Hai semua.. Assalamualaikum..
Menyampaikan hasrat |
Kau biasa tak stress dalam kelas? Biasa la kan. Mau tak stressnya. Bagi kerja rumah tak siap. Cuti 3 hari, bagi 5 soalan. Tak siap!! Peh menyirap je kan time tu. Kadang2 buku tertinggal. Rasa nak sembelih orang je betul? Elok kau menerangkan kat depan, murid kat belakang boleh pulak buat kerja sekolah subjek lain. Tu belum yang jenis kacau member lain tengah buat kerja. Kau marah, kau membebel, buat muka sedih. Nak hukum denda, kang viral la pulak. Ahhh kena jugak sedas dua kalau dah bengang sangat. Kalau kau membebel pulak, darah naik kat kepala. Tengkuk mula la sakit. Yang lagi azab, habis je kelas tu, kau sambung pulak kelas lain. Pun sama gak. Masa tu aku rasa kau memang nak isi borang pencen kan? Walaupun servis kau 20 tahun lagi. Hahahahahahah.. Kau terasa ke? Terasa lah... Aku tak da hal.. Sebab kita semua sama je. Hehehhehe..
Berkongsi idea |
Tengahari tadi, dalam slot PLC mingguan, aku ambil inisiatif untuk buat satu bengkel. Bengkel menulis skrip sapaan dan alu-aluan sesi PDPC. Hahahahahah.. da macam nak buat filem pulak ada skrip. Tujuannya mudah. Aku nak buat satu amalan baik, iaitu sesi borak2 sebelum masuk belajar. Bahasa mudahnya lah. Laaaaaaaaaaaaaa kan dah ada set induksi. Ok.. aku nak kau faham betul2 apa hasrat aku. Set induksi tu, adalah salah satu langkah dalam PDPC, biasanya ia akan ada kena mengena dengan isi pelajaran pada sesi tersebut. Ada hubungkait. Tapi sesi borak aku ni, aku buat awal lagi. Tak lama. 2-3 minit aje. Ramai dah buat. Kita biasa buat. cuma kita tak sedar.
Biasa kita dengar sahabat2 kita buat bila nak keluar kelas. "Terima kasih cikgu. Halalkan ilmu cikgu. Kami saaaaaayang cikgu." Kali ni aku tampil sikit berbeza. Kau masuk kelas, beri salam, murid jawab dan baca doa. Kau pastikan kelas bersih, sampah2 dikutip, susun buku2 atas meja tu. Then... haa kau borak la sikit. Kau tanya la apa2 yang membuatkan murid lupa sekejap subjek sebelum kau masuk. Haaa benda ni lah yang aku suruh skripkan. Buatkan sarana. Bukan untuk guru sahaja, untuk murid juga. So aku terangkan pada cikgu2 apa yang aku nak. Mintak dia buat sarana untuk guru dan murid. Tak kisah la apa2. Pertanyaan ke. Pujian ke. Teka teki ke.
Pakar punch line |
So aku bagi kumpulan berempat. Actually, kumpulan tu da setup sejak bengkel2 sebelum ni. Masing2 beria dan bersungguh menghasilkan sarana skrip yang baik. Sekejap jadi murid untuk menghayati watak. Cukup 15 minit, semua kena tampal hasil kerja masing2. Then, gallery walk time. Satu2 karya dijelajahi dengan setiap kumpulan dikehendaki memberi markah berdasarkan berapa bintang out of 5.
Hurmmm... masing2 gelak kan kumpulan lain. Bukan gelak kutuk, sebab ada skrip yang mencuit hati. Dapatan daripada hasil karya mereka aku bincangkan. Tertarik dengan satu ayat.. 'Cikgu kenapa cicak melekat kat dinding'. Dalam hati aku berbisik. Apa benda ni. Tengok bintang yang dia dapat pun baru 9 bintang, berbanding 12 dan 13 bintang untuk kumpulan lain.
Wakil kumpulan, Cikgu Zana cakap, cikgu itu 'punch line' laaaaa.. 'Cikgu kenapa cicak melekat kat dinding? Kerana cikgu melekat di hati saya... Cia cia cia'.. Hahahahahahaahhahahaha... Owhhhhhhhh.. Faham lah aku. Brilliant!! Kreatif. So aku tambah lagi, bukan setakat pertanyaan, pujian, teka teki sahaja, 'punch line' pun boleh. Kekekekekekek.. Aku pun meng cover. Haaa mana kumpulan yang bagi dia 3 bintang tadi.. Tak rasa bersalah ke.. Tambah lagi bintang dia. Masing2 mengekek ketawa. Semua kena. Aku puas hati. Cikgu2 berjaya menyambut hasrat aku dengan baik. Mereka dah selesa sekarang dengan pendekatan yang aku gunakan. So, selepas ini, semua skrip ni akan didokumentasikan dan akan dimurnikan untk dijadikan amalan baik di sekolah kami.
Kenapa aku buat benda ni. Berbalik macam aku cerita kat perenggan pertama tadi. Kau sentiasa stress dalam mendidik. Memanusiakan manusia ni memang besar cabarannya. Jadi, kau kena cool. Kawal diri, tenang. So, aku berharap. Anak2 comel dalam kelas tu nanti, bila dia bergurau dengan kau bila kau masuk kelas, mampu menyejukkan kemarahan kau. Mengendurkan amarah yang kau bawa dari kelas lain. Kau tengah panas, tiba2 anak2 ini sapa kau, 'Cantik la baju cikgu... Baju baru ke cikgu'.. Kau masih nak marah lagi ke? Atau pun. Kau ok je hari tu. Tapi kelas tu hilang mood sebab baru kena marah dengan guru besar sebelumnya. So kau masuk, kau sapa mereka. 'Kenapa anak2 cikgu senyap je hari ni? Tak da mood ke? Tak hensem la senyap2 ni. Tak cantik la masam2 ni..' Percaya cakap aku, anak2 tu mesti akan bertindak balas mengadu kat kau. Bahagialah kalau dapat buat macam ni kan...
Aku belajar banyak benda. Salah satunya, jangan buat rumusan awal. Ni kes punch line tadi tu lah. Aku kena belajar mendengar sesuatu benda tu sampai habis. Tau hujung pangkal. Aku tak boleh terus buat rumusan. Bukan cikgu2 je belajar benda baharu. Aku pun. Sayang betul kat cikgu2 ni. Dia orang beri kerjasama yang jitu. Aku doakan cikgu2 ni sentiasa dipermudahkan urusan mereka. Jadi guru yang cemerlang dan berdedikasi. Dapat membimbing anak bangsa. Dan terus istiqomah. Kau pun terus doakan aku ye.
p/s: aku beri kredit untuk Cikgu Azimah, cikgu ayu tapi slang jawa pekat tu.. dia yang cetuskan idea ni. Terima kasih cikgu.. heheheheh