Bangsa Pogoh, Bina Bahagia Sebar Sayang

Makan dengan AKP dan pekerja lepas kerja.
Sabtu. Cuti Akhir Tahun. Baru je lepas balik dari sekolah. Aikkk Sabtu pun pergi sekolah? Ye.. aku pergi sekolah. Tapi bukanlah berlama - lama. Sabtu ada pekerja pembersihan yang bekerja. So, aku saja tengok - tengok. Bukan tak percaya, tapi keberadaan dan keterlihatan aku penting. Tanya - tanya khabar. Alhamdulillah, semua okay. Ada yang mintak balik pukul 11, nak hantar pengantin katanya. Okay, pergilah. 

Arahan pertukaran.
Aku dah pindah sekolah baharu. SK Pogoh. Dah hampir tiga bulan. Baru tergerak nak menulis. Ada juga suara - suara yang mengatakan, aku beria - iya nak kembali ke sekolah ni. Untuk pengetahuan, aku pernah berkhidmat di sini, Februari 2016 hingga April 2017 sebagai GPK HEM. Maka suara - suara begitu timbul mungkin disebabkan jarak sekolah ini dengan rumah aku yang dekat. Atau mungkin disebabkan hubungan baik aku dengan bekas guru aku, Ketua PPD sekarang.

Sapa lalu gerbang ni baru jadi Bangsa Pogoh.
hehehehe.
Kalau aku diberi pilihan, sebagai pentadbir, aku tak nak masuk ke sekolah ini. Bukan disebabkan oleh sekolah tidak bagus atau guru tidak bagus, tetapi adalah sukar untuk memimpin sebuah sekolah yang kita pernah berkhidmat. Sukar untuk memimpin sahabat - sahabat kita. Itu logiknya lah. Dan kalau ikut logiknya jugak, sepatutnya, hubungan baik aku dengan KPPD tu aku gunakan untuk sekolah yang aku lebih minat seperti SK Medoi yang dah ada padang hoki (aku gila hoki) dan tenaga guru lelaki yang ramai.

Apa pun, aku akur. Aku yang menjalankan amanah. Teringat lagi sewaktu menerima surat arahan penempatan pada 5 September 2019, KPPD membisikkan sepotong ayat, "Ini adalah amanah". Ayat itu menyebabkan aku bermuhasabah, bahawa aku wajib menjalankan tugas dan tanggungjawab walau dimana aku berada.

Okay.. Abaikan.

Kirin boleh. Bak kata boss, ada aku kesah!!

SK Pogoh ni ada 266 orang murid, 1 kelas Prasekolah, dan 3 kelas Pendidikan Khas. 27 orang guru, kekurangan 2 orang guru perdana dan kurang 2 orang guru Pend Khas. AKP seramai 7 orang. Dikelelilingi dengan 4 kampung dan taman perumahan kos rendah hingga kos sederhana, majoriti murid - muridnya terdiri dalam kalangan B40. So, kali ini, aku nak share apa visi dan misi untuk aku bawa sekolah ini. Mana hala tuju nya.

Bukan mudah bila kau masuk mentadbir sekolah yang kehilangan ketua lama yang disayangi. Maksud aku, hubungan cikgu-cikgu dengan guru besar lama, (yang juga ex-boss aku) sangat baik. So, banyak cabaran yang aku akan hadapi. Benar. Belum sampai beberapa minggu cabaran datang. Ada perkara yang perlu aku selesaikan dengan penuh bijaksana, dan alhamdulillah telah berjaya aku selesaikan.


Bangsa Pogoh
Dalam pada banyak sekolah yang membawa pelbagai 'nama' untuk memperkenalkan sekolah mereka, aku juga begitu. Aku perkenalkan Bestarian sewaktu di SK Paya Besar (ketika itu masih belum menjadi GB), dan Anak2 Superb di SK Gelang Chinchin. SK Pogoh ketika itu dengan Pogohrian. Jujurnya, aku bukan big fan "ian". Banyak sekolah ambil, contoh STAR-ian, JAKAS-rian, POGOH-rian, PUTRA-rian, KEMEDAK-ian, even SKDWI-rian pun ada. Aku tak kata salah, cuma aku bukan big fan.

Sebahagian guru - guru aku
Aku pilih Bangsa Pogoh. Hurmmm.. Ramai yang terkejut, terutama cikgu sekolah aku sendiri. Malu - malu nak sebut begitu. Aku terangkan. Aku mengambil iktibar dengan penyatuan rakyat negeri Johor dengan istilah Bangsa Johor. Tiada beza, kita semua sama. Sama - sama menyumbang kepada kemajuan dan keharmonian negeri ini.

Itu yang aku nak dalam sekolah ini. Bukan sahaja guru dan AKP, tetapi semua pemegang taruh. Dengan pekerja, PIBG, komuniti, kontraktor - kontraktor, kantin dan semua yang terlibat. Aku nak semua ada perasaan bangga, "oh.. kami Bangsa Pogoh". Aku nak orang luar tau, aku nak kami bangga menyebutnya. Aku nak mereka sebati. Supaya rasa bangga, rasa kesepunyaan itu membolehkan mereka tanpa ragu memaju dan memakmurkan sekolah.

Aku dikritik, dari dalam. Katanya Bangsa itu kan kaum, kalau tengok dalam kamus. Aku terangkan lagi. Ye.. memang kalau dilihat dari sudut bahasa. Tapi aku memandang dari sudut istilah. Aku memandang dari atas. Dari kaca mata seorang pentadbir. 'Helicopter View'. Sudah pastilah berbeza. So, aku tetap gunakan, sebagai satu istilah yang aku da terang kat atas tu.

Bina Bahagia, Sebar Sayang.
Asalnya, Bina Kebahagiaan, Sebar kasih Sayang.. Aku pendekkan. Ada yang kata, sebar kasih sayang, baru bina bahagia. Bina bahagia tu untuk kami guru dan AKP. Datang kerja dengan senang hati, kebajikan dijaga, ukhuwah dipelihara, bekerja sebagai satu pasukan. Kami perlu bina persekitaran kerja yang harmoni. Kompetensi dipertingkatkan. Bantu membantu, menghargai kebersamaan, meraikan pandangan dan idea. Kita sendiri yang wujudkan.

Prasekolah menyertai perkhemahan Unit Beruniform
Kemudian barulah kita sebarkan kasih sayang. Kepada siapa? Ye kepada semua, ibu bapa, komuniti dan sudah tentu anak-anak murid kita. Masuk mengajar dengan senyuman, keikhlasan menyampaikan ilmu kepada pelbagai aras murid. Yang baik, yang nakal, yang lemah, yang bijak. Semua berhak mendapat ilmu dengan penuh kasih sayang. Sayangnya kita kepada murid dengan kompetensi yang sentiasa dipertingkatkan. Sayangnya kita dengan bantuan dan kebajikan murid yang kita jaga. Kali ini, tiada bantahan dan kritikan terhadap aku.

Gala Bangsa Pogoh Gemilang.
Aku masuk pada suku ketiga tahun 2019. Antara program rutin ialah Hari Anugerah Cemerlang. Aku jenamakan semula, menjadi Gala Bangsa Pogoh Gemilang. Aku susun semula semua anugerah. Ada 5 kategori utama, Akademik, Sahsiah, Kepimpinan, Kokurikulum dan Pengiktirafan Jasa dan Budi. Daripada 5 kategori ini, banyak lah lagi pecahannya. 95% murid menerima sekurang - kurangnya sekeping sijil.

ADUN Kemelah 
Macam biasa ada juga kritikan, terutama dari segi nama. Gala tu pesta, malam gala, ada joget - joget. ada nyanyi - nyanyi. Gitulah lebih kurang. Kali ni aku tak terangkan. Aku bersetuju. Ye memang begitu. Kita berpesta. Semua orang patut berpesta. Pesta  kegembiraan, kerana pada majlis ini, murid - murid kita dihargai. Tak kira kau lemau belajar ke, tapi kalau kau menyumbang dalam lain - lain bahagian, kau akan diberi penghargaan. Berpesta lah. Heheheheheheeh. Sebab tu, ramai orang pasang lagu gamelan pada majlis penyampaian hadiah, tapi aku pasang lagu background senorita dan despacito, tapi violin instrumental lah. Hehehehehhe. Tu cara aku menjawab kali ni.

Bangsa Pogoh Superb - Rejim Aku, Era Aku, Cara Aku. 
Apapun, sekarang ni era aku. Akhirnya aku ambil keputusan, aku ketua, semua atas kepala aku yang menanggung. Bukan besar kepala aku, cuma, aku kena buat apa aku nak buat. Jangan fikir banyak sangat. Kalau semua benda aku nak ikut, aku tak dapat buat apa - apa. Aku perkenalkan tagline dan prinsip kerja SUPERB.

Cara aku mudah. Semua ada dalam tu. Dalam memastikan semuanya berjalan lancar, guru dan AKP lah yang pertama aku jaga, supaya mereka jaga murid - murid dengan baik. Aku jaga kebajikan guru. Aku mudahkan urusan mereka. Biar mereka gembira. Ada masalah jumpa aku. Kita selesaikan. Aku terbuka. At anytime, ko boleh hubungi aku. janji kau bahagia dekat sekolah ni.

Aku nampak potensi besar di SK Pogoh ni. Guru - gurunya hebat, murid - muridnya cergas. Komunitinya boleh diharapkan. Inshaallah, doakan aku sentiasa. Agar aku dapat memajukan anak - anak Bangsa Pogoh ini. Ianya tak mudah, tapi aku akan berikan segalanya.

Tak selesa sebenarnya menulis begini. Bukan cara aku. Tak puas menulis begini. Tak tahulah hati siapa aku nak jaga. Perasaan mana yang aku nak cover. Rasa macam skema pun ada.  Hahahahahaha.. Tapi tak mengapalah. Aku belajar sesuatu. Setiap hari adalah pembelajaran. Ada 20 tahun lagi untuk aku berkhidmat kepada nusa dan bangsa. Semoga aku kuat.

Terima kasih isteri. Sentiasa ada menyokong. Terima kasih The Fly Boy. Sahabat sampai syurga.

Jumpa lagi.

Cikgu Nasir, ketua yang menjadi idola...

Keputusan UPSR baru sahaja diumumkan. Segamat baru sahaja mencipta sejarah, berjaya menduduki tangga teratas dalam Negeri Johor dengan 79.58 peratus menguasai tahap minimum. Untuk rekod, pencapaian ini adalah peningkatan berterusan setelah tempat ketiga pada 2017, dan tempat kedua pada 2018. Ada juga yang secara sinis menyatakan, kejayaan Segamat adalah dek kerana murid sedikit dan mudah mencapai kejayaan.

Untuk pengetahuan semua, dalam peperiksaan SPM 2017 dan 2018, Segamat menduduki tangga kedua Negeri Johor, walaupun hakikatnya, Segamat tidak mempunyai Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Sains ataupun Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Rezeki? Kebetulan? Nasib? Jadi apakah rahsia disebalik kejayaan ini.

Ada banyak faktor yang yang menyumbang kepada kejayaan ini, tetapi sebagai pentadbir sekolah, aku lebih suka bercerita tentang satu daripada banyak faktor itu. KETUA. Ya... Ketua.. Bukan aku.. Tapi Ketua di Pejabat Pendidikan Daerah Segamat. "Special" sangat ke? Secara peribadi, dan berdasarkan pengalaman aku, Ya... memang "special".

Cikgu Nasir bin Mohamed Yunos, ialah Ketua Pegawai Pendidikan di PPD Segamat, bermula sebagai seorang guru sekolah rendah yang biasa, kemudian menjadi guru di sekolah menengah, menjadi GPK di sekolah menengah, Pengetua dan sekarang di PPD Segamat, sebagai Ketua Pegawai Pendidikan Daerah. Tak ramai KPPD datang dari seorang guru sekolah rendah, mungkin satu dalam Malaysia.

Pendekatan Human Touch
Dah tu mana yang "special" tu. Setakat tu je? Sabar lah.. Aku sambung. Pertamanya, Cikgu Nasir ialah seorang yang mementingkan "human touch" dalam mentadbir. Perkara itu amat dititik beratkan  beliau. Sehinggakan menjadi prinsip kerja di PPD Segamat. Beliau sangat mesra dengan semua orang, pelbagai lapisan jawatan. Tak kiralah kau pegawai PPD, Pengetua, Guru Besar, Cikgu biasa, Jaga, Cleaner, Kerani, dan sapa pun, dia layan dengan baik.

Mudah didekati, mudah mesra, sering menyapa semua orang, suka bergurau, melawak. Pendek kata, kalau kau jumpa dia, kau tak rasa yang dia tu ketua kau, KPPD Segamat. Maksud aku, perwatakan dia tu tak macam yang kau bayangkan bila kau berhadapan dengan seorang bos. Dia juga tak suka kalau kami (pentadbir) sombongdengan kedudukan kami di sekolah. 

"Buat apa belagak sangat jadi pengetua/ guru besar, bukan bawak masuk kubur pun pangkat tu, tapi yang kena tanya dalam kubur nanti, macamana kau jadi pengetua/ guru besar"

Haaaa tu ayat makan dalam dia bagi kat kami pengetua/ guru besar. So, kalau ayat macam tu dia boleh bagi, boleh kau bayang perwatakan dia macamana? Heheheheheh. Bab human touch dia ni, memang aku ikut betul. Apa dia buat kat aku, memang aku buat kat cikgu2 dan staf2 aku.

Kepercayaan Penuh Kepada Pegawainya
Dia juga beri kepercayaan penuh kepada kami (pentadbir) sekolah untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab kami. Janji jangan ada masalah. Kebajikan guru dijaga, kemenjadian murid dicapai. Sekolah harmoni. Pegawai2 di PPD pun sering kali diingatkan, datang ke sekolah untuk membantu, bukan untuk mencari salah. Beliau sangat marah jika pegawai2 di PPD datang ke sekolah untuk mencari salah.

"Aku boss pun tak bossy sangat. Jangan lah kau orang pun nak lebih2. Kita turun ke sekolah untuk membantu" - kata2 beliau kepada pegawainya, menurut satu sumber dalam PPD. Eh.. dia bahasakan diri dia aku-kau je. Ye memang. Tapi tengok lah keadaan, kalau dalam majlis2 rasmi, tak lah... Nampak tak? Haaaaaaa... 

Logiknya, dengan tugas dan tanggungjawab beliau, adalah mustahil untuk beliau melawat semua sekolah, tapi beliau ada idea yang lebih menarik. Beliau sering turun berjumpa guru akar umbi melalui program Bicara Pemimpin. Dalam program ini, beliau menjemput pentadbir dan guru2 mata pelajaran teras hadir mengikut zon masing2.

Turun Padang

Hahahahahaha... Dalam program ni, cikgu2 adalah raja, sebab mereka semua boleh bercakap. Pentadbir senyap, sebab KPPD akan tanya direct pada cikgu2. Hahahahaha.. Adehhh.. Kami pentadbir mati kutu lah hari tu. Ada je yang terkena. Terkena dalam lawak yang beliau buat tu. Cikgu2 rasa bersemangat, sebab dapat direct dengan KPPD. Meluah, bercerita masalah. Untuk rekod 2018, hanya ada satu sesi, tetapi atas permintaan guru2, 2019, dua sesi perjumpaan Bicara Pemimpin berjaya dilaksanakan setiap zon.

"Sekolah yang tak "perform" nanti hari keputusan keluar, guru besar nya kena berdiri atas kerusi" - Hahahahahahah ugutan beliau kepada kami. Aku tak tau nak gelak ke nak takut, sebab dalam lawak beliau tu tersirat satu permintaan untuk kami bekerja lebih keras dalam meningkatkan prestasi sekolah masing2.

Sentiasa Membimbing dan Memberi Dorongan
Bab ni, bab yang aku sangat segan. Jarang kau akan jumpa, KPPD yang boleh mengeteh dengan kau. Ya... Cikgu Nasir selau ngeteh dengan pegawai2 di bawahnya, termasuk kami. Time tu da macam kawan2. Da macam abang. Da macam ayah. Kau gelak ketawa dengan dia. Dengar cerita dia, pengalaman dia. Dan dalam pada kau ketawa tu, kat situ dia bagi kau nasihat, dia bagi kau semangat, dia bagi kau motivasi. Dan kat situ gak dia bagi kau ingatan untuk penambah baikan.


"Kau selesaikan elok2... Jangan sampai aku gigit telinga kau" - Nampak? Simple je dia bagi. Tapi kau tau apa kau kena buat... Dan inshaallah, kau mintaklah apa saja pandangan dia, dia akan bagi. Lepas tu siaplah dia ungkit. Heheheheheeh. Sorry Boss.

Banyak lagi aku boleh cerita kan. Tapi tak larat nak tulis kat blog ni. Apa yang pasti, kami kerja tanpa tekanan. Ye sebab Boss kami sangat memahami. Jadi kejayaan Daerah Segamat bukan semata2 murid kami tak ramai. Tapi Boss kami merupakan faktor paling utama.

Aku pun nak jadi macam boss. Nak sentiasa memudahkan urusan orang lain. Supaya orang lain mudahkan urusan aku. Nak jadi pemimpin yang berjiwa rakyat, nak turun sampai akar umbi. Pemimpin yang memahami hati kecil orang bawahannya. Ahhhh.... tak kira la apapun, nak jadi macam Boss jugak.  

Tahniah Boss.. Muka rezeki boss ni. Tapi, saya percaya, dalam setiap urusan orang lain yang boss mudahkan, banyak urusan boss yang tuhan mudahkan. Dalam setiap kebaikan pada orang lain yang Boss buat, banyak doa yang orang lain panjatkan untuk Boss.. Semoga terus cemerlang Bossku. Kau memang idola.


Senyuman Lili

Pagi2 semalam aku dapat berita. Ustazah Roslili, Cikgu Bahasa Arab SK Gelang Chinchin, sekolah lama aku, dapat bertukar, balik ke kampung halaman. Setelah lebih 10 tahun hidup sebatang kara di negeri orang, akhirnya doa beliau dimakbulkan. Doa keluarga,  doa kawan2, doa aku, dia dimakbulkan. Aku ucap syabas dan tahniah. Bersyukurlah, kerana itu adalah rezeki. Ada 'anak buah' mentri besar Kelantan kat sekolah aku sekarang ni, tapi tak dapat pun balik Kelantan. Itu namanya belum ada rezeki, walaupun boleh je kita kata guna cable. Hahahahaha... kannn.. kalau belum rezeki tu, belum lagi.

Nampak? Heheheheh
Bila aku tulis dan ceritakan dalam blog aku ni, tu bermaksud kau penting. Kau ada dalam cerita aku. Jadi sebahagian perjalanan hidup aku. Kalau kau memandu, tak semua benda dalam pemanduan kau tu yang kau tengok. Kadang2 sign board besar bagak pun kau tak tengok. Lebih2 lagi kalau jalan tu, hari2 kau lalu. Sama lah macam perjalanan hidup. So, aku rasa kalau aku mula menulis, bermaksud kau penting. Dan aku nak ingat moment tu. So kalau aku terjaga pukul 4 pagi, capai laptop dan mula menulis pasal kau, memang kau penting la. Hahahahhaah.

Kalau sebut je Lili, apa benda pertama terlintas? Aku? Kalau aku, aku terus senyum. Kau sebut je Lili, aku terus senyum. Hahahahahah... yang kau senyum sekali tu kenapa? Biar aku je senyum. Eh... aku lupa bagi salam kat atas tadi kan.. Laaaaaaa...

Lili yang aku kenal adalah sebagai orang bawah aku. Aku tak kenal dia sebelum ni sebagai kawan. So, pandangan aku pada dia adalah pandangan dari atas.. Pandangan dari seorang pentadbir. Kalau kau pandang dia dari atas, nescaya kau rasa dia biasa2. Tipikal perempuan kelantan, penjawat awam,  yang belum berkahwin, yang sibuk nak balik kampung malam jumaat, balik sini pagi Ahad. Pastu kelam kabut, cakap laju macam keretapi. Tu pandangan dari atas.

Siap peace lagi hahah
So, bila kau ronda kelas pagi2, tengok dia duduk, tengok dia pegang handset, lagi lah kau pandang dia bermasalah. Memang bermasalah pun, sebab dia akan datang jumpa kau, dengan linangan air mata. Tisu? Mula2 je aku bagi.. Kali kedua ketiga jumpa tak laratlah nak bagi tisu. Lepas tu, kau dengar orang cakap gini, orang cakap gitu. Haaaaaa lagi lah kan.

Aku baru jadi Guru Besar ketika tu. Aku selalu cakap kat diri aku, jangan buat apa yang aku tak suka guru besar buat masa aku jadi cikgu biasa dulu. So, aku bukan jenis yang mudah terpengaruh dngan cakap2 orang. Aku dengar apa orang cakap. Tapi tak mudah untuk aku percaya untuk aku hakimi orang lain. Walaupun pandangan dari atas, nampak Lili begitu, tapi dah menjadi tanggungjawab aku untuk melihat dari bawah.

Depan Lili, memang aku tegas. Aku tegur, aku nasihat. Tapi aku sentiasa ambil tahu, dan sentiasa mencari penyelesaian. Masalah peribadi dia, aku tak dapat atasi. Tu peribadi. Tapi, aku boss, ketua, kepala sekolah. Apa aku buat, ialah permudahkan urusan orang bawah aku. 2017- 2018, tahun kritikal untuk Lili di bawah regim aku. Banyak sangat teguran, nasihat dan perjumpaan professional aku buat untuk Lili. Teguran buku rekod, teguran Pdpc, teguran program2 yang dia buat. Dalam meeting, morning talk, nama Lili sentiasa aku sebut. Dalam masa sama, aku juga tak pernah berkira dengan dia.

Geng Jahat.
Bila2 kau nak keluar, keluarlah. ambillah masa.. Lewat datang ke sekolah? Lewatlah, janji datang. Nak bawak adik datang sekolah? Bawaklah, janji kau dapat bekerja. Nak cuti? Cutilah, janji kau masih lagi tak melebihi apa yang ditetapkan. Nak mintak tukar? mintaklah, aku sentiasa sokong. Bukan setakat sokong, aku jumpa sendiri Boss aku, Ketua PPD tu. Gunakan hubungan baik aku dengan PPD untuk aku ceritakan masalah Lili. Aku marah dengan Lili? Sebagai ketua jabatan, ye.. aku marah. Tapi sebagai sahabat, sebagai manusia, aku sentiasa memahami apa yang dia rasa.


Tapi tu lah.. Lili tetap Lili. Senyuman dia tak pernah lekang. Even dalam masalah yang pelbagai. Senyum je. Kalut dia tu, cakap laju dia tu. Takut betul kalau tak siap apa2. Lili ni Taat. Dia ni komited. Dalam apa keadaan pun dia akan siapkan kerja dia. Cuma tu lah, huru hara satu sekolah. Satu bilik guru tu kecoh kalau aku nak apa2 dari dia. Mujur bonding bilik guru tu bagus. Semua orang tolong dia. 

Dia sendiri tak sangka, dia buat yang terbaik
2019 datang. Lili makin bagus. Adik dia da mula sihat. Awal tahun aku jumpa lagi PPD dan PPDR. Tapi, masih belum rezeki dia, cikgu Hameza yang dapat pindah. Aku tak dapat jelaskan kat sini, kenapa. So, Aku nak citer Lili bangkit dan bangun pada tahun 2019. Tema aku pada tahun 2019, memperkasa aktiviti dalam pdpc dan juga PBD. Lili tak terkecuali. Dalam masa sama, Lili juga jaga SPLG. Sistem online tentang kompetensi guru. Banyak aku tunjuk ajar, marah, tegur. Dan akhirnya, aku sendiri puas hati dengan kerja2 Lili. Pasal Pdpc pula aku pernah tulis sebelum ni, tentang bagaimana aku bagi second chances dan Lili buat paling baik sehingga aku bagi dia markah yang baik. Kau boleh baca balik kat sini.

September 2019, aku bertukar sekolah. Personally, aku bangga. Banyak masalah guru aku dapat selesaikan. Gaji, cicir kenaikan pangkat, tak confirm dan lain2 lagi. Aku bangga dengan Lili. Mungkin tak ada data yang mengatakan aku dapat membantu Lili. Tak boleh diukur macam objektif. Tapi dia tau. Aku tau. Tuhan tau. Sebagai Ketua Jabatan, keseronakan dalam bekerja dan keharmonian staff adalah menjadi keutamaan aku. Aku nampak Lili senyum. Kali ni senyuman dia ada cahaya. Bukan lagi senyuman dalam kepahitan macam dulu.

Hari - hari terakhir sebelum aku bertukar
Lili, seorang guru yang banyak mengajar aku bagaimana menjadi ketua, menjadi pemimpin. Banyak aku belajar. Dia bertanggungjawab menjadikan aku jenis pemimpin yang begini. Dia tak tahu dantak sedar. Tapi percayalah, aku hargai setiap permasalahan yang dia hadapkan kepada aku. Kenangan dengan Lili banyak. Dan satu pun takkan aku lupakan. Lebih2 lagi yang satu ni. Datang lambat, selamba je parking motor. Aku ada kat depan. Ehhh di masuk ikut belakang kantin. Buat2 tak dengar je aku panggil. Tu kantol teruk namanya. Hahahahaha..

Banyak lagi aku nak cerita. Tapi cukup2lah dahulu. Terima kasih Lili. Atas kebersamaan, atas kenangan, dan atas segala - galanya. Semoga lebih cemerlang di tempat baharu, di kampung halaman, dikelilingi orang2 yang tersayang, keluarga tercinta. Lili, teruskan senyuman kau. Kali ni, lebih manis, lebih bahagia, lebih bercahaya. Aku mohon maaf, atassegala ketidaksempurnaan aku sebagai majikan. Aku doakan, Lili bertemu jodohnya. Aminnnn.. 





Post lain