Bila Guru Besar Ajak menonton Filem...

Assalamualaikum..

Awal Ogos lalu, viral tentang sebuah Filem Tamil, Raatchasi dalam media sosial. Filem ini mengisahkan realiti pendidikan di Tamil Nadu, India. Raatchasi, dibintangi heroin, Jyotikha ini telah diberi rating tinggi 7.4/10 oleh iMDb. Setelah melihat review secara professional oleh pengkritik filem di laman iMDb dan pengkritik jujur dari penonton, aku pun menonton filem ini. Aku berpendapat filem ini harus ditonton oleh semua orang dan anggota masyarakat. 

Aku ambil keputusan untuk menonton bersama guru dan AKP di sekolah. 21 Ogos 2019, Hari Rabu, Hari Professional Sekolah, aku gunakan masa itu untuk menonton bersama guru dan AKP. Kalau ikut jadualnya, kami ada pembentangan berkumpulan berkaitan permainan dalam pdpc, namun aku tangguhkan, kerana nak sangat guru2 aku tonton movie ni. Aku rancang program ni tanpa aku maklumkan kepada semua. So, masing2 ingat mereka kena membentang hari tu. heheheheh Saja je GB nak bagi suprise.


Khusyuk betul masing - masing.
So, bila masuk dalam bilik mesyuarat, masing2 surprise lah sebab nak menonton kan. Jarang2 dibuat orang menonton filem dalam bilik mesyuarat. Jarang buat? Tak pa.. Kita buat. Ehhhhh nanti duluuuu. Ada tugasan.. Lepas tonton filem ni, aku nak, semua beri pendapat dalam sesi brainstorming. Ahahahah. So, semua mula menonton dengan khusyu'. Ni kalau mentua lalu pun tak perasan ni. Semua fokus. Aku pulak yang bosan. Sebab semua senyap. Ye lah.. Aku dah menonton da berapa kali. Da boleh hafal dah jalan cerita dia. Cerita ni 2 jam lebih. Kalau kau tak fokus, mesti kau bosan. Tapi aku tengok, masing2 fokus pada cerita ni. Mungkin cerita ni dekat dengan dunia pendidikan, lantas cikgu2 tak perlu pening2 nak fahamkan jalan ceritanya.

Tengok filem sambil makan jemput2 dengan air teh tarik.
Syurgaaaaaaaaaa....
Diam2, aku turun kantin. Order Teh tarik, dan juga jemput2 sambal. Dah siap, aku pun hidangkan pada semua. Tuangkan air, hidangkan pada cikgu2 aku, sorang demi sorang. Lepas tu, aku hidangkan pulak jemput2 panas dengan sambal. Terkejut cikgu2. Ada yang bangun nak membantu. Aku cakap tak payah, sebab aku da bagi tugasan. Hahahahahaha... Kang lepas ni aku tanya, korang tak boleh jawab, aku suruh berdiri atas kerusi. Hahahahahahah. Mana nak cari GB hidang kat korang. Heheheheh.

Korang jangan silap. Aku buat ni bukan nak glamour, bukan nak nama, bukan nak tunjuk. Tak salahkan? Tak berdosa kan? Aku buat macam ni, tak turun pangkat pun... Diorang tau je aku GB kan. Buat baik dengan orang bawahan tak jadikan kau hina. Kadang2 sentuhan2 begini perlu untuk bina hubungan yang baik. Majikan aku (KPPD) selalu pesan supaya menitik beratkan human touch ni.

Selesai menonton, aku dapatkan pandangan semua. Masing2 memberi pendapat. Kritis, kreatif, bernas. Semuanya betul. Tak da yang salah. Memang Filem Raatchasi ni sangat banyak yang kau boleh kupas, kau boleh bincangkan, kau boleh jadikan topik perbualan. Walaupun asasnya, filem ini di highlight kan kepada GB yang membangunkan sekolah, tetapi sangat banyak pengajaran yang kau boleh ambil. Tak kira kau siapa, guru, ibubapa, masyarakat, pihak berkuasa dan lain2.

Ada masa nanti aku detail kan apa yang kita boleh dapat daripada filem ini. Cuma entry kali ini, aku cuma nak kongsikan antara aktiviti yang aku buat sewaktu Hari Professional Sekolah, setiap Rabu di sekolah aku. Selain kau ber PLC, ber LDP, membentang, berkongsi, tak salah kau bersantai begini. Lagipun, kalau kau kat rumah belum tentu kau boleh tonton sampai habis. Dengan anak2, kain baju yang berbakul2, pinggan dalam sinki, dan lain2 lagi.

Apa yang pasti, semua guru dan AKP berasa puas hati, santai dan ada juga yang hulur pendrive sebab nak tengok kat rumah. Ada juga scene yang melekat dalam kepala masing2, yang sedih, yang lawak, yang boleh jadi bahan dalam perbualan harian. Aku harap, guru2 dan AKP aku, akan terus istiqamah dalam mendidik anak bangsa. Semoga filem ini memberikan inspirasi buat mereka. Membangkitkan motivasi.

Tak lama selepas tu, YB Menteri Pendidikan, dalam kenyataannya, beliau juga menonton Filem ini bersama staff2 nya. Alamak YB.. Saya da buat dulu.. Hahahahahh... Jangan marah ye.. gurau2. 

1 ulasan:

ct-sue berkata...

tahniah GB! Yes, human touch penting dalam organisasi. Biar nampak kecil tindakan pihak atasan, namun signifikannya besar kepada yang di bawah. Keep it up bro!

Post lain