Hai semua... Assalamualaikum.. selamat pagi.
Dah 3 minggu, aku 'kerja'kan cecikgu aku. Hahahhaha.. Ganas bebeno bunyinya.. Tak lah. Tempoh 3 minggu tu tempoh kami sekeluarga (baca sebagai Keluarga SKGC) berhempas pulas untuk melaksanakan kewajipan mencerap dan menilai Pdpc. Tak da lah tekanan atau stress sangat. Kalau dah kena cerap, da habis la kan.. Cuma ia tak begitu. Sebab kami saling membantu. Setiap individu tu, ada kumpulan yang sentiasa memberi idea dan berkongsi. So... perkara tu da selesai, dan menjadi tanggungjawab aku lah untuk aku neutralkan balik ketegangan dan situasi tertekan dalam bilik guru.
Hari Rabu adalah hari yang aku telah takwimkan sebagai hari PLC. Aku terfikir nak buat sesuatu yang lain daripada hari2 PLC sebelum ni. Nak berhuhuhaha tapi dalam masa sama sesuatu yang memberi banyak erti. So, aku buat aktiviti "blind fold". Apa tu...? Alaaaaa... aktiviti mudah je. Kalau kau rajin, kau tengok2 lah kat youtube tu. Aktiviti2 macam ni biasa diaorg buat untuk 'team building'.
Ni lah dua orang ketua kumpulan yang saling mendengki.. hahahha huru hara.. |
Nak main macam mana ni? Gini... Aku lantik dua orang ketua kumpulan. Dia akan pilih ahli sendiri. Guru Besar tak main, sebab biasa kalau Guru Besar main, confirm menang. Kah kah kah. Yang tak tahan, bila kalah nanti buat alasan, tak adil.. ada guru besar, team tak seimbang. hahaha.. macam2. Aku tos kan syiling untuk menentukan giliran. Kumpulan yang mula dulu akan pilih seorang ahli untuk mengutip seberapa banyak nilai syiling dalam keadaan mata yang ditutup. Syiling2 ni akan disusun oleh kumpulan musuh dalam satu kawasan yang ditetapkan. Hati2... Jangan salah pungut!! Sebab syiling2 tu ada yang bernilai negatif. Jangan ambil, jangan sentuh, jangan terkena, jangan pijak. Kalau tak, tolak lah markah ikut nilai negatif tadi.
Baru dapat 30 markah, tiba2 terpijak -100..Hampeh |
Dah tu macamana nak nak ambil nilai syiling dengan mata yang tertutup? Tak boleh kena syiling negatif pulak tu. Haaaaaa... Masa ni lah,bantuan rakan2 sepasukan amat ditagih. Diaorang kenalah bantu untuk memberi arahan, ke kiri atau ke kanan. Duduk, jalan, berhenti, ambil dan lain2. Dengan syarat jangan masuk gelanggang. Nantiiiiii... ada cabarannya!! Sebab team lawan dibenarkan untuk sama memberi 'arahan palsu'. Hehehehe Kau boleh bayang?
Game on!!! Mak aihh. Sesekali cikgu ni beraksi. Havoc betul. Meriahhhhh. Macam biasa, ada je yang nak mengelat. Ada yang sampai nak termasuk dalam gelanggang, ada yang mendengki. Masing2 memberi arahan kepada rakan untuk mengambil seberapa banyak syiling yang boleh. Musuh pun sama ikut menjerit. Yang ni cakap kiri, yang ni cakap kanan. Bila di arah duduk, ada je yang suruh bangun. Suasana hangat betul. Aduhh rugi lah Guru Besar tak main sekali..
Selesai. Kira markah. Time kira markah pun ada je yang nakal mengganggu. Hehehhee. Hurmmm setelah ditambah, di tolak, dua2 kumpulan memperoleh 190 markah. Aikkk?? Seri.? Pandai diaorang atur. Konspirasi. Oleh kerana seri aku kata tak ada hadiah la kan.
Sesi brainstorming pula. Masing2 keluarkan idea dan pendapat. Baru tiga empat orang je, da tak jadi round table, sebab cikgu2 main jawab. Excited agaknya, walaupun muka masing2 mintak nyawa, dek kerana menjerit2 tadi. Kerjasama, mendengar arahan,mengikut arahan, sepasukan, setia, dan bermacam2 lagi nilai yang mereka kupas daripada aktiviti tadi tu. Kritis sungguh cikgu2 aku. Aku tak kata salah. Semua betul. Mereka nampak apa mereka buat. Mereka tau apa sebabnya. Aku pun nyatakan kepada mereka, aku terangkan, aku jelaskan, apa yang aku cuba sampaikan melalui aktiviti ni. Ianya bukan sekadar mengurus tekanan.
3 minggu mereka bersama menghasilkan sesuatu yang baik, yang aku dah bimbing sejak awal tahun. Cuba untuk meningkatkan kompetensi diri. Tetapi, adatlah, dalam melaksanakan kebaikan kita akan sentiasa diuji dengan cabaran dan halangan. Dugaan dan rintangan. Inilah kehidupan. Sentiasa ada pihak luar yang akan menjatuhkan kita, melekehkan kita, menyindir, memudarkan semangat. Paling dekat dengan kita, hati kita... yang sentiasa berbisik supaya menyerah, berputus asa, kalah dan lalai. Ye.. macam aktiviti td tu lah. Banyak betul 'hantu' yang mengacau. Kesimpulannya, melaksanakan kebaikan, bukan mudah. Aku nak mereka tau... Aku nak mereka jelas bahawa itulah perkara yang aku cuba sampaikan.
Aku sayang cikgu2 aku. Merekalah sumber kekuatan 'keluarga ni'. Mereka berperang dengan diri masing2 untuk terus konsisten. Untuk terus istiqamah dalam meningkatkan kecemerlangan masing2. Melaksanakan Pdpc bermakna, memastikan PAK21 dan PBD terlaksana. Kau ingat senang? Macam aku kata. Sehari dua boleh... seminggu dua pun boleh... Lama2? Boleh? So, aku kena kuat... Kena terus mendorong, terus membimbing. Aku kena terus berdoa, agar cikgu2 aku turut diberi kekuatan, dipermudahkan urusan.
Usai PLC tadi, sempat juga melayan gurau senda cikgu2 sebelum turun. Ada yang nak buat lagi, ada yang nak bawak dalam pdpc. Cikgu2 berkemas untuk pulang. Aku berjalan turun ke pejabat. Ada beberapa kerja yang nak aku selesaikan. Hati rasa puas dapat membuat sesuatu yang baik hari ini. Dalam melangkah ke pejabat aku, cikgu masih belum berhenti bercerita tentang aktiviti tadi. Dia masuk dalam gelanggang. Si polan mengelat. Mana boleh tarik2. Tak aci, ikat penutup mata tak ketat. Terima kasih cikgu2... Terima kasih atas kebersamaan ini.
Selagi aku ada... selagi aku masih di sini... Marilah kita sama2 membina dan membangunkan sekolah ini..
1 ulasan:
Tahniah cg.. Bukan mudah merancang satu program yang memerlukan 100% komitmen bagi memastikan pelaksanaan berlaku seperti yang direncanakan. Saya ingin berkongsi satu perkara iaitu kemahiran perundingan dan konsultasi. Ada 6 kemahiran semuanya.. Pertama 5S, kedua impak visual, ketiga impak vokal, keempat impak verbal, kelima kemahiran mendengar secara aktif dan keenam mempengaruhi.. Dalam aktiviti ini..kemahiran keenam memainkan peranan yang penting bagi menentukan keputusan yang diambil..pengaruh juga datang bukan hanya dari ahli yang sama.. Tetapi juga dr ahli lain yg ingin menjatuhkan. Itulah senario dalam dunia sebenar. Ada rakan sekerja yang boleh mempengruhi kita ke arah kebaikan dan ada yg sebaliknya. Saya ingat dulu.. Sewaktu baru 5 tahun bergelar guru. Sewaktu leka menulis RPH...saya disapa dr belakang.. "buat apa ko tulis beria2 RPH tu..bukannya ada org nak datang pantau pun"... Saya terhenti seketika berpaling ke belakang.. Dan melemparkan senyuman paling manis... hehehe.. dan tanpa berkata apa2 sy sambung penulisan. Dalam hati menjawab juga... "biarlah.. Tangan aku yang tulis.. Bukan tangan ko.."hehehe..
Esoknya..dalam kelas saya" dipantau".... Oleh siapa??? Oleh Allah s.w.t.. adakah saya menjalankan amanah seperti yg dipertanggungjawabkan.. ��. Andai kata saya terpengaruh dgn rakan tadi... Mungkin saya "gagal" dalam pencerapan olehNYA....
Catat Ulasan