Cuti - Cuti 101 Resort, Janda Baik (Part 2)

Heheheheh... aku sambung... Jap2.. korang lombaca part 1?

Sepatutnya, kami da check-out, tapi melihat keterujaan anak2, aku decide extend sehari lagi. (sebenarnya aku yang excited).. So, bersiap untuk keluar makan dan aktiviti membeli tingkap dengan senang hati. Lepas semua da bersiap. Aku pun bergerak lah mendaki ke Genting Premium Outlet. Singgah makan dulu di RnR Paling Mahal Dalam Malaysia keh3.. RnR Genting Sempah. Punya la tak sabar nak mendaki. Aku makan tak habis pun. Ntah.. apsal rasa nak pergi sangat atas tu. Nak cepat2 sampai. Excited pulak rasanya. hihihii... TAPIIIIII aku dah warning awal2. Jangan ajak aku naik cable car tu.. heheheheh aku da pernah naik 20 tahun lepas.. dah cukup sekali. hehehehehe.. So, biarlah anak isteri je naik. 

Macam biasa, gambar tak hensem letak awal - awal. Keh3.. Angin kuat, so nampak
baju tu macam menggelembung kat perut.


Sesampai kat atas, aku ikut je mana wife dan anak2 pergi. Macam2 kerenah. Anak dara aku da pandai mintak itu ini. memilih dan memberi idea. Yang hero dua orang, mintak mainan le. Aku duk saja.. heheheh.. bukan apa, bagi ruang dan peluang. Menikmati keindahan alam.... Biarlah diaorg dari satu store ke satu store.. aku duk smoking area... layan kabus... Kabus buatan dan kabus original.. bahahaha... excited.. 

Oh Alam... 

Aku ckp kat isteri, gelap sikit baru turun. Tau sbb apa..? keh3.. Sbb turun nampak gaung. Aku gayat.. hik3. Kat atas tu, 4-5 kali gak gi toilet.. Sejuk agaknya.. keh3. Kami menikmati makan malam sebelum sambung semula aktiviti ziarah ke outlet2 yang lain. Sebelum maghrib kami bergegas turun. Dalam perjalanan balik singgah le beli sedikit barangan 3 in 1, meggi cup dll. Sampai ngam2 maghrib. Budak2 yang tadi membuta dalam kereta, dah terjaga. Havoc la bilik tu. Lepas mandi, aku melayan si kecik. Ntah macamana dunia jadi gelap gelita.. Laaaaa aku da tidur. kih3.

Korang gi lah ziarah outlet tu.. aku pose jek

antara tarikan di sana

Abadikan kenangan

hurmmm... Hadiah birthday.. 
Anak dara da pandai membeli

Pagi kedua, sama je aktiviti.. Mandi2 kolam dan sungai. Ambik kesempatan sedikit bergambar. Korang boleh tengok lah gambar2 tu. Lepas tu, kami bersiap dan berkemas untuk pulang. Percutian kali ni, setelah sekian lama tak bercuti sama, sangat2 bermakna. Menunggu, tertunggu, teruja, dan macam2.. Best sangat... Bermakna... memulihkan semua indera.. tak dapat nak describe... Rahsia.. ahahahahaha...




Dari atas jambatan

pose lagi





help me!!






Ehhh... aku igt macam da nak ending da entry ni. Tapi ada satu lagi kejadian yang aku nak share. Kejadian berlaku masa on the way balik. Korang nak baca ke? Kena tunggu la part 3. Heheheheheh...


Tiada ulasan:

Post lain