Assalamualaikum...
Hari ni terbit rasa ingin berkongsi pengalaman yang tidak seberapa. Alaaaa citer mencerap guru. Dulu... selalu kena cerap. Sekarang da mencerap dan menilai. Jangan main2. Benda ni nampak mudah, tapi boleh mengganggu periuk nasi orang. Haaaaaaaa...
Pencerapan guru ni, tidaklah glamour. Malah langsung tidak disukai para guru. Rasa diperhatikan, rasa tak selesa, rasa gemuruh, tertekan, semua bermain dalam hati dan minda para guru yang dicerap. Itu jika diberitahu, ditemujanji. Apatah lagi jika dicerap secara rambang dan tidak diberitahu. Hurmm.. silap2 langsung tak keluar suara. Plot dan langkah pengajaran menjadi tunggang langgang.
Aku juga ada pengalaman sebegitu. Biasalah, memang langsung tak suka. Leceh. Nak cerap, nak tengok orang mengajar buat apa? Duduk belakang kelas macam berhala. Lepas mencerap, pelbagai kritikan pedas dilemparkan. Lebih malang, kata - kata penuh sindiran menambah perisa. Akhirnya, tiada satu pun kebaikan yang aku dapat. Tambah dosa ada lah, sebab asyik memaki hamun. Pengalaman menjadi guru biasa yang sentiasa dicerap, aku ambil dan jadikan panduan buat diri ini. Panduan untuk aku tidak menjadi berhala dibelakang kelas, tak menjadi tukang kritik, dan yang paling penting, tak jadi sasaran caci maki. So, apa yang aku buat?
Ada satu perkara yang aku pegang semasa mula2 menjadi guru besar, jangan buat apa yang aku tak suka guru besar buat kat aku dulu. Simple. Jangan ulang. Kalau tak, sama je lah aku dengan guru besar lama. Aku tak suka, tapi aku buat juga kat orang lain. Tak betula lah macam tu. So, sama juga dengan mencerap. Aku cuba sedaya upaya melaksanakan dengan cara aku sendiri, tetapi masih lagi dalam kehendak dan tatacara yang digariskan.
1. Markah magik...? (Mencerap penuh masa yang ditetapkan.)
Memang tak glamour. Kadang2 boleh digelar gila kuasa, gila mencerap dan lain2 lagi. Tapi aku ada alasan dan rasional sendiri. Markah pencerapan, sangat berkait rapat dengan markah prestasi guru (PBPPP). Kalau aku mencerap hanya 10-20 minit, macamana aku nak menilai dan memberikan markah kepada guru2? Katakan aku keluar minit ke 15, tetapi minit ke 16 dan seterusnya, cikgu tu perform dan mengikuti standard yang ditetapkan. Maka ketika itu, aku sangat tidak adil dalam memberi markah. So, aku akan pastikan, aku mencerap sepenuhnya dan tidak mahu ketinggalan setiap minit bersama sesi pengajaran guru tersebut. So, senang citer, cerap betul2 beri markah betul2. Bukan cerap main tengok je da boleh buat rumusan, da boleh cakap, ahhh cikgu ni tak bagus. Cikgu ni tak guna PAK21. Cikgu ni tak buat PBD.. hahahahaha.. aku tak macam tu laaaaa
2. Bagitahulah... Kata nak bimbing (Maklumkan sesi pencerapan)
Aku akan beritahu guru bila guru tersebut akan dicerap. Kadangkala, guru yang pilih masa dan kelas untuk dicerap. Ketika itu, guru akan mempamer kompetensi mereka sebaik mungkin. Mungkin itulah sesi pdpc mereka yang terbaik. Maksudnya, itulah kemampuan mereka sebenar. Dan aku akan melihat kemampuan mereka yang telah dirancang dan disusun. Aku melihat hasil paling baik ketika itu. Aku akan menilai, dan akan berkongsi dapatan, memberi cadangan dan penambahbaikan. Pada aku mudah, cari yang terbaik, kemudian beri nilai tambah. Untuk apa terjah guru? Itu hanyalah untuk mencari kesalahan. Apa yang paling utama adalah, sentiasa pastikan guru berikan yang terbaik dalam sesi pdpc mereka. Buat apa cari salah, kalau boleh dapat benda paling baik.. Ok,,, aku positif orangnya.
3. Aku bukan berhala yang tercongok di belakang...(Berkolaborasi)
Perkara yang membuatkan cikgu menggigil, seram sejuk, serba tidak menjadi, tertekan, segan, adakala marah dan geram, ialah dengan ada susuk tubuh di belakang kelas, yang duduk memerhati. Ye aku pun duduk di belakang. Kemudian, aku akan turut serta dengan guru dalam sesi pdpc. Kalau kau ada idea, kau jalankan aktiviti kau sekali, jadikan sesi pengajaran bersama. Kalau kau tak ada idea, cukup sekadar bersama2 semasa sesi tersebut. Ikut murid membaca ke, bantu kumpulan murid menggunting ke, sama2 memberi idea kepada murid dan macam2 lagi. Sekurang2nya, kau bukan berhala kat belakang tu yang membuatkan semua orang senak perut. Kau guru besar, murid pun takut dan tak aktif.
4. Bimbing dan bantulah... (Perbincangan sebelum dan selepas pencerapan)
Kau tahu? Aku bermula seawal hari pertama persekolahan untuk membantu guru. Masuk kelas demi kelas. Bukan untuk mencerap, tetapi berkongsi apa yang aku ada. Beri idea aktiviti mudah yang aku boleh kongsikan. Masuk tanpa sebarang buku nota atau borang pencerapan. Kalau perlu aku menari sama, aku menari. Kalau perlu aku berlakon sama, aku berlakon. Yang pasti aku turut sama memberi idea. Dan setelah 7 bulan, baru aku mencerap menggunakan borang standard 4.
Itu pun, aku masih lagi berbincang sebelum sesi pencerapan. Apa yang patut ada. Taklimatkan semula tentang standard 4. Suaikan kaedah pentaksiran dengan kemahiran. Berbincang aktiviti yang akan dilaksanakan. Sebaik pencerapan, ada lagi sesi perbincangan. Melihat dapatan pencerapan. Cadangan penambahbaikan dan sebagainya. So, hingga tahap ini, aku rasa aku berjaya menjadi guru besar yang bukan seperti guru besar dulu. Berjaya memenuhi "jangan buat apa yang aku tak suka guru besar buat kat aku".
5. Aku perlu tahu, sebelum beritahu (Tingkatkan kompetensi kendiri)
Aku baca berulang kali. Standard 4, SKPMg2. Aku study buku PAK21. Aku kuasai PBD. Aku terpaksa tahu. Aku wajib mahir. Kalau aku da tau, da kuasai, mudah aku membimbing. Menjawab kekeliruan. Meleraikan kekusutan. Paling bagus, melegakan guru2 daripada belenggu istilah yang menyebabkan mereka hilang fokus. Kau jangan buta2 cakap nak itu ini, tapi kau tak bimbing, kau tak jelaskan, kau tak beri kriteria. Kan kau sebagai Guru Besar, kau adalah pembimbing. So aku kenalah usaha nak lebih tau, lebih kuasai sebelum aku membimbing. Lepas aku da mahir, da kuasai, haaaa bak datanglah apa pun, inshaallah boleh aku bantu selesaikan.
6. Mudahkanlah urusan orang... (Beri keyakinan, motivasi dan penghargaan)
Ada seorang guru, aku masuk mencerap. Tiba2 dia lost control. Sesi pdpc, jadi tonggang langgang. Buat itu salah, buat ni salah. Kejap2 tengok aku. Tu baru set induksi dan langkah satu. Heheheheheh.. Senyum je aku. Aku tak jadi beri penilaian. Tak adil aku beri ketika tu. Kesian dia. Aku panggil dia, tanya dia apa masalah. Dia kata tak ada idea. Gigil, nervous, tak tentu arah. Pada hal aku da bagitahu sebelum tu aku nak mencerap.
Dia perlu dibantu. Aku setup kumpulan. Satu kumpulan 4 orang. Dalam masa seminggu minta mereka bincang aktiviti dalam pdpc untuk dihasilkan dan dicerap. Pilihlah masa dan tarikh. Aku layankan. So, ramai bantu dia. beri idea, beri keyakinan. At last, dia antara 3 orang yang aku beri markah paling tinggi. Nampak tak? Janganlah marah... Jangan buat rumusan awal... Jangan kau letak tanda kat muka dia... Apa yang aku buat? Aku tak buat apa selain beri bimbingan. Last2 aku beri keyakinan dan motivasi. Sekarang ni, dia eksen, sebab markah dia tinggi.. hahahahah... tak pa, nanti dia, aku cerap lagi. kikikiki
Aku bukan kata guru besar aku dulu tak bagus. Jangan kau salah anggap. Bagus. Ramai yang sangat membantu aku. Membimbing dan memberi tunjuk ajar. Pengalaman2 daripada setiap guru2 besar tu yang menjadikan sapa aku hari ni. Cuma, apa aku nak sampaikan yang dunia pendidikan berkembang pesat. Berubah betul dalam masa beberapa tahun kebelakangan ni. So, aku pun turut kena berubah. Aku share apa aku buat. Mungkin hanya sesuai diamalkan di sekolah aku sahaja. Korang, rakan2 guru besar dan pentadbir, ikutlah gaya masing2. Mana tau tiga empat tahun da tak boleh buat gini, tak sesuai. Kannnnn...
1 ulasan:
Tahniah cg...cg telah memainkan peranan yang tepat sebagai seorang pemimpin dalam sekolah. Cg memakai "topi" yang berbeza mengikut situasi yang berbeza. Bimbingan dan tunjuk ajar sentiasa diberikan sesuai dengan peranan SLT.boleh bertolak ansur tapi tetap dlm ketegasan...Tahniah sekali lagi cikgu.. boss said go..but leader said.. "let's go"....
Catat Ulasan