasaan diri. Aku menghabiskan masa awal pagi dengan menghirup udara segar pagi bersama anak2, sebelum bersarapan. Jogging ke? Gila ko? Nak suh aku check in emergency? Heheheheheh. Lepas bersarapan, anak2 menghabiskan masa bermandian di kolam sambil aku terus bersarapan pagi. Untung juga bila anak dara dah besar dan boleh mengawasi adik2nya. 





Aktiviti hari pertama, mandi kolam, mandi sungai, dan bergambar. Jangan penat tgk gambar2... semoga korang teruja untuk pergi. Untuk aku, mmg teruja gila la mandi sungai ni. Da lama tak mandi sungai, sebelum sunat dulu. Time jaga kambing waktu petang2 balik Sogame (sekolah agama). Sekarang sungai tu da tak da, da jadi taman perumahan kat area Kolej TAR tu. Tapi aku ni tak tahan sejuk. 10-15 minit je da mintak tuala. hahahaha..


Ni chalet bawah


Tu bukan asap rokok. Tu namanya kabus


Mandi manda

Sejukkkk













Hahahaha... da penat jogging (keh3), mandi sungai, mandi kolam.. Masa untuk makan le. So aku decide, nak bawak diaorg makan kat luar. Dan nak 'beli jiwa' wife aku... mana lagi Genting Premium Outlet. Lama gila da tak naik genting ni. Zaman2 lepak kat RnR Genting Sempah tahun 97-99 da lama berlalu. Da 20 tahun da tak naik genting. So, korang nak dgar citer lagi ke? Pergi la part 2 nanti ye. keh3...


Tiada ulasan:

Post lain