Asal petang je ngeteh... |
Penat petang. Hari kerja waktu cuti sekolah ni, sunyi. Yang ada di sekolah cuma aku, kerani dan AKP yang lain, bersama-sama pekerja pembersihan. Dan beberapa ekor kucing. Time cuti ni lah, kau ada peluang lebih dekat dengan AKP dan pekerja. So, petang - petang sbelum balik, biasanya aku luang masa setengah jam untuk minum - minum bersama AKP dan pekerja.
Sambil - sambil minum, terkeluar idea untuk pergi ber rehlah di Taman Tiga Budaya, Asahan. Dekat je. Tak sampai pun sejam dari sekolah. So, masing - masing setuju. Mau tak setuju, pergi hari kerja. Herherher. Mereka proaktif, terus kumpul duit seorang RM10, untuk sediakan juadah nak bawak makan - makan kat sana. Aku layankan. Janji kat sana, aku kenyang. Aku galakkan bawa family masing - masing. At least ni lah masa aku nak suai kenal. Tapi mungkin kekangan kerja diaorang, tak semua bawa family.
Nasi lemak.. santan apa guna tuuuu?? |
Esoknya, kami bergerak dari sekolah lebih kurang jam 10:15. Kami pergi enam kereta. Abang Zamran, Abang Rosli, Nizam, Kak Ngah, aku dan Nora. Semua bawa keluarga kecuali kereta Nora. Nora, Tikah, dan Mas. Ina tak dapat pergi last minute sebab anak dia demam.
Sampai - sampai je, semua tala nasi lemak ayam. Ngam - ngam time makan kalau waktu sekolah. Pukul 10 - 11 pagi tu kan. Kami pulak sampai pukul 10:50 lah gitu. Kami je satu group yang ada. Tak lama tu ada dua tiga group yang sampai lagi. Ada murid sekolah berkhemah kat bawah tu. Anak aku, Rizqi, tak kisah makan, terus tuju air dan main air.
Amboi - amboi... |
Lepas makan, aku mula jejak air. Tak ramai yang mandi. Aku, Nizam, Kak Rahijah, dan anak - anak yang ikut. Abang Rosle, Kak Ngah, Nora, Tikah tak mandi. Duk saja kat atas. Hurmmm.. Period kot. Eh.. Nora period lagi ke? Kahkahkah. Elehhhh.. alasan. Kak Rahijah tu demam - demam pun berkubang dalam air tu. Lepas ni kalau demam tak payah gi klinik kak oiii.. Gi berendam. Hahahahaha..
Tak lama lepas tu, isteri aku sampai dengan dua lagi anak aku. Aku pun dah mula melayan anak aku yang kecik. Nampak hero, tapi kecut dengan air. Tapi dah okey sikit berbanding dulu. Dah mula masuk dalam - dalam.. Kalau tak dulu, kat gigi air je la. Eh.. isteri Abang Zamran pun mandi. Kakak si Nizam pun join. Aku main gelongsor melayan si Rizqi. Tak lama tu, Abang Zamran pun main. Adehhh..
Dalam pukul 2:30, aku suh diaorang kumpul. Buat sikit penutup. Simple je. At least bila aku beri ucapan 2-3 minit tu, nampak lah ada proper sikit. Adalah objektif program ni. Bukan suka - suka, santai - santai tanpa ada tujuan. Tu lah seni mentadbir. Kau beri, kau tarik.
Kita satu keluarga... |
Dalam ucapan aku, aku ucap terima kasih pada semua. Baik AKP dan juga keluarga yang hadir. Kita semua satu keluarga. Aku nak diaorang rasa kebersamaan. Nak bonding tu sampai dalam hati. Supaya, nanti, kita kerja sama - sama. Kita kerja satu pasukan. Kita enjoy kerja kita. Kita beri yang terbaik. Kita bahagia dengan kerja kita. Kita da bina kebahagiaan, kita sebarkan kasih dan sayang pada kerja kita. Tu tujuan aku. Tu lah harapan aku.
Balik tu, whats up masuk. Ucapan terima kasih dan lain - lain. Halah halah... bodek le tewww.. Nak gi lagi le tewww.. Nak gi mana pulak lepas ni? Movie? Bolehhhh.. Dulu di sekolah lama pun, aku ajak AKP tengok movie. Tapiiii... kita selesaikan kerja. Tak da masalah reward selepas kita bertungkus lumus bekerja. Kannn??
Yang tak mandi tu, apa isu diaorg?? |
Ni cara aku. Beli jiwa. Human touch macam Big Boss aku selalu tekankan. Beli lah jiwa. Diaorang bekerja pun untuk aku. Untuk sekolah. Buat apa nak marah - marah? Buat apa nak kasta - kasta. Sama je kan.. semua bekerja untuk sekolah. Ada masalah datang jumpa aku. Ada idea, meh cerita, ada tak puas hati bagitau. Kan mudah. Aku jaga kau semua, kau jaga aku. Kann.. So, terus doakan aku, aga aku istiqamah untuk membangunkan sekolah ini. Doakan aku sentiasa. Semoga SK Pogoh bertambah gemilang. Aminnnn
Bina Bahagia, Sebar Sayang...
Pehhhh suuuwwwwwiiittttt |
Nak duduk baik duduk kat kantin je |
Lapoooorrr.. makan dulu |
Orang demam jumpa air, terus baik |
Kami tak ramai... tapi bila kami bersama, semua benda jadi |