SKGC Superb Family Fun Day: Its not an important thing, its everything!!

Ia bukan lah perkara penting, ia adalah segala2nya!


Assalamualaikum. Jam 1 petang, aku rehat. Macam biasa, jarang2 aku keluar makan. Duk berkurung dalam pejabat aku sambil selak2 handset. Nanti kalau ada sapa2 nak jumpa, ketuk je pintu aku, walaupun pukul 1:30. Inshaallah aku entertaint le diaorg2 tu. Sedang aku selak2 gambar kat gallery, nampak le gambar2 waktu kami berfamily fun day di De' Rhu Beach Resort, Kuantan Januari lepas. So, aku rasa, ada baiknya aku kongsikan cheritera di sana tu. Korang nak baca tak? Baca je la... heheheh

Aku yang pilih tempat ni. Aku mintak kali ini, semua dapat pergi. Sebelum ni aku dengar cerita, cuma 5-6 keluarga je yang selalu join. Aku cakap inilah peluang untuk kita sama2 berbonding. Haaaaaa... Sapa tak dapat pergi, ngadap aku kat office. So, akhirnya daripada 20 family, 5 family tak dapat join atas sebab dan alasan yang munasabah. What an achievement pada aku. So, aku mintak diaorg kutip satu family RM250. Ini termasuk bilik, makan malam, barbeque, hadiah, sarapan pagi, dan makan sepanjang pagi. Haaaaaa... Yang lain kami akan carikan sponsor. Aku cakap satu je, ni family day, memang ada sikit susah. kalau nak senang pergi holiday!

Berkumpul di Masjid Taman Yayasan. Ada yang menyusul kemudian.

Kami bertolak pagi 26 Januari 2018. Berkumpul di Masjid Taman Yayasan. Kemudian bergerak terus ke De Rhu Beach Resort. Tak payah konvoi2. Sapa laju jalan dulu, sapa perlahan duk belakang. Tak payah ko nak motong, dia nak motong.. Leceh. Yang pasti, apa2 hal roger. Kami sampai di De Rhu dan terus menuju ke wakaf  dekat belakang kolam. Antara kolam dengan pantai. Ketika Hameza (penyelaras) sibuk uruskan check in, kami urus tekak masing2. Haaaaaa bermacam jenis lauk pauk/ kuih muih/ yang ada. Bentang tikar, makan... apa ada hal..? Ko GB ke, Cikgu ke, kerani ke, makan je sesama kat situ. 
Haji Nazrie da tambah untuk kali ke4

Pilih2!! macam2 ada

Makan pun gaduh ke? Sorang pandang sana, sorang pandang sini. kekeke

Owhhh bukan gaduh, dia jaga anak kembar dia. Hahaha

Ustaz hencem!! Tu anak dia, korang tak payah usha boleh?

Sedap jugak makan tepi wakaf ni. Ada tong sampah lagi.. Huaaa
Makan ke ambik bau?

Selesai makan, kami diberikan bilik masing2. Buatlah apapun kat bilik tu, yang aku tau pukul 5 tajam, mesti ada kat pantai. Haaaaaaa... Pukul 5 tajam, semua da ada kat pantai. Kami bersukaneka dengan bersungguh2. Hahahaha.. Bab menipu, jangan sekali2 lawan gubesar. Mestila gubesar menang! Haaaaaa. Tapi tak puas hati betul, semua dapat hadiah.. Hehehehhe. Untuk korang, Hadiah ni da termasuk dalam collection RM250 tu tadi. Eh... Korang nampak tak baju biru tu? Cantik tak? Bukan sorang je ada tau, suami/ isteri pun pakai. Ehhh.. Anak2 pun pakai.. Laaa anak kecik pun pakai. Kalau korang nak tau, tu semua free.... Yeeeeee PERCUMA!! Tabik spring kat Hameza dan rakan2 yang berusaha keras. Hurmmmm design tu gubesar yang buat. Saja nak bgtau hahahahahaha

Sukan anak2... Tapi aku nampak org tua yang ramai dalam tu.. Melampau

Sweet leeee gituuuuu

Main bisik2 ke???

Apalahhhhh menganiayakan bebudak tu

Johan...

Johan lagi

Semua Johan derrrrrr

Selesai acara sukaneka, majlis penyampaian hadiah. Setiap keluarga dapat hamper. dan cenderamata daripa kelab bilik guru (hamper termasuk RM250, manakala cenderamata bilik guru adalah daripada bilik guru).Lepas tu, aktiviti main air di kolam. Kolam dia best. Besar. Ada supaa dupaa. Sesuai untuk semua peringkat umur. Sambil main air, masih lagi boleh makan makanan tadi di wakaf tu. Main air - makan - main air - makan. Haaaaaa tu jelah. Bapak2 duk melayan anak2 kat kolam. Mak2 duk melayan anak2 yang nak makan. Gubesor kerja ambik gambar. Hadoiiii...
Peace no war!!!

Alololololo Cuwiiiiittttttt

Eh... Macamana abang terapung, pelampung dalam baju ke? hahahah

Jangan le tutup muka budak tu.. Hahahaha

Nampak tak baju kiteorg? Lawo kan...Ko ado?

Asyik pegang anak je ustaz... kikikikikiki

Hua hua hua hua hua

Petang tu JK Barbeque da buat persiapan untuk majlis malam tu. Kami tak dibenarkan buat barbeque sendiri dalam resort tu. Itu memang kami sedia maklum. Kalau nak juga kena le bayar dengan pihak resort, which is mahallllllll. So, Hameza da pun booking tempat barbeque di sebelah resort, iaitu kawasa Majlis Perbandaran Kuantan. Dengan hanya RM380, Korang dapat 2 canopy, meja, kerusi tempat barbeque, lampu dan kemudahan toilet. Barbeque kitaorang da bawak sekali dari rumah. Haaaa ini pun termasuk dalam bajet yang bayar RM250 seorang tu. Barbeque saja ke? Takkkkk. Si Hameza ni da tempah juga nasi goreng dan air. Tempah dengan pembekal luar. Dia tempah sekali dengan sarapan pagi serta air untuk esok pagi. Dengar2 satu kepala RM5. Haaa ni juga da termasuk RM250 tu.

Kite bako... kite bako...

Tu Gubesar memang bako betul2 bukan pose tau

Mari lah mari... kita membawang

Kambing ada, ayam ada, sosej ada, sawi ada

Dinn... penuh mulut nak bercakap jugak?


Ramai yang penat main air, terutama anak2. So dalam jam 11 lebih, ramai yang bawak anak balik. Yang penting semua kenyang. Hahahha. Aku dan beberapa orang lagi bakar lagi untuk buat sarapan esok. Ada lebih, boleh makan lagi. Haaa

Jam 7:30 pagi hari kedua, geng mak2 da turun ke wakaf semalam. Kami bawa dapur gas  portable. Bukan masak apa pun. Goreng nugget, sosej je buat tambah2. Kang anak2 yang main air mesti lapar kan. So diaorg boleh makan banyak kali. So sarapan pagi, ada nasi lemak dan air panas yang telah kami order dengan pembekal malam tadi tu, ada barbeque malam tadi kami panaskan, dan ada nugget dan sosej yang geng mak2 goreng. Ni pun semua da masuk dalam bajet RM250 sefamily tu. Sambil2 tu aktiviti permainan air diteruskan. Korang mandi... kang lapar meh naik makan. hahahaahahahaa


Pembekal nugget dan sosej sarapan pagi

Waaaa untung meniaga bang!!!

ehhhhhh budak ijah ni.. gerammm tengok!

Silat dalam air

Lain macam dik peace ko


Pukul 11:00 pagi kami mula berkemas. Anak2 masih bermain air lagi. Kami akan checkout jam 12:00 tengahari. Macam biasa sesi gambar ramai2 tetap akan ada walaupun da muntah bergambar. Hahahaha... Jadi apa dapat dengan RM250 sefamily? Korang dapat bilik RM180, korang dapat BBQ, Korang dapat khemah dan yang lain. Korang dapat makan malam dan air serta sarapan pagi dan air. Korang dapat tambahan sarapan pagi, korang dapat hamper. Tak Ok ke?

Aku ucapkan setinggi2 syabas dan tahniah buat Cikgu Hameza, penyelaras program merangkap pengerusi kelab bilik guru. Apa sahaja 'perintah' aku, dia usahakan, dan taat. Tapi tak de lah aku tinggalkan perintah begitu sahaja. Aku turut permudahkan dia dengan beberapa cadangan dan juga bantuan. Selain Hameza, aku turut beri kredit kepada semua guru. Korang ingat mudah ke benda ni. Susah beb. Korang kena satu hati, korang kena sepasukan, korang kena willing.. ada hati nak buat. dan paling penting korang kena tau, apa jugak benda korang buat, yang memeriahkannya ialah korang sendiri. So, semuanya terletak di atas kehendak korang. Aku bangga dengan cecikgu aku. Aku bangga dengan staff aku. Dan aku turut bangga dengan suami/ isteri dan family diaorang...Tahniah dan syabas semua! Korang memang superb!

Whoaaa... Babai Kuantan

Its not an important thing, its everything!

Tunggu flight tak sampai

Tengah sarat betul ni...



P/s : Korang jangan bangga sangat.. Heheheheh Nasib korang lahhhh dapat GB macam ni 






Aku Cikgu... Memoir di Bumi Darul Iman


St John Ambulance MPKTBR 2000 - 2002
Maktab Perguruan Kuala Terengganu (Sekarang IPG Dato' Razali Ismail), adalah institusi yang telah mengubah aku menjadi seseorang. Bukan hanya seorang guru, ianya lebih dari itu. Di bumi Darul Iman, pelbagai kisah suka duka yang aku alami. Ada yang aku rakam dalam gambar, penulisan, dan ada juga dalam ingatan. Ada antaranya yang aku cuba padamkan, namun kadang2 ia masih datang menjenguk dan menjentik kotak ingatan. Kisah2 persahabatan, kesetiaan, kehidupan tak kurang jugak soal perasaan. Namun, aku lebih suka berkongsi kisah bagaimana aku dibentuk menjadi seorang pendidik. Minat yang dipupuk, dan sebenarnya ketentuan yang menjadi pilihan. Haaaaaaa.. Rilek la.... Jangan le syahdu sangat.. Ni bukan cerita ditinggal kekasih.. (tu posting lain ok) Muqaddimah memang le macam tu. Ahahahhaha.

2000 - 2002 tempoh aku menjadi warga MPKTBR.. "Maktab Perguruan, Kuala Terengganu.. Di sini tempat kami, berkumpul dan bertemu, Megah tegap terbina, lahirkan pendidik bangsa, Tanpa bosan dan jemu, mencurah segala ilmu..." Bait - bait lirik lagu rasmi Maktab yang takkan aku lupa. Aku antara pelatih yang paling berusia dalam kalangan guru pelatih dalam batch aku. Dan ramai juga senior2 yang di bawah aku uisanya. Dalam minggu suai kenal, memang teruk la kena dengan senior2 ni. Huhuhu... Aku apa ada hal, bukan ni kali pertama jalani sesi suai kenal. Seminggu je, lepas tu kembali macam biasa.


Geng MT/PA 2000-2002
Aku dah janji dalam posting terdahulu untuk aku ceritakan siapa yang menjadi ketua panel penemuduga aku. Ye... dia adalah Timbalan Pengetua (sekarang dipanggil Timbalan Pengarah). Tn Hj Mohd Kharuddin Zakaria. Opkos la beliau tak mengenali aku. Tapi aku takkan lupa wajah dia. Tanpa sedar, dia adalah orang yang bertanggungjawab memilih aku ke sini. Logikla kan, kalau aku penemuduga, aku tak pilih calon macam aku pada hari tersebut. Itu adalah antara alasan kenapa aku mula kendur. Aku tak lagi rasa memberontak tak nak jadi cikgu. Aku ikuti setiap program dengan baik. Dalam kelas, ramai adik2 yang muda2.. Freshie. Lepas SPM.. Ada la dua orang akak yang agak berumur, da ada anak. Ada 2-3 orang lagi sebaya dengan aku. Geng Joho tak ramai dalam kelas aku. Ada 3 orang. Seorang pompuan dan seorang lelaki. Seorang lelaki tu cabut balik rumah. Tak nak sambung.

Muka sedih dapat naib johan

Lepas belasah MPB 7-0, hahah aku score 1

Meraikan team perempuan yang johan

Aku terpilih untuk mewakili maktab dalam kumpulan teater/ drama melalui satu uji bakat. Dalam masa yang sama, aku juga terpilih untuk mewakili pasukan hoki maktab. Waktu tu aku masih semester satu. Baru dua bulan. Hoki, kalau berjaya akan ke peringkat kebangsaan di Keningau Sabah. Teater pula ke Batu Lintang, Sarawak. Masa tu dipanggil KAGUM menggantikan PESTARAMA. Sekarang aku tak pasti dipanggil apa. So, jadual aku time tu pagi pergi latihan hoki di Stadium Hoki Batu Buruk, balik jam 11:00 masuk kelas. Jam 2 aku berlatih teater, jam 5 aku ke padang hoki dan malam ke dewan besar untuk teater. Sebulan lebih time tu begitu. Nama aku cepat naik. Naik cepat dalam kalangan pelatih sebab orang tengok aku di pentas teater, naik dalam kalangan pensyarah sebab tak pernah masuk kelas. 

Pengetua (sekarang dipanggil pengarah) aku ketika itu ialah Allahyarham Tn Hj Razali Ismail (Nama IPG sekarang diambil sempena nama Arwah). Hahahahaha... Arwah ni kalau aku nak cerita, memang berjilid la buku. Kagum betul aku dengan dia. Dia ni orang teater, orang akademik, ilmuan, penuh disiplin hidup, berpandangan jauh, sentiasa positif, dan banyak lagi nilai yang aku tak dapat nak tulis. Banyak sangat beb!! Aku sangat rapat dengan arwah. Arwah sentiasa memberi galakkan kepada aku untuk menjadi lebih daripada seorang pendidik. So.. sapa nak marah aku tak masuk kelas? Heheheheh..  Lagi satu, aku bela rambut panjang, sebab aku pegang watak utama, seorang pelukis. Sapa berani marah? Ahahahahah.. Korang jangan la salah faham.. bukan aku ambil kesempatan tau.
Team teater ke Sarawak

Baru lepas pementasan @ash_savilara
Lawatan ke Santubong lepas pementasan


Di Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, team hoki kami kalah. Hanya naib johan. Sedih. Tak dapat pergi Keningau. Hoki perempuan dan ping pong johan. Diaorang pergi. Tak pa lah. Aku akan buat lebih baik untuk team teater. Teater dan Tarian berlangsung di Maktab Perguruan Besut. Dan akhirnya, team teater kami muncul juara, manakala team tarian terkandas. Yeahhh aku pergi Sarawak!!! Kami bertanding di Sarawak. Di Sarawak, Pengetua datang dan jemput kami di Hotel Hilton, Riverside Kuching. Malam tu dia bawa kami jalan2 sekitar Riverside, dan minta kami buat rehearsal di tengah2 kesibukan bandar. Huaaaaaaaa.. gila la.. Pagi tu jam 3 aku terjaga, aku lihat Pengetua sedang membca. So, korang elaborate la sendiri peribadi dia macamana. Kami kalah, tapi sahabat aku dapat pelakon pembantu lelaki terbaik. Aku mohon maaf dengan pengetua, tapi dia cakap, Its just a new beginning. Dia tau aku akan lebih baik selepas ini. Aku diam. Tak pasti sebenarnya apa maksud dia.

Sejak itu, aku terus tak menoleh ke belakang sekali. Setiap awal semester aku akan menunggu, apakah pertandingan2 yang akan dilangsungkan. Aku akan turut serta. Aku akan pastikan aku lah yang mewakili maktab. Selain itu, keputusan aku setiap sem amat membanggakan. Aku biasanya antara yang teratas dalam kelas, cuma masih tak boleh kalahkan Si Kathy. Budak tu mmg awesome la. Korang nampak tak sebenarnya apa aku nak bagitau? Sebenarnya pada sem 2 tu, aku da mula settle down. Aku rasa seronok. Aku rasa aku beri yang terbaik pada Maktab aku. Aku rasa aku da tak kisah kalau aku jadi cikgu. Dan aku nekad, kalau aku jadi cikgu, aku akan jadi cikgu yang betul2 cikgu.

Aku teruskan kecemerlangan aku. Syarahan Maal Hijrah (Gaya, Sabah), Bercerita (Sandakan, Sabah), Bola Tampar (M4P, Penang), Puisirama (IBA, KL). Tu semua aku mewakili Maktab dan Zon Timur. Dan bila aku sem 6, sedang berpraktikal, aku dipanggil balik untuk mewakili bola baling. Tapi kandas di pusingan Zon.
Sepilok. Lepas habis KAGUM Bersecita di Sandakan

Di lapangan terbang Sandakan

Balik dari Penang, Bola tampar
Stadium Darul Makmur, Lompat Kijang

Itu adalah aktiviti KAGUM sahaja. Ada banyak lagi yang aku sertai. Kalau bab2 kebudayaan, kesenian, persembahan untuk apa2 program, Jabatan Bahasa akan cari aku. Penghormatan paling tinggi ialah bila aku bersama pensyarah idola aku YM Ungku Nooraien (Ummi Aien) mengacara majlis Apresiasi Kebudayaan yang menghimpunkan ramai seniman, Sutung Umar R.S, Lim Swee Tien dan ramai lagi nama besar.  Aku juga mendapat anugerah Pelakon lelaki terbaik dalam Festival Teater Terengganu (dulu dikenali Pekan Teater). Aku juga muncul Pendeklamator yang berjaya menempatkan diri dalam 10  peserta akhir daripada 90 lebih orang peserta pada Deklamasi Puisi Kemerdekaan Negeri Terengganu.  Ntah mana pergi keratan2 akhbar berkaitan. Aku lost somewhere.
Aku aktif dengan geng2 teater Terengganu. PELITA dan TETAMU. Beberapa kali bekerjasama dengan Eman Manan dan juga Wan Hanafi Su. Biasanya aku dijemput turut serta dalam Wacana2 dan juga Dialog serta pelbagai aktiviti berkaitan. 
Sayembara menulis cerpen, Johan dan naib johan
Puisi Johan dan ketiga

Johan kawad kaki 
Team X... hehehhe

Geng2 makan

Bako2 classmate

Naib Johan Lompat Kijang
Lelaki Melayu Terakhir... lepas tu semua bugis. ahahaha

Dalam Maktab, aku memberi inspirasi kepada yang lain. Unit kami selalu memenangi pelbagai pertandingan dalaman. Kami Johan pertandingan mengajar, kami johan malam kebudayaan, Kami johan drama bahasa Inggeris, kami johan Minggu penghayatan Islam, dan kami top 3 Kejohanan balapan dan padang. Dan, kami hanyalah opsyen matematik. Banyak lagi yang tak dapat aku senaraikan. 
Sebelum masuk mendeklamasi sajak dalam pertandingan
akhir Deklamasi Puisi Kemerdekaan Terengganu

Anak2 SK Kg Bukit, Cendering aku latih kawad formasi sehingga ke peringkat
kebangsaan di Johor Baharu.
Johan kawad formasi peringkat Negeri Terengganu

Ntah kat mana budak2 ni sekarang

Praktikum sem 4, SK Kg Bukit

Hidup aku di maktab penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan. Penat. Tapi sangat membina karekter aku. Keyakinan. Pengalaman. Tapi, jujurnya aku terpaksa membayar harga yang mahal. Aku kehilangan cinta kerana tak di baja. (cukup kat situ heheh). Katika itu juga, pengetua dinaikkan pangkat menjadi Pengarah JPN Negeri. Aku kehilangan banyak sumber inspirasi. Kehilangan motivasi. Tapi, aku tetap terus ke hadapan. 
Kelab Kebudayaan.. rehearsal nak perform malam kebudayaan

Wacana Teater Pantai Timur

Aku da lupa nama kakak ni

@Ash_Savilara... Always jd my partner

Aktiviti petang2

Ba'e... BFF ni.. dunia akhirat.

Natijahnya, aku memperoleh Diploma Pendidikan dengan Pangkat Cemerlang. Aku juga adalah penerima Anugerah Ibnu Sina Terbaik Gerko. Mak bangga. Abah bangga. Family bangga. Tapi tak dapat menandingi kebanggaan aku sendiri. Anugerah disampaikan sendiri oleh Tn Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Dato Hj Razali Ismail. Haaaaaaaaaa... Masa tu, lama dia berbual atas pentas dengan aku. Aku ingat lagi kata2 arwah. Saya tahu awak akan berjaya dengan cemerlang. Dulu saya cakap baru permulaan. Sekarang saya ulang semula, ini juga baru permulaan. Perbualan itu turut didengari oleh Tn Pengetua. Tn Hj Mohd Kharuddin bin Zakaria (ketika tu da jadi pengetua) orang yang memilih aku masuk ke MPKTBR. Ayat2 arwah tu, aku rasa aku dapat fahami dengan baik.
Diploma Pendidikan Cemerlang
Anugerah Ibnu Sina Gerko Terbaik

Korang nampak tak? Aku da tak peduli yang lain. Sebab, aku rasa aku telah ditentukan menjadi guru. Dan yang paling bermakna, akhirnya aku sendiri memilih untuk menjadi guru. Ketentuan atau pilihan? Aku tukar menjadi ketentuan dan pilihan. Bumi Darul Iman, memberi aku inspirasi untuk menjadi yang terbaik. Apa mungkin aku lupakan semua ini. Cerita ini sepatut aku garap dan persembahkan dengan lebih detail lagi, tapi tak apa lah. Niat aku ialah untuk aku tunjukkan bagaimana aku mula bersedia menjadi seorang guru.
Allahyarham Dato Hj Razali Ismail (berdiri tengah baju merah)
melawat kami di belakang pentas selepas selesai persembahan

Alfatihah buat Dato Hj Razali Ismail, insan yang sentiasa di belakang aku. Beliau meninggal dunia ketika bermain badminton di IAB Genting Highland. Ketika itu beliau adalan Timbalan Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Terengganu. Orang2 hebat cepat benar perginya. Tuhan lebih sayang. Tak sempat aku nak tunjuk siapa aku sekarang. Tak sempat aku nak tutup ayat beliau "ini baru permulaan...."

Aku akan berkongsi lebih lanjut, bagaimana aku dilatih menjadi guru berkebolehan ketika aku dalam lapangan keguruan. Siapakah insan yang menjadikan aku sebegitu. Siapa yang mendidik aku dan memimpin aku. Insan2 hebat ini mungkin biasa pada orang lain, tetapi telah meletakkan aku adalam pelbagai acuan keguruan. Doakan aku sihat sentiasa dan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pemimpin yang sepatutnya. Aku akan berkongsi lagi. Rileks la... Hujan pun reti berhenti. hahahha

Post lain