Makan dengan AKP dan pekerja lepas kerja. |
Arahan pertukaran.
Aku dah pindah sekolah baharu. SK Pogoh. Dah hampir tiga bulan. Baru tergerak nak menulis. Ada juga suara - suara yang mengatakan, aku beria - iya nak kembali ke sekolah ni. Untuk pengetahuan, aku pernah berkhidmat di sini, Februari 2016 hingga April 2017 sebagai GPK HEM. Maka suara - suara begitu timbul mungkin disebabkan jarak sekolah ini dengan rumah aku yang dekat. Atau mungkin disebabkan hubungan baik aku dengan bekas guru aku, Ketua PPD sekarang.
Sapa lalu gerbang ni baru jadi Bangsa Pogoh. hehehehe. |
Apa pun, aku akur. Aku yang menjalankan amanah. Teringat lagi sewaktu menerima surat arahan penempatan pada 5 September 2019, KPPD membisikkan sepotong ayat, "Ini adalah amanah". Ayat itu menyebabkan aku bermuhasabah, bahawa aku wajib menjalankan tugas dan tanggungjawab walau dimana aku berada.
Okay.. Abaikan.
Kirin boleh. Bak kata boss, ada aku kesah!!

SK Pogoh ni ada 266 orang murid, 1 kelas Prasekolah, dan 3 kelas Pendidikan Khas. 27 orang guru, kekurangan 2 orang guru perdana dan kurang 2 orang guru Pend Khas. AKP seramai 7 orang. Dikelelilingi dengan 4 kampung dan taman perumahan kos rendah hingga kos sederhana, majoriti murid - muridnya terdiri dalam kalangan B40. So, kali ini, aku nak share apa visi dan misi untuk aku bawa sekolah ini. Mana hala tuju nya.
Bukan mudah bila kau masuk mentadbir sekolah yang kehilangan ketua lama yang disayangi. Maksud aku, hubungan cikgu-cikgu dengan guru besar lama, (yang juga ex-boss aku) sangat baik. So, banyak cabaran yang aku akan hadapi. Benar. Belum sampai beberapa minggu cabaran datang. Ada perkara yang perlu aku selesaikan dengan penuh bijaksana, dan alhamdulillah telah berjaya aku selesaikan.
Bangsa Pogoh
Dalam pada banyak sekolah yang membawa pelbagai 'nama' untuk memperkenalkan sekolah mereka, aku juga begitu. Aku perkenalkan Bestarian sewaktu di SK Paya Besar (ketika itu masih belum menjadi GB), dan Anak2 Superb di SK Gelang Chinchin. SK Pogoh ketika itu dengan Pogohrian. Jujurnya, aku bukan big fan "ian". Banyak sekolah ambil, contoh STAR-ian, JAKAS-rian, POGOH-rian, PUTRA-rian, KEMEDAK-ian, even SKDWI-rian pun ada. Aku tak kata salah, cuma aku bukan big fan.
Aku pilih Bangsa Pogoh. Hurmmm.. Ramai yang terkejut, terutama cikgu sekolah aku sendiri. Malu - malu nak sebut begitu. Aku terangkan. Aku mengambil iktibar dengan penyatuan rakyat negeri Johor dengan istilah Bangsa Johor. Tiada beza, kita semua sama. Sama - sama menyumbang kepada kemajuan dan keharmonian negeri ini.
Itu yang aku nak dalam sekolah ini. Bukan sahaja guru dan AKP, tetapi semua pemegang taruh. Dengan pekerja, PIBG, komuniti, kontraktor - kontraktor, kantin dan semua yang terlibat. Aku nak semua ada perasaan bangga, "oh.. kami Bangsa Pogoh". Aku nak orang luar tau, aku nak kami bangga menyebutnya. Aku nak mereka sebati. Supaya rasa bangga, rasa kesepunyaan itu membolehkan mereka tanpa ragu memaju dan memakmurkan sekolah.
Aku dikritik, dari dalam. Katanya Bangsa itu kan kaum, kalau tengok dalam kamus. Aku terangkan lagi. Ye.. memang kalau dilihat dari sudut bahasa. Tapi aku memandang dari sudut istilah. Aku memandang dari atas. Dari kaca mata seorang pentadbir. 'Helicopter View'. Sudah pastilah berbeza. So, aku tetap gunakan, sebagai satu istilah yang aku da terang kat atas tu.
Bina Bahagia, Sebar Sayang.
Asalnya, Bina Kebahagiaan, Sebar kasih Sayang.. Aku pendekkan. Ada yang kata, sebar kasih sayang, baru bina bahagia. Bina bahagia tu untuk kami guru dan AKP. Datang kerja dengan senang hati, kebajikan dijaga, ukhuwah dipelihara, bekerja sebagai satu pasukan. Kami perlu bina persekitaran kerja yang harmoni. Kompetensi dipertingkatkan. Bantu membantu, menghargai kebersamaan, meraikan pandangan dan idea. Kita sendiri yang wujudkan.
Kemudian barulah kita sebarkan kasih sayang. Kepada siapa? Ye kepada semua, ibu bapa, komuniti dan sudah tentu anak-anak murid kita. Masuk mengajar dengan senyuman, keikhlasan menyampaikan ilmu kepada pelbagai aras murid. Yang baik, yang nakal, yang lemah, yang bijak. Semua berhak mendapat ilmu dengan penuh kasih sayang. Sayangnya kita kepada murid dengan kompetensi yang sentiasa dipertingkatkan. Sayangnya kita dengan bantuan dan kebajikan murid yang kita jaga. Kali ini, tiada bantahan dan kritikan terhadap aku.
Gala Bangsa Pogoh Gemilang.
Aku masuk pada suku ketiga tahun 2019. Antara program rutin ialah Hari Anugerah Cemerlang. Aku jenamakan semula, menjadi Gala Bangsa Pogoh Gemilang. Aku susun semula semua anugerah. Ada 5 kategori utama, Akademik, Sahsiah, Kepimpinan, Kokurikulum dan Pengiktirafan Jasa dan Budi. Daripada 5 kategori ini, banyak lah lagi pecahannya. 95% murid menerima sekurang - kurangnya sekeping sijil.
Macam biasa ada juga kritikan, terutama dari segi nama. Gala tu pesta, malam gala, ada joget - joget. ada nyanyi - nyanyi. Gitulah lebih kurang. Kali ni aku tak terangkan. Aku bersetuju. Ye memang begitu. Kita berpesta. Semua orang patut berpesta. Pesta kegembiraan, kerana pada majlis ini, murid - murid kita dihargai. Tak kira kau lemau belajar ke, tapi kalau kau menyumbang dalam lain - lain bahagian, kau akan diberi penghargaan. Berpesta lah. Heheheheheheeh. Sebab tu, ramai orang pasang lagu gamelan pada majlis penyampaian hadiah, tapi aku pasang lagu background senorita dan despacito, tapi violin instrumental lah. Hehehehehhe. Tu cara aku menjawab kali ni.
Bangsa Pogoh Superb - Rejim Aku, Era Aku, Cara Aku.
Apapun, sekarang ni era aku. Akhirnya aku ambil keputusan, aku ketua, semua atas kepala aku yang menanggung. Bukan besar kepala aku, cuma, aku kena buat apa aku nak buat. Jangan fikir banyak sangat. Kalau semua benda aku nak ikut, aku tak dapat buat apa - apa. Aku perkenalkan tagline dan prinsip kerja SUPERB.
Cara aku mudah. Semua ada dalam tu. Dalam memastikan semuanya berjalan lancar, guru dan AKP lah yang pertama aku jaga, supaya mereka jaga murid - murid dengan baik. Aku jaga kebajikan guru. Aku mudahkan urusan mereka. Biar mereka gembira. Ada masalah jumpa aku. Kita selesaikan. Aku terbuka. At anytime, ko boleh hubungi aku. janji kau bahagia dekat sekolah ni.
Aku nampak potensi besar di SK Pogoh ni. Guru - gurunya hebat, murid - muridnya cergas. Komunitinya boleh diharapkan. Inshaallah, doakan aku sentiasa. Agar aku dapat memajukan anak - anak Bangsa Pogoh ini. Ianya tak mudah, tapi aku akan berikan segalanya.
Tak selesa sebenarnya menulis begini. Bukan cara aku. Tak puas menulis begini. Tak tahulah hati siapa aku nak jaga. Perasaan mana yang aku nak cover. Rasa macam skema pun ada. Hahahahahaha.. Tapi tak mengapalah. Aku belajar sesuatu. Setiap hari adalah pembelajaran. Ada 20 tahun lagi untuk aku berkhidmat kepada nusa dan bangsa. Semoga aku kuat.
Terima kasih isteri. Sentiasa ada menyokong. Terima kasih The Fly Boy. Sahabat sampai syurga.
Jumpa lagi.
Bukan mudah bila kau masuk mentadbir sekolah yang kehilangan ketua lama yang disayangi. Maksud aku, hubungan cikgu-cikgu dengan guru besar lama, (yang juga ex-boss aku) sangat baik. So, banyak cabaran yang aku akan hadapi. Benar. Belum sampai beberapa minggu cabaran datang. Ada perkara yang perlu aku selesaikan dengan penuh bijaksana, dan alhamdulillah telah berjaya aku selesaikan.
Bangsa Pogoh
Dalam pada banyak sekolah yang membawa pelbagai 'nama' untuk memperkenalkan sekolah mereka, aku juga begitu. Aku perkenalkan Bestarian sewaktu di SK Paya Besar (ketika itu masih belum menjadi GB), dan Anak2 Superb di SK Gelang Chinchin. SK Pogoh ketika itu dengan Pogohrian. Jujurnya, aku bukan big fan "ian". Banyak sekolah ambil, contoh STAR-ian, JAKAS-rian, POGOH-rian, PUTRA-rian, KEMEDAK-ian, even SKDWI-rian pun ada. Aku tak kata salah, cuma aku bukan big fan.
Sebahagian guru - guru aku |
Itu yang aku nak dalam sekolah ini. Bukan sahaja guru dan AKP, tetapi semua pemegang taruh. Dengan pekerja, PIBG, komuniti, kontraktor - kontraktor, kantin dan semua yang terlibat. Aku nak semua ada perasaan bangga, "oh.. kami Bangsa Pogoh". Aku nak orang luar tau, aku nak kami bangga menyebutnya. Aku nak mereka sebati. Supaya rasa bangga, rasa kesepunyaan itu membolehkan mereka tanpa ragu memaju dan memakmurkan sekolah.
Aku dikritik, dari dalam. Katanya Bangsa itu kan kaum, kalau tengok dalam kamus. Aku terangkan lagi. Ye.. memang kalau dilihat dari sudut bahasa. Tapi aku memandang dari sudut istilah. Aku memandang dari atas. Dari kaca mata seorang pentadbir. 'Helicopter View'. Sudah pastilah berbeza. So, aku tetap gunakan, sebagai satu istilah yang aku da terang kat atas tu.
Bina Bahagia, Sebar Sayang.
Asalnya, Bina Kebahagiaan, Sebar kasih Sayang.. Aku pendekkan. Ada yang kata, sebar kasih sayang, baru bina bahagia. Bina bahagia tu untuk kami guru dan AKP. Datang kerja dengan senang hati, kebajikan dijaga, ukhuwah dipelihara, bekerja sebagai satu pasukan. Kami perlu bina persekitaran kerja yang harmoni. Kompetensi dipertingkatkan. Bantu membantu, menghargai kebersamaan, meraikan pandangan dan idea. Kita sendiri yang wujudkan.
Prasekolah menyertai perkhemahan Unit Beruniform |
Gala Bangsa Pogoh Gemilang.
Aku masuk pada suku ketiga tahun 2019. Antara program rutin ialah Hari Anugerah Cemerlang. Aku jenamakan semula, menjadi Gala Bangsa Pogoh Gemilang. Aku susun semula semua anugerah. Ada 5 kategori utama, Akademik, Sahsiah, Kepimpinan, Kokurikulum dan Pengiktirafan Jasa dan Budi. Daripada 5 kategori ini, banyak lah lagi pecahannya. 95% murid menerima sekurang - kurangnya sekeping sijil.
ADUN Kemelah |
Bangsa Pogoh Superb - Rejim Aku, Era Aku, Cara Aku.
Apapun, sekarang ni era aku. Akhirnya aku ambil keputusan, aku ketua, semua atas kepala aku yang menanggung. Bukan besar kepala aku, cuma, aku kena buat apa aku nak buat. Jangan fikir banyak sangat. Kalau semua benda aku nak ikut, aku tak dapat buat apa - apa. Aku perkenalkan tagline dan prinsip kerja SUPERB.
Cara aku mudah. Semua ada dalam tu. Dalam memastikan semuanya berjalan lancar, guru dan AKP lah yang pertama aku jaga, supaya mereka jaga murid - murid dengan baik. Aku jaga kebajikan guru. Aku mudahkan urusan mereka. Biar mereka gembira. Ada masalah jumpa aku. Kita selesaikan. Aku terbuka. At anytime, ko boleh hubungi aku. janji kau bahagia dekat sekolah ni.
Aku nampak potensi besar di SK Pogoh ni. Guru - gurunya hebat, murid - muridnya cergas. Komunitinya boleh diharapkan. Inshaallah, doakan aku sentiasa. Agar aku dapat memajukan anak - anak Bangsa Pogoh ini. Ianya tak mudah, tapi aku akan berikan segalanya.
Tak selesa sebenarnya menulis begini. Bukan cara aku. Tak puas menulis begini. Tak tahulah hati siapa aku nak jaga. Perasaan mana yang aku nak cover. Rasa macam skema pun ada. Hahahahahaha.. Tapi tak mengapalah. Aku belajar sesuatu. Setiap hari adalah pembelajaran. Ada 20 tahun lagi untuk aku berkhidmat kepada nusa dan bangsa. Semoga aku kuat.
Terima kasih isteri. Sentiasa ada menyokong. Terima kasih The Fly Boy. Sahabat sampai syurga.
Jumpa lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan