PKP Fasa 3 : Jalan Terus!! Terima Kasih Cikgu - Cikgu Ku

Pengumuman Perdana Menteri tadi, PKP dilanjutkan. Alhamdulillah. Keputusan yang wajar dari pihak kerajaan. Aku pulak, dah mula rindu. Rindu nak dengar hingar bingar waktu rehat. Rindu nak jegil mata pada anak - anak yang berlari kat koridor. Rindu nak menyakat cikgu - cikgu kat kantin, kat bilik guru. Rindu nak bergaduh manja dengan GPK2.

Sesi brainstorming dengan cikgu -
cikgu siang tadi.
Apapun, sebagaimana wajarnya kerajaan telah membuat keputusan, kita rakyat seharusnya menyokong. Bersama - sama dalam memenangi peperangan menentang wabak ini. Kebersamaan memastikan kejayaan. Begitu juga di mana - mana organisasi. Dan begitu juga lah di sekolah aku.

Siang tadi, sesi brainstorming bersama para guru melalui saluran whats app tentang bagaimana kami ingin terus work from home. Alhamdulillah, macam - macam idea daripada cikgu - cikgu. Macam - macam pendapat. Masing - masing cuba memberi yang terbaik untuk anak - anak, dengan mengambil pelbagai pertimbangan dan isu. Akhirnya kami bersepakat, untuk meneruskan sesi PdPc dengan beberapa kriteria yang kami putuskan. 

Untuk fasa ketiga PKP ini, kami sedar, kami tidak boleh lagi memberikan tugasan kepada murid. Sudah sampai masanya, kami meneruskan kepada sesi Pdpc. Oh ya... Kau boleh tengok semula apa yang kami buat sebelum ni di sini. Semua ketetapan sebelum ini diguna pakai.

KAEDAH BIMBINGAN VIDEO/ NOTA PADAT

Elok je cikgu aku bagi nota macam ni..
Takda masalah, aku terima.
Kami sepakat untuk menghasilkan sesi video yang di rakam, untuk diberikan kepada murid -murid, melalui platform whats app dan juga Gerbang Digital Sekolah.  Cikgu - cikgu bebas untuk menghasilkan apa sahaja video mengikut kemahiran dalam Pdpc. Sesuaikan dengan kemahiran. Agak - agak kemahiran susah, tinggalkan dahulu. Buat mana - mana kemahiran yang sesuai dengan bimbingan video.

Aku letak syarat, video itu mestilah tidak lebih 15 minit. Kalau lebih, susah untuk cikgu rakam, susah untuk cikgu muat naik, susah untuk anak - anak muat turun dan banyak sangat kontennya. So, biar sikit tetapi berbaloi. Biar semua pihak mudah. Nak buat video pun bukan mudah kan. Nak cari line lagi, mau duk atas bumbung waktu - waktu PKP ni.

Sabar. Tak dalah nak menyusahkan cikgu - cikgu. Kalau kau ada video sesuai dari youtube, kau boleh ambil dan berikan pada anak - anak. Ataupun, ada ketika bimbingan video tak sesuai, kau lukis atau tulis sahaja nota di atas kertas. Beri pada aku, aku jadikan dalam bentuk pdf. Kata kunci dia, mana - mana yang mudah untuk cikgu, murid dan ibu bapa serta bersesuaian.

TUGASAN

Aku minta juga. Minta cikgu - cikgu sertakan sekali tugasan selepas satu - satu video dan nota diberikan. Ada juga syaratnya, kalau nak cantik guna soalan yang dibina daripada Google forms. Tapi kalau tak ada, tak pa. Bagi je soalan tulis tangan. Sebab ada juga cikgu - cikgu di kampung yang tak bawak balik laptop.

Tugasan tu, jangan banyak - banyak. 5 soalan pun cukup. Bergantung pada jenis soalan lah kan. Takkan nak bagi karangan 5 soalan. Matilanak.. Hahahaha... Sesuaikanlah. Tak pa biar anak - anak dapat jawab soalan. Biar dia rasa waaahhhh aku da siap. Aku boleh buat. Biar dia tunggu pulak apa kerja esok cikgu nak bagi.

MASA

Kartun ni nampak kelakar, tapi dia patut beri kita kesedaran
untuk mempertimbangkan banyak perkara
Kami juga tetapkan, masa fleksibel. Bila - bila saja anak - anak boleh jawab. Benda ni kita kena sedar, mereka susah nak dapat akses. Terutama yang berkongsi dengan ibu dan ayah. Tak semua mak ayah ada di rumah. Ada yang bekerja di barisan hadapan. Ada yang bekerja sebagai penghantar makanan, pemandu, dan lain - lain. So, biarkan anak - anak ambil masa mereka sendiri.

Hatta, buat pada hari Jumaat dan Sabtu pun tak mengapa, kalau itu masa yang mereka ada. Kartun kat sebelah tu, nampak macam melawak, tapi ia patut memberi kita kesedaran untuk mempertimbangkan banyak benda.

Jadi, kalau anak - anak diberikan kuiz google forms tu mudahlah. Tapi kalau kerja - kerja yang bertulis, maka aku nasihatkan cikgu - cikgu agar menerima sahaja kerja pada bila - bila masa.

JADUAL

Untuk aku, dipihak pentabir ini. Aku tak bolehlah lepas tangan. Aku kena pantau, selia, bimbing, nasihat dan banyak perkara aku kena buat. So, aku kena susunkan jadual. Jadual ni, jadual untuk cikgu - cikgu letakkan video atau nota pdpc mereka beserta tugasan.

Semua catatan ringkas cikgu - cikgu.
So, aku teruskan ketetapan yang lepas, satu hari satu subjek. Cuma, aku lom sempat nak buat. Sebab nak tulis blog dulu. Hahahahaha... Tak sabar - sabar aku nak bercerita kat korang sebenarnya, tentang cikgu - cikgu aku yang sentiasa memahami dan membantu aku. Alaaaa lagi pun esok Sabtu. nantilah aku bagi jadual. Heheheh.

RPH..? Mana ada RPH kan. Catatan ringkas. Ye cikgu - cikgu aku sentiasa isi catatan ringkas melalui google form yang telah pun aku sediakan. So, ni tugas aku lah. Memastikan pelaksanaan berjalan. Semak, tegur kalau ada yang tak kena. Benda kan aku dah mudahkan. So, cikgu - cikgu pun kenalah usaha juga. Tapi alhamdulillah. Semua beri kerjasama yang baik.

INISIATIF

Perbincangan aku dengan ustazah tentang
Minggu Bahasa Arab
Dalam penulisan aku yang lepas, aku ada tulis, aku buat challenge. Tak lama lepas tu, banyak jugak sekolah lain yang buat usaha begitu. Ada yang melukis poster, ada yang buat video, ada yang beri galakkan dengan hadiah wang tunai. Alhamdulillah. Bagus lah macam tu. Ehhh... jap2.. aku tak claim diaorg tiru. Hahahaha.. Maksud aku, benda yang bagus buat je lah.

Tiba - tiba, Menteri Pengajian Tinggi buat challenge Tik Tok. Hahahahahaha... Kidding me?  Aku ingat kalau IPT punya challenge buat inovasi ke, apa ke, lebih baik kot. So, lepas ni aku memang ada nak buat challenge lagi. Panitia RBT aku, nak buat Cabaran menu PKP Bangsa Pogoh. Murid akan berkongsi resepi yang dihasilkan. Haaa gitu lah. Tunggu lah nanti.

Dalam pada tu, ada seorang ustazah text aku. Dia nak buat Minggu Bahasa Arab. Sepatutnya ikut takwim yang aku buat, minggu kedua Ramadhan. So, kami dah berbincang untuk buat minggu hadapan. Dan aku akan sekalikan dengan Minggu Ihya Ramadhan. So, lagi banyaklah cabarannya nanti.

PKP : UJIAN DAN CABARAN KITA

PKP da masuk fasa ketiga. Ujian dan cabaran untuk kita. Sedikit demi sedikit, kita mula sesuaikan diri dengan ujian dan cabaran ini. Semuanya terletak pada kita. Kitalah yang perlu menyesuaikan diri kita. Benar, setiap daripada kita dihadapkan dengan masalah yang berbeza dan pelbagai. Tetapi, ia bukan tentang apa yang kita hadapi, tetapi tentang bagaimana kita bertindak.

Sebab tu aku nak highlight kan kepada korang yang membaca, tentang cikgu - cikgu aku. Bagusnya cikgu - cikgu aku yang sentiasa menyokong. Diaorang tak bising - bising, diaorang tak marah - marah, tapi diaorang turut sama membantu aku, mencari solusi.

Di luar sana, macam - macam isu, isu cikgu macam dewa lah, isu cikgu bagi banyak kerja lah, isu cikgu makan gaji buta lah, isu potong gaji cikgu lah. Tu belum isu cikgu - cikgu sendiri yang mengecam rakan - rakan guru sebab berusaha untuk memastikan pdpc tidak pernah berhenti. Aku ikuti. Tapi aku tak peduli. Kami tak peduli. Biarlah lah mereka. Ada aku kesah?

Kami menjalankan tugas dan kewajipan yang dipertanggungjawabkan. Andai kata, daripada 30 orang murid dalam satu kelas, hanya 3 orang yang menjawab dan mengikuti apa yang kami buat, itu pun kami rasa syukur. Sekurang - kurangnya usaha kami berjaya.

Untuk kelas tahun 6, tak mengapa. Kita ikut sahaja apa yang dirancang kementerian akan datang. Jangan kita bimbang sehingga kita abaikan apa juga yang diperlukan ketika PKP ini. Buat apa yang mampu. Apa yang semua pihak mampu. Baik guru, murid dan ibu bapa.



Siang tadi, rindu betul dengan cikgu - cikgu. Aku hantar satu video buat mereka. Saja, nak bergurau senda. Lama betul tak bergurau. Kalau teks, takut nanti salah faham, so, hantar video. So, senang cerita, naik sekolah nanti, kita timbang berat badan masing - masing. Nak isi markah SEGAK untuk cikgu - cikgu. Hahahahahaha... Jumpa lagi.

Cikgu dan PKP... Masa Untuk Bermuhasabah

Banyak betul cerita tentang guru di media sosial. Baik di dinding sendiri atau pun di halaman - halaman lain. Entahlah. Tak tahu nak ulas macamana. Tak perlu pun ulas sebenarnya. Tapi atas kedudukan, dan rasa tanggungjawab, aku menulis juga. Harapan aku, kalau ada 10 yang baca, ada seorang yang dapat manfaatnya.

Dalam penulisan aku kali ini, aku malas nak bercerita tentang Si Jaafar tu. Tak berminat dan bukan perkara pokok dalam tulisan ini. Aku lebih suka menulis dalam ruang lingkup aku iaitu dunia pendidikan kita. Cikgu lah. Kita kan cikgu. Hatta, kalau kau dekat KPM ke, JPN ke, PPD ke, selagi kau DG, kau cikgu lah dulu. Aku tak nak tulis dalam - dalam, cukup sekadar memberi satu dua pandangan.

Aku baca apa yang Si Jaafar tu tulis. Tulisan beliau penuh dengan perangkap. Menunggu masa untuk pembaca yang terjerat. Para pembaca yang terjerat, akan memberikan komen. Malah ada yang screenshot dan mengulas di wall masing - masing dan juga halaman - halaman lain. Perkara ini sebenarnya telah 'memberikan kemenangan kepada beliau. Dan telah membantu beliau dalam membuktikan bahawa beliau di pihak yang benar. Beliau dapat apa yang beliau mahukan. Perhatian, like, traffic dan lain - lain.

IT'S NOT WHAT HAPPENS TO YOU,  BUT HOW YOU REACT TO IT MATTER

Rakan - rakan guru yang dihormati... Beginilah, Kita adalah guru, satu profession yang paling mulia. Kitalah yang menjunjungnya. Kitalah yang menjaganya. Jangan salah faham. Aku bukan menyalahkan guru. Aku cuma nak tulis, apa sebenarnya yang perlu kita lakukan. 

Pertama, kita perlu matang. Matang untuk menangani provokasi sebegini. Matang dalam memberi komen. Matang dalam mendepani sebarang isu. Bagaimana hebatnya kalian mendepani anak - anak di sekolah, memanusiakan mereka, menghasilkan kemenjadian murid yang cemerlang dalam pelbagai bidang, begitu jugalah kalian perlu hebat dalam menangani isu. Matang bagaimana? 

Raikan pendapat. Jangan anggap semua perkara itu kecaman. Anggap ianya pendapat, dan kita perlu berhujah dengan kematangan emosi yang tinggi. Gunakan perkataan dan laras bahasa yang baik. Itu pendapat dia. Hujah dan pendapat  kita apa pula? Jangan sesekali memberi komen dengan emosi. 

Kadang - kadang, bukan kenyataan Si Jaafar tu je, kenyataan dan pendapat rakan - rakan lain pun, kita kecam dan hentam. Rakan - rakan kita sekadar memberi pandangan, maka raikanlah mereka dengan pendapat kita. Idea kita. Bukan kah itu  lebih mencerminkan kematangan kita dalam konteks seorang pendidik?

Kedua, bersyukur. Bersyukur itu adalah ubat untuk penyakit hati. Kita perlu sentiasa bersyukur. Kita kena bersyukur dalam banyak hal. Bersyukur sebab tuhan bagi masa bersama keluarga. Syukur sebab kita masih lagi diberi kesihatan dan dijauhkan dari sebarang penyakit. Syukur sebab masih lagi diberi rezeki walaupun kita bekerja dari rumah.

Sekurang - kurangnya, kita perlu bersyukur sebab kita adalah seorang guru. Satu profession yang mulia. Kita ada cara kita sendiri dalam membantu negara menghadapi situasi ini, walaupun kita tidak berada di barisan hadapan. Sedang rakan - rakan penjawat awam lain berperang di barisan hadapan, kitalah yang memikirkan anak - anak mereka dengan membekalkan pelbagai latihan dan tugasan untuk anak - anak mereka. Leka seketika dari kerisauan memikirkan ibu bapa mereka yang sedang berjuang di barisan hadapan. Sekurang - kurangnya.

Dengan bersyukur, inshaallah, kita sentiasa dipelihara, daripada sikap negatif seperti mempersoalkan hal - hal orang lain. Terhindar dari iri hati kepada orang lain. Terpelihara daripada sikap memperlekehkan orang lain. Inshaallah, kenyataan kita lebih baik. Emosi kita lebih stabil, dan kerja kita pastikan akan lebih produktif.

Ketiga, sentiasalah bersikap positif dan berlapang dada. Sukar. Tapi tidak mustahil. Kritikan yang terbaik datang dari musuh kita sendiri. Ehh... Kita ada musuh ke? Hurmmm dunia sekarang ini, musuh ada di mana - mana, tanpa kita menciptanya. Kalau ada kritikan, kita baca sampai habis. 

Faham dan hadam sebaiknya. Kadang - kadang setiap kritikan orang itu, telah diteliti oleh pihaknya. Mungkin bukan kita, tapi ada segelintir kita. Tak mengapa. Ambil sebagai satu kritikan yang membina. Mana yang perlu dibaiki, kita baiki. Sentiasa berfikiran positif. Kita baiki diri sehingga mereka tiada ruang untuk memberikan kritikan lagi. Berlapang dada. Jangan cepat melatah. Fikir semua keburukan dan kebaikan dalam setiap tindakan kita.

PUTUSKAN RANTAIAN NEGATIF INI

Sebagaimana kita berusaha memutuskan rantaian wabak COVID19 ini dengan duduk di rumah, kita juga boleh memutuskan rantaian negatif ini. Hentikan sebarang komen, perkongsian, dan apa - apa pendapat mengenainya. Jika tiada apa - apa tindak balas daripada kita, maka inshaallah terhentilah rantaian ini. Kita 

Kita buat, apa yang sepatutnya kita buat. Cikgu - cikgu sentiasa buat yang terbaik untuk anak - anak murid sepanjang PKP ini. Teruskanlah. Teruskan apa yang baik. Rakan - rakan guru kita semua bukan calang - calang. Semua berkemahiran dan hebat - hebat belaka. Banyak sangat ilmu yang saya perolehi dari pada laman muka buku daripada perkongsian rakan - rakan guru. 

Apa juga isu mutakhir ini, hanyalah ujian untuk kita. Tuhan uji kematangan kita, kesyukuran kita, emosi kita. Kalau masih tak tahan untuk berbicara tentang isu - isu ini, silakan bicara. Tapi kita cari alternatif lain. Mungkin dalam platform media sosial yang lain. Kumpulan whats app contohnya. Bincanglah, dan cari solusi bersama. Maklumlah, kan tak boleh mengeteh time PKP ni. Ataupun, berceloteh sendiri macamaku di blog.

Tulisan ini, bukan untuk menarik perhatian ramai. Sekadar memberi pendapat dan pandangan. Aku kurang suka untuk memberi pendapat di ruang media sosial facebook. Ruangnya agak terhad, tetapi capaiannya terlalu ramai, dan menjadikan aku tak selesa. Platform blog ni, dah tak glamour macam dulu. Dah bukan musim sangat. So aku selesa sikit. Kalau aku kongsi di facebook pun, orang tak perasan sangat. Hahahahaha.. 

So teruskan apa yang baik. Hindarkan diri kita daripada orang - orang dan keadaan yang negatif. Kita bukan macam mereka, so kita jadi diri kita sendiri. Sentiasa positif. Jumpa lagi.

Sistem Birokrasi di Sekoah... Satu pandangan

Petang tadi, aku dapat satu pesanan whats app daripada seorang sahabat yang sedang dalam pengajian Master nya. Dia minta pandangan lebih kurang begini, "selama cikgu menerajui pucuk pimpinan di sekolah, apakah pandangan cikgu tentang sistem birokrasi yg diamalkan di sekolah, khususnya yg melibatkan pentadbiran sekolah?" Hahahahahaha.... Aku tergelak besar. Kenapa aku gelak?

Aku rasa macam ilmiah sangat soalan ni. Aku pulak jenis huha huha. Rasa macam tak layak la untuk menjawab. So, post ni memang aku tak publish la ke media sosial. Hahaha. Puas jugak duk mikir, apa cara terbaik aku nak menjawab. So, aku ada gak buat pencarian kat Google tadi, tapi aku tengok, ada satu blog tu, sebijik dia ambik kat Wikipedia. Maka, aku tulis je lah berdasarkan apa yang aku tau. Kira pure la daripada aku.

Siap nak ber blog bagai? Hahahaha... Yang bertanya bukan kaleng - kaleng. So kalau aku jawab kat blog, aku rasa mcm bebas sikit nak menjawab. Nak bercerita, pandai - pandai la dia cari point dia. Kihkihkih. Untuk menjawab soalan ni, aku sandarkan kepada Naratif Baharu Amalan Pendidikan,  dan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPMg2). 

NARATIF BAHARU AMALAN PENDIDIKAN

Pada tahun 2019, satu Naratif Baharu Amalan Pendidikan telah dilancarkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia ketika itu, yang menyaksikan naratif utamanya iaitu pembelajaran berasaskan perkembangan, telah disokong oleh 3 sub naratif. Salah satunya ialah kepimpinan pendidikan. 

Satu transformasi berlaku, apabila, corak pengurusan kepimpinan pendidikan terkini ialah bersifat bottom - up. Selama ini, sepanjang aku berkhidmat, pengurusan pendidikan adalah dari atas ke bawah. Top - down. Apa maksudnya?.

Ini bermakna, sekolah diberi kuasa untuk menentukan apa saja perkara dan pelaksanaan mengikut acuan sendiri. Mengikut pertimbangan dan jugak perkiraan sekolah sendiri. Asalkan, masih lagi mengikut ketetapan utama yang digariskan kementerian.

Sekolah lah yang merancang setiap penambahbaikan yang perlu dilaksanakan. Ianya berdasarkan kepada semua kluster yang diperkenalkan dalam Dialog Prestasi. Ilmiah sangat ni. Adehh.. Gini, sekolah kau sekolah kampung, kenapa budak tak datang?

Kau cari punca, kau buat intervensi, kau selesaikan. Kau tetapkan KPI kehadiran murid kau sendiri. Tak payah ikut sekolah lain. Tak payah ikut KPI PPD ke JPN ke. Dah sekolah kau kat pulau, musim tegkujuh budak tak boleh datang. Yang gatal - gatal gi letak sampai 99% kenapa. Haaaa.. gitu le ibarat.

STANDARD KUALITI PENDIDIKAN MALAYSIA GELOMBANG 2

Dalam pada itu, kau perlu guna juga SKPMg2 sebagai guideline untuk kau mengurus. Alat untuk menilai pengurusan sekolah. Nampak hubung kait dia? Kau diberi autoriti untuk mengurus sekolah, melaksanakan penambahbaikan, buat sistem pengurusan sendiri, intervensi sendiri, dan nilai sendiri menggunakan SKPMg2 sebagai alat untuk kau tentukan keberkesanan apa yang kau buat.

Bimbingan
Jap.. macam dah jauh je dari soalan atas tu? Hahahahaha... Sabar.. Aku memang gini, nak menjawab soalan tu jauh aku pergi dulu. Kikkkikk...  Okey.. da mula masuk la tu. Pandangan tu last - last baru ada.. Haaaa

Standard 1 SKPMg2 adalah tentang kepimpinan. nak tak nak kena sentuh. Ada 3 aspek, iaitu, PGB sebagai peneraju, pembimbing, pendorong. Meneraju sekolah untuk mencapai matlamat dan objektif, membimbing subordinat untuk meningkatkan kecekapan dan kompetensi, dan mendorong warga sekolah dan meningkatkan motivasi dalam melaksanakan tugasan.

Sudah terang dan jelas, kau kepala sekolah. Kena buat lah benda - benda tu. Ni kau main arah je. Tau la kau tu ketua. Ntah mana bimbingnya, ntah mana dorongnya. Main order je. So, dalam banyak hal, kau amalkan lah sebanyak mana sentuhan kemanusiaan terhadap warga sekolah.

Iklim
Standard dua adalah pengurusan organisasi. Ada 7 aspek semua sekali iaitu Pengurusan sumber manusia, aset, kewangan, sumber pendidikan, iklim, perpaduan dan permuafakatan strategik. Ini adalah asas dalam pengurusan sekolah. Core dia. Aku tengah bercerita tentang organisasi. So kau kenalah urus sumber manusia kau supaya mereka seronok, puas bekerja, professionalisme dan kompetensi meningkat,

Kemudian, kau urus semua aset dan kewangan, supaya setiap yang dibelanjakan memberi pulangan yang optimum. Aset dijaga dengan baik. Urus sumber pendidikan, supaya dapat meningkatkan kualiti pendidikan dan memberikan kemenjadian murid yang sangat baik dalam pelbagai bidang.

Celah - celah tu pulak, kau kena pastikan iklimsekolah kau harmoni,persekitaran kondusif, dan membantu dalam memberikan kesejahteraan untuk warga sekolah. Wujudkan pemuafakatan strategik dengan pelbagai pihak, supaya kau dapat menggunakan kelebihan itu dalam memperkasakan kemenjadian murid kau. Dan paling penting, sebagai rakyat Malaysia, kau kena pupuk perpaduan sedari kecil lagi. Tu benda - benda yang kau kena uruskan dalam organisasi sekolah kau.

APA AKU BUAT?

Mana pandangannya? Hikhikhik. Ni lah aku nak cerita. Hishhh... Baik.. Berdasarkan 2 benda kat atas tu, aku akan ceritakan apa aku buat kat sekolah. Ada perkara yang aku kena ikut semua benda yang telah ditetapkan. Ada juga benda yang aku rasa, aku ikut kepala aku lah.

PBPPP, PBS, urusan pendaftaran dan pertukaran murid, pengurusan kewangan dan aset,  dan beberapa perkara lagi (yang aku dah lupa), aku urus mengikut ketetapan yang telah diberikan. PBPPP contohnya, aku ikut setiap langkah dalam carta alir tu. Begitu juga dengan urusan pendaftaran dan pertukaran murid. Aku ikut prosedur dan langkah yang ditetapkan. Sistem sedia ada dah cekap. Ikut sahaja.

Pengurusan kewangan sama juga, aku beri taklimat, aku minta semua yang terlibat buat anggaran belanjawan mengurus, perlu ada nota minta, perlukan perbincangan dengan aku, kemudian dah dapat barang, kena semak, masuk stok. Tak ada masalah. Apa yang aku nak cerita sterusnya ialah, perkara - perkara lain yang aku buat, yang aku ubah suai, yang aku rasa, perlu mudahkan urusan, kurangkan kerenah. 

SK POGOH 2020

Dengan kuasa yang aku ada, takwim dan perancangan sekolah dibuat oleh aku sendiri dengan sokongan para GPK aku. Seawal Disember aku biasanya dah siapkan. Aku tentukan tugas dan tanggungjawab setiap cikgu, berdasarkan kekuatan, dan perancangan masa depan. Tak banyak kerja tak semestinya ringan, dan berat tak semestinya banyak tugasan. 

Semua ada dalam ni
Hari Isnin adalah hari professional sekolah. Buat lah apa pun pada hari tersebut. Nak mesyuarat, nak bincang program, nak PLC, LDP, taklimat, baca buku, dan apa - apa sahaja berlaku pada hari Isnin. 2:30 hingga 4:30. Aku minta warga sekolah bersiap sedia pada hari tersebut. Uruskan semua keperluan lain. Bincang dengan pasangan masing - masing untuk urusan harian.

Begitu juga Sabtu kedua setiap bulan. Aku laksanakan LDP. Awal - awal mesyuarat lagi dah berlaku ketetapan. Pastikan semua maklum dan amil tindakan. Habis kalau Isnin tu tak ada apa - apa? Kalau Sabtu tak ada apa - apa? Hahahah kalau tak da tak apa lah. Kalau Isnin sy ada urusan? Aku bukan firaun. Meh datang jumpa aku, dan kita bincang. Selesai.

Aku hadiahkan semua orang buku catatan yang mengandungi takwim dan pengurusan sekolah. Semua berpandukan buku tu. Siapa kena menyelaras, rujuk bila kena laksana. Sekurang - kurangnya sebulan sebelum, dah siapkan kertas kerja dan berbincang dengan aku dan GPK. Banyak ruang untuk aku bimbing dan dorong.

Mulai 2020, semua GPK tak da setiausaha masing - masing, kecuali setiausaha sukan. Tak ada lagi setiausaha kurikulum, setiausaha Hem, setiausaha Kokurikulum. Dah kenapa tak ada? GPK 12 waktu je seminggu. So, waktu free, buat lah kerja. Takkan nak arah je. Haaa sebab tu standard 1 tu penting. GPK pun kena kerja lah. Takkan nak buat surat pun tak boleh. Kerja GPK ni merancang, membimbing, menyelia. Bukan mengarah semata - mata.

Semua di hujung jari
Mesyuarat Pengurusan Sekolah aku buat sekaligus. Mesyuarat pengurusan, mesyuarat kurikulum, mesyuarat HEM, dan mesyuarat Kokurikulum. Sekali harung orang kata. Asasnya ada 4 kali dalam setahun. Setiap guru dan AKP, akan mencatat minit mengikut turutan secara bergilir - gilir. Semua orang akan rasa. Dalam masa 7 hari, perlu hantar softcopy pada aku, dan kemudian, edarkan secara softcopy juga. Sebab tu dah tak payah setiausaha lagi.

Aku buat sites sekolah. So, banyak laporan - laporan aku letak kat situ. Cikgu isi dan boleh terus cetak. Boleh diakses melalui telefon bimbit. Dan boleh dijadikan home screen juga. Laporan guru bertugas mingguan, borang kebenaran keluar, rekod kehadiran mesyuarat, rekod harian RMT, minit curai dan macam - macam lagi.

So, tak ada lagi kisahbuku laporan hilang. Tak jumpa cari. Nak keluar, tak perlu ke pejabat lagi, just jumpa siapa yang perlu dan isi secara online, terus borang dijana. Pergi mesyuarat terus catat minit curai, automatik dijana, aku terus boleh baca masa tu juga.

Pengurusan bantuan. Guru kelas kutip borang dan proses, data GPK urus. So memang tak perlu setiausaha. Kalau tak tahu, meh sini gubesar tunjuk dan bimbing. PAJSK kepa mesti setiausaha kokurikulum yang isi? Pemimpin kelab persatuan lah yang isi. Diaorang yang kenal ahli - ahlinya. SEGAK, kenapa su sukan yang isi? Guru Pendidikan Jasmani lah yang isi. Mereka yang jalankan ujian.

SIKIT JE PENDAPATNYA, CERITA YANG LEBIH

Dah panjang sangat aku bercerita. Aku rasa macam tak sampai je jawapan aku. Hahahahahahaahhah... Tak apa lah kan..

Begini, aku berpendapat, sistem birokrasi di sekolah makin kurang kerenahnya. Tolak tepi, perkara yang datang terus dari KPM. Tapi kalau setakat di sekolah, ia adalah terpulang kepada pihak sekolah sendiri. Ikut acuan masing - masing. Naratif Baharu Amalan Pendidikan dengan jelas menerangkan danmembawa dimensi baharu dalam pengurusan. SKPMg2 sebagai 'pemandu' dan penilaian pengurusan sekolah yang terbaik. 

Gabungan 2 perkara di atas dengan jelas membantu pengurusan mengurangkan kerenah birokrasi di sekolah. Dengan kreativiti, idea - idea baharu dan segar, serta sentuhan kemanusiaan, para pentadbir pasti dapat memacu sekolah dengan lebih licin dan lancar.


...Haah la.. macam tak sampai. 





























UPSR Dimansuhkan? Inilah Masanya...

Topik ni berat. Susah nak menulis. Mengundang kecaman sudah pasti. Tapi tak pa, aku bersedia mengabaikan kecaman, tapi aku alu-alukan pelbagai pendapat. Maklumlah aku baru menulis. Dan penulis perlulah bertanggungjawab atas penulisan mereka. Tulisan kali ini bukan kajian ilmiah. Tiada fakta aku sertakan. Aku cuma menulis secara bebas dan apa yang lahir dari pandangan peribadi sahaja. So, stail penulisan, stail yang biasa aku tulis. So, korang boleh le baca blog aku untuk tau stail penulisan aku. Hahahahah.. pancing

So, perlu ke UPSR ini dimansuhkan? Ye... pada aku perlu, dan sekarang masa yang sesuai. Apa hujah aku bahawa UPSR perlu dimansuhkan? Hahahahah aku malas berhujah. Kang panjang sangat pulak. Tulisan aku kali ni, aku cuma sandarkan kepada tiga perkara, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 (PPPM2013-2025), Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Naratif Baharu Amalan Pendidikan. Tiga benda ni je aku cuba kongsi supaya akhirnya aku nak rumuskan bahawa UPSR perlu dimansuhkan.

PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM 2013-2025)

Sebagai warga pendidik, kau tau tak apa sebenarnya PPPM 2013 - 2025 tu? Baik ngaku.. tau ke tak? Hahahahah... Bagus ni kalau buat challenge stay at home ni. Heheheheh... Ye aku tau kau mesti tau, ada 11 anjakan, ada 5 aspirasi sistem, 6 aspirasi murid dan lain - lain. Ok lah tu. Baguslah. Sekurang - kurangnya kita tau sikit kan. Tau banyak lagi bagus. 

PPPM 2013 - 2025. Ehhh dah nak habis gelombang 2
 rupanya
Baik. Untuk pengetahuan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ada buat kajian pada Oktober 2011. Bukan kaleng - kaleng kajian. Input, sumber maklumat, sumbernya menyeluruh. UNESCO turut terlibat, begitu juga dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT), Bank Dunia pun turut serta. Begitu juga diperingkat akar umbi, ibu bapa, guru, pentadbir, masyarakat dan ramai lagi. Kajian ini besar dan menyeluruh.

So, lebih kurang setahun kajian dijalankan, hasilnya ialah satu pelan baharu selama 13 tahun untuk sistem pendidikan di Malaysia iaitu PPPM 2013 - 2025. Apa benda ni? Hahahaha.. Kau ni. Sabarlah. Ok, PPPM 2013 - 2025 ni satu visi, misi dan hala tuju untuk murid dan juga sistem pendidikan kita sendiri, dalam masa 13 tahun akan datang. Haaa... jadi kita ni, kena tau mana kita nak pergi lepas ni. Biar nampak jalan tu. Dalam pada ada hala tuju tu, PPPM 2013-2025 ni ada fokus dan tumpuannya. Bahagian mana nak diberi tumpuan. Celah mana nak difokuskan. Dan sudah pasti PPPM 2013 - 2025 juga ada menggariskan transformasi. Mestilah ada perubahan. Haaaaa...

Pendek cerita, PPPM 2013-2025 ni ada 3 gelombang. Dan tanpa kita sedar, kita berada di dalam tahun terakhir gelombang kedua, 2016 - 2020. Tak sedar kan? Nasib baik masa aku buat takwim Disember lepas aku tersedar. Hahahahah. Selain itu, ada 5 aspirasi untuk sistem pendidikan kita, dan ada 6 aspirasi untuk murid. Tadi aku ada sebut tentang transformasi kan? Jadi, PPPM 2013 - 2025 ni pula didatangkan dengan 11 anjakan. Haaaa ada 11 perubahan tau.!! Selebihnya korang bacalah sendiri. Dah lama dah benda ni. Korang kenalah tahu.

Akhirnya, kalau kau perhati betul - betul, ada dua perkara yang dihasratkan iaitu Sekolah Berkualiti dan Kemenjadian Murid. Dah tu? Apa kena mengena dengan mansuh UPSR. Sabarrrr... Nanti aku simpulkan semua. Boring le tu baca. 

PBD DAN PBS

Korang yang posting sebelum 2011 mesti  ingat lagi. Pada 2011, kita ada diperkenalkan dengan Pentaksiran Sekolah (PS). Ia adalah sebahagian daripada Program Transformasi Nasional. Masa tu kecoh lah, sistem pendidikan kita ni terlalu berorientasikan peperiksaan. Haaa masa tu juga dah ada ura - ura nak mansuh UPSR. Kemudian, pada tahun 2016, PS tu dikenali sebagai Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Macam tak kena je gambar ni
dengan tajuk 
Dah tu apa benda pulak Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)? OK, PBS ni ialah pentaksiran yang holistik. Semua aspek kognitif, afektif dan psikomotor dinilai. Ada empat komponen, iaitu Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD). Haaa semua ni dikira PBS lah.

PBD pulak pentaksiran yang berlaku dalam bilik darjah. Sepanjang masa, sepanjang tahun. Semua mata pelajaran. Bukan nak tengok anak - anak tu nombor 1, 2 atau 35, tapi nak pastikan murid - murid capai kemajuan dalam pembelajaran dan kemahiran. Kesimpulannya, bukan banding - banding, tapi lebih kepada perkembangan murid - murid. Hah.. nampak? Dah nak masuk ni.. Dah mula nak masuk. 

Maknanya, PBD tu adalah salah satu komponen dalam PBS. Begitu juga UPSR (PP) tu.. pun salah satu komponen dalam PBD. Tapi kenapa, UPSR je yang orang beri perhatian. Sampai ada kelas tambahan, kem, dan lain2? Kenapa tak da kelas tambahan Psikometrik? Kenapa tak ada kelas zumba sebab nak turunkan berat badan supaya BMI murid dalam PAJSK tu normal? Kenapa? Kenapa? Ok ok.. Sabar .. sabar.. Nanti dulu.. Emo pulak menulis. Hahahahaha

NARATIF BAHARU AMALAN PENDIDIKAN

Pada 2019, KPM ada melancarkan Naratif Baharu Amalan Pendidikan. Ia adalah satu gerak kerja yang digariskan oleh KPPM ketika itu. Amalan pendidikan ni, untuk kitalah. Warga pendidikan. Naratif ini jelas menunjukkan transformasi yang diharapkan iaitu naratif utamanya ialah pembelajaran berorientasikan peperiksaan kepada berorientasikan perkembangan. Selain itu ia disokong dengan 3 sub naratif iaitu Kepimpinan pendidikan (pengurusan), Guru (pembangunan kapasiti) dan Murid (Pedagogi).

Naratif Baharu Amalan Pendidikan
Kepimpinan pendidikan telah berubah kepada perspektif bottom-up. Kalau dulu Top-down. Maknanya, sekolah diberi kuasa untuk melaksanakan penambahbaikan. Alahhh susah la. Gini, ikut suka sekolah lah nak memacu sekolah masing - masing, tetapi masih lagi mengikut ketetapan lah. 

Contoh mudah, ko nak buat program apa pun suka hati lah. Haaa begitu. Nak tetapkan KPI kehadiran murid pun suka hati, tengok keadaan sekolah kau. Haaaa faham? Ada dialog prestasi, sebagai alat untuk mengesan kelemahan dan penambahbaikan. So, sebab tu ada SKPMg2. SKPMg2 tu alat untuk kita membuat penilaian pada sekolah kita. 

Sub naratif dua, pembangunan kapasiti guru. Guru - guru diberikan sokongan secara professional untuk meningkatkan kompetensi dan juga kapasiti. Ada SIP+, ada SISC+, pemerkasaan PLC dan pelbagai medium sokongan secara berterusan dan professional. So benda - benda ni semua untuk meningkatkan kemahiran guru, kompetensi guru. Supaya kita dapat berkarya dengan lebih baik. Ada orang tolong. Ada pihak yang bantu. Hahahahah.. Tolong dan bantu tau, bukan cari kesalahan. Kalau dia cari kesalahan, sekeh kepala dia. Heheheheh

Manakala perubahan pedagogi kepada pembelajaran berpusatkan murid merupakan sub naratif ketiga. Macam - macamlah yang ni. PAK21 lah, didik hibur lah PBD lah. Semuanya untuk menjadikan pembelajaran tu tidak lagi sepanjang masa chalk and talk. Tidak lagi berpusatkan guru. Tidak lagi semata - mata mengejar silibus.

NAK MANSUH UPSR KE TAK NI?

Bila nak citer kenapa UPSR dimansuhkan? Ok ok. Nak citer lah ni. So, korang kena faham at least 3 benda yang aku cerita kat atas. Tak payah lah bayang dulu IR4.0. Yang tiga kat atas tu dulu. Benda ni bukan baru. 2010 lagi dah mula, sedikit demi sedikit. 

PPPM 2013 - 2025 tu Pelan. Visi. Hala tuju. Hasrat. Semua dah ada dalam tu. Nak membantu negara menghasilkan sumber manusia yang macamana. Yang memenuhi keperluan akan datang. Zaman berubah cepat. Dalam masa 10 tahun je, segala - gala berubah. Itu kita kena faham. Tengok aspirasi murid je pun dah boleh faham apa hasratnya.

Pembelajaran Berpusatkan Murid
Lepas tu, kau tengok PBS tu. Holistik siot. Alamak.. Tercakap siot pulak. adehh Tak pa kan. Hehehe.. Iye holistik. Memang ikut betul Falsafah Pendidikan kita. Emosi rohani ada, Jasmani ada, Intelek ada, Sosial pun ada dalam PBS tu. Cuma kita ni yang masalah. Kita ada 4 komponen. Yang Pentaksiran Pusat tu jugak yang kita tekankan.

Akhirnya, tengok Naratif Baharu Amalan Pendidikan tu. Nampak tak? Pembelajaran berorientasikan perkembangan. Kata kunci kat situ, perkembangan. Usia mereka adalah usia untuk mengembangkan potensi, bakat dan kemahiran. Sampai lah masa pada usia 17 tahun nanti baru mereka diberikan peperiksaan. Dalam naratif baharu tu, itulah amalan yang sepatutnya kita buat. Yang kita praktikkan sekarang.

So, kita dah ada Pelan, kita ada PBS, kita ada Naratif Baharu. Kalau kita faham semua sekali, aku tak nampak mana masalahnya untuk kita mansuhkan UPSR ini. Kalau ada apa - apa pertanyaan, sila baca dan faham 3 benda tu. Masalahnya adalah kita sendiri warga pendidikan. Kita sendiri tidak jelas. Ada yang kabur, ada yang tak nampak langsung. Itu peranan setiap peringkat pendidikan untuk menjelaskannya. KPM, JPN, PPD, Pengetua Guru Besar, dan juga guru - guru.

Kalau kita semua jelas, maka tak da lah berlaku, kelas petang, kelas malam, kelas cuti untuk UPSR. Kalau kita faham, tak adalah kem kecemerlangan 2-3 hari tido di sekolah, tido dalam khemah, tido di hotel. Kalau kita tahu, tak da lah murid tahun 6 tidak dibenar keluar mewakili sekolah, isu tak boleh lebih satu sukan, isu tak boleh masuk kokurikulum, isu jadual anjal. Yang lebih membimbangkan, murid UPSR lebih dahsyat usahanya berbanding SPM.

Biar murid tu meneroka potensi dia. Biar dia asah kemahiran dia. Biar dia tau dan gilap bakat dia. Kau ingat semua orang boleh dapat A? Habis yang tak dapat A tu nak biar dia buat apa? So, nampakkan kenapa kena ada PBS? Maksud aku, yang tak berapa bagus dalam akademik, apa peluang dia. By the way, ramai kawan - kawan aku yang dulu tak da A dalam UPSR, masih berjaya dalam bidang masing - masing. Aku rasa kawan - kawan korang pun  begitu. Kau tengok kawan - kawan yang dalam bidang insurans. Nampak tak kemahiran dia berkomunikasi. Dahsyat kan? Faham apa maksud aku? Kemahiran tu..

KENAPA MANSUH SEKARANG?

Ok. Sekarangkan PKP. Paling kurang sebulan duk rumah. UPSR bulan 9. Cikgu - cikgu dah gelabah. Mak ayah tak senang duduk. Apa lagi. Masa ni lah nak mansuhkan. Tengah - tengah kekalutan ni, Masa ni lah KPM nak buat keputusan. Jangan takut aku sokong. Hahahahah aku je. Yang lain tak tau.

Bukanlah mansuh macam tu. Pentaksiran pusat tetap ada. Buat macam PT3. Soalan daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Pentaksiran pusat perlu, sebab nak mengimbangi PBD tadi. Barulah PBS kita dilaksanakan sebaiknya.

Cuma satu aku mintak. Manalah tau, tetiba ada orang KPM baca. Menteri ke. Kalau nak buat sesuatu, buatlah yang mudah dan senang. Jangan yang pelik - pelik. Ingat LINUS? LINUS tu sangat bagus. Tapi yang orang menyampah adalah pelaksanaan dia. Ada ke cara menanda pun nak jadikan isu. Kan pelik tu. Haaa... Lama jugak aku menulis. Takut orang salah faham.

Kesimpulannya, aku menyokong untuk UPSR dihapuskan. Dan sekarang adalah masanya!!

Apa pula pendapat korang?

PKP DAN PDP : Apa yang aku buat?

Hai... Assalamualaikum.. Baru lepas main hujan dengan anak -anak. Tadi tolong Ridha anak aku yang Tadika Kemas tu gunting - gunting gambar. Mak dia bagi kerja. Bagus kerja gunting - gunting ni. Sebab dia meransang pelbagai deria. Cuma untuk anak sekecil itu, kau kena bimbing dan pastikan selamat. Terdetik aku ingin berkongsi, apa yang aku cuba buat di sekolah aku. Bagaimana aku memastikan pembelajaran berlaku di rumah.

Penafian : Ini apa yang aku buat di sekolah. Hanya pandangan peribadi.

Awal PKP dilaksanakan, aku telah mengambil inisiatif untuk membangunkan satu sites khas untuk pelaksanaan pembelajaran di rumah untuk anak - anak sekolah aku. Pada mulanya, aku berikan mereka kuiz - kuiz dan permainan interaktif.

Tujuannya mudah, aku letak semua tu dalam satu tempat yang mudah diakses. Ketika itu ramai rakan2 yang berkongsi pelbagai permainan dan kuiz di platform media sosial. Masalahnya berterabur, ada kat telegram, ada kat whats app. Aku kumpulkan dan aku masukkan dalam sites itu. Aku namakan sites itu sebagai Gerbang Digital Bangsa Pogoh(GDBP). Sambutan amat menggalakkan merujuk kepada respon dalam setiap kuiz.

Kita sedia maklum, sudah ada pelbagai medium  Google Classroom, cuma memandangkan ramai guru aku yang berada di luar daerah dan berada di kampung, maka aku rasa wajar aku mengambil inisiatif membuat GDBP ini.

Ianya mudah untuk diakses, mudah untuk berkongsi, mudah untuk pihak lain berkongsi apa yang aku dan semua guru buat. 

Kemudian, aku terima surat siaran Bil 3/2020 Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran danPembelajaran Semasa PKP  pada 29 Mac 2020. Menyatakan bahawa proses PdP perlu berlaku. PdP perlu dirancang dengan teratur. Memantau PdP yang dilaksanakan. 


Jadual

Jadual PdP semasa PKP
Pertama sekali aku buat jadual. Haaa.. Jadual ni penting.  Kalau tak da jadual huru hara nanti. Bila ada jadual, kan semua tersusun. Jangan lah beri jadual macam jadual kat sekolah. Aje matilah nak... Kau berilah jadual 2 subjek sehari. Tu pun aku dah rasa banyak.

Ada jadual, cikgu - cikgu senang, tinggal ikut. Aku buat jadual, mula - mula dua subjek sehari. Lepas tu aku kena tengok keadaan. Kena faham latar belakang keluarga di sekolah aku. 

Akhirnya, aku buat satu hari satu subjek setelah banyak pertimbangan yang aku buat. Itu situasi menang - menang. Untuk guru aku, murid - murid dan ibu bapa. Haaa kau kena ambik kira juga ibu bapa.

So, Jumaat dan Sabtu ni, aku dah arah guru - guru supaya tak beri tugasan. Next week, Ahad baru mula bagi yang baru. Dan satu hari hanya satu subjek. 

Rasional aku beri setu hari satu subjek mudah je, murid di beri kerja, kadang - kadang nak bukak kerja pun susah. Nak guna handset dengan berkongsi dengan ibu bapa. Kalau ada 4 beradik? Tu belum cerita lagi talian internet. Bukan tak da topup, kadang - kadang line tak laju. Haaa gitulah antara rasional yang aku pertimbangkan.


Nak bagi kerja apa?

Nak bagi kerja apa? Hahahahaha... Ni pun satu sub topik. Untuk aku permudahkan cikgu - cikgu aku. Kau bagi je lah apa - apa kerja yang boleh. Kat dalam facebook banyak. Macam - macam. Kat dalam telegram macam - macam. Tak da line, kau taip kat wasap pun tak pa, nanti aku edit masuk dalam sites. Tak da masalah.Paling - paling tidak bagi link Youtube, nanti aku link kan.

Haaa macam tu aku buat. Tapi, kau kena lah tau kerja apa yang kau bagi. Sesuai tak untuk anak - anak murid tu. Jangan kau main share je. 

Kalau susah sangat, kat rumah kan ada buku teks atau buku aktiviti, suruh lah murid buat yang itu. Berikan sedikit bimbingan macamana nak buat. Jangan kau tinggal terus. Yang penting, bagi lah kerja berpada - pada. 1-2 muka pun dah cukup. 1 muka pun dah cukup. Tak perlu kita bagi banyak - banyak.

Sebab, anak - anak kita di rumah tu pun sentiasa buat kerja. Menolong ibu bapa pun buat kerja juga. Nak lagi cantik, kau suruh anak - anak itu, ceritakan apa yang dia buat seharian. Haaa da pun jadi satu tugasan lain. Tak pun, suruh dia lukis dia tengah siram pokok. Tak pun suruh dia kira masa dia gunakan untuk tolong ibu bapa. dan macam - macam lagi.

Nak kena buat RPH?

Tak perlu lah buat RPH. Jangan lah pening - pening. Kita buat catatan ringkas je. Ingat... catatan ringkas je. Aku ada tengok kat facebook, ada sahabat guru kongsikan macamana nak buat catatan, lepas tu kena kecam. Hai lah korang ni. Dia nak kongsi, biarlah. Kau jangan ikut kalau kau tak nak.

So ikut fahaman aku, kalau RPH ikut Bil 3/99 tu kena ada 4 benda, objektif, tajuk, aktiviti, impak. Maka, kalau nama catatan ringkas, tak perlulah ada tu semua. Aku ambil inisiatif untuk sediakan google form untuk cikgu-cikgu aku. 

Just isikan nama, tarikh, kelas, apa catatan ringkas. Contoh, dia bagi latihan menambah. So, tulis je latihan menambah nombor 2 digit. Dah. Tak payah pening - pening. 

Yang penting, bila org tanya, kau buat apa, kau jawab je lah. Kalau tak boleh jawab, inshaallah aku jawabkan, sebab data semua ada pada aku.

Kita buat yang memudahkan semua orang. Tetapi masih lagi dapat menjawab persoalan - persoalan yang dilontarkan. Yang paling penting, semua orang mendapat manfaat.


Inisiatif Bangsa Pogoh Stay At Home Challenge

Satu lagi inisiatif yang aku buat ialah aku buat cabaran. Hahahahah.. Ye.. Cabaran. Challenge la kata omputih. Bangsa Pogoh Stay At Home Challenge!! Cabaran apa tu? Haaa cabaran ni, anak - anak murid kena buat tugasan, kemudian rakam gambar, atau video dan muat naik kat facebook. Sertakan #bangsapogohstayathome.

Teka apa berlaku...? Ia dapat sambutan. Tu bagus. Tapi yang lebih bagusnya, anak - anak ini bukan setakat merakam tugasan yang diberi guru.

Malah ada antara mereka yang memuat naik pelbagai tugas dan aktiviti. Ada yang menyiram pokok bunga, ada yang mengaji, ada yang memancing di kolam belakang rumah. Tak kurang juga yang merakam sedang membuat ais krim dan ada juga yang buat tutorial secara live..!!!

Kagumkan. Aku kagum. Kreatif sunggu anak - anak ini, dengan dibantu ibu bapa, mereka menghasilkan karya yang sangat baik. Dan itu juga adalah pembelajaran di rumah Bukan begitu? So untuk cabaran ini aku dah janjikan 20 hadiah terbaik buat mereka yang berjaya. dan sijil kepada semua penyertaan.


Ramai yang bising dengan pelbagai persoalan dan pendapat. Ibu bapa, guru, pentadbir semua ada pendapat masing - masing. Line tak ada, ibu bapa susah, kerja banyak sangat, tak da kerja langsung, buat apa susah - susah, rajin sangat dan macam - macam lagi.

By the way, ni nota yang cikgu 'old timer"
aku buat. Dia da nak pencen, dan amat takut
dengan teknologi. Tapi kau tengok effort dia..
Beginilah....

Beri apa yang termampu. Buat apa yang termampu. Baik guru ataupun ibu bapa. Kan kita yang kenal anak murid kita, persekitaran mereka dan keadaan keluarga mereka. Jangan pening - pening. Pembelajaran juga tak semesti online. Ada banyak kaedah. Ada banyak cara. Zaman KBAT ni, kita pun kenalah KBAT juga.

Untuk diri aku selaku pentadbir. Aku ok je dengan apa yang cikgu - cikgu aku buat. Bagilah apa pun, asalkan kebaikan itu untuk anak - anak murid aku. Sekurang - kurangnya, cikgu-cikgu aku buat sesuatu, daripada sesetengah pihak yang tidak buat apa - apa, tapi bising di media sosial. Mana yang aku boleh mudahkan, aku cuba mudahkan. Tu kerja aku. Tugas aku.

Di luar sana, ramai lagi rakan pentadbir dan rakan guru yang lebih hebat dan lebih tepat dalam melaksanakan PdP semasa PKP ni. Aku cuma berkongsi, apa yang aku buat.

Terima kasih cikgu -cikgu sayang. Terima kasih anak - anak. Terima kasih semua. jaga kesihatan. Stay at home

Markah Prestasi... Hak Sebagai Pegawai Yang Dinilai (PYD)

Hari ni 1.4.2020. Di halaman muka buku, ramai yang mengingatkan rakan - rakan lain untuk menyemak markah masing - masing. Macam - macam komen ada. Ada yang redha, bersyukur, sinis, dan tak kurang juga komen - komen negatif menyalahkn pelbagai pihak. So, hari ni aku nak berkongsi, apa hak kau sebagai pegawai yang dinilai. Aku kecikkan skop untuk rakan - rakan guru yang berada di sekolah. 

Baik korang mengaku, bila dapat je markah automatik kau akan bandingkan dengan kawan - kawan kau kan? Samaada secara terang atau pun underground. Heheheh jangan tipu.. Ngaku je. Kadang - kadang, ko lebih 0.3 markah daripada kawan ko pun dah rasa bangga. Dan kalau kau kurang sikit daripada orang yang kau rasa tak patut dapat, kau akan rasa lain.

Sebagai manusia, itu normal. Sekejap je perasaan tu. Lepas tu kau akan ok balik. Betul tak apa aku cakap? So, meh aku kongsi sikit apa aku tau dan aku buat tentang PBPPP ni. Moga - moga boleh jadikan panduan untuk kau mengharungi hari - hari akan datang dalam perkhidmatan.

APA YANG KAU PERLU TAHU?

So, apa sebenarnya yang kau perlu tahu? Ok, aku terangkan serba sedikit, integriti yang perlu ada pada pegawai penilai (PP) korang. Pegawai penilai (PP) SEHARUSNYA tidak terpengaruh dengan prestasi kau pada tahun - tahun sebelum tu. Diaorang tak boleh begitu. Penilaian seharusnya pada tahun semasa. Contoh untuk tahun 2020 ni, mestilah diaorg nilai yang tahun ni. Seburuk mana prestasi kau pada 2019, tidak boleh dijadikan asas penilaian diorang pada kau.

Korang pun kena tahu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tak ada berikan sebarang sistem yang ada markah. Jadi, kalau PP kau tunjuk markah kau masa dia menilai tu, tu bukan lah dari KPM. Kiraan yang diaorang buat tidak semestinya tepat. So, jangan pulak PP kau tunjuk markah 95% korang dah berharap begitu. Tu mungkin cara anggaran PP kau dalam menilai kau.

3 Komponen PBPPP yang kau kena ambil tahu.
OK seterusnya. Korang juga kena tahu, PP kena professional dan ada hubungan kerja dengan kau. Adalah lebih baik, kalau PP kau tu yang menyemak e-RPH/ RPH kau, dia juga yang mencerap, menyemak hasil kerja murid dan ada  hubungan kerja. Itu lebih bagus.

Mereka juga perlu menilai kau mengikut komponen yang sebenar. Contoh, kau melawan cakap dia, atau kau bergaduh dengan dia, dia tak boleh bagi markah rendah sewenang - wenangnya. Mungkin markah bahagian generik kau kurang, sebab kau tak professional. tapi markah fungsional dan keberhasilan kau tak boleh lah dia bagi tak tentu hala kerana apa yang kau buat tak termasuk dalam komponen fungsional dan keberhasilan. TAPI kau kena ingat, kau juga boleh dikenakan tindakan tatatertib, haaaaaa. kena lah jaga yang tu.

Haaa ni biasa. Penilaian ni bukan dibuat masa dah saat akhir. Penilaian adalah sepanjang tahun. Bukan hujung tahun baru nak nilai. So, korang sepatutnya ada siri perbincangan antara PP dengan PYD. Dari mula menetapkan sasaran, siri bimbingan, menyemak semula sasaran dan juga siri penilaian. So PP kena sentiasa berbincang dengan PYD tentang prestasi. Prestasi ye, bukan markah. Penilaian juga adalah sulit. PP tidak seharusnya membincangkan penilaian kau pada pihak lain.

BAGAIMANA KAU DINILAI

Pembahagian dimensi dalam komponen PBPPP.
Baik. Sekarang ni, korang dah tau, ada 3 komponen. Generik, fungsional dan keberhasilan. Meh aku kongsikan kat kau. Untuk komponen generik ni, semua penjawat awam sama je. Korang akan dinilai berdasarkan dimensi, elemen dan aspek. Hah. tu dia. So, dalam komponen Generik ni ada dua dimensi, iaitu dimensi Profesionalisme dan Penglibatan

So, dalam dimensi Professional, markah yang diperuntukan ialah 30%. Kau akan dinilai dalam 5 elemen. iaitu Nilai Professional, Sahsiah, Potensi, Keilmuan dan Pengetahuan, dan Kesediaan dan kewibawaan. Jadi macam aku cakap tadi, kalau kau tak professional, melawan pentadbir kau dengan cara yang tidak sepatutnya, markah kau yang terjejas mungkin dalam dimensi Professionalisme, iaitu Elemen Nilai Professional dan sahsiah. 

So, tak sepatutnya kau dapat markah yang rendah dalam dimensi dan elemen lain. Tapi tu lah... kau kena ready lah dengan tindakan lain seperti tunjuk sebab atau lebih teruk, tatatertib.

Untuk dimensi Penglibatan, markahnya cuma 10% sahaja. Nampak sikitkan? Tapi kau kena ingat, dengan hanya dua elemen sahaja, maka setiap elemen menyumbangkan 5%.

 Banyak tau tu. Dua elemen itu ialah Hubungan luar dan Sumbangan. So, sebenarnya, korang boleh score kat dua elemen ni, supaya kau boleh dapat 10% dengan mudah.

Komponen seterusnya, ialah komponan Fungsional. Komponen ni sedikit berbeza mengikut pengetahuan dan kemahiran mengikut bidang masing - masing. Aku fokus kepada kita sebagai cikgu. Pentadbir berbeza, guru bimbingan kaunseling berbeza, dan kau sebagai guru juga berbeza. Dimensi Kemahiran ni ialah sebanyak 60%. Whattt?? haaaa... banyak ooo.

Sebagai guru dimensi kemahiran kau tak lain tak bukan ialah PDPC. So banyak markah ni datang dari kemahiran PDPC. 

Dimensi 3 yang paling banyak markah iaitu 60%
Jujur dengan aku, adakah kau dicerap? Kalau kau tak dicerap, bagaimanakah kau boleh peroleh markah dalam Dimensi 3 ni? Haaaaaaa.... Ataupun adakah kau menganggap, pencerapan itu sebagai satu perkara yang menyusahkan? Kau silap, itu adalah tanggungjawab PP kau terhadap kau.

Dan tanggungjawab kau yang paling besar seiring dengan markah yang paling tinggi adalah PdPc. So, kau rujuk lah elemen - elemen tu supaya kau lebih faham. Sesuaikan pula dengan Standard 4 SKPMg2 iaitu instrumen pencerapan. Kau kena ingat, kalau dengan sebesar 60% ini, kalau score kalau dalam setiap elemen tu banyak 3, banyak sebenarnya markah kau susut.

Dan akhir sekali, kesemua 3 dimensi ini, berjumlah 100% dan akan dijadikan sebanyak 90% sahaja. Kenapa? Kenapa 90% sahaja? Kerana, 10% lagi dari satu lagi komponen iaitu komponen Keberhasilan. So, keberhasilan ni, adalah pencapaian hasil kerja kau. Jangan risau, ia boleh ditambah, diubahsuai dan juga digugurkan. So, berbincanglah dengan PP kau.

APA HAK KAU SEBAGAI PYD

Sebagai PYD kau berhak untuk merancang penilaian bersama - sama PP kau. Rancang bagaimana sasaran kerja kau, KPI, instrumen dan kaedah penilaian yang akan digunakan pada kau. Kaedah - kaeda penilaian seperti  temubual, pencerapan, pemerhatian, pemeriksaan eviden dan bahan, penyeliaan  dan lain - lain lagi. Kau juga perlu tahu, kau boleh dinilai pada bila - bila masa, mengikut kesusaian sasaran kerja.

Bimbingan sentiasa berterusan untuk guru - guru
Selain itu, kau juga berhak dibimbing, didorong dan dimotivasikan oleh PP. Kau perlu tahu, hak kau dibimbing oleh PP. Dalam apa juga dimensi dan elemen, kau berhak dibimbing. PP akan memberi bimbingan supaya apa juga KPI kau tercapai. 

Contoh paling mudah, ada 3 kali pencerapan dalam setahun. Pencerapan pertama adalah pencerapan kendiri, kemudian dua lagi pencerapan oleh PP kau. 

Seharusnya PP kau membimbing kau untuk menghasilkan PDPC yang baik. Kalau kau tidak dibimbing, kau boleh persoalkan dengan baik kepada PP kau. Seharusnya pencerapan akhir, markah kau akan lebih baik dari yang sebelumnya. Kau boleh baca juga perkongsian aku, bagaimana aku mencerap kat sini.

Kau juga berhak menerima salinan borang markah penilaian untuk penilaian pertama dan juga penilaian akhir. Perbincangan tentang prestasi, sebelum, semasa dan juga selepas penilaian bersama dengan PP. Ambil tindakan yang sewajarnya pada setiap teguran, nasihat dan bimbingan.


So, agak - agak kau dah clear? Faham tak agak2? Aku menulis dengan meletakkan diri aku diantara kedua2 PP dan juga PYD. 

Nasihat aku, kita ni kena sentiasa berbincang, berkongsi idea, mencari penyelesaian. Sebagai PYD, kau jangan ego. Tak boleh ditegur, atau dibimbing. Ada caranya. Jumpalah dengan PP kau. Berbincang, bertanya, dan berdiskusi. Selesaikan. Bukannya kau mengadu di media sosial atau orang yang tidak berkenaan. Itu tidak wajar dan tidak akan menyelesaikan masalah kau. Bertindak secara matang. Kau ada hak, gunakan hak kau sebaiknya.

Sebagai PP, jangan gila kuasa. Gunakan kuasa dengan sebaiknya. Bimbinglah PYD. Mereka perlukan bimbingan. Arahan berserta bimbingan. Selitkan juga teguran dan nasihat. Dalam menegur, membimbing, menasihat, elemen kreativiti itu penting. Ingatlah, tidak semua orang suka dan menerima, tapi kau kena usaha.

Mari kita berlapang dada dan mengucap syukur dengan markah yang kita perolehi tahun lepas. Kita mulakan yang baru pada tahun 2020 ini. Hingga jumpa lagi. Stay at home. Patuhi PKP.





















Post lain