Assalamualaikum...
Aku nak sambung citer tentang percutian aku ke Sabah baru - baru ni.. Lupa pulak, balik je dari Dairy Farm tu, jam dah menunjukkan pukul 5:00 p.m... tak sangka pulak, tengok lembu tu lebih kurang 2 jam.. hahahha.. Kalau ikut plan aku, nak pergi ke SPA Ikan kat Ranau tu... hahah.. rupa2nya jauh... lahhh.. so, dari Dairy Farm tu aku pun ambik keputusan nak pergi Kinabalu Park..
Waktu tu hujan renyai2.. sampai je Kinabalu Park (lebih kurang 5 km je dari Dairy Farm) tu, aku tanya akak yang jaga tiket tu. Dia kata tak sesuai kalau pergi petang macam ni.. Hujan pulak tu.. Ok, patah balik la... Kitaorang pun singgah le kat Pasar Kundasang tu.. Penuh dengan sayuran, buah-buahan dan jugak bunga-bungaan.. Aku cari buah tarap, tapi x jumpa.. diorg kata time ni belum masak lagi.. huhuhu
|
Geram betul tengok Asparagus ni.... |
|
Avokado |
|
Aku tau mak tengah geram... hahaha x kan nak bawak balik Johor |
|
Budak ni mmg pantang nampak buah... hahaha |
Esoknya kita org bangun dan berkemas awal, dpat pengajaran semalam, kena gerak awal supaya kita boleh lawat banyak tempat dengan enjoy.. Tapi lawatan ke Dairy Farm semalam memang menyeronokkan betul.. So, harapan aku, hari ni akan jadi lebih menyeronokkan. Kitaorg pun terus check out lebih kurang jam 8 a.m. Mana la tau, kalau aku tau Kundasang ni memberikan pengalaman yang menarik dah tentu aku lepak sini 2 hari.. huhu..
Apa2 hal cari stesen minyak. Sampai stesen minyak, aku tergelak, ni la satu2 nya stesen minyak kat sini. da macam dalam filem kat U.S, tengah2 gurun tu.
|
Hahahaha stylo stesen minyak dia... |
Next destinasi ialah Ranau. Daerah Teh Sabah. Menurut apa yang aku kaji sebelum pergi, kat sini ada 3 tempat menarik lah, SPA Ikan (Tagal Moroli), Sabah Tea Garden, Poring Hot Spring. Perjalanan ke Ranau mengambil masa lebih kurang 1 jam. Jalan ok sikit la, walaupun bengkang bengkok, tapi x da la mendaki sangat. Aku terus ke SPA Ikan Tagal Moroli tu. Laaaa Kat belakang Sekolah je... Apa yang best kat sini. Masuk sini cuma RM3 je sorang, masa untuk ikan tu urut kaki ialah 15 minit.
Masuk je aku dah teruja, sebab aku jejak kaki kat air je, ikan2 tu dengan automatik datang beramai2 kat kaki aku dan juga kaki2 yang lain. hahahaha.. Lagi aku terkejut bila ikan tu bukan macam SPA Ikan kat KL tu... Ikan kat sini bapok besar... Besar beb.. kata abang yg jaga tu, ada yang seberat 2 kg.. Ikan kelah tau... bukan ikan putih... Rasa macam nak tebar jala je... hahahah.. mula2 kena gigit geli gak, tapi lama2 seronok.. hahahah...
|
Macam biasa, ambik gambar kat tempat wajib.. |
|
Aku nasihatkan korang beli banyak makanan ikan tu, sebab da masuk x leh kuar |
|
Leka... |
|
"kenapa abah tak bawak jala..." |
|
Hahahaha... Abah aku, lama2 x tahan |
|
Budak ni manala takut ikan... tiba2 jek menjerit atit, atit.. hahaha |
|
Eiiii gerammm |
|
Yang besar tu yang penggeli... budak kecik tu steady jek |
|
Misi menghilangkan luka kencing manis... |
Lepas tu, perut mula berkeroncong, aku da set nak breakfast kat Sabah Tea Garden. Kitaorang pun gerak lah ke Sabah Tea Garden. Dekat je, Keluar je ke jalan utama tu, belum sempat tukar gear 4, dah bagi signal nak masuk simpang ke Sabah Tea Garden.
Masuk ke Sabah tea Garden ni, x yah bayar pun. Cuma kat sini kalau korg nak tour ada la charge dia. Aku x ambik pun tour dia. Alah datang just nak beli buah tangan sikit, nak breakfast, nak ambik gambar jek. Kat sini pun terdapat beberapa jenis homestay, dorm, longhouse untuk di sewa. Sampai je, aku terus pilih beberapa paket teh untuk aku dan juga buah tangan keluarga, mak aku pun sama.. Abah dah hilang, pergi lereng bukit, menikmati pemandangan kat situ.
Honestly, view kat sini x secantik Cameron Highland. Cuma yang mahal, kalau betul2 cerah boleh nampak Gunung Kinabalu. Tanaman teh dia pun x secantik Cameron Highland. Tapi yang penting dah sampai, kita enjoylah. Then, kitaorang breakfast. Semua mintak lain2 jenis teh. Teh pandanlah, teh serai lah, aku..?? heheheh. Aku mintak teh tongkat ali. ngeee
|
Proses membeli belah |
|
order.. jangan tak order |
|
makin muda pulak Abah aku |
|
telur boleh makan kat umah laaaaa... |
Dah selesai mengalas perut, kitaorg pun bergerak ke Poring Hot Spring. Memang da rancang nak pergi Hot Spring ni kemudian, sebab terletak dalam perjalanan nak pulang ke Kundasang. Rasanya, terletak di tengah2 antara Kundasang dan Ranau.
Di Poring Hot Spring ni, masuk RM5 untuk dewasa. Jangan lupa kalau ada warga emas, bagitau. Sebab tiket utk warga emas dan kanak - kanak lain harga. Lagi satu, dengan tiket ni juga kita boleh masuk taman lain contohnya Taman Kinabalu dengan percuma, cuma mesti pergi hari yang sama.
Kat sini jugak ada 4-5 tempat menarik. Selain kolam air panas, ada Taman rama-rama, ada dua air terjun, ada taman rafflessia dan juga ada Canopy walk... hahahaha... canopy walk tu la sebab utama aku nak gi sini. Setakat air panas, kat Segamat pun ada.
|
Tempat wajib bergambar |
|
merpati dua sejoli... |
|
Kolam air panas terbuka |
Selain kolam air panas terbuka, kita juga boleh menyewa chalet yang khas untuk kolam air panas tertutup dengan kadar RM 20 - RM30 sejam... haaa... mandila puas2.. Hari tu yang mandi cuma anak-anak aku jek. Aku terus gerak nak g naik canopy walk tu. Lepas je bayar permit kamera, akak tu cakap tak jauh sangat dik... lebih kurang 550m untuk sampai platform pertama...
Rupanya, 550m tu mendaki bukit... Ahhhhh... gilaaa penat.. Korg jangan tak tau, aku ni gayat. Dulu naik langkawi cable car pun aku tak bergerak2... puuuhhhhh kali ni nak naik canopy walk... hahaha.. bila da sampai atas tu, rupanya x boleh berpatah balik... adoooiiii ngerinya... rasa macam nak terkencing je..
|
Platform 1 |
|
kontrolllll... 40m beb... |
|
botak ni jahat, kerja goyangkan titi tu jek |
Lepas tu kitaorg pun gerak balik, keluar je dari Poring Hot Spring, ada sesuatu menarik perhatian aku. Bunga Rafflessia yang sedang berkembang. Bagus untuk anak aku tengok ni. Korg tau tak, 13 bulan masa yang diambil oleh bunga rafflessia tumbuh dan berkembang. Dah la tu, berkembang cuma 7 hari sahaja. so, aku kira bertuah sebab dapat tengok bunga rafflessia ni. Sebab, tu je satu yang ada kat situ. Yang paling besar yang akan berkembang lepas ni ialah 7 bulan lagi. hahahaha... Cuma bunga yang ni bukanlah species yang terbesar. yang kedua terbesar. Tak palah, aku pun x pernah tengok. Bukan boleh tanam sendiri pun. Lagi satu, dia pun tak tumbuh sewenang-wenangnya, kena ada pokok lain yang menjalar untuk dia menunmpang.. Subhanallah...
|
Macam biasa tempat wajib ambik gambar |
|
Live... dari ladang |
|
Sabor mak.. jangan marah, ni bunga x boleh tanam kat umah... |
|
nampak yang bulat2 tu... ha lagi 7 bulan baru kembang... |
Jam menunjukkan pukul 2:40p.m. Aku ambik keputusan nak gerak balik. Ada lagi beberapa tempat nak dilawati. Kinabalu Park dan Rumah Terbalik di Tamparuli.. Semuanya dalam perjalanan balik ke KK. So, Kitaorng pun gerak balik. Time tu jugak hujan mula turun.. Alamak... lebat pulak tu... Rosak la program..
Memang betul, sampai kat Kinabalu Park, memang tengah lebat betul. Hmmmmm... aku ambik keputusan untuk terus balik. Mungkin balik kang boleh singgah rumah terbalik tu. Tiba2 aku dapat panggilan dari semenanjung. Aku kena balik, sebab ada urusan pada hari Isnin.. Mood= bosan gila.
Hujang sepanjang jalan. Sampai Tamparuli pun x reda. So, kitaorg lalu je la Tamparuli tu. Tengok la jambatan tamparuli yang glamour tu.. Sampai KK terus cari homestay Sri Intan.
Mata ni pun da mengantuk.. nanti kau sambung lagi untuk
part 3 ok... hehhe ke korang nak baca balik
Part 1..?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan