Cuti - Cuti 101 Resort, Janda Baik (Part 3)

Haaaaa sebelum aku sambung... korang boleh ulang kaji part 1 atau part 2 keh3

So.. Kami pun bergerak pulang jam 12 tghari. Perjalanan lancar tanpa sebarang jem yang teruk. Jam masih awal lagi bila sampai area Simpang Ampat. He3.. Aku pun kuar tol dan singgan le ke Free Duty A-Famosa Outlet.. aka MPO.. Ada benda yang wife aku nak cari. Kali ni aku jaga budak2 dalam kereta jek. Kami lunch dulu.. Then aku bawak 2 orang hulu balang tu lepak dalam kereta. Lebih kurang jam 6, kami keluar. Singgah RnR Air Keroh. Hahahahahahahaha... kat sini lah semua kisah terjadi.

Aku park kereta kat pam bahagian dalam. Then aku pergi toilet. Wife aku isi minyak, guna debit kad. Tak pergi kaunter. Lepas tu, aku pun terus drive. Dalam hati nak cepat sampai rumah, boleh la jumpa en katil dan puan bantal. Baru je 500m kuar dari RnR btul2 tgh speed dan memotong, kereta tersengguk -sengguk. WTF.. aku terus ke bahu highway.. Kereta tersengguk dalam 4-5 saat dan terus mati. Ishhhhh apa citer ni.

Semua ok. Bateri ok, tapi kuar isyarat check engine dan 2-3 isyarat yang aku tak pernah tgk kat meter cluster tu. Aku cemas le jugak. Takut elektronik ke apa ke. Wife pun cemas. Then dia kata macam ada yang tak kena masa isi minyak. Aku pun bukak cover minyak, tgk ada lebihan minyak!!! Sah! ini diesel sbb kalau petrol dia akan kering. Aku swipe dan cium jari. Confirm diesel! Perghhhhh...!!!!! Menyirap limau!!! Aku marah!! Memang marah!!!! tapi.. aku realised balik, apa guna marah. Cari solution...

Aku kuarkan anak2. Semua duduk kat tebig sebelah longkang highway tu. Bila duduk tepi highway tu, baru aku sedar, betapa lajunya kereta2 kat highway tu walaupun duduk di lane paling perlahan.  Then kami contanct PLUS Ronda. Abg PLUS yang baik hati tu bantu kami tow sampai Tol Air Keroh. Sebelum tu dia recommend kan satu bengkel. Bengkel panel PLUS di Tangkak. Aku terus call. Deal dengan tauke tu. Lega aku bila dengar kos tow dan baiki tak sampai RM500. Huhhhhhh..




Walaupun PLUS tak kenakan charge, tapi aku beri abam2 tu sedikit upah. Bukan upah sebenarnya, tapi sedikit penghargaan. Mungkin rezeki untuk anak2 diaorang sebab bantu aku dan anak2 aku. Then Tow truck bengkel sampai.. Kelakar pulak tengok anak2 dan isteri aku dalam kereta atas lori. Aku? Heheheh aku duk dengan driver la.. Pengalaman manis kot tu.. kekekeke.
Pengalaman

Mana ada marah???? Sukeeeeeeeee 
Anak2 masih belum tahu erti cemas


Tq Abam PLUS




Atas lori ada kereta, dalam kereta ada orang.. kekek
Aku sampai bengkel btul2 azan maghrib sedang berkumandang. Alhamdulillah. Allah pelihara kami sekeluarga. Walaupun bermusibah, Allah masih pelihara lagi. Kebetulan sebelah bengkel tu ada kedai makan. Dapatlah melegakan keresahan anak2 dan isteri time tu. Time tu aku sedih betul. Ntah kenapa aku sedih? Aku pun tak tahu. Macam ada benda yang tak kena. Apapun Alhamdulillah, Jam 9.. semuanya selesai. Aku pun bertolak pulang...

Selamat tinggal Janda Baik.. Selamat tinggal Genting.. Aku pasti, ini bukan yang terakhir. Kalau kau rindu, tunggulah.. Aku pasti akan datang lagi.

Cuti - Cuti 101 Resort, Janda Baik (Part 2)

Heheheheh... aku sambung... Jap2.. korang lombaca part 1?

Sepatutnya, kami da check-out, tapi melihat keterujaan anak2, aku decide extend sehari lagi. (sebenarnya aku yang excited).. So, bersiap untuk keluar makan dan aktiviti membeli tingkap dengan senang hati. Lepas semua da bersiap. Aku pun bergerak lah mendaki ke Genting Premium Outlet. Singgah makan dulu di RnR Paling Mahal Dalam Malaysia keh3.. RnR Genting Sempah. Punya la tak sabar nak mendaki. Aku makan tak habis pun. Ntah.. apsal rasa nak pergi sangat atas tu. Nak cepat2 sampai. Excited pulak rasanya. hihihii... TAPIIIIII aku dah warning awal2. Jangan ajak aku naik cable car tu.. heheheheh aku da pernah naik 20 tahun lepas.. dah cukup sekali. hehehehehe.. So, biarlah anak isteri je naik. 

Macam biasa, gambar tak hensem letak awal - awal. Keh3.. Angin kuat, so nampak
baju tu macam menggelembung kat perut.


Sesampai kat atas, aku ikut je mana wife dan anak2 pergi. Macam2 kerenah. Anak dara aku da pandai mintak itu ini. memilih dan memberi idea. Yang hero dua orang, mintak mainan le. Aku duk saja.. heheheh.. bukan apa, bagi ruang dan peluang. Menikmati keindahan alam.... Biarlah diaorg dari satu store ke satu store.. aku duk smoking area... layan kabus... Kabus buatan dan kabus original.. bahahaha... excited.. 

Oh Alam... 

Aku ckp kat isteri, gelap sikit baru turun. Tau sbb apa..? keh3.. Sbb turun nampak gaung. Aku gayat.. hik3. Kat atas tu, 4-5 kali gak gi toilet.. Sejuk agaknya.. keh3. Kami menikmati makan malam sebelum sambung semula aktiviti ziarah ke outlet2 yang lain. Sebelum maghrib kami bergegas turun. Dalam perjalanan balik singgah le beli sedikit barangan 3 in 1, meggi cup dll. Sampai ngam2 maghrib. Budak2 yang tadi membuta dalam kereta, dah terjaga. Havoc la bilik tu. Lepas mandi, aku melayan si kecik. Ntah macamana dunia jadi gelap gelita.. Laaaaa aku da tidur. kih3.

Korang gi lah ziarah outlet tu.. aku pose jek

antara tarikan di sana

Abadikan kenangan

hurmmm... Hadiah birthday.. 
Anak dara da pandai membeli

Pagi kedua, sama je aktiviti.. Mandi2 kolam dan sungai. Ambik kesempatan sedikit bergambar. Korang boleh tengok lah gambar2 tu. Lepas tu, kami bersiap dan berkemas untuk pulang. Percutian kali ni, setelah sekian lama tak bercuti sama, sangat2 bermakna. Menunggu, tertunggu, teruja, dan macam2.. Best sangat... Bermakna... memulihkan semua indera.. tak dapat nak describe... Rahsia.. ahahahahaha...




Dari atas jambatan

pose lagi





help me!!






Ehhh... aku igt macam da nak ending da entry ni. Tapi ada satu lagi kejadian yang aku nak share. Kejadian berlaku masa on the way balik. Korang nak baca ke? Kena tunggu la part 3. Heheheheheh...


Cuti - Cuti 101 Resort, Janda Baik (Part 1)

Assalamualaikum...

eksen betul gaya

Ntah bila tarikhnya, aku teringat, rupa2 nya dah lama aku tak bawa family kecil aku ni bercuti. Last kami bercuti bersama ialah pada tahun 2015. What?!! Ye beb.. 2015. Sejak aku mula menjawat jawatan GPK. Apatah lagi bila da bekerja waktu pejabat... Memang cerita bab bercuti ni, aku tak layan sangat.  So.. aku bercadang nak bawa family bercuti. Sedih pulak bila setiap kali cuti  muncul, anak2 bercerita ttg sepupu2 diaorg, kawan2 diorg bercuti.

Gambar paling tak hensem kena letak awal - awal.. kah3


Aku yang pilih Janda Baik ni. Kenapa? Sebab tinggi kot.. Ahahahah diamlah ko. Tau lah aku gayat. Takkkk.. Sebab nak lari daripada kebiasaan aku, pulau, pantai, taman tema. Lebih2 lagi aku baru je balik dari Pulau Langkawi dan Pulau Kapas. Kapas? Alaaaa entry tak siap lagi la.. Nantilah aku siapkan... Kami pergi pada 4 November. Selang 2 hari selepas tarikh lahir aku. Sepatutnya aku bercuti, tapi ada kes di tempat kerja yang memerlukan aku, maka aku tak jadi cuti. Mood swing. Tak da langsung motivasi. Tapi bila balik dan memandang wajah anak2. Aku gagahi juga. Dalam perjalanan itu jugalah kami baru mencari2 tempat untuk menginap. Makin jauh kami bergerak, semakin bermotivasi aku. Kami berhenti di RnR Seremban. Dan perjalanan selepas itu makin best!!! makin dekat makin lah bemotivasi. Hilang semua kekusutan.  Senyum... Tepukk.. Janda Baik aku datang.. ngeh3.

Tak lawa pulak sign board ni.

The other side.. kat area belakang.. memang kena mendaki

View malam dari bawah. Semi D

Ada balkoni. Semua kayu


Kami sampai jam 10 malam ke 101 Resort, formally known as D'Ark Resort. Resort ni biasa org buat shooting. Last sekali drama Kasihku Seru. Sbb da jam 10, tak nampak sangat apa yang ada. Tapi yang aku dengar deruan air sungai yang kuat. Hati teruja. Budak2 makin segar nampaknya. Come on guys. Kul 10 ni.. Tidur beb. Aku ambik bilik 4 katil single, double bath. Kena mendaki sikit la. Harga dlm 320++ ... Kena terima hakikatlah, bila da ada anak2, harga bilik da tak standard. Tu kot antara sbb  apsal da lama tak berjalan. Keh3.

Spa dan surau tingkat atas. Bawah tu dining hall

Chalet kat bawah. Tak mendaki.

Entrance nak gi Spa 

Dari surau


Damai beb


101 Resort @ D'Ark Resort ni tersorok sikit tempatnya. Dekat dengan SK Janda Baik. Sebelum Cheringin Resort yang terkenal. Jalan nak masuk mmg agak sempit. Sepanjang perjalanan, banyak juga resort2 kecil. Air sungai jernih menderu2 mengalir, Binaan resort ni penuh dengan kayu kayan. Berlatar belakang kan bukit yang memang menjadi signature Janda Baik ni, mendekatkan lagi diri aku khususnya, dengan alam. Hawa sejuk di sini melengkapkan lagi pencarian luar dari kebiasaan diri. Aku menghabiskan masa awal pagi dengan menghirup udara segar pagi bersama anak2, sebelum bersarapan. Jogging ke? Gila ko? Nak suh aku check in emergency? Heheheheheh. Lepas bersarapan, anak2 menghabiskan masa bermandian di kolam sambil aku terus bersarapan pagi. Untung juga bila anak dara dah besar dan boleh mengawasi adik2nya. 





Aktiviti hari pertama, mandi kolam, mandi sungai, dan bergambar. Jangan penat tgk gambar2... semoga korang teruja untuk pergi. Untuk aku, mmg teruja gila la mandi sungai ni. Da lama tak mandi sungai, sebelum sunat dulu. Time jaga kambing waktu petang2 balik Sogame (sekolah agama). Sekarang sungai tu da tak da, da jadi taman perumahan kat area Kolej TAR tu. Tapi aku ni tak tahan sejuk. 10-15 minit je da mintak tuala. hahahaha..


Ni chalet bawah


Tu bukan asap rokok. Tu namanya kabus


Mandi manda

Sejukkkk













Hahahaha... da penat jogging (keh3), mandi sungai, mandi kolam.. Masa untuk makan le. So aku decide, nak bawak diaorg makan kat luar. Dan nak 'beli jiwa' wife aku... mana lagi Genting Premium Outlet. Lama gila da tak naik genting ni. Zaman2 lepak kat RnR Genting Sempah tahun 97-99 da lama berlalu. Da 20 tahun da tak naik genting. So, korang nak dgar citer lagi ke? Pergi la part 2 nanti ye. keh3...


Berkolek Bersajak (OST Debu - Debu Kasih)

Assalamualaikum...



Ada apa dengan lagu Berkolek Bersajak ni sampai aku angkat jadi modal posting kali ni? Berkolek Bersajak ini adalah sebuah puisi. Ditulis oleh Allahyarham J.M Aziz. J.M tu stand for Jiwa Merana. Pak Aziz ni soerang penyair Terengganu. Tinggal di Teluk Ketapang. Oleh kerana aku belajar di sana, maka karya2 arwah sangat dekat dengan aku. Kalau korang baca post lepas2, aku pernah cerita, kami pernah mengangkat puisi ini ke pentas teater pada tahun 200 dahulu.

Puisi Berkolek Bersajak ni juga, sebenarnya puisi paling dekat dengan Arwah Pak Aziz. Puisi yang menceritakan tentang diri arwah yang dikenali ramai di luar sana, melalui karya2 nya. Tetapi dipinggirkan oleh masyarakat setempat. Beliau yang turut menghidapi penyakit kusta, kurang diberi perhatian oleh penduduk setempat. Maka, keterasingan itu memberikan ilham untuk arwah Pak Aziz menghasilkan puisi ini.

Baru - baru ini, aku sempat merakam lagu puisi ini yang dipersembahkan oleh member aku, duo buskers dari Marang. Bro Mat dan Bro Imran. Cuma kali ini, Bro Mat tak cover guna violin. Kenangan 18 tahun lepas muncul kembali. Aku betul2 menjiwai watak dan lagu itu, pada waktu tu. Sebak dalam dada. Nak menitis air mata. Aku pun tak tau apa yang berhantu sangat lagu ni. Kalau korang dengar ia mungkin biasa - biasa. Bila dengar semula, hati tersentuh. Berbagai rasa ada. Mungkin jugak lagu ini tak mudah nak jumpa dalam arus perdana. Kalau korang search kat youtube, cuma ada OST Debu - Debu Kasih nyanyian Sham Visa. Ataupun rakaman amatur dari buskers2 lain.

Kesimpulannya, aku cuma nak bgtau bahawa lagu ni sangat bermakna bagi aku. Bagi aku, ia menimbulkan pelbagai rasa. Korang faham? Heheheheh aku je faham.

Alfatihah buat Arwah J.M Aziz

Post lain