Cikgu Nasir, ketua yang menjadi idola...

Keputusan UPSR baru sahaja diumumkan. Segamat baru sahaja mencipta sejarah, berjaya menduduki tangga teratas dalam Negeri Johor dengan 79.58 peratus menguasai tahap minimum. Untuk rekod, pencapaian ini adalah peningkatan berterusan setelah tempat ketiga pada 2017, dan tempat kedua pada 2018. Ada juga yang secara sinis menyatakan, kejayaan Segamat adalah dek kerana murid sedikit dan mudah mencapai kejayaan.

Untuk pengetahuan semua, dalam peperiksaan SPM 2017 dan 2018, Segamat menduduki tangga kedua Negeri Johor, walaupun hakikatnya, Segamat tidak mempunyai Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Sains ataupun Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Rezeki? Kebetulan? Nasib? Jadi apakah rahsia disebalik kejayaan ini.

Ada banyak faktor yang yang menyumbang kepada kejayaan ini, tetapi sebagai pentadbir sekolah, aku lebih suka bercerita tentang satu daripada banyak faktor itu. KETUA. Ya... Ketua.. Bukan aku.. Tapi Ketua di Pejabat Pendidikan Daerah Segamat. "Special" sangat ke? Secara peribadi, dan berdasarkan pengalaman aku, Ya... memang "special".

Cikgu Nasir bin Mohamed Yunos, ialah Ketua Pegawai Pendidikan di PPD Segamat, bermula sebagai seorang guru sekolah rendah yang biasa, kemudian menjadi guru di sekolah menengah, menjadi GPK di sekolah menengah, Pengetua dan sekarang di PPD Segamat, sebagai Ketua Pegawai Pendidikan Daerah. Tak ramai KPPD datang dari seorang guru sekolah rendah, mungkin satu dalam Malaysia.

Pendekatan Human Touch
Dah tu mana yang "special" tu. Setakat tu je? Sabar lah.. Aku sambung. Pertamanya, Cikgu Nasir ialah seorang yang mementingkan "human touch" dalam mentadbir. Perkara itu amat dititik beratkan  beliau. Sehinggakan menjadi prinsip kerja di PPD Segamat. Beliau sangat mesra dengan semua orang, pelbagai lapisan jawatan. Tak kiralah kau pegawai PPD, Pengetua, Guru Besar, Cikgu biasa, Jaga, Cleaner, Kerani, dan sapa pun, dia layan dengan baik.

Mudah didekati, mudah mesra, sering menyapa semua orang, suka bergurau, melawak. Pendek kata, kalau kau jumpa dia, kau tak rasa yang dia tu ketua kau, KPPD Segamat. Maksud aku, perwatakan dia tu tak macam yang kau bayangkan bila kau berhadapan dengan seorang bos. Dia juga tak suka kalau kami (pentadbir) sombongdengan kedudukan kami di sekolah. 

"Buat apa belagak sangat jadi pengetua/ guru besar, bukan bawak masuk kubur pun pangkat tu, tapi yang kena tanya dalam kubur nanti, macamana kau jadi pengetua/ guru besar"

Haaaa tu ayat makan dalam dia bagi kat kami pengetua/ guru besar. So, kalau ayat macam tu dia boleh bagi, boleh kau bayang perwatakan dia macamana? Heheheheheh. Bab human touch dia ni, memang aku ikut betul. Apa dia buat kat aku, memang aku buat kat cikgu2 dan staf2 aku.

Kepercayaan Penuh Kepada Pegawainya
Dia juga beri kepercayaan penuh kepada kami (pentadbir) sekolah untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab kami. Janji jangan ada masalah. Kebajikan guru dijaga, kemenjadian murid dicapai. Sekolah harmoni. Pegawai2 di PPD pun sering kali diingatkan, datang ke sekolah untuk membantu, bukan untuk mencari salah. Beliau sangat marah jika pegawai2 di PPD datang ke sekolah untuk mencari salah.

"Aku boss pun tak bossy sangat. Jangan lah kau orang pun nak lebih2. Kita turun ke sekolah untuk membantu" - kata2 beliau kepada pegawainya, menurut satu sumber dalam PPD. Eh.. dia bahasakan diri dia aku-kau je. Ye memang. Tapi tengok lah keadaan, kalau dalam majlis2 rasmi, tak lah... Nampak tak? Haaaaaaa... 

Logiknya, dengan tugas dan tanggungjawab beliau, adalah mustahil untuk beliau melawat semua sekolah, tapi beliau ada idea yang lebih menarik. Beliau sering turun berjumpa guru akar umbi melalui program Bicara Pemimpin. Dalam program ini, beliau menjemput pentadbir dan guru2 mata pelajaran teras hadir mengikut zon masing2.

Turun Padang

Hahahahahaha... Dalam program ni, cikgu2 adalah raja, sebab mereka semua boleh bercakap. Pentadbir senyap, sebab KPPD akan tanya direct pada cikgu2. Hahahahaha.. Adehhh.. Kami pentadbir mati kutu lah hari tu. Ada je yang terkena. Terkena dalam lawak yang beliau buat tu. Cikgu2 rasa bersemangat, sebab dapat direct dengan KPPD. Meluah, bercerita masalah. Untuk rekod 2018, hanya ada satu sesi, tetapi atas permintaan guru2, 2019, dua sesi perjumpaan Bicara Pemimpin berjaya dilaksanakan setiap zon.

"Sekolah yang tak "perform" nanti hari keputusan keluar, guru besar nya kena berdiri atas kerusi" - Hahahahahahah ugutan beliau kepada kami. Aku tak tau nak gelak ke nak takut, sebab dalam lawak beliau tu tersirat satu permintaan untuk kami bekerja lebih keras dalam meningkatkan prestasi sekolah masing2.

Sentiasa Membimbing dan Memberi Dorongan
Bab ni, bab yang aku sangat segan. Jarang kau akan jumpa, KPPD yang boleh mengeteh dengan kau. Ya... Cikgu Nasir selau ngeteh dengan pegawai2 di bawahnya, termasuk kami. Time tu da macam kawan2. Da macam abang. Da macam ayah. Kau gelak ketawa dengan dia. Dengar cerita dia, pengalaman dia. Dan dalam pada kau ketawa tu, kat situ dia bagi kau nasihat, dia bagi kau semangat, dia bagi kau motivasi. Dan kat situ gak dia bagi kau ingatan untuk penambah baikan.


"Kau selesaikan elok2... Jangan sampai aku gigit telinga kau" - Nampak? Simple je dia bagi. Tapi kau tau apa kau kena buat... Dan inshaallah, kau mintaklah apa saja pandangan dia, dia akan bagi. Lepas tu siaplah dia ungkit. Heheheheheeh. Sorry Boss.

Banyak lagi aku boleh cerita kan. Tapi tak larat nak tulis kat blog ni. Apa yang pasti, kami kerja tanpa tekanan. Ye sebab Boss kami sangat memahami. Jadi kejayaan Daerah Segamat bukan semata2 murid kami tak ramai. Tapi Boss kami merupakan faktor paling utama.

Aku pun nak jadi macam boss. Nak sentiasa memudahkan urusan orang lain. Supaya orang lain mudahkan urusan aku. Nak jadi pemimpin yang berjiwa rakyat, nak turun sampai akar umbi. Pemimpin yang memahami hati kecil orang bawahannya. Ahhhh.... tak kira la apapun, nak jadi macam Boss jugak.  

Tahniah Boss.. Muka rezeki boss ni. Tapi, saya percaya, dalam setiap urusan orang lain yang boss mudahkan, banyak urusan boss yang tuhan mudahkan. Dalam setiap kebaikan pada orang lain yang Boss buat, banyak doa yang orang lain panjatkan untuk Boss.. Semoga terus cemerlang Bossku. Kau memang idola.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Semoga berjaya,cikgu!

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum, dah lama aku tak bukak blog ini. Blog Budak Terbang pun dah lupa nama laman blognya. Bila dah meninggalkan perbatasan , aku lupa daratan dan kurang cas letrik sohabat sechanduan. Baca balik laman ini untuk melarut zaman bujang sandaran.Terima kasih Roiconic atas catatan . Sebagai rakan seperguruan, kisah kasih sayang adalah resepi rahasia sebuah pentadbiran yang berlegasi dan boleh berdiri sendiri (kredit untuk Bossque Cg Nasir).

Post lain