"Homework Alert" : Satu Amalan Baik

Hai semua. Assalamualaikum..

Kau ada masalah dengan kerja rumah yang tak siap? Susah betul murid kau nak siapkan kerja. Ada masa kau bagi 5 soalan, cuma siap 3 je. Tu pun yang dia buat kat dalam kelas. Bawak balik rumah, tak sentuh langsung. Tu belum kau  bagi suruh buat kat rumah. Lagilah parah. Bagi 5 soalan, 5 lah tak siap. Cuti sekolah. Lagi lama cuti lagi banyak kuantiti kau bagi. Lagi sakit hati sebab sama je hasil. Tak siap. Ok lagi la tak siap, maknanya ada buat. Ni tak sentuh langsung. Pehhhhh.... Memang menyirap rasanya.

Kau pun da bagitau parents, dalam whats app group. Tapi maklumat tak sampai kat parents Ye lah, dah banyak sangat maklumat, kadang2 lupa. Kadang2 kat rumah, parents dah tanya. Ada kerja sekolah tak? Tapi si anak jawab, tak da. Anak2 tu lupa ada kerja sekolah. Yang biasanya, cuti seminggu, malam akhir baru tengok kerja sekolah. Mana nak sempat siap.

So, pagi tadi, dalam perhimpunan rasmi mingguan, aku lancarkan satu program. Satu proses yang aku akan jadikan amalan baik di sekolah aku ni. Homework Alert. Aku namakan macam tu. Sebab nak bagi peringatan berbentuk maujud kepada anak2 kita bila sampai rumah. Parents pun boleh diingatkan sekali. Apa benda Homework Alert ni? 

Homework Alert ni, adalah satu set kad yang berwarna-warni mengikut jenis subjek. Kau buat kad. Tulis nama subjek, cetak pada kertas warna. Warna kertas ikut subjek. Contoh, BM kertas warna putih, BI kertas warna ungu, Matematik warna biru dll. Kau laminated dan tebuk lubang guna puncher. Kau sediakan 'loose leaf binder ring'. Atau nama mudah orang panggil binder ring

So macamana kaedah dia? Ok, kad2 ni kau letak la dalam satu kotak di meja guru. Kalau ada kerja sekolah yang kau bagi, kau suruh murid gantung kat beg diaorg kad subjek tu. Gantung guna binder ring tu lah. Kata lah kau ajar BM. Kau bagi kerja sekolah. So kau gantung la kat BM yang warna putih tu. Lepas tu cikgu Sains masuk dan bagi kerja sekolah juga. Nanti dia suruhlah murid gantung kad Sains warna kuning tu. Haaaaaaa.... Kad2 yang kau gantung ni murid akan nampak kat rumah nanti.

Parents pun nampak. Masa jemput anak nanti pun dia da nampak. Ada kad putih, ada kad kuning. Waaaaaaa... anak aku ada kerja sekolah. Nampak? Tak payah la sesak dengan maklumat grup whats app  tu. Tak da la anak2 nak kelentong parents  lagi. Boleh gitu. Lepas tu, bila kau kumpul kerja sekolah tu semula, kau kutiplah balik kad tu. Kalau kat beg dia tu masih ada kad tu, maknanya, dia belum hantar atau dia tak hadir hari tu. 'LL' tu apa...? Owhhhh LL.... Subjek ni banyak. So aku buat kad untuk subjek teras je, sebab waktu banyak. Yang elektif tu sikit masanya, jadi, boleh guna LL tu untuk lain2 subjek. Owhh.. Mungkin boleh tambah satu lagi, Pend Islam. Sebab Pend Islam pun masa banyak.

Aku baru nak cuba jadikan amalan. Nanti aku ukur dulu. Aku tengok apa masalah yang timbul, aku tengok sejauh mana keberkesanannya. Aku tengok mampu tak amalan ini menurunkan kadar murid tak siap kerja. Kalau berubah 100% lagi bagus. Tapi kalau dapat turun pun da kira ok. Nanti aku laporkan kat kau semua. Tapi kalau kau nak cuba buat kat sekolah masing2 pun boleh juga. 

Alhamdulillah. Kau doakan aku untuk terus membangunkan anak2 SKGC_Superb ni. Doakan aku dikurniakan kesabaran, ketenangan dan idea untuk memajukan mereka. Tak lain dan tak bukan, untuk kemenjadian anak2 ini. Aku kongsikan dengan kau semua, supaya benda yang baik dapat disebarluas dan digunakan semua. Mudah2an, aku dapat juga perkongsian daripa kau semua dan aku praktikkan di sekolah aku pula. 

Hidup ini bukan untuk menunjuk2. Kebaikan itu untuk dikongsi. Hidup biar berguna buat diri sendiri dan orang lain. Jumpa lagi.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Tq atas perkongsian.. tahniah.. nnti bg feedback ye

Post lain