Sebatang Pen Marker dan Sehelai Kertas A4 : Jangan pening2 Cikgu!

"Tak payah susah2 cikgu... Jangan rasa tertekan. Jangan fikir sangat istilah2 yang boleh buat cikgu terganggu dan hilang fokus. Yang penting berlaku sesi pdpc. Ada aktiviti. Ada pentaksiran. Haaaa.. Tak pa cikgu2. Mulai tahun ni, fokus saya adalah pada aktiviti Pdpc dan juga pentaksiran. Kita buat sama2. Saya sendiri akan bimbing cikgu2. Saya sendiri akan bantu dan kita betulkan dan baiki sama2."

Hai semua. Salam Jumaat..

Perenggan kat atas tu, adalah ayat aku masa Mesyuarat Pengurusan Bil 1/2019, Disember lepas. Apa isunya ni? Tak da lah isu. Memang kerja cikgu kan mengajar. Tapi ye lah, macam kau semua sedia maklumlah, tuntutan sebagai guru zaman sekarang sangat2 mencabar. Aku malas la nak listkan. So, seiring dengan perkembangan dan juga peredaran masa, banyak juga benda yang berubah. Pdpc tak terkecuali. PAK21, PBD, Standard 4 SKPMg2, i-Think, CEFR, Sivik, PKJR, dan macam2 lagi istilah. Aku cuma sekadar menyebut beberapa istilah yang biasa mengganggu fokus cikgu2 aku. Jadi, tahun 2019, aku tetapkan fokus untuk guru2 iaitu menambah baik aktiviti dalam pdpc, dan memantapkan Pentaksiran bilik darjah. Apapun, aku bukan lah order saja2. Aku sendiri akan ketuai proses ini nanti. Aku nak cikgu2 sentiasa tau, aku ada sama. 

Sebatang pen dan sehelai kertas
Prinsip aku mudah. Cikgu2 buat benda yang simple, tetapi memenuhi kehendak dan tuntutan pendidikan terkini dalam semua sesi pdpc. Bukan hanya buat hebat gila, tapi, hanya berlaku sewaktu aku mencerap sahaja. Jadi, keyword dia, "mudah dan simple". Aku ada sikit kepakaran yang tak seberapa. Itu pun jika boleh dipanggil kepakaran. Jadi aku gunakan untuk bantu cikgu2 aku buat aktiviti yang mudah dalam pdpc. Aku tekankan tagline pdpc aku 'sebatang pen dan sehelai kertas'. Maksudnya, dengan sebatang pen dan sehelai kertas pun, kau boleh buat aktiviti yang memenuhi elemen PAK21. 4K1N. Komunikasi, kreativiti, kritis, kolaborasi dan nilai.

Kalau kau google, macam2 aktiviti yang dicadangkan dalam pdpc abad ke-21 ni. Ada 47 aktiviti la, ada 89 aktiviti la. Banyak betul. Yang terkenal dan yang paling glamour, "think - pair - share, Gallery walk, Hot seat" dan lain2 lagi. Tak payah pening2 cikgu. Buat yang sesuai dengan murid2 kita. Buat masa ni murid2 kita sesuai ke kalau membentang? Dapat ke yang lain tu, kalau murid membentang? Sampai ke? Mau ke murid kita bukak mulut untuk bertanya? Ada pendapat kata, kita latihlah.. Nanti lama2 pandai le budak2 tu? Latih macamana? Latih membentang? Murid kita, samaada kau setuju atau tak, nak pergi tandas pun berdua, sebab yang sorang tu akan tolong mintak kebenaran. Nak jumpa cikgu bayar duit kelas pun, berteman. Ada tukang cakap. So, sesuai nak suruh murid bentang?


Aku come out dengan satu cadangan yang aku akan buat untuk semua. Anak2 murid aku sesuai dengan game, permainan, pergerakan. Perkara2 yang meransang deria. Yang memenuhi kecerdasan kinestatik. Kau buat game. Kau buat permainan. Janji murid kau teruja. Nak join. Masa game tu pandai2 la kau tackle yang susah nak bercakap ni. Ada beberapa aktivti aku cadangkan. Aktiviti yang sesuai dan kau boleh guna untuk semua subjek.


1. Kapal terbang kertas
Cikgu2 pun boleh buat
Aktiviti paling mudah. Kalau kau malas sangat, kau bagi budak kertas. Kau suruh murid tulis soalan. Buat kapal terbang kertas. Suruh murid terbangkan dan lancarkan pada kawan. Kawan ambil dan jawab soalan. Jangan berhenti kat situ. Kau improvise lah. Kembangkan aktiviti tu. Suruh budak tampal ke. Suruh budak cari soalan lain ke dan macam2 lagi kau boleh buat. Semua boleh guna. Kalau kau ajar Bahasa contohnya, kau boleh suruh murid tulis kata ganda ke, ayat perintah ke, macam2 lagi. Kalau sains, kau boleh je suruh murid tulis sumber petroleum. Apa2 aje la. Terpulang pada kau lah. So, cuma sebatang pensil dan sehelai kertas. Nampak?


Sesuai untuk padanan dan berpasangan
2. Tampal padan
Pun sama je. Kau tulis yang berkenaan dengan  subjek kau. Contoh, satu kumpulan kau nama anggota badan dalam Bahasa Arab, satu kumpulan lagi dalam Bahasa Melayu. Kau bagi murid sorang satu. Nak best lagi kau tampal kat belakang badan. Kemudian kau suruh la dia cari pasangan yang betul. Aktiviti ni pun kau boleh improvise. Tak semestinya pasangan dengan kawan. Boleh je kau tampal sebahagian kat dinding. Bawah kerusi ke. Dan boleh buat untuk apa2 subjek. Kau boleh kembangkan. Dah jumpa pasangan, kau buat tugasan lain. Lepas tu kau tengok lah betapa teruja murid kau. Kau nak bagus lagi, kau buat la cantik2.

3. ICT dengan gadget
Biasa orang cakap, PAK21 ni kau kena guna ICT. Jangan pening2 nak setup ICT, jangan pening sampai nak pecah kepala. Kau ada telefon bimbit kan? Camera berpuluh mega pixel. Kau bagi la murid tajuk. Bimbing dia. Contoh, kau ajar jangan ambil rasuah. Suh murid buat skrip iklan. Pastu kau rakam lah guna telefon kau. Buat video. Kau kembangkanlah. Buat macam Akademi Fantasia ke, Maharaja Lawak ke, ada tukang komen, ada juri awam dan lain2 lagi. ICT lah tu. Kau up pulak kat facebook. Jangan risau, anak2 murid kau sekarang ni, walaupun mulut dia kat sekolah tu terkunci, tapi diaorg pandai je add kau kat facebook.


4. Susun 
Asas sangat, mudah. Kau boleh buat berkumpulan atau berpasangan. Contoh setiap kertas kau letak nama2 planet. Kau bagi la setiap orang. Suruh murid bergerak mencari planet lain. Dan suruh murid beratur mengikut aturan yang betul. Boleh je kau buat subjek lain. Susun ayat matematik. Susun ayat aktif atau pasif. Susun nama2 nabi atau malaikat. Apa2 ajelah. Ingat, kau sentiasa boleh ubahsuai. Boleh juga kembangkan aktiviti. Boleh suruh murid sendiri buat soalan. Pen dan kertas kan? Tak perlu kau mengusung ABM. Dan setiap kelas kau boleh masuk dan beraktiviti. Nampak?


Tu antara aktiviti yang aku cadangkan. Bukan apa, mula dari yang mudah. Bina keyakinan cikgu, bina keyakinan murid. Latih murid bercakap. Main dan bercakap. Biar dia bising dalam kelas. Tu proses belajar. Biar dia yakin dengan apa yang dia buat. Masa dia berhuhuhahah tulah kau latih dia. Enjoy pdpc. Lagi baik kalau kau ada skill main alat muzik ke, bercerita ke. Gunalah. Lepas tu kau buat lah aktiviti2 yang dicadangkan dalam buku. Rajin2 lah tengok fb. Ramai je yang kongsi. Rajin2 selak google, bayak je artikel. Rajin2 sembang dengan cikgu2 PJ dan cikgu2 Bahasa Inggeris. Dioarang banyak game. Benda ni bukan beban. Benda memang kau kena buat. Haaaaaa. Jangan ngadu kat NUTP sebab kau disuruh tingkatkan kompetensi. Gitu.

Penafian: Aku tak pernah kata aktiviti2 yang dicadangkan dalam Pdpc PAK21 tu tak bagus. Aku cuma ingin memudahkan para guru yang kusut memikirkan istilah2 tersebut. Aku simple kan. Semuanya adalah pdpc. Lepas ni, guru2 da bersedia, murid2 pun da terlatih, kau buatlah aktivtiti yang lebih mencabar tu. Sediakan murid2 kita untuk beraktiviti, dan laksanakan aktiviti yang lebih baik untuk mereka bagi menyediakan sumber manusia yang seiring dengan Revolusi Industri akan datang.

Aku join sekali. Kolaborasi
Seawal Januari, aku sering masuk ke kelas cikgu2. Aku da pesan, aku masuk bukan nak kritik, komen, cerap. Aku masuk tanpa borang dan buku nota. Yang aku bawa hanyalah, pen marker dan kertas A4. Aku akan masuk daripada pintu belakang. Cikgu2 tak perlu suruh murid bangun dan sebagainya. Aku akan bersama2 dengan cikgu2. Cikgu2 mengajar macam biasa. Aku kenal pasti kemahiran yang diajar. Kemudian, ligat aku berfikir, mencari aktiviti mudah yang paling sesuai untuk kelas dan kemahiran tersebut. So, aku ambik 7-10 min untuk aku buat aktiviti yang aku fikirkan tu untuk murid2 kelas tu. Benda ni jadi rutin aku, dan rutin cikgu. Lama2 cikgu2 da tak peduli bila   aku masuk. Hahahahahaha bukan tak pedulikan aku, da lali.. da tak takut.. Ada orang tanya, cikgu opsyen apa? Bagus lah cikgu, boleh ajar semua subjek. Hahahahaha.. Kau silap faham tu. Aku masuk bukan aku mengajar subjek tu. Aku masuk, aku buat aktiviti yang sesuai. Kau orang faham tak apa aku sampaikan? Maksudnya, aku tak kacau content yang cikgu ajar. Aku cuma beri aktiviti. Contoh mudah.

Aku selalu lepak bilik guru. Biasalah. Sembang2 dengan cikgu2. Maaflah, aku memang macam tu sejak dulu lagi. Sembang pasal apa saja. Aku bukan duduk pejabat sahaja. Kau jangan salah faham pulak kata aku nak mengintip apa berlaku di bilik guru. Tapi aku suka dapat bersembang dengan cikgu2. Secara tak langsung kau kenal cikgu2 kau tanpa kau perhati dalam2. Dan aku juga selalu ambil kesempatan untuk selalu bertanya dan berbincang dengan cikgu2. Pertanyaan aku simple je. "Awak ajar tahun berapa hari ni?"
"Apa kemahirannya?"
"Aktiviti macamana awak buat?"
dan biasanya aku akhiri dengan begini, "Awak boleh buat macamni..." Aku teruskan dengan cadangan aktiviti yang boleh mereka buat.

Aku share dengan kau semua, apa aku buat di sekolah. Semua bergantung pada sekolah masing2. Kesesuaian dan budaya tu penting. Aku baru nak bermula. Nak menambahbaik pdpc di sekolah aku. Aku mulakan dengan perkara paling simple, mudah. Tak perlu takutkan guru dan peningkan mereka dengan benda2 yang membebankan. Tapi kalau sebatang pen dan sehelai kertas ni pun membebankan, baik kau berhenti jadi cikgu. Hahahahahahahaha. Macam aku cakap tadi, biar mudah dan simple, tapi kau boleh buat untuk semua kelas yang kau ajar. Kan manis gitu, cantik je. Bukan masa kena cerap baru kau sibuk tempah lori sebab nak bawak ABM. Aktiviti yang baik, ialah aktiviti yang mudah tapi memberi impak. Yang penting 4K1N tu ada. Cikgu yang bagus, ialah cikgu yang boleh manipulasi apa juga bahan. Lagi satu, kau buat sentiasa, budak biasa dan tak kekok.

Gunakanlah ilmu yang tak seberapa ni. Aku suka berkongsi dan membimbing. Aku tak mencerap di FB. So, aku bersama2 dengan cikgu2 aku. Dia dapat, aku pun dapat. Ikutlah cara masing2. Terima kasih membaca. Jumpa lagi



2 ulasan:

Maksomhassan@gmail.com berkata...

Bila baca blog ni mmg penting improvise segala bentuk pendekatan & teknik dlm diri seorang pendidik. Teruskan berkongsi ilmu wahai sahabatku.

Maksomhassan@gmail.com berkata...

Bila explore blog ni mmg sangat penting improvise dlm pendekatan & teknik pdpc dlm diri seorang pendidik.Teruskan berkongsi ilmu sahabatku.

Post lain