Bangsa Pogoh... Setelah 6 Bulan..

Cuti pertengahan penggal 1 sepatutnya berakhir esok. Tapi, terus bercuti sehinga 31 Mac 2020ni. Semuanya kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID19. Aku tak terkecuali.. Berkurung dalam rumah. Sesekali keluar membeli barang keperluan.

Membantu guru, bukan satu masalah buat ku
Dalam tak sedar, sudah 6 bulan aku mengepalai SK Pogoh ini sejak diarah bertukar pada September 2019 lalu. Prinsip aku mudah, di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung. Mana pun aku ditempatkan, di situ bakti aku curahkan. 

Sejenak merenung kembali, enam bulan yang telah aku lalui, bukan sekadar mencatat kebaikan, tetapi lebih kepada peringatan tentang tugas dan tanggungjawab sebagai seorang ketua. Refleksi. Bukan gila memahat KPI, lebih kepada membina arah dan hala tuju.


HALA TUJU 

Kemenjadian anak - anak Bola Jaring muncul juara
Aku datang ke sini, dalam keadaan tak pasti, samaada aku mampu atau tidak untuk memacu sekolah ini ke arah kecemerlangan. Lalu, aku tetapkan hala tuju. Mudah. Kemenjadian murid. Sekolah berkualiti. Kemenjadian daripada semua aspek. Bukan semata - mata akademik dan sukan. 

Aku mahu, anak - anak Bangsa Pogoh ini versetile. Serba boleh. Belajar, bersukan, memimpin, berbicara di khalayak, membuat keputusan, mengacara, menganjur majlis, berdisiplin dan paling penting, berubah.

Dan, semua itu tak akan terjadi, dengan kuasa sakti guru besar, ataupun doa dalam sujud sehingga lekuk dahi. Semua cita - cita dan harapan tu hanya akan jadi dengan kerjasama semua guru dan AKP. Aku sedar, guru yang kompeten, yang berdedikasi, komited, akan melahirkan watak anak - anak yang aku impikan.


KEBAJIKAN

Justeru, guru dan AKP lah yang aku utamakan. Kebajikan mereka aku jaga, urusan mereka aku mudahkan, kehadiran mereka aku alu kan. Setiap dari mereka aku perlukan tanpa ada yang aku abaikan. Mereka lah yang akan menjalankan apa yang aku arahkan. Apa aku citakan. Pembinaan dan penggunaan Sites Bangsa Pogoh, salah satu sistem untuk memudahkan guru dan AKP. 

LDP Pertama, bukan lakonan
Mereka juga diajar, semua masalah boleh diselesaikan. Bersemuka, berbincang, mencari penyelesaian dan sama - sama memberi idea. Tanpa ada sempadan masa, datanglah berjumpa, datang bersemuka, luahkan segalanya. Inshaallah, aku mendengar. Ada ketikanya, aku yang memanggil. Aku yang bertanya. Ada juga yang berahsia, tak bersuara, sehingga memaksa aku yang terpaksa membuka langkah. Dan akhirnya, semua terlerai. 

Aku pegang, jangan buat, apa yang aku tak suka pentadbir aku buat dulu. Oleh yang demikian, perkara ini yang paling aku jaga. Kebajikan, kebersamaan, keterlihatan, kejelekitan, dan keikhlasan adalah asas kepada pembentukan persekitaran yang harmoni.


PEMBANGUNAN FIZIKAL DAN INFRASTRUKTUR

Kebersamaan, keterlihatan, kejelekitan
Ntah berapa.. belum sempat aku kira, fizikal yang aku cuba bangunkan. Membina Kelas Pendidikan Khas, menaik taraf Dewan Terbuka Al Falah, menaik taraf pejabat, perabot, penghawa dingin, Laman Bangsa Pogoh, Dinding Bangsa Pogoh, menaik taraf parkir, mesin fotostat dan lain - lain lagi.

Keselesaan guru dan AKP aku utamakan. Supaya selepas ini kerja mereka akan lebih optimum. Kurang rungutan dek kerana masalah - masalah yang boleh menjadi kekangan. Semuanya untuk mereka. 

Satu buku panduan pengurusan yang aku rancang sebelum cuti akhir tahun, sebagai perancangan dan rujukan semua, aku hadiahkan buat semua. 


PENGURUSAN YANG MEMUDAHKAN

Sistematik. Itu yang aku perlu perkasakan di sini. GPK buat kerja GPK. Guru buat kerja guru mengikut ketetapan. Tugasan aku bahagikan mengikut kekuatan, kesesuaian, dan seadilnya secara merit. Kadang - kadang nampak banyak, tetapi ringan. Nampak sedikit tetapi mencabar. Ada yang aku pilih kerana keperluan. Ada aku letak kerana kepakaran. Dan ada juga aku tugaskan kerana masa hadapan.


SETELAH ENAM BULAN

Setelah enam bulan. Positif!!! Suara - suara latar, semakin berkurang. Ada, tetapi kurang. Sistem kerja lebih efektif dan berkesan. Budaya penyayang menampakkan hasil memuaskan. Kecaknaan terhadap sekolah meningkat. Kerja berpasukan? Belum 100%, tetapi ada peningkatan.

Anugerah Kepimpinan Pendidikan 
Perkhemahan, dirancang secara besar - besaran untuk peringkat negeri. Prasekolah, teruja menganjurkan perkhemahan peringkat daerah. Inovasi sekali lagi menjadi johan, dan mewakili daerah. Julung kali, pasukan olahraga menuai 4 emas sekaligus meletakkan sekolah pada ranking podium.

Bola jaring menepati ramalan dan menjadi johan MSSD buat pertama kali. Pertama kali sambutan maulidurrasul, memberi anugerah kepada penerima yang layak. Laman Bangsa Pogoh menjadi focal point murid - murid pada waktu rehat. Dinding Bangsa Pogoh tempat tumpuan bergambar. Berurusan di pejabat menjadi lebih selesa. Bilik - bilik GPK membuatkan guru lebih mudah berurusan.

Dinding Bangsa Pogoh
Kerani? Semakin berkeyakinan. Perlahan, tetapi lebih efektif. Team tarian sudah memulakan pemilihan murid. Team gamelan, tertangguh seketika, tetapi sudah dipilih ahlinya. JK Kecemerlangan, sentiasa menjalankan kerja seperti yang dijadualkan. JK MTM telah pun membuat ujian diagnostik untuk murid tahun 1 hingga 4. Hasilnya sedang dianalisis untuk tindakan selanjutnya.

Parkir lebih tersusun. Ruang luas dan memudahkan. Urusan keluar masuk mudah. Laporan lebih senang. Di mana - mana. Bila - bila masa. Gelak ketawa di kafetaria, dalam bilik guru, juga di bilik mesyuarat. Yang veteran seringkali menasihati yang muda. Yang menghias bilik guru. Yang merancang minggu anti dadah dan lain - lain.

Tak tahu? Bertanya. Ye. Guru besar sentiasa ada untuk membantu. Silap - silap, dia yang buatkan untuk permulaan. Kalau kau malu, kau yang ketinggalan. Kau yang rugi.

APA SELEPAS INI....

Bilik guru akan dipindahkan sebelah pejabat. Di situ sebaiknya mereka berada. Pusat sumber akan ditempatkan di belakang. Team tarian dan gamelan, akan diperkasakan. Guru akan dihargai. Murid akan diberikan pengalaman sepatutnya dalam alam mereka. Lego. Ye.. Lego. Biar mereka bermain. Menjadi kreatif dan lebih kritis.

Bila aku renung semula, selepas enam bulan. Aku sedar. Ia bukan soal selepas enam bulan. Rupa - rupanya ia hanyalah permulaan. Doakan aku.




Document Studio... Isi dan Cetak


AMALAN BAIK 
MENGISI BORANG SECARA ATAS TALIAN
DAN MENJANA BORANG DALAM BENTUK PDF


Ada satu amalan baik yang aku buat di sekolah. Banyak borang – borang yang aku buat secara online. Kemudian aku attach dalam sites sekolah. Cikgu – cikgu dan AKP akan isi borang dalam google form, dan terus boleh buat cetakan dalam bentuk PDF. Borang keluar masuk, minit curai, laporan program, laporan kejohanan, maklum balas pencerapan, pelaksanaan PKJR dan sivik dan banyak lagi. Aku terpanggil untuk berkongsi amalan baik ini. Semoga perkongsian ini akan memberi manfaat. (Aku baru update kat youtube, korang boleh tekan kat sini )

PENGENALAN

Pada dasarnya, ianya sama macam kau buat mail merge antara MS Excell dengan MS Words. Cetak sijil, cetak surat atau borang. Sama je. Cuma kali ini secara online menggunakan Google Forms, Google Sheets, dan Google Docs.


So, kau kena ada 5 benda ni. Google Drive, Google Forms, Google Sheets, Google Forms dan juga Document Studio. Apa fungsi semua tu?, Ok.. aku pendekkan.

  1. Google Drive tu ialah tempat kau akan simpan, borang yang kau nak jana dalam bentuk Google Docs, soalan – soalan yang kau nak responden kau jawab dalam bentuk Google Forms, respons daripada respondan dalam bentuk Google Sheets, dan juga PDF yang kau hasilkan setelah di merge antara Google Sheets dengan Google Docs.
  2. Google Forms tu pula, soalan – soalan yang kau nak responden kau jawab supaya dapat mengisi borang yang kau sediakan.
  3. Google Sheets ialah jawapan daripada Google Forms, kemudian merge ke Google Docs, menggunakan Document Studio, dan menukar borang kepada PDF.
  4.  Google Docs, ialah borang yang kau sediakan, supaya semua orang akan jawab dan masuk dalam borang tu.
  5. Document studio pula ialah satu adds on dalam Google Sheets yang akan membantu merge jawapan menjadi borang dan menukar borang kepada bentuk PDF.

Hahahahahah… Pening eh? Aku pun pening sebab menulis. Biasa aku buat, kali ni menulis. So, banyak kali aku baca semula apa aku tulis, supaya korang dapat ikut dengan baik. Tak apa lah. Aku akan cuba terangkan sebaik mungkin. Satu persatu.

Ada 5 langkah utama;
1.       Menghasilkan borang (google docs)
2.       Google drive
3.       Bina soalan (Google Forms)
4.       Install adds on Document Studio dalam Google Sheets
5.       Lengkapkan Document Studio dan semak hasil


LANGKAH 1 : MENGHASILKAN BORANG (GOOGLE DOCS)

Ok. Untuk bermula, kita akan cuba buat dengan satu jenis borang dahulu. Katakan lah kita pilih borang laporan program.
 
Rajah 1 : Borang Laporan Program

Rajah 1 tu borang laporan program yang kau nak sesiapa yang berkenaan untuk isi. So, ada dua cara, samaada kau buat terus di Google Docs atau pun kau buat di MS Words dan kau muat naik menjadi Google Docs dalam Google Drive kau.
 

Rajah 2 : Meletakkan marker pada ruang jawapan


Pada rajah 2 tu, kau kena letak markers pada ruang jawapan. Tujuannya nanti, supaya jawapan dalam Google Sheets tu nanti akan masuk dalam ruang jawapan yang betul. Kau kena pastikan bahawa markers tu nanti sepadan dengan soalan yang kau akan Tanya.

Contoh, kau nak tau Nama Program. So, pada ruang jawapan nanti, kau letak marker  macam ni, {{NAMA PROGRAM}}. Tapi make sure, bila kau buat soalan dalam Google Forms, soalannya sama iaitu Nama Program. Jangan letak nama pertandingan ke, nama aktiviti ke.

Kalau dah siap borang kau, kau muat naik dalam Google Drive.



LANGKAH 2 : GOOGLE DRIVE

 
Rajah 3 : Google Drive
OK Rajah 3 tu, kau dah muat naik borang kau iaitu Rekod Laporan Program Contoh. Pastikan dalam bentuk Google Docs, kalau tak nanti, tak boleh merge.

Lepas tu, kau buat satu folder, iaitu Cetakan Rekod Laporan Program Contoh. Tujuannya, nanti hasil akhir dalam bentuk PDF akan masuk ke situ. Pastikan juga, kau ubah tetapan folder tu kepada everybody can edit. Jadi orang lain boleh cetak nanti.



LANGKAH 3 : MEMBINA SOALAN (GOOGLE FORMS)


Rajah 4 : Membina soalan menggunakan Google Forms

Dalam google drive tu, cari New. Klik sampai jumpa Google Forms. So sekarang kau bina lah soalan, berdasarkan borang yang kau dah hasilkan. Tapi pastikan soalan tadi, sama dengan markers yang kau dah buat dalam borang tadi.

 
Rajah 5 : Bina Spreadsheet (Google Sheets) daripada Google Forms untuk
pengumpulan jawapan


Bila dah selesai bina soalan, kau pergi kat responses dan create Spreadsheet macam rajah 5. Dekat spreadsheet ni, semua jawapan yang dijawab dalam google forms akan masuk sini.

So, sekarang dalam google drive kau, ada Google Docs, Rekod laporan program contoh. Ada folder Cetakan rekod laporan program contoh yang kau buat tadi. Ada Google forms, dan ada google sheets.


Rajah 6 : Elemen dalam Google Drive sekarang



LANGKAH 4 : INSTALL ADDS ON DOCUMENT STUDIO DALAM GOOGLE SHEETS

Buka Google Sheets tadi. Pergi kat tabs adds on. Klik get adds on. Taip Document studio dan install. Ikut arahan. Document studio ni dia install pada email. So, kalau kau guna email dan drive lain, kau kena install lain
Rajah 7 : Install adds on Document Studio


LANGKAH 5 : LENGKAPKAN DOCUMENT STUDIO DAN SEMAK HASIL

Alhamdulillah… Kita dah sampai langkah paling akhir. Langkah paling leceh. Tak pa.. kita buat perlahan – perlahan. Dalam langkah 5 ni, kita akan gunakan balik perkara yang kita dah buat dalam langkah – langkah sebelum ni.

Baik. Pergi dekat google sheets yang kita jana daripada google forms dan yang telah diinstall dengan document studio tadi. Pergi tabs Adds on tu tad. Sekarang dah ada document studio kat situ kan. Kita dah install tadi. So, klik kat document studio tu. Nanti dia akan appear kat tepi tu.
Rajah 8 : Document studio

Kat document studio tu, ada banyak pilihan. Tapi kita akan proses 3 je iaitu
1.       Document merge
2.       Upload to google drive
3.       Finish and merge



Rajah 9 : Menu Document Merge

Klik Document merge tu, lepas tu keluar select template in google drive. Klik change.



Rajah 10 : Pilih borang
Pilih borang yang kita nak merge kan. Secara automatic dia akan paparkan google docs yang ada dalam drive.
Rajah 11 : Marker dipaparkan apabila borang dipilih

Nampak ruangan Merge File Name tu? Tu bertujuan untuk kita namakan borang kita nanti. Contohnya, bila ramai dah jawab borang laporan program ni nanti, ada banyak la borangnya. Contoh program maulidurrasul, program maal hijrah. Program HIP, Program merentas desa dan banyak lagi. So, kita kena namakan borang kita, supaya bila masuk dalam folder yang kita dah buat tadi, senang kita nak kenal pasti. 

Rajah 12 : Manamakan Fail



























Ok. Aku letak {{NAMA PROGRAM}} pada merge file name tu. Jadi kalau program merentas desa, fail kita akan jadi merentas desa. Kalau maulidur rasul, akan jadi maulidurrasul.

Sekarang pergi pada menu Upload to Google drive. Kat sini, kita kena pilih, kat mana nak letak borang yang dah siap tadi. Ingat tak kita ada bina folder cetakan tu tadi.  So, pergi kat parent folder dan klik replace.

Rajah 13 : Menu Upload to google drive


Rajah 14 : Memilih Folder untuk simpan hasil akhir
Bila tekan replace tu, automatic semua folder yang ada dalam drive akan keluar. So, pilih lah yang kita dah buat tadi. Folder cetakan tu.

Akhir sekali, pergi menu Finish and Merge.
Rajah 15 : Menu Finish and Merge
Pada menu finish and merge tu, biasanya aku pilih, merge document now, merge every hour, dan merge on form submit. Then kau klik lah run. Maka dah siap lah. So kalau kau nak tau jadi ke tak, kau jawablah soalan dalam google form tadi, pas tu check kat folder cetakan tu.


Oh ya… aku dah isi google forms tu. Ni hasilnya…
Rajah 16 : Hasil PDF dalam Folder Cetakan

Rajah 17 : Hasil dalam bentuk PDF
Alhamdulillah.. Berjaya… Selamat mencuba.. Jangan putus asa. Ikut step yang telah diberi. J

UNITED Band - Satu Kenangan

Kebosanan melanda disebabkan anak-anak berkampung di kampung, maka aku melanggan Astro First. Pakej RM15 untuk Trilogi Rock. Cerita ni da banyak kali jugak aku tonton, cuma bila ada trilogi ni, aku pun tengok setiap ceritanya. Ntah kenapa, at the end, tak perasan.. kelopak mata aku basah. So.. sebelum terlupa, aku bukak laptop dan aku tulis apa yang terlintas kat hati malam ni.

Aku pernah cerita pasal UNITED Band ni dulu. Kau klik sini. 2018 tak salah. So, kali ni aku cuma nak cerita, kenapa aku sebak sangat bila aku tengok trilogi Rock ni.

Duit..!!

Bukan senang nak jadi UNITED Band. Ye.. Duit. Kau bayangkan, jamming satu jam RM20. Time tu baru aku sorang yang bekerja. Yang lain, kerja celup - celup. Sekali jamming 2 jam. Mula - mula dulu 3 jam. Sehari RM60. Pastu seminggu tu kadang - kadang 4 hari. Gila kan?

So... mana datang duit? Ye, yang lain ada gak hulur sikit2. Tapi kebanyakan masa, memang aku lah yang keluarkan duit. Bergaduh laki bini tu biasa. Duit tak cukup tu biasa. Tak cukup untuk kegunaan family. Anak kecik lagi masa tu. Sajidah baru 3-4 tahun. Gaji pun kecik lagi. Tapi dek kerana minat.

Pernah ketika, handset aku ni 5-6 kali jual. Jual handset mahal, ambik handset murah sikit. Dapat RM100 -200 kat tangan, pergi jamming. Pastu, tak da duit, jual handset tu, ambik lagi handset lagi murah. Tak sampai seminggu, jual lagi, ambik handset 2nd hand. Dapat duit pergi jamming. Sampai macam tu gilanya dulu. 

Aku congak - congak, kira - kira, aku habis dekat RM16,000.00 untuk jamming sahaja. Nampak tak banyak, tapi tulah hakikatnya. Belum lagi aku beli gitar. Fender, Ibanez, Fender semula. Belum gadget. Belum lagi lain-lain. Ngeteh lepas jamm lagi. Duit minyak kereta?

So, kisah Rimba Bara ni sangat - sangat dekat dengan aku. Banyak babak dia yang buat aku teringat zaman tu. Tak pasti, aku sedih atau aku seronok bila ingat kisah - kisah tu.

Usaha..!!

Nak jadi macam UNITED Band dulu memang seksa. Ada masa, kawan - kawan tak ada kenderaan. Penuh satu kereta. Pernah sekali, dua orang kerja kat Jementah. Aku pergi jemput beb!! Pergi jemput kat Jementah sana, bawak balik IOI.. Lepas jamming, hantar balik Jementah. Nampak? Gila punya effort. Usaha tu. 

Belum bab praktis. Kadang - kadang nak dapatkan satu - satu skill tu, sampai bermalam kat studio. Pukul 2-3 pagi masih peluk gitar lagi. Cari skill, cari lagu sampai dapat. Pergi ikut house band main kat rumah orang kawin. Bukan dapat duit. Tapi saja nak cari pengalaman. Belajar macamana nak main depan orang.

Alhamdulillah, lepas tu da pandai main sendiri. Dah boleh ambik function sendiri. Dapatlah seorang RM50. Join Battle of The Band, join 4 kali. Mula - mula join, kalah. Lepas tu mesti ada tempat. Naib johan 2 kali, ketiga sekali. Dapatlah duit. Adalah dalam seribu lebih. 

Berbaloi ke? Kalau nak kira nisbah, langsung tak berbaloi. Peribadi, memang tak berbaloi langsung. Tapi rasa puas sangat. Puas ada kejayaan. Puas apa aku minat tu beri kejayaan. Tapi jauh sudut hati, apa aku korbankan, tinggal anak isteri malam - malam, duit jalan anak isteri, duit susu, langsung tak berbalas. Aku sedar tu semua. Sebab tu bila tengok cerita ni aku sebak. 


Kenangan

Apapun, kenangan tu sangat mahal harganya. Terutama kenangan dengan anak sulung aku, Sajidah. Kebanyakkan malam, Sajidah dan wife aku sentiasa ada ikut. Pukul 1-2 baru balik rumah. Tidur diaorg kat dalam kereta. Sajidah baru nak membesar. Belum ada adik. Dialah anak yang selalu aku bawak ke mana - mana. Kena marah. Bergurau. Macam - macam lagi.

Rindu sangat Sajidah masa tu. Telatah dia. Rambut keriting dia. Menyanyi lagu yang sentiasa aku mainkan. Lagu Sweet Charity, Keliru, Batu tu dah biasa dia nyanyikan. 

Lagu - lagu tu, lagu - lagu Sweet Charity banyak betul dalam 3 cerita tu. Teratai, Kamelia, Tersendiri, Batu... Ingatan aku memang lekat betul kat momen - momen tu semua. Tanpa sedar, memang kelopak mata aku basah. 

Aku tak pasti, sebak? Sedih? Aku tak tau. Tak dapat jelaskan. Yang paling pasti, aku memang rindukan Sajidah. Rindu sangat. Rindu sebab, dia dah besar. Masa dah berlalu. Aku tak pasti bila aku dapat peluk dia macam masa dia kecik. 

Sambil aku menulis, aku bukak youtube. Lagu Tersendiri. Ramli Sarip. Lagi bergenang air mata ni. Macam aku cakap, filem trilogi Rock ni memang menjentik hati aku ni. Cuma, tak pasti, ketika air mata ni bergenang, perasaan apa yang berperang. Sedih, sebak atau apa saja..


Post lain