Cuti - cuti Sabah (Part 1)

Assalamualaikum...

Aku nak kongsi sikitlah pengalaman aku bercuti kat Sabah baru - baru ni.. Bukan apa, saja- saja menulis.. Ada orang kata, apsal x gi Umrah je.. Aku jawab senang je, sebab Umrah pun x da dalam rukun Islam.. Abis ngape x g haji, aku jawab, ada dah duit dalam akaun Tabung Haji.. Then aku tanya balik, apsal korang pergi melaka, pahang, kl .. apsal x g haji... hurmmm susahkan..

Sabah.. dah 3 - 4 kali gak aku pergi... tp masa bujang dulu la.. kali ni aku g 7 orang.. aku, wife, 2 kids, my parents dan jugak adik aku ... Gerak malam Jumaat, adik aku gerak dulu... sbb kteorg da beli tiket, sibuk pulak dia nak ikut..  Sampai kat bumi Sabah lebih kurang jam 10:30p.m.. Sampai2 je, Kia pregio baru (belum bukak plastik) dah tunggu..
KLIA...

Rizqi eksen...

Sampai hari nak pergi pun, anak dara aku x tau nak pergi bercuti...

Hahahha... hari ni asyik naik kereta baru jek..

Goldenhills Hotel... Ok la untuk lepaskan penat sebelum next destination

Check in... banker

tak sama la g haji dengan yg ni... kapal yang ni kecik... hahaha gayat org tua aku rupanya...

Malam tu kteorg check in kat Hotel Goldenhills area Tanjung Aru... Dari terminal 1 (sbb naik MAS) +- 7 minit laaaa... kalau korg naik Airasia, terminal 2 aku rasa x sampai 3 minit... Hotel ni aku bagi ok je la.. agak murah dan ada shuttle.. kalau sampai malam aku rekemen la hotel ni..

Esoknya kul 6a.m da bangun.. da cerah.. semua semangat nak berjalan.. Cari sarapan dulu kat area hotel tu.. Abah nak makan roti canai.. Kteorg sewa Exora dgn kadar RM200/day.. (ok kot, selesa) untuk 7 org dan barang2.. (#1. Jgn lupa sewa/ bawa sekali GPS kalau nak drive sendiri) janji dgn bro kreta sewa tu kul 10a.m.. Dapat je kreta sewa, masukkan barang.. Pastu gerak.. Next - Kundasang...

Jalan kat Sabah ni x da la susah sangat. Senang jek. So, kteorg pun gerak lebih kurang 10:15. Kalau ikut jarak, KK - Kundasang 50km +- jek. TAPI...... hahaha korang tau jalan nak g sana? huhu da la aku ni gayat.. Teringat pulak aku rancangan kat chanel 555 tu, IRT Deadliest Road.. Bengkang bengkok, bukit bukau, gunung ganang.. Wpun Exora ni selesa, tapi bab mendaki bukit ni tak berapa syiok la.. patutla brader sewa kereta tu pelik bila dengar aku nak g Kundasang sewa Exora...
Jangan lupa GPS


Nampak pucuk pokok je... uhuh

Baru betul duduk kawasan tanah tinggi


Lebih kurang 2 jam dengan pemanduan berhati - hati, dengan hujan lebat yang mengerikan, sampailah kitaorg ke Kundasang.. Terus g cari homestay yang kitaorg da book.. Almeera Homestay... Sekali lagi jalan nak naik ke homestay tu mmg mengecutkan perut.. aku da terpikir, bila la nak terbalik Exora ni.. 

Homestay ni ok dan cantik.. view dia pun priceless.. atas bukit menghadap lembah dan Gunung Kinabalu.. Aku rekemen la Homestay ni kat korang... tapi pelik, tak ada kipas mahupun aircond.. apsal..? hahahah sebab cuaca yang sejuk, bukan sejuk je... sejuk gileeeerrrrr..

Da check in tu, kuar balik nak isi perut yang lapor... Pergi la satu restoran yang tuan rumah tu kata tempat orang semenanjung selalu pergi. Masa tu jam da lebih kurang pukul 2:00 p.m. Tanpa berlengah lagi, kteorang menuju ke Desa Dairy Farm.. Dari Homestay kitaorg tu x jauh pun.. Nampak tempat tu, sayuppppp jek... Wife aku kata, laaaa nak tengok lembu jek ke..? hahahahah... tungguuu... Malas nak cerita, korang enjoy la gambo kat bawah tu..





Lembu yang sedang beratur ... macam kat kantin sekolah pulak..


proses pembungkusan susu

Aiskrim.. Aiskrim... hahaha Aiskrim susu lembu

Tempat wajib ambik gambooorr

Romantik... huhu

Aku pun nak jugak


Amacam...? last2 wife aku macam da x nak balik... tu laa... belom tengok, jgn cakap.. heheheh..

Kat homestay malam tu Abah berselimut tebal dengan toto.. aku dah standby awal, dengan stoking, sweater.. hahaha nasib baik bawak stoking lebih, kebetulan hujan, lagi la sejukkkkk... So, kteorg x decide nak jalan2 malam tu sebab sejuk dan hujan.. aku kena la keluar cari makanan.. malas nak pikir panjang, beli jek KFC kat Kundasang tu..
Almeera Homestay


hahaha nak tengok aku ke, nak tengok view..

Santai...





enjoy la...



Nanti aku citer lagi tau kat part 2... ehehehe

Tiada ulasan:

Post lain