Terima Kasih Sahabat!

Assalamualaikum... Jumpa lagi kita..

Baru lepas maghrib.. Hari ni balik lambat. Pukul 6 baru sampai rumah. Penat. Esok ada Majlis Perpisahan di SK Gelang Chinchin. Aku macam tak suka sangat sebut majlis perpisahan. Seolah macam tak da hari lagi nak jumpa. Aku anggap majlis melambai2 je lah. Hahahahhhaha.

Tadi aku baring. Teringat rakan2 lama. Aku bangun dan capai lappy ni. Rasa nak menulis sikit. 20 tahun lagi aku pencen,(kalau sempat) boleh baca balik buat kenangan. So, hari ni aku nak share dengan kau semua tentang staff aku sorang2. Gila.. Mau 70 ribu patah perkataan ni nanti. So, aku cuba sentuh la sikit2 sorang. Agar aku tak lupa. Agar aku sentiasa ingat. Agar aku sentiasa berterima kasih ditemukan dengan mereka. Mana mungkin aku lupakan semua, ini lah tempat aku bertatih, jatuh dan bangun semula sebagai seorang Guru Besar.


Ada bunga sorang, jadilah kan. Hehehe.
Aku dibantu oleh sayap2 penolong guru besar lantikan dalaman. Mereka adalah tulang belakang aku. Cikgu Haji Nazrie, Cikgu Anisah, Cikgu Ilman. Dalam mereka bertiga ni, Cikgu Anisah la paling taat. Dia dilantik selepas Cikgu Nordin dapat berpindah. 

Bagus jugak sebelum ni PGB aku semua kumbang je. Sesekali ada bunga, berseri la sikit. Kerja komited, suka belajar benda baru, dan nampak dia seronok kalau dapat selesaikan masalah. Cikgu Haji Nazrie (Ajie). Hahahaha dia paling pendiam. Tapiii banyak auta dia ni. Korang je tak nampak. Mentang2 kawan aku masa sekolah. Hahahahah. Tapi sumbangan dia membantu aku tak kan aku lupakan. Steady Aji, ko memang sempoi. Aku bergantung pada dia banyak benda.

Cikgu Ilman? Hahahah... Ni mangsa. Selalu gila kena marah.Marah depan2, marah belakang, marah dalam whats app. Heheheheh. Tak tau la dia ambik hati ke tak. Tapi banyak bantu aku. Sangat banyak. Terima kasih PGB2 aku. Dalam marah, dalam senyum, dalam ketawa, dalam stress kau orang banyak bantu aku. Aku doakan satu hari nanti, kau semua akan pergi lebih jauh lagi.

Akak berdua ni, macam mak2 sangat. Diaorg ni sangat menjaga aku. Aku tak pernah rasa diaorg ni macam staff aku. Aku anggap macam mak. Dalam kebanyakan masa, diaorg ni aku anggap kakak. Kak Miah, dah nak pencen. Tulang belakang aku. Banyak nasihat2 sebagai kakak. Segan aku. Selesa betul aku. Kopi aku selalu dia yang buat. Dah tak merasa lagi lah kopi dia lepas ni. 

Kak Fazilah? Aduhhhhh... Mujur aku belum pernah terkencing kalau bergurau dengan dia. Suka bergurau. Macamana kau nak stress? Nak marah pun tak jadi. Sebab.. ada je yang dia nak kena kan kau. Tapi sesekali aku balas jugak. Hahahahaha.. Meriah hidup kat pejabat ni. Terima kasih akak2 semua. Terima kasih jaga aku dengan baik. Terima kasih jadi staff yang baik.

Saja pilih gambar ni..Heheheh.. Family Day
Suhada.. PPM Prasekolah.. Hahahahaha.. Dia ni lurus gila.. Baik gila. Aku suka dengki dia. Takutkan dia. Selalu sergah dia. Best tengok muka terkemut2 dia tu. Takut gila kat aku. Ntah bila aku makan dia agaknya. Aku bangga, sebab banyak aku mudahkan urusan dia. Presatsi kerja dia bagus dan aku pernah beri dia APC.

Zila? Teddy bear bam bam. Hahahaha.. Aku suka usik dia ni. Kalau orang luar tengok, mesti mengucap dua kalimah syahadah. Tapi dia tahu, aku tahu.. Aku tak serious. Lagi best kalau dia nak gi bercuti. Lagi sedap aku buli dia. Kalau tak, aku tak bagi cuti. Ahahahahah... Dia ni bagus. Komited, kreatif, taat. Terima kasih Suhada dan Zila. Terima kasih atas segala kerjasama. 

Aku tak faham teddy bear depan tu.
Selain dari aku, Cikgu Nazrie dan Cikgu Ilman, ada dua orang lagi cikgu lelaki. Cikgu Ridzuan dan Ustaz Fadzlan. Cikgu Wan ni, Mc Gyver sekolah. Suka bermain madu. Hahahahha.. Aku biar je apa dia nak buat. Janji dia jaga budak2 PPKI tu elok, tak da isu, dan dalam masa sama, memajukan sekolah. Menaikkan nama sekolah. Apa2 kerosakan, pemulihan, dan juga kerja2 berat, serah kat dia. Selesai.

Ustaz Fadzlan. Ustaz yang menjaga ICT sekolah. Haaa jgn memain.. Bukan takat baca doa je tau, setup Frog VLE, pasang LCD, software, hardware dan lain2 lagi semua dia boleh. Aku masuk2 sekolah dulu tengok ada kereta turbo. Hahahaha kau baru nak main ye? Aku da lama jual. Kekekeke..Terima kasih Ustaz.. Terima kasih Wan, atas sumbangan kalian.

Kanak2 Ribena. Cer teka mana satu pokok? Kah3
Kak Kamariah, akak paling berusia dalam kalangan kami. Kau tau? Kalau kau tak tenang hari tu, kau gi je jumpa dia. Tak payah mintak nasihat. Kau berbual je cukup. Nanti kau rasa okey semula. Kau rasa tenang.Macam kau cakap dengan mak2 kau. Aku selalu mintak pandangan dia. Tak pandangan sangat la... Bual2 gitu. Terima kasih kak. Gonna miss u.

Zanah. Lom rasa lagi masakan dia. Berkira. Kah3. Aku suka menyakat dia ni. Kadang2 lurus jugak. Lurus ke lambat pickup ek? Ntah lah.. Boleh je la dua2. Aku banyak jugak rely on her. Mudahkan urusan aku selalu. Kau senang bekerja dengan dia. Terima kasih Zanah.

Sesi membawang
Ain. Dedikasi. Komited. Tahun ni jadi Pengerusi Kebiru. Tak banyak citer. Dia ikut je apa aku cakap. Baru je naik cuti bersalin. Tapi rasa macam mengandung lagi. Hahahahahahah.. Dia ni berpotensi besar untuk pergi lebih jauh. Cuma tunggu masa dan ketika je. Terima kasih Ain.

Sri Bayu. Jawa Batu Pahat. Tapi mengajar bahasa orang putih. Kah3. Masa aku mula2 masuk SKGC dulu, aku confused, dia ni nak bercakap dengan aku ke, nak makan aku? Heheheheh... Dia ni ada kebolehan memimpin. Mungkin dia tak nampak. Tapi aku nampak. Cuma ada faktor yang menyebabkan dia tak berminat.  Terima kasih Bayu. Mujur da 4 siries baru jumpa, kalau tak, mau berparang kita ni.

Kamera GB memang cantik. 
Cikgu Asmah. Herherher. Malang la, duduk kat meja depan dalam bilik guru. Makan selalu tak ajak aku. Kecik je hati ni ha. Ahahahahah.. Slow and steady. Aku senang je kerja dengan dia. Aku baru tukar tugas dia dengan tugas baharu. Nampak lebih selesa. Aku bangga dapat memudahkan urusan orang. Aku percaya pada kata2 "gunakan kekuatan pada tempatnya". Terima kasih cikgu Asmah.

Lili... Hahahahahah.. Dah la kantol lambat, ikut belakang kantin. Kah3.. Kau ingat aku tak nampak? Pastu orang panggil, buat2 tak dengar.. Keh3.. Lili oh Lili. Kau cerita A, dia reply sampai Z. Itulah Lili. Seorang guru yang sentiasa komited dalam tugas. Kalau dia tak tau buat sesuatu tugasan, dia tanya semua orang kecuali jaga sekolah. Nampak? Komitedkan.. Kikikiki. Terima kasih Lili.. saya doakan awak dapat pindah. Mudah urusan.

Apsal muka aku shining? Cahaya keimanan
Salbiah. Bagi kerja je stresssss!!!! Stresss!!! Hahahah.. Tapi confirm beres. Aku tak risau langsung pasal SPBT. Alhamdulillah. Aku berjaya uruskan kenaikan pangkat dia yang tercicir dulu. Dan berjaya juga uruskan gaji dia. Alhamdulillah. Banyak Salbiah bantu aku. Macam orang lain juga. Terima kasih Salbiah. Teruskan kecemerlangan awak ye.

Enab dan Ros. Dua pekerja pembersihan. Huhuhuhu.. Da tinggal berdua. Banyak bantu sekolah. Bantu aku. Selalu je mengelat, terutama hari Sabtu. Haaaaaa kantoiiii.. Tapi, aku malasnak berkira sangat lah. Janji, yang aku suruh korang buat. Terima kasih Enab, terima kasih Ros.


Midah. Midah ni bagus. PdPc dia up to date dari segi aktiviti. Dia komited. Bagi apa inshaallah jalan. Sebab tu aku bagi dia PSS. Dan... aku rasa dia ni lurus la. Teruskanlah kecemerlangan kau tu Midah. Gunakan segala ilmu yang telah saya kongsikan. Terima kasih Midah.. Terima kasih memudahkan urusan saya.





Budak kecik. Budak kecik ni masuk awal tahun menggantikan Cikgu Fauziah yang berpindah. Haslina la nama dia. Masuk2 je bersalin. Aduhaiiii... Heheheheh. Aku suka menyakat dia. Sebab dia kecik. Dia kecik, PPM dia besar, kan kelakar tu. Siap la kalau aku jumpa, mesti aku nyakat dia. Terima kasih Haslina. Terima kasih banyak2.


Move on. Aku da move on. Dah pindah. Tapi, takkan aku nak tinggal begitu saja kenangan ni. Aku bawak sekali. Simpan dalam hati. Biar aku sedar, watak2 ini lah yang menjadikan aku hari ni. Yang jadi mangsa eksperimen aku dalam proses menjadi Guru Besar. Watak2 ini lah yang mula2 mengajar aku, erti menjadi seorang pemimpin. Tak mungkin aku lupakan. Aku tulis. Mana tau satu hari nanti aku lupa. Tulisan ini akan ingatkan aku. Tulisan inilah buktinya, bahawa memimpin itu bukan sekadar menjadi ketua.

Aku nak kau semua tahu, aku sayang semua. 


Tiada ulasan:

Post lain