Koi : Beginner

Assalamualaikum... Apa khabar kau semua.. Hari Raya Aidiladha tahun ni benar2 berbeza. Anak2 yang lelaki dua oang tu, beraya di Muar bersama Makciknya. Ni da masuk hari ketiga mereka tak da bersama. Lain betul rasanya.. Sunyi.. Semua nak pergi jauh2... 🥺

Kalau aku stress, bosan, ada satu tempat yang aku selalu jenguk sekarang ni. Ya.. kolam ikan aku. Kolam ikan ni tempat yang mendamaikan. Kau tak perasan kau da spent almost an hour kat situ. Tetiba ehhhh.. da lama kat sini. Asyik sebenarnya.. kau dengar bunyi air.. kau tengok gelagat2 ikan koi ni. 



Aku buat sendiri kolam ni. Masa buat, memang tak ada pengalaman langsung. Pasang bata sendiri. Lepas tu guna banner dalam kolam tu. Sekejap je, lepas tu da mula bocor. Akhirnya plaster simen jugak dalam kolam tu. Sama juga sistem air. Mula2 tak ada filter.. Asyik kotor je. Lepas tu DIY la.. beli pam, beli filter... Heeheheh.. guna bakul simpan baju je.. Tak da hal lah.. Janji air bersih.


Aku beli 3-4 spesies koi ni. Tancho Kokahu, Aka Bekko, Hariwake, Kawarimoni  dan lain2 lagi yang aku belum google. Tapi bukan ori Jepun la.. Ni semua breathing sini. Tak pa lah.. kan baru berjinak2. Nanti aku da master aku tau la banyak benda. 


So, apa yang paling menenangkan jiwa? Bunyi air lah.. dulu, aku pasang filter tu tinggi.. So jatuhan air dalam kolam tu tinggi dan bunyinya kuat. Mula2 rasa seronok.. lama2 rasa bising . Tapi bagusnya, air yang teroksigen tu lebih mudah la. Tak da bantuan pam lain pun da ok. Skrg aku da rendahkan... So, bunyi air perlahan sedikit. Tapi lebih sampai kat hati. Ikan2 pun menenangkan juga. Seronok tengok dia berenang2. 

Manatau ada rezeki nak buat kolam lain kan.. 

Jagung atau Gajus

Assalamualaikum... Hai semua? Esok hari raya.. Da sampai kampung semua? Ada yang masih di jalan raya? Hati2 memandu.. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Aku, petang2 ni baru akan pulang ke kampung. Maklumlah kampung dekat je. Sambil2 aku belek2 media sosial, aku terjunpa sebuah nukilan tentang jagung dan gajus yang dianalogikan untuk sikap manusia.



Kalau ikutkan, biji2 jagung dan biji gajus tu diibaratkan sebagai ilmu, amalan, harta benda dan sebagainya.. dan harta2, ilmu, amalan itu seharusnya jangan ditayang2kan.. jangan ditunjuk2 kepada orang lain.

Kau rasa aku nak tunjuk kebahagiaan aku? Haahahah
Aku nak cakap, kau gi lah studio tahun ni, ambik
gambar kenangan kat sana. 
Aku tak kata salah. Kita hidup di zaman ledakan maklumat, media sosial. Dah nak menjenguk ke zaman Revolusi Industri 4.0. Dengan mudah, setiap titik nafas dan hidup kita diceritakan begitu saja, tanpa bersua muka. Interaksi berlaku di media sosial. Kau tak jumpa saudara mara dekat 2-3 tahun, tapi kau masih tahu cerita mereka. Interaksi tidak lagi secara langsung dan fizikal. Jadi, lahirlah nukilan seperti ini. Yang bergantung sepenuhnya kepada persepsi..

Jangan tayang di media sosial gambar kau, nanti org kata menunjuk2. Jangan muat naik gambar kau bercuti bersama anak2 dan keluarga, nanti org kata tayang kebahagiaan. Jangan sekali2 kau tayang
kat mana kau makan, nanti org kata kau riak. Tu belum lagi gambar konvo, rumah baru, anak masuk universiti dan lain2 lagi. Kita amat risau.. amat takut dikata menunjuk2. Amat takut dituduh riak.

Kau rasa aku muat naik gambar ni untuk menunjuk2? Untuk
dipuji? Aku tak dapa apa pun. Tapi kalau kau nak berkongsi
aktiviti macamni, silakan.
Percaya atau tidak? Ayat2 sebegitu hanya keluar dari mulut org yang memang mengata kita riak.. Memang dia mengata kita menunjuk2. Memang dia yang tuduh kau tayang kebahagiaan.. Tahu kah kau? Berapa ramai yang terinspirasi dengan perkongsian kau? Teruja untuk sambung belajar bila tengok kau konvo? Berapa ramai yang berazam untuk bekerja lebih keras untuk memilikki kereta impian macam kau? Ramai yang sedang mengumpul duit dan merancang untuk memiliki rumah macam kau.. sebab mereka termotivasi dengan apa yang kau kongsikan.

Jadi, kalau dia bagitau kau, jangan menunjuk2, maknanya, dialah yang rasa kau menunjuk2.. Dia yang terasa.. bukan begitu? So, beginilah.. Dalam konteks yang aku nak sampaikan, aku ubah sikit. 
       
       "Jadilah seperti gajus, ilmu yang ada dikongsi bersama... Jangan jadi seperti Jagung,
        penuh ilmu, tetapi diguna sendirian.... Hidup biar memberi manfaat kepada orang lain"

Aku suka berkongsi. Terutama perkara yang aku tau. Itu tak menjadikan aku menunjuk2. Siapa yang rasa memerlukan, yang rasa berguna, silakan ambil. Ilmu yang tuhan bagi, bukan u tuk aku seorang. Kadang2.. tuhan nak bagi kat kau... tapi melalui aku.. nampak? Hidup kita jangan pandang yang buruk2 saja.. Carilah hikmah dalam setiap perkara dan kejadian. Semoga kita semua beroleh manfaat dan keberkatan. Aammiiiinnnn.. Jumpa lagi. Salam Aidiladha..




Jom... Bermain Bersama Guru Besar...

Hai guys. Assalamualaikum..

Hari ni aku nak berkongsi beberapa game, yang kau boleh ubahsuai untuk kau gunakan dalam pdpc. Agak2 bosan je, kalau boleh guna lah game ni dalam aktiviti pengukuhan atau pengayaan, selain daripada aktivti2 yang aku cadangkan kat post yang lepas.

Game ni, ikut kreativiti kau,ikut kemahiran yang kau ajar. Buat lah. So kat bawah ni ada beberapa aktiviti yang aku dah buat di sekolah. Cubalah...

1. Permainan "Lembu - Kambing"


Permainan "Lembu - Kambing" ni mudah je. Ideanya nak menguji fokus murid. Tapi kau boleh ubah suai untuk murid sebut perbendaharaan kata. Tak semestinya guna lembu - kambing. Kau boleh guna istilah2 matematik, sebagai contoh, "sisi, bucu, sudut". Boleh guna dalam perkataan bahasa arab dan macam2 lagi.

2. Permainan "Run&Jump"



Permainan "Run & Jump" juga boleh je nak ubah suai. Guna subjek lain. Masih sesuai untuk pengukuhan dan pengayaan perbendaharaan kata. Beri dua perkataan yang baru kau ajar, atau yang kau nak murid kuasai. Contoh, Run dan Jump. Run pandang kanan, jump pandang kiri. So, sapa salah sebut atau salah pandang, kena keluar lah. Aplikasi pada lain2 subjek, vocab, dan kemahiran.

3. Permainan "Ganda - Kata"


Permainan "Ganda - Kata" ni aku buat untuk support program Panitia Bahasa Inggeris sekolah aku. Program 'A Few Words A Day'. Murid2 akan tulis di white board setiap hari. 2-3 perkataan. Vocab baharu. Ianya bagus. Tapi adakah memberi impak. Salah satu cara untuk menambah baik dan memberi impak, adalah dengan bermain permainan "Ganda - Kata". So, dalam bulatan, kita berikan arahan supaya membilang nombor. Perkataan2 atau vocab akan disebut sebaik sahaja kena pada gandaan (sifir) yang ditentukan. 

Aku kongsikan tiga jenis permainan yang aku gunakan. Ini semua hasil pemerhatian, carian dan perkongsian orang lain. Aku ubahsuai dan mainkannya untuk anak2. Kau pun boleh buat. Inshaallah Aku akan berkongsi lagi kalau ada yang baharu. Jumpa lagi

"Homework Alert" : Satu Amalan Baik

Hai semua. Assalamualaikum..

Kau ada masalah dengan kerja rumah yang tak siap? Susah betul murid kau nak siapkan kerja. Ada masa kau bagi 5 soalan, cuma siap 3 je. Tu pun yang dia buat kat dalam kelas. Bawak balik rumah, tak sentuh langsung. Tu belum kau  bagi suruh buat kat rumah. Lagilah parah. Bagi 5 soalan, 5 lah tak siap. Cuti sekolah. Lagi lama cuti lagi banyak kuantiti kau bagi. Lagi sakit hati sebab sama je hasil. Tak siap. Ok lagi la tak siap, maknanya ada buat. Ni tak sentuh langsung. Pehhhhh.... Memang menyirap rasanya.

Kau pun da bagitau parents, dalam whats app group. Tapi maklumat tak sampai kat parents Ye lah, dah banyak sangat maklumat, kadang2 lupa. Kadang2 kat rumah, parents dah tanya. Ada kerja sekolah tak? Tapi si anak jawab, tak da. Anak2 tu lupa ada kerja sekolah. Yang biasanya, cuti seminggu, malam akhir baru tengok kerja sekolah. Mana nak sempat siap.

So, pagi tadi, dalam perhimpunan rasmi mingguan, aku lancarkan satu program. Satu proses yang aku akan jadikan amalan baik di sekolah aku ni. Homework Alert. Aku namakan macam tu. Sebab nak bagi peringatan berbentuk maujud kepada anak2 kita bila sampai rumah. Parents pun boleh diingatkan sekali. Apa benda Homework Alert ni? 

Homework Alert ni, adalah satu set kad yang berwarna-warni mengikut jenis subjek. Kau buat kad. Tulis nama subjek, cetak pada kertas warna. Warna kertas ikut subjek. Contoh, BM kertas warna putih, BI kertas warna ungu, Matematik warna biru dll. Kau laminated dan tebuk lubang guna puncher. Kau sediakan 'loose leaf binder ring'. Atau nama mudah orang panggil binder ring

So macamana kaedah dia? Ok, kad2 ni kau letak la dalam satu kotak di meja guru. Kalau ada kerja sekolah yang kau bagi, kau suruh murid gantung kat beg diaorg kad subjek tu. Gantung guna binder ring tu lah. Kata lah kau ajar BM. Kau bagi kerja sekolah. So kau gantung la kat BM yang warna putih tu. Lepas tu cikgu Sains masuk dan bagi kerja sekolah juga. Nanti dia suruhlah murid gantung kad Sains warna kuning tu. Haaaaaaa.... Kad2 yang kau gantung ni murid akan nampak kat rumah nanti.

Parents pun nampak. Masa jemput anak nanti pun dia da nampak. Ada kad putih, ada kad kuning. Waaaaaaa... anak aku ada kerja sekolah. Nampak? Tak payah la sesak dengan maklumat grup whats app  tu. Tak da la anak2 nak kelentong parents  lagi. Boleh gitu. Lepas tu, bila kau kumpul kerja sekolah tu semula, kau kutiplah balik kad tu. Kalau kat beg dia tu masih ada kad tu, maknanya, dia belum hantar atau dia tak hadir hari tu. 'LL' tu apa...? Owhhhh LL.... Subjek ni banyak. So aku buat kad untuk subjek teras je, sebab waktu banyak. Yang elektif tu sikit masanya, jadi, boleh guna LL tu untuk lain2 subjek. Owhh.. Mungkin boleh tambah satu lagi, Pend Islam. Sebab Pend Islam pun masa banyak.

Aku baru nak cuba jadikan amalan. Nanti aku ukur dulu. Aku tengok apa masalah yang timbul, aku tengok sejauh mana keberkesanannya. Aku tengok mampu tak amalan ini menurunkan kadar murid tak siap kerja. Kalau berubah 100% lagi bagus. Tapi kalau dapat turun pun da kira ok. Nanti aku laporkan kat kau semua. Tapi kalau kau nak cuba buat kat sekolah masing2 pun boleh juga. 

Alhamdulillah. Kau doakan aku untuk terus membangunkan anak2 SKGC_Superb ni. Doakan aku dikurniakan kesabaran, ketenangan dan idea untuk memajukan mereka. Tak lain dan tak bukan, untuk kemenjadian anak2 ini. Aku kongsikan dengan kau semua, supaya benda yang baik dapat disebarluas dan digunakan semua. Mudah2an, aku dapat juga perkongsian daripa kau semua dan aku praktikkan di sekolah aku pula. 

Hidup ini bukan untuk menunjuk2. Kebaikan itu untuk dikongsi. Hidup biar berguna buat diri sendiri dan orang lain. Jumpa lagi.

Kita Kan Pemimpin : P-O-L-C

Assalamualaikum...
Disclaimer : Pandangan dan pendapat peribadi aku sahaja.

Semalam aku ada kongsi sikit tentang Kitaran PDCA. Satu kitaran penyelesaian masalah yang boleh kau guna tak kira apa peringkat pimpinan kau. Kau boeh tengok balik kat sini. So, hari ni aku kecikkan skop sikit kepada pemimpin atas dan pemimpin pertengahan. Kalau kat sekolah, untuk guru besar dan juga sayap2nya, GPK2. Hari ni, zaman kita ni, kita memimpin dengan cara kreatif. Masalah2 yang ada dalam kelambu organisasi kita juga perlu kita selesaikan dengan kreatif. So, kau kena dapatkan satu panduan untuk membolehkan kau mengurus, memimpin, dan mentadbir dengan berkesan. Supaya kau mampu mendepani cabaran dengan baik. Dalam mengurus ni, kau kena ada prinsip pengurusan. So ada empat fungsi utama dalam prinsip pengurusan, iaitu Planning - Organizing - Leading - Controlling (P-O-L-C). Ia jugak boleh lah kau sebut sebagai Rangka kerja POLC. Bila kau sebut macam tu nampak la kau tu tau. Haaaaa.

1. Planning (Merancang)
Fungsi ni paling pentinglah. Semuanya bergantung kepada perancangan. Kat fasa ni, kau kena tetapkan matlamat, objektif dan kau kena tentukan apa tindakan kau untuk capai matlamat dan objektif tu. Biasanya kat sekolah, guru besar lah yang merancang. Tapi kau kena ingat, ada guru besar yang akan mendapatkan idea, pandangan, data, daripada sayap2nya iaitu GPK2. Jadi secara tak langsung kalau kau GPK, kau juga harus tahu dan terlibat sama dalam proses merancang ini.

Merancang ni ialah kerja meramal masa depan. Haaaaaa.. dah macam tukang tilik tau tak.. Cuma tak tengok pakai geluk yang ada air tu je. Kau kena sandarkan kepada analisis, data, kajian2 dan dapatan kajian kau. Kau kena berpandangan jauh, gali dalam2. Ada macam2 cara. Ada yang buat analisis SWOT, analisis persekitaran, analisis jurang, analisis keperluan, dan macam2 kaedah lah. Yang tu kau google lah. Kau baca lah. Kalau aku tulis semua, panjang pulak. Nanti kau suruh lukis.

Aku pendekkan lah. Merancang ni biasa akan melibatkan proses memilih misi, visi, dan objektif. Kemudian tetapkan matlamat dan objektif setiap sub-unit. Lepas tu kau tetapkan program atau projek atau tindakan untuk capai matlamat. Contoh, kau nak bawak sekolah kau pergi mana? Nak murid2 kau terlibat aktif dalam ko-kurikulum sehingga peringkat tertinggi, sekurang2nya 50%.  Nanti, sub-unit kau sambut lah, Pengakap sambut, Puteri Islam sambut, Bola sepak sambut. dan lain2 lagi. Kau boleh tengok kat bawah ni aku letak jenis2 perancangan

  • Perancangan Strategik - kau analisis kekuatan dan kelemahan, peluang dan ancaman. Analisis SWOT la. Pilih strategi yang sesuai.  Tetapkan matlamat, objektif, KPI, dan strategi yang sesuai. Rancangan ni jangka masa yang panjang 3-5 tahun. Biasa boss, ketua, pengurus yang buat. Guru Besar lah. Tapi macam aku cakap, kau kena tahu.
  • Perancangan Taktikal - Rancangan ni rancangan tindakan kau bagi support  perancangan strategik yang besar tu. Biasa nya jangka masa pendek. Contohnya, matlamat strategik nak pencapaian 100% menguasai subjek teras, maka kau datang dengan perancangan taktikal yang nakkan semua guru kau diberi latihan dalaman secukupnya. So kau masukkan lah dalam Perancangan taktikal. Biasa yang buat ni ialah pemimpin pertengahan seperti GPK atau ketua panitia.
  • Perancangan Operasi - Senang citer program. Kau buat program berdasarkan Perancangan taktikal tu. Biasanya kurang dari setahun. Tadi nak meningkatkan kau punya kompetensi guru2, bagi mencapai matlamat strategik yang 100% menguasai tu kan. So kau buat program, program LDP untuk guru berkaitan meningkatkan kompetensi selama seminggu. Ni contoh lah.


2. Organizing (Mengurus)
Kau da rancang ataupun bos kau da rancang, apa kau kena buat? Kalau kau bos, kau urus lah. Kalau kau middle leader, kau urus bahagian kau. Kitaran mebgurus ni banyak jugak. Kau kena lah urus sumber2 yang ada, sumber manusia, sumber kewangan, sumber fizikal dan lain2 lagi. Senang citer, kau aturkan agihan tugas, kuasa, dan sumber. Aku ringkaskan lah.

  • Struktur organisasi - Kau kena cipta atau buat rangka kerja, dan pastikan letakkan sumber manusia di situ. Alaaaa... kau ada carta organisasi? Haaa tu la maksud dia. Kalau kau GPK Kokurikulum, sapa su sukan, sapa penyelaras badan beruniform, sapa coach boal dan lain2 lagi. Haaaa senang cerita. Payah nak berbunga dan beristilah ni. Tapi awas... Kat sini lah pentingnya kau urus. Pilih yang sesuai. Letakkan sumber dan kekuatan ditempatnya. Supaya tak timbul masalah kemudian. 
  • Reka bentuk kerja - Kau kena nyatakan dan letakkan peranan mereka. Pastikan mereka tahu peranan dan tanggungjawab masing2. Apa SOP nya? Apa proses kerja mereka. Jangan kau harap diaorg tahu sendiri. Alaaa kau google je la fail meja, kau ubahsuai ikut kesesuaian sekolah kau. 
Senang citer, pendek cerita, mengurus ni, kau agih tugas, kau beri input, kau tetapkan proses kerja, dan kau pandu mereka. Sampai tak maksud aku?

3. Leading (Memimpin)
Memimpin itu seni. Ianya sangat subjektif dan sangat sukar ditafsirkan. Untuk jadi pemimpin hebat dan berjaya, banyak faktor memainkan peranan. Memimpin adalah sebahagian daripada kerja pemimpin. Memimpin perlukan kau untuk mengarah, memotivasi, membimbing, memberi dorongan dan mempengaruhi orang lain. Kadang2 untuk memimpin kau perlu libatkan pengaruh sosial dan tidak formal untuk memberi inspirasi kepada orang lain. Dalam memimpin, keharmonian sangat penting untuk sama2 menuju ke arah organisasi. Ramai je orang buat kajian tentang tingkah laku. Ada sains tingkah laku lagi. Semua ni dibuat demi untuk memahami manusia, dan kau gunakan benda ni untuk mencapai hasrat organisasi kau.

Berbalik kepada persekitaran kau, kau kenalah ambil kira tentang human touch. Kau jangan biarkan orang lain. Kau arah mereka, dengan hikmah. Kau bimbing, kau dorong. Pastikan kau mendengar luahan, membantu menyelesaikan masalah, memudahkan urusan orang lain. Kebersamaan kau sangat penting. Keberadaan kau. Malah keterlihatan kau juga memainkan peranan. Kadang2, kau tak tahu, tap kau berusaha untuk tahu, seterusnya memberitahu. Kau kena kenal orang2 kau. Kau kena cari solusi untuk setiap individu yang bekerja di bawah kau. Cuma, ada masa kau perlu memimpin dengan tegas. Kalau perlu kau singkirkan orang yang menjadi virus.

4. Controlling (Mengawal)

Kau jangan biar macam tu. Kau kena kawal. Macamana nak kawal. Buatlah pemantauan. Kalau kau GPK HEM, kau pastikanlah semuanya berjalan baik. Kau tengok cikgu yang jaga RMT. Berjalan lancar tak program RMT kau. Kau tengok program2 amalan baik yang kau rancang untuk capai matlamat sifar salah laku tu. Berlaku tak seperti yang dirancang. Tu kawalan. Ambil tindakan perlu jika tidak berjalan seperti yang telah dirancang. Mengawal ni melibatkan ukuran prestasi lah. Pada matlamat, pada objektif, pada perancangan. Di sekolah, kau perlu ada fungsi ni, supaya, hala tuju yang telah dirancang tu dapat berjalan lancar. Kalau kau middle leader, kau jaga bahagian kau.

Empat fungsi ni, adalah panduan kau sebagai pentadbir dan pemimpin. Semalam kau da baca pasal PDCA yang membantu kau mengplikasi dalam menjalankan program kau. So POLC ni adalah lebih besar dalam urusan pentadbiran kau sepanjang tahun. Sepanjang kerjaya kau sebagai pemimpin dan pentadbir. Aku harap, sedikit sebanyak apa aku kongsi ni, akan menyerlahkan potensi yang ada dalam diri aku. Dan diri kau. Supaya potensi orang lain dapat kita bangunkan...

Kitakan pemimpin... kannn..

Kita Kan Pemimpin : P-D-C-A

Assalamualaikum.. hai semua...


Baru lepas makan. Lepak tepi rumah ni ha.. Sambil2 scroll media sosial, rasa nak menulis pulak. Berkongsi tentang apa aku buat. Ianya tak semestinya betul. Pada aku, betul la kan.. hahahaha So, pada sesiapa yang baca, aku harap post ni, beri kebaikan buat korang. Mana tau ada yang terinspirasi. Mana tau ada yang ambik intipati. Ada yang ambik 20% pun dah cukup. Post ni aku tak kongsi di khalayak. Hanya rakan2 yang aku rasa memerlukan.

Bila kau jadi seorang pentadbir, sudah pasti banyak benda yang kau nak subordinat kau buat. Macam2 plan dalam kepala kau. Lebih2 lagi kalau kau seorang ketua jabatan. Guru besar la senang citer dalam konteks aku ni. Ataupun kalau kalau kau middle leader, macam2 program yang kau rancang demi menjalankan dan memikul hala tuju yang telah ditetapkan guru besar kau. 

So, bila kau nak buat sesuatu, kau tak boleh harap benda tu, blinkkkk, siapppp!!! Tak boleh. Kau tak boleh nak order begitu sahaja, dan berharap agar semua siap mengikut kehendak kau. Ada beberapa perkara yang kau kena tahu, ataupun kau buat untuk pastikan kau dapat apa yang kau nak. So aku nak kongsi kat kau, apa perkara yang kau kena lakukan sebelum kau dapat hasil yang kau harapkan. Dalam banyak kes, kau da tahu benda ni semua, cuma kau belum amalkan. Aku pun mula2 agak payah nak amal, tapi lama2 aku amalkan jugak, sebab ianya sangat membantu. P-D-C-A. Kau pernah dengar? Macam mustahil kalau kau tak pernah dengar. Jujukan huruf ni sangat banyak kita dengar dan gunakan. P-D-C-A ni juga dinamakan kitaran Deming, sebab orang yang kenalkan benda ni ialah W.E Deming. Biasanya kita gunakan sebagai panduan untuk kerja buat kita. Plan - Do - Check - Action (PDCA). Kitaran ni biasanya digunakan sebagai salah satu alat untuk menyelesai masalah. Dalam konteks ni kau boleh guna untuk melaksanakan program

1. Plan (Rancang)
Apapun kau nak buat, kau kena rancang. Sama ada kau nak duduk semeja dengan orang lain, atau kau nak buat sorang terpulang dan ikut program yang kau nak buat. Tak semestinya program besar2. Program 30 minit yang kau nak buat pun kau kena rancang. There is no such thing semua benda ada dalam kepala. Kau jot down. Catat. Rangka. Lagi besar program lagi banyak benda kena rancang. Aku bagi tips, kau kena bayangkan pra - semasa - dan pasca program. Kau kena ada daya imaginasi untuk bayangkan perjalanan program. Kau tulis. Kau tengok. Apa yang perlu kau buat. Pra program, kau kena ambil kira, masa, tempat, keadaan tempat, kos, logistik, kebajikan pegawai, kebajikan peserta, dan lain2 lagi.

Kemudian, kau kena bayangkan semasa program berjalan. Tak semena2 nanti, macam2 perkara lalu dalam kepala. Ada benda yang kau baru terfikir, tindakan itu patut kau buat semasa pra program. Dan macam2 lagi. Tulis la benda2 tu semua. Kau boleh rujuk mana2 program yang kau buat sebelum ni, ataupun program orang lain, atau pun mana2 sumber yang kau rasa membantu. Belum habis lagi. Kau kena fikir apa pulak selepas program tu. Contoh, murid2 kau macamana nak balik, pukul berapa nak balik, nak maklumkan parents macamana dan lain2 lagi. Aku cadangkan, kau sediakan senarai semak untuk semua ni. Kau buat pelan tindakan, kau buat carta gantt kalau perlu, kau buat pelan kontigensi. Yang ni wajib. Pelan kontigensi ni wajib, sebagai backup untuk apa2 yang berlaku. Contoh kalau hujan macamana. Kalau penceramah tak dapat datang macamana.

Lepas tu kau kena dapatkan kebenaran daripada majikan kau. Lulus ke tak? Atau kalau kau Guru Besar, kau bentangkan kat subordinat kau perkara ni. Kalau program kecik, kau bincang je lah dengan penyelaras yang akan laksanakan. Kalau besar sikit, kau buat meeting. Kau bentang apa kau nak. Kau kena ready dengan semua maklum balas dan pertanyaan, dan kau boleh juga ambil pertimbangan mana2 bahagian yang kau rancang tu tak berapa sesuai. 

Kau kena ingat, kau kena bimbing orang2 kau, subordinat kau. Kau kena bagitau apa kau nak, kena pastikan yang subordinat kau buat apa yang telah dirancangkan. Pastikan diaorang tahu! Pastikan diaorg buat! Gerakkan mereka. Bimbing!! Dorong!! Haaaa ingat dua benda ni. Kau mesti bimbing dan dorong. Penuhkan mereka dengan maklumat. Pastikan kau sentiasa ada untuk membantu. Pastikan kau sentiasa ingatkan mereka. Jawab apa pertanyaan mereka, selesaikan apa masalah yang mereka hadapi. Ambil tindakan sewajarnya kalau ada yang tak nak. Jangan biarkan mereka tak nak. 

2. Do (Buat/laksana)
Kemudian, fasa menjalankan program. Program berjalan dengan semua subordinat kau bekerja. Masa ni, kau ketua. Bukan kau yang buat. Kau tengok. Biar orang2 kau yang buat. Biar dia orang laksanakan apa yang kau nak. Kau da bekerja. Kau da buat bahagian kau iaitu merancang, membimbing dan mendorong. Tapi kau kena ada. Keberadaan dan keterlihatan kau tu sangat penting. Biar mereka tahu kau ambil tahu. Keberadaan kau diperlukan waktu itu untuk mewujudkan suasana kekitaan, kecaknaan, kerjasama dan lain2 lagi. Kau kena ada sebab apa2 permasalahan, kau kena buat keputusan penting. Teruskan kerja kau untuk membimbing dan mendorong. Bagi semangat. Betulkan segera kesilapan atau ketidaksempurnaan dengan hikmah. Kau kena ada sedikit sentuhan emosi. Ambil hati dan lain - lain lagi. Pastikan semua mengambil bahagian. Pastikan program berjalan seperti yang dirancang, seperti yang kau nak. Jangan ubah apa2 pada saat akhir.!! Kontigensi dan perubahan adalah dua benda berbeza.

3. Check (Semak/periksa)
Ramai orang terlepas pandang perkara ni. Ramai orang tak ambik kisah benda ni. Lepas program, sediakan laporan, dah.. habis. Fasa ni penting. Bukan sekadar penting untuk program ni, tapi untuk masa akan datang. Program akan datang. Fasa ni memerlukan kau untuk meneliti kelemahan. Bukan kelemahan sahaja, malah kebaikan dan kekuatan. Mana yang bagus tu kau teruskan. Kelemahan tu kau cari jalan macamana nak baiki dan betulkan. Kau kena ukur kejayaan program kau. Kau boleh ukur mungkin penjimatan kos. Mungkin juga kau jimat masa. Kau rancang dua jam, tapi kau buat satu jam. Itu kejayaan. Kelemahan tu mungkin ada complaint daripada parents atau pegawai kau sendiri. Atau pun peserta sendiri. Kau buat lah mesyuarat bedah siasat. Post Mortem. Kalau program kecik, mungkin 2-3 orang berbincang. Kalau besar, ramailah. Senaraikan kekuatan, kelemahan. Kau mintak cadangan penambah baikan. 

4. Action (Tindakan)
Fasa ni ialah fasa kau kumpulkan semua dapatan kau hasil post mortem tu. Bagi cadangan tu pada pihak atasan kau. Kalau kau da kat atas. Kau kena pastikan dapatan ini dapat digunakan untuk program2 lain. Pastikan kelemahan program ni tak diulangi dalam program lain. Kekuatan program ni diteruskan untuk program seterusnya. Penyelaras program kau lemah. Kau tukar lah untuk akan datang. Kau gunakan ditempat yang betul. JK persiapan tempat, ada masalah hubungan sesama JK. Kau ubahlah JK untuk program akan datang. Kos melebihi bajet, kau sediakan perancangan kewangan yang lebih, atau kau cari peruntukan lain. Ada parents complaint anak dia gatal2. Kau sediakan kelambu atau ubat nyamuk pada waktu malam lepas ni. Ada pegawai kau tak dapat hadir kerana terlibat dengan hari terbuka anak2. Kau susunlah jadual yang sebaiknya. Program kau kurang sambutan. Kau kena pastikan hebahan perlu dibuat awal, diwar2kan. 


Stress dan tertekan bila program yang kita rancang tak menjadi. Apa yang kita nak tak dapat nak laksana. Rilex. Chill. Aku tunggu setahun lebih baru aku dapat banyak benda. Banyak kali aku gagal. Tak lah sepenuhnya, cuma tak dapat macam yang aku nak. Mula2 marah beb. Panasssss je. Apasal susah sangat nak ikut cakap aku. Apasal payah benar nak buat. Tapi lepas tu aku realised, aku kena ubah diri aku dulu. Aku tengok balik mana kelemahan aku. 

So, formula atau kitaran P-D-C-A ni banyak membantu aku. Kau jujur dengan diri sendiri. Kau letakkan kegagalan itu pada diri kau dulu. Kau kaji balik. Tengok balik dalam2. Nanti kau jumpa lah sebabnya. Tenang2. Rilex. Chill. Kau kena ingat, kalaukau stress, marah, bengang, macamana kau nak bertindak. Kann.. Satu yang kita gagal sebenarnya ialah, kita gagal menggunakan potensi diri kita yang kita ada. Haaaaa.. tak sangka kan? Ye.. kita sebenarnya gagal menggunakan potensi diri kita. Tu yang berlaku. Kalau kita berjaya menggunakan potensi kita dengan betul dan sebaiknya, kau tengok lah, berapa ramai potensi orang lain yang kita bangunkan. So, aku dan kau kena sedar hal tu. Sekarang ni, kau kena sabar sikit. Kau kan pemimpin. Kau lebih tau, lebih baik, lebih ilmu dari orang bawahan kau. Cuma kau kena bersabar lebih sedikit untuk utilised  kau punya potensi. Kegagalan, cabaran, halangan hari ni, akan buat kau lebih bersinar sedikit masa lagi. 

Kau kan pemimpin.. kann 😊




Post lain