Cuti - cuti Sabah (Part 3)

Assalamualaikum..

Jom sambung lagi... hehehhe.. Sampai aje KK, aku terus tuju  homestay yang aku da book, Homestay Sri Intan. Homestay ni terletak di Putatan. Sebenarnya, betul2 dekat hujung landasan Terminal 1 KKIA. Tapi aku x tau la jalan pintas dia. Sampai2 je, tuan homestay keluar. dia kata dalam 30 minit lagi dia balik. Ye la patutnya pukul 2 p.m aku check in. Sekarang da pukul 7:00 p.m.

Aku ambik keputusan untuk cari makan malam. Masing2 nampak macam da lapar. Dalam perjalanan nak g makan tu, aku singgah kat terminal satu, nak cari tiket balik malam esok. Yang lain akan balik hari isnin. Maknanya tiket aku untuk Isnin burn...

Aku pergi betul2 kat bandar KK tu. Sebelah pasar Filipin yang terkenal tu. Waktu malam tu adalah Pasar malam Kampung Air. Aku ambik banyak gak makanan, mak membebel, x kasi ambik banyak2. Ahh sekali - sekala apa la salahnya. 
buntut...


Jenis lobster yg kteorg order... 


ketam..

lobster yang ni 3.5kg... 



da masak.. yeye

ketam masak black paper

Udang goreng dry butter

rizqi.... belum tau percutian lagi... tapi tau makan hahaha


Mahal..? memang mahal jugak la. tp aku x berkira sangat la. janji sedap. Balik dari makan kitaorg check in kat homestay tu. Malas nak upload gambar sebab aku mmg x nak rekemen kat korang. Decoration cantik, tapi tak memuaskan. Cawan pun 3 biji jek..? Wifi x da. huhuhu..

Esoknya, ialah hari ibu... hahaha.. iaitu hari membeli belah. Apa2 pun cari sarapan dulu. Malas nak pikir lagi, aku pun bawak la ahli2 g makan sarapan kat pasar filipin tu.. Hahahahah... nyesal pulak... lagi giler aku kena tekan.. Makan soto, bakso, air 3 kena sampai RM30++.. Rasa..? x sedap langsung rasa menyesal pun ada.. hahahaha.. Mintak soto nasi, dia bagi soto dgn nasi sepinggan.. kelakar jek.. Abah g beli Murtabak, lagi kelakar, dalam murtabak tu da macam popia... 
Ni dia murtabak rasa popia... hahaha



pemandangan kat riverside

Pasar Ahad Gaya Street

Gila tengok





Ni la buah tarap

Apa2 je la.. lepas tu kteorg jalan kaki ke Pasar Gaya.. Kteorg x beli kat pasar filipine tu, sebab harga dia sedikit mahal. So, bila tiba bab membeli belah, mak jadi cergas semula.. hahaha.. Abah jadi penat.. hehehe.. Wife aku lak mula2 cergas lama2 x tahan sebab Rizqi da mengamuk.. Oleh kerana mmg trip aku kali ni adalah trip berjalan jalan bukan berjalan shopping, maka aku x la berbelanja banyak. Sekadar buah tangan untuk kawan2, family dan ank2 murid aku... hurmmm.

Pasar Gaya ni, terletak lebih kurang 3 blok bangunan dari Pasar Filipin ni.. Hari Ahad je diaorg bukak. tu pun sampai kul satu je.. Cuma waktu malam diorang akan ke area riverside meniaga kat situ pulak. Kat Pasar Gaya ni, macam2 benda ada jual.. Sayuran, buah-buahan, kraftangan dan cenderamata. Binatang pun ada... hahahaha.. dalam banyak2 benda tu aku terjumpa la buah tarap yang aku cari2 tu... hahaha RM15 sekilo, korg tau tak mahalnya 5 kali ganda, tapi aku beli jugak sbb aku nak tau macamna rasa dia... Gila la korang ni, mentang2 la aku org luar...

Pukul 2 tu kteorg cari kedai makan, lapor gila. Jumpa la kedai makan kat area Sutera Harbour. Abah macam takut2 nak makan, takut x sedap. Semua order ayam penyet.. Last2 abah x cukup, siap pau didah punya ayam. hahaha... agaknya da lapor sangat..

Sajidah mengepau jam kristal dari tok wan dia hahaha


rajinikhand... ngeee

Dia nak tayang rantai mutiara yang 'RM800' tuuuu.. hehhee

Lepas makan, sambung lagi aktiviti soping menyoping... hahahah mak, mak... kali ni aku patah balik ke Pasar filipin a.k.a pasar kraftangan. Mak borong ikan masin, keropok2 amplang, keropok cincin dll.. wife aku ada gak la beli sikit2.. 

Sebelum balik tu, aku singgah jap kat kampung air, berdepan dengan Sutera Habour.. nak ambik gambor je. Tapi jgn ambik gambor dekat2... sampah banyak. heheheh.. Sampai rumah, aku siap2 nak balik Johor.. Flight kul 11:30 malam, mak dan yang lain2 akan balik esok. Jadi diaorang da siap2 sekali faraid kan barang2 yang dibeli tadi. 

Percutian kali ni meninggalkan banyak kesan pada aku, langsung dan tidak langsung.. kesan apa..? Rahsia.. hehehhee... tapi memori di Kundasang tu memang menyeronokkan.. 





korang nak baca balik ke Part 1 dengan Part 2..?

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

seronotnyeeee

Post lain